Followers

Wednesday, December 30, 2009

INGKAR MUFARAKAH KENAPA TANTAWI MEMBISU

Dr. Rosli Allani Abdull Kadir dan isteri keduanya Illyani Mohd. Noor yang diperintahkan tinggal secara berasingan oleh mahkamah memasuki kereta untuk meninggalkan kediaman mereka di Kampung Telipot, Kota Bharu, semalam. – Hafiz Johari

Dr. Rosli, isteri lari: Bapa mertua kecewa

KOTA BHARU 29 Dis. – Walaupun ‘dikepung’ oleh keluarga isteri keduanya sejak semalam kerana didakwa ingkar perintah Mahkamah Tinggi Syariah, bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr. Rosli Allani Abdul Kadir dan isterinya, Ilyani Mohd. Noor hari ini berjaya melarikan diri ke tempat yang tidak diketahui dengan menaiki sebuah kenderaan.

Tindakan Rosli Allani itu menimbulkan kekecohan kira-kira pukul 10.30 pagi apabila bapa Ilyani, Mohd. Noor Che Man, 58, cuba menahan anak dan menantunya itu daripada meninggalkan rumah mereka di Kampung Telipot di sini.

Selain itu, Mohd. Noor juga menunjukkan surat perintah ‘mufarakah’ yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu.

Bagaimanapun, Rosli Allani, 35, dan isterinya yang berusia 30 tahun tidak menghiraukannya lalu bergegas meninggalkan rumah mereka menaiki sebuah kenderaan mewah jenis Toyota Caldina. [RUJUK]


"Kalau bersama isteri tidak berlaku adil, maka bagaimana beliau akan bertanggungjawab kepada rakyat dengan adil".

Kita tahu dijabatan agama mana di daftarkan dan kita punya rekod mengenainya. - Tantawi hentam Rohaizad waktu PRK Ptg Pasir.

J: Amboi sedapnya mulut, kelepek tahi lembu jatuh atas muka sendiri.

Tuesday, December 29, 2009

EDISI MEROYAN: NIK AZIZ DESAK UMNO KELUAR BN


Nik Aziz desak Umno keluar BN
Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin meminta Umno keluar dari BN dan bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya jujur dan benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas aksi sekumpulan pemuda mendesak PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat negeri Ahad lalu. [Hrkh]

Ni meroyan apa pulak ni? Belum habis nak ubah undang-undang tubuh negeri tambah lagi satu isu pula.

Takkan UMNO nak gadaikan agama? tinggalkan perjuangan kerana Islam untuk bersama dengan DAP atas nama rakyat? walhal nama rakyat tersebut pun shubhah kerana masih kabur merujuk kepada rakyat mana, tanah Melayu kah atau Singapura kah.

Apa-apa pun nikah sangsi dan anak menantu tetap di hati dan takkan teralih dengan isu-isu sengaja ditimbulkan ini.

... FOR DAP

TBH: PETUNJUK BARU? LELAKI DISERANG DAN DIKELAR


Lelaki Terlibat Dalam Demonstrasi Sidang DUN P.Pinang Cedera Diserang

BUTTERWORTH, 28 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki yang terlibat dalam kekecohan semasa satu demonstrasi di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 30 Nov lepas, cedera diserang sekumpulan lapan lelaki di kawasan Perusahaan Mak Mandin di sini, semalam.

S. Krishnan Nair, 46, berkata dia yang diserang dengan senjata tajam, menerima 16 jahitan apabila paha kanan dan bahagian belakang badannya dikelar manakala dadanya ditumbuk.

"Semasa saya tiba di Kawasan Perusahaan Mak Mandin, saya rasa ada beberapa orang yang saya tidak kenal mengekori saya dengan menaiki motosikal," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Mak Mandin kira-kira 12 tengah malam tadi. [RUJUK]

****

30 Nov lalu Melayu, Cina dan India keluar berdemo dihadapan DUN Pulau Pinang menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan DAP dan LGE dalam pelbagai isu termasuk tindakan DAP memijak muka Melayu (gambar), menghalau penduduk miskin Kg Buah Pala dan kontrovesi Queensbay land conversion.

Hari ini salah seorang dari penunjuk perasaan tersebut telah cedera diserang lapan lelaki, tidak cukup ditumbuk mangsa juga dikelar dengan senjata tajam. Mangsa menerima 16 Jahitan kerana tidak kebal seperti pengikut PAS di bagan Pinang. Nasib baik mangsa bukan Setiausaha Sulit wakil rakyat DAP kalau tidak apalah nasib beliau...

Manakala, hairannya LGE bukan sahaja tidak di ISA malah tidak pula diserang dan dikelar kerana sikap rasis biadapnya memijak kepala Melayu dulu. Hingga sekarang LGE belum memohon maaf atas tindakannya itu.

Apa yang berlaku ke atas TBH?

Saturday, December 26, 2009

EAN YONG MULA RISAU

Muka risau

Lim Guan Eng pada konvonsyen Pakatan di Shah Alam baru-baru ini memberi hint baru kepada polis dengan perkataan 'dibunuh'.

2. Polis Selangor kini sedang menyiasat Lim Guan Eng atas kenyataan nya itu.

3. Dan cuba teka siapa yang gelabah? Ya bekas Boss TBH iaitu Ean Yong. Yong menggesa polis menghentikan siasatan ke atas LGE. Kenapa ya? Takut pecah rahsia ka?

Jeng jeng jeng

Thursday, December 24, 2009

ANWAR BAHAYA MAT SABU BETUL!

NED Al-Yahudi, anwar (kiri)

Dari The Malaysian Insider

PETALING JAYA, Dis 23 — Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah baru-baru ini, dikatakan mahu membawa isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang belum lagi dijalankan ke peringkat antarabangsa.

Patutlah Mat Sabu pernah melabelkan anwar sebagai “eleman yang paling bahaya kepada umat Islam dan umat Melayu Malaysia”, "Anwar Ibrahim adalah seorang yang ganas, malah dia lebih ganas dari Dr Mahathir" (Mat Sabu, temuramah dengan majalah Tamadun pada 14 Jun 1998). Kerana kepandaian anwar memanipulasi situasi dan mempergunakan agama (Islam) untuk kepentingan peribadi beliau.

Baru-baru ini anwar dengan liciknya mengambil kesempatan ke atas kehadiran Yg Berbahagia Dr. Yusuf Qardawi untuk kepentingan politik beliau. Yang pastinya Yg Berbahagia Dr Yusuf Qardawi hanya menyokong bab perundangan, bukan choose side menyebelahi individu. Namun tidaklah hairan kerana Yg Berbahagia Dr Yusuf Qardawi belum lagi mendengar dari pihak Saiful, jika ya, pasti pendapat beliau berbeza.




Wednesday, December 23, 2009

ROSLI DIPUJI ROHAIZAT DIHINA

Ptg Pasir: Tantawi dalam usaha meruntuhkan masjid

Sikap Dr. Rosli wajar dipuji- Ahmad Baihaqi | Print | E-mail
Rizal Tahir
KOTA BHARU, 23 Dis: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah, ketika dihubungi melahirkan rasa bangga terhadap bekas Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Rosli Allani Abdul Kader yang sanggup meletak jawatan kerana tidak mahu mengaitkan parti dengan masaalah peribadi.

Menurutnya, tindakan itu sebenarnya amat wajar dipuji walaupun ianya bukan bermakna sebagai tiket untuk membuktikan bekas anggota Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS itu telah melakukan kesalahan.

“Bagaimanapun berhubung masaalah peribadi yang dihadapinya kini kita memang benar-benar simpatilah dan berharap ianya dapat diselesaikan dengan baik,” ujarnya. [Hrkh]

Rohaizat calon BN di Ptg Pasir dihina kerana perkahwinanya yang kedua. Sekarang? Mengata dulang paku serpih. Lihatlah double standard dalam 'Isle', yang sekufu dipuji yang tidak, dikeji. Poligami PAS sah, poligami UMNO tak boleh.

Dasar PAS berkiblatkan hawa nafsu dan berselindung di sebalik perjuangan jumud.

Tuesday, December 22, 2009

SUKUN TAK MALU

Gerakan opposes suggestion on takeover of Penang BN chairmanship
By TAN SIN CHOW


GEORGE TOWN: Gerakan will strongly oppose any official proposal by Penang Umno to take over the state Barisan Nasional chairmanship from it.

Its president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said the party had held the state Barisan chairmanship for the last 35 years and the arrangement was endorsed again during the coalition’s supreme council meeting in May. [Readmore]

Eee tak malu, sejak bila Penang jadi harta pusaka Gerakan? Gerakan ditolak rakyat PRU12 lalu apa lagi blah la, bagi ruang yang majoriti (UMNO) pegang tampuk kuasa pulak, tak demokrasi lah macam ni.

Boo boo boo

Sunday, December 20, 2009

PAKATAN SETAPAK LAGI KE ARAH NAHI MUNKAR


‘My father frequents massage parlour’
Saturday, 19 December 2009 01:20

LETTER- I found out recently that my father has been frequenting a massage parlour in Kepong. After getting suspicious when he often runs out of money, I finally decided to check on his movement and managed to follow his trail to the massage parlour.

To my horror, I found out that the joint offer all sorts of services. Among them, masturbation costs RM50, oral sex RM100 and sexual intercourse RM150 or more.

Then, the customer also has to pay RM60 for an hour's use of the room.

No wonder, my father finishes all the allowances we children give him faster than usual.

I hope the authorities concerned will act on this and put such outlets involved in immoral activities out of business. This will also help my family.

YK Yoong,
Kuala Lumpur
[MM]

Who dares to act when Ronnie's and Khalid's in power?

HARDCORE POOR IN PENANG RISEN: AZHAR


obvious the state government was merely interested in politicising its achievement instead of resolving the problem.

Azhar: More poor in Penang now

BUTTERWORTH: The Penang government's declaration that it had achieved zero hardcore poor status has been called into question following the release of the latest figures from the Statistics Department.

State opposition leader Datuk Azhar Ibrahim said the figures showed that the number of hardcore poor in Penang had actually risen from 494 families last year to 697 this year.

He said the statistics also showed that those earning less than RM720 a month had risen from 1,500 to 1,888.

He added that the urban poor and suburban poor, earning RM1,500 and RM1,000 respectively, had also increased to 8,074.

"This has taken place after the Pakatan Rakyat government took over the state.

"That is why I cannot understand how the state government is claiming credit that they have eradicated the hardcore poor problem in Penang," he said.

He said it was obvious the state government was merely interested in politicising its achievement instead of resolving the problem. [Readmore]

Friday, December 18, 2009

timeo Danaos, et dona ferentes

Bonus tambah RM250 lagi

GEORGETOWN - Seramai 3,538 kakitangan awam Kerajaan Negeri akan menerima pemberian bonus tambahan RM250 lagi sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap usaha mereka membantu memacu pembangunan negeri.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian di bawah Dana Bantuan Khas Kewangan 2009 itu melibatkan peruntukan tambahan RM824,750 bagi kumpulan perkhidmatan sokongan dan sebanyak RM59, 750 bagi kumpulan pengurusan dan profesional gred 41 hingga 54.

Sebelum ini, mereka telah menerima RM500 sebagaimana yang diperolehi kakitangan awam Kerajaan Pusat. [sinarharian]

I fear the Greeks, even when bringing gifts

(said by Laocoön as a warning to the Trojans not to admit the wooden horse)

Thursday, December 17, 2009

TERIMA KASIH ANWAR PENANG DALAM BAHAYA



Mahu jadikan Penang macam Hong Kong, hapuskan tulisan jawi, hapuskan silat, mahu duit zakat etc-etc. Sebenarnya semuanya sudah diingatkan oleh ibubapa kita perihal DAP ni, tapi kita degil dan tak mahu dengar cakap. Mahukan Islam tapi pangkah parti anti Islam. Tertipu dengan parti yang bercakap pasal Islam tapi tiada sumbangan LANSUNG kepada Islam di Malaysia.

Recent Activity

LimGuanEngBlog Dan tindakan kami mengharamkan Biro Tata Negara (BTN) bertujuan untuk menghapuskan sifat sayangnya Melayu kepada sifat Perkauman ini bakal membuahkan hasil. Silat juga kami akan haramkan di Pulau Pinang seperti kami haramkan BTN, kerana dengan silat inilah Melayu begitu angkuh dan kejadian Pemuda UMNO menjulang keris amat ketara perkauman. Dengan diharamkan silat di Malaysia, kami warga cina dan India akan berasa begitu selamat. Kerana kami mementingkan pendidikan daripada membuang masa.
(1 day ago)

Walaupun perancangan ini sudah didedahkan kita akan lihat orang Melayu dan Islam akan bersikap hangat-hangat tahi ayam, kerana sudah berapa kali, sejak dari kita masih kecil kita sudah diingatkan akan pengkhianatan yang bakal berlaku sedikit masa lagi ini. Peliknya kita tetap jua sebantal dengan mereka.

Lepas ini kita akan lihat bagamana LGE menyalahkan media sama seperti Nga Kor Ming yang begitu mudah melepaskan diri dengan menyalahkan media. Paling kesal bila ada juga Melayu bernama Islam dengan pantas memihak kepada penghina agama sendiri ini. Pastinya ada kambing-kambing di luar sana yang masih tidak percaya akan rancangan jahat DAP ini.

Enrichment:







Hairan Khalifa mahu Hong Kong bukan Baghdad.

Wednesday, December 16, 2009

MALAYSIAN MALAYSIA, MANY MALAYS I DISLIKE


Ong Siang Ying, "Too many Malays I disllike"

Liang Chua, "malay pig all.."

Ong Siang Ying, 21, student UMT (Universiti Malaysia Terengganu) dahulu dikenali sebagai KUSTEM.

***
Kalau pribumi bersatu, perkara ini tak berlaku. Kesalnya, ada pribumi Islam beria-ia tidak mahu perpaduan sesama Islam. Sungguh sedih.




Tuesday, December 15, 2009

POTONG GAJI HISHAMMUDDIN RM 100?


Dewan Rakyat Tolak Usul Potong Gaji Hishammuddin RM 100

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat malam ini menolak usul untuk memotong gaji Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebanyak RM100 sebulan yang dikemukakan oleh anggota Parlimen Batu dari PKR, Tian Chua.

Ketika membentangkan usul itu, Tian Chua berkata gaji menteri berkenaan perlu dipotong kerana beliau gagal melakukan reformasi dalam pasukan polis serta melanjutkan kontrak Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang didakwa mempunyai prestasi dan rekod buruk.

"Beliau juga gagal membendung kegiatan jenayah seperti samseng jalanraya, ragut, kongsi gelap dan samun serta gagal menangani isu kematian dalam lokap termasuk kes A.Kugan," katanya. [RUJUK]

Pembetulan dan Tambahan:

1. Gagal mengambil tindakan terhadap DAP Loke Siew Fook yang menghina Ust ridzuan Tee secara tidak lansung menghina Islam.

2. Gagal mengambil tindakan terhadap DAP Jeff Oii yang menghina Islam kerana menyamakan orang yang mahu guna pakai hukum syarak sebagai terrorist.

3. Gagal mengambil tindakan terhadap DAP Manoharan yang menghina songkok dan hak keistimewaan bumiputra.

4. Gagal mengambil tindakan terhadap DAP Kula yang menghina ketuanan Melayu (pengiktirafan orang Melayu adalah penduduk asal semenanjung).

5. Terbaru gagal menambil tindakan terhadap DAP Nga Kor Ming yang menghina Islam dengan mempersoalkan pembinaan masjid.

:*

Monday, December 14, 2009

KIT SIANG DAN KETUANAN CINA

Najib should come out with clear-cut statement that 1Malaysia does not mean “Ketuanan Melayu” or “Malay supremacy” and declare that all Malaysians whether Malay, Chinese, Indian, Orang Asli, Kadazan or Iban are all co-owners of Malaysia~ LKS

Sebenarnya dalam perlembagaan sudah mengiktiraf Bumiputra Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai Tuan, di sini Kit Siang hanya mahu menumpang kasih ingin menyelitkan kaum dari benua lain juga layak menjadi Tuan di Tanah orang.

Sebagai syor tambahan dan pembetulan kepada pernyataan Lim, penduduk yang datang dari benua selain dari kepulauan Melayu tidak harus diberi taraf kerakyatan dan hak mengundi. Tidak kiralah sudah berapa juta tahun mereka tinggal di kepulauan Melayu ini pun dan berapa ramai mereka. Syor khas kepada mereka yang cuba menentang Islam, Sultan dan hak penduduk asal, tambahan lagi berniat mengambil alih Tanah Melayu nusantara ini.

Sebaliknya pelawat dari benua lain ini hanya layak melantik wakil mereka sahaja dan tidak boleh mengambil baahagian dalam PRU. Adalah tidak wajar mereka ini menjadi wakil, wali dan ketua kepada penduduk asal tanah ini, menjadi satu penghinaan kepada penduduk asal apabila seseorang yang berniat jahat terhadap penduduk asal menjadi wali dan wakil mereka.

Melayu, Bumiputra Sabah dan Sarawak bersatu tolak DAP

Friday, December 11, 2009

NGA TAK DAPAT HIDAYAH, PAS TIPU

Suatu waktu dulu bila Nga memperdengarkan surah Auranya, ramai pemimpin PAS teruja termasuk Nik Aziz. Ramai juga melatah mengatakan Nga sudah mendapat hidayah. Hakikatnya hari ini tiada siapa pun dapat hidayah. Malah Nga sendiri pula mempersoalkan pembinaan rumah Allah.

Mempersoalkan pembinaan rumah ALLAH bermakna mempersoalkan perlembagaan, kuasa Sultan dan raja Melayu dan meletakkan keharmonian antara agama dalam bahaya. Apa motif Nga dalam hal ini? Keadilan? Keadilan bukanlah sama rata, sama rasa tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya, yang banyak dapat banyak yang sedikit dapat sedikit.

Niat jahat Nga terbongkar dulu dia bukanlah ikhlas membacakan ayat quran itu tetapi hanya mahukan undi. Sia-sialah surat Nik Aziz. Melayu yang latah pada waktu dulu samalah seperti Pak Kaduk, menang sorak Kg tergadai.

Dulu baca quran kini persoalkan Masjid

Thursday, December 10, 2009

BUKAN ISLAM DIANAKTIRI: KOR MING???

Kor Ming persoal kerajaan bina banyak masjid

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Seorang ahli Parlimen DAP hari ini mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain untuk tempoh yang sama.

Ahli Parlimen Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming berkata, walaupun mengalu-alukan usaha kerajaan memartabatkan agama Islam tetapi pada masa sama berasa kesal kerana rakyat bukan Islam telah dianaktirikan sedangkan mereka juga adalah pembayar cukai. [RUJUK]

Anak tiri? Sama ada Nga Kor Ming kesayangan PAS ini buta kayu atau saja nak wujudkan sentimen perkauman.

Sudah semestinyalah Masjid kena banyak,
1. Muslim majoriti di Malaysia.
2. Solat lima kali sehari.
3. Solat Jumaat tiap-tiap minggu.
4. Sembahyang tarawih, 30 hari berturut-turut tiap-tiap tahun.
5. Islam agama rasmi.

Gambar bawah tokong gergasi Kek Lok Si, Penang, Patung Gergasi, Batu Cave dan Gereja St George, Penang tertua di SEA.


Wednesday, December 9, 2009

GAGASAN MALAYSIAN MALAYSIA MAJU SETAPAK LAGI

Why is there no other Cabinet Minister, whether Umno, MCA, Gerakan, MIC or from Sabah and Sarawak, speaking out publicly to endorse Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz’s denunciation of former Prime Minister Tun Mahathir as a racist for defending the racist Biro Tata Negara (BTN) course? [LKS]

Gagasan Malaysian Malaysia makin hampir, he he he satu lagi tanah nusantara akan dikuasai he hehe Singapore akan makin membesar he he he, lepas ini kita akan tukarkan nama Malaysia kepada Cindiasia hehehe, tak rasis sangat dari nama dulu hehehe.

BTN tak bagus untuk Malaysian Malaysia, kita tak mahu dia kacau pelan kita hehehe. Makin ramai Melayu lupa diri, makin ramai mengaku mereka pendatang, datang naik sampan ke Malaysia ini lagi bagus hehehe, lagi senang kita mau kuasai hehehe.

Senangnya dalam hati makin ramai si kitol dari dalam dan luar mau bantu kita he he he, orang lain bergaduh kita makin hari makin kukuh hehehe. Lagi ramai ini si kitol lagi untung kita hehehe itu pasai ketam Melayu tak payah tutup hehehe.

Monday, December 7, 2009

LEPAS KUAN YEW, PM AUSTRALIA PULA 'AJAR' ANWAR

Rudd accused of appeasing Malaysia
DAVID ROOD
December 5, 2009

MALAYSIAN opposition leader Anwar Ibrahim has accused Kevin Rudd of appeasing Malaysia's ''corrupt leaders'' in the continuing fallout from the Prime Minister's decision not to meet Mr Anwar. [Readmore]

PM Australia enggan jumpa anwar, suatu ketika dulu Lee Kuan Yew yang melawat Malaysia juga tidak berjumpa anwar sebaliknya Nik Aziz dan Rosmah Mansor. Kelam kabut anwar nak balas dendam ke atas Rosmah.

Anwar melenting dengan PM Australia ini. ''He was too obsessed with interests of getting the two countries together [and therefore] appease Malaysia's corrupt leaders,''.

Siapa anwar ni? Anwar rasa dia wakil Amerika justeru perlu dilayan seperti wakil Amerika. Walhal di mata mereka, dia hanya peminta belas mahu Australia dan masyrakat antarabangsa mengkritik sistem kehakiman Malaysia dan menyokongnya dalam perbicaraan salah laku moral beliau.

Ukur baju di badan sendiri

Sunday, December 6, 2009

KEPIMPINAN GAYA NABI?



Kepimpinan Nabi SAW: Doa Nabi SAW di Taif

3 tahun sebelum hijrah nabi pergi berdakwah ke Taif. Dakwah nabi tidak diterima penduduk Taif waktu itu.

Mereka mengheret Nabi keluar dari Bustan as-Thaqif (taman Thaqif). Penduduk yang sejak awal berkumpul di sekeliling Nabi menolak-nolak Nabi. Anak-anak muda yang lebih agresif membaling nabi dengan batu. Batu-batu itu melukai kepala, badan dan kaki Baginda.

Lalu Nabi SAW berdoa seraya muncul malaikat mempelawa untuk membinasakan penduduk Taif dengan menghempap mereka dengan bukit bukau.

Nabi menolak lalu berdoa, "Ya Allah, hidayahkanlah kaumku ini, sesungguhnya mereka tidak mengetahui".

Nabi SAW diutuskan sebagai rahmat ke seluruh alam, bukan pembinasa.

2009 Kepimpinan Gaya Nabi???: Kita doa sampai pecah perut

Dalam ucapannya, seperti disiarkan secara langsung melalui Internet, Nik Abdul Aziz antaranya menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak seperti dituntut kerajaan negeri sebagai "melanggar keadilan asasi".

"Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS, dengan sorakan para penyokongnya. [Malaysiakini]

“Man kadzaba a’laiya muta’ammidan falyatabawwa maq’adahu minannaar”, Sahih Bukhari & Muslim.

Saturday, December 5, 2009

DULU SYURGA KINI NERAKA

Wakil Rakyat DAP Akui Sebar SMS memperlekehkan BN

PULAU PINANG: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang dari DAP Koid Teng Guan mengakui dan memohon maaf kerana menyebarkan teks khidmat pesanan ringkas (SMs) yang memperlekehkan Barisan Nasional (BN) kepada lebih 400 individu semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa.

SMS itu dipercayai berasal daripada seorang penyokong pakatan pembangkang yang memperlekehkan parti-parti komponen BN dan menggesa rakyat menghantar mereka ke neraka. [RUJUK]

Sejak bila pula syurga dan neraka jadi hak milik peribadi ni. Siapa tentukan masuk syurga dan neraka?

Dulu ada parti Melayu jadi ulat tiket ke syurga. Kini ada parti Cina pula boleh hantar orang ke neraka.

Pangkah PAS masuk syurga, TAK pangkah DAP masuk neraka, aduh!

Friday, December 4, 2009

SOAL KATA LKS BOLEH BOHONG


Media Statement by Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Friday, 4th December 2009:

Perak DAP convention doormat incident a lesson to all politicians to be particularly mindful about sensitivities of Malaysians in a plural society and the propensity of irresponsible politicians to turn a non-racial issue into a racial one

1. Siapa irresponsible? Dulu isu kepala lembu sekarang Kit tuduh BTN rasis! tiap-tiap hari BTN rasis, BTN rasis, BTN rasis.


The Perak DAP convention doormat incident on Sunday was not the best of political judgment, taste or example.

I was taken by surprise when confronted with the doormat and tried to avoid stepping on the three pictures but not completely with success.

2. Ini tipu punya orang, takkan gambar sikit punya besar tak nampak?! Kalau betul Kit Siang cuba mengelak, kan ada ruang kat sebelah tepi tu (anak panah merah) boleh diambil.


The DAP leadership has learnt from the mistake.

But have the UMNO and Barisan Nasional leaderships learnt any lessons, whether before or after? The answers to both can only be in the negative. [DAP]

3. Penutup, pusing meriam kat UMNO (Islam, Melayu dan pribumi), yang anak kau tu sampai menari buat pose gaban atas gambar Melayu tu apahal?!

Inilah Bapa ketam mithali!

Thursday, December 3, 2009

PEMIKIR DUNIA DAN DASAR LUAR AMERIKA

Chameleon

Anwar Ibrahim Listed Among Top 100 Global Thinkers

The Quran-quoting PKR adviser was among only 10 Asians on the list and is cited by the magazine for “challenging the Muslim world to embrace democracy.”

“You can’t just erase a period of imperialism and colonialism. You can’t erase the fault lines, the bad policies, the failed policies, the war in Iraq, and support for dictators. That, to me, is the reality,” the magazine quoted Anwar in response to a question on Muslim nations and the West.

“But what is the problem? When you … apportion the blame only to the West or the United States. They want to deflect from the issue of repression, endemic corruption, and destruction of the institutions of governance,” Anwar added.

The top three thinkers in the world, according to Foreign Policy are, in order: Ben Bernanke, US Federal Reserve chief “for staving off a new Great Depression”; US president Barack Obama “for reimagining America’s role in the world”; and political scientist Zahra Rahnavard for spearheading “Iran’s Green Revolution” against the incumbent Mahmoud Ahmadinejad who controversially won a second term in the presidential elections earlier this year. [blog anwar]

Dasar luar Amerika yang bertujuan mewujudkan sebuah dunia yang sujud di kaki Amerika, menyetujui keputusan-keputusan yang dibuat Amerika seperti serangan ke atas Iraq dan Afghanistan. Menyetujui definasi terrorist atau pengganas mengikut definasi Amerika. Menyetujui penubuhan sebuah negaraIsrael yang sah. Mengecam pemilikan nuklear oleh negara-negara selain sekutu Amerika terutama negara Islam dan menghalalkan pemilikan nuklear oleh Amerika dan Israel.

Kepentingan dasar luar ini membawa Amerika bekerja keras menaikkan orang-orang mereka diseluruh negara di dunia secara terang-terangan seperti peperangan dan secara diam-diam dengan menggunakan CIA, NED, Media dsb.

Demonisation pernah ditulis oleh Tun Dr M bagaimana media barat berusaha menyuntik persepsi buruk ke atas orang yang tidak ngam dengan mereka seperti Tun M, DS Najib, Mahmoud Ahmadinejad (Iran), Muammar Ghadafi (Libya), dan Castro (Cuba), dengan memberi pelbagai gelaran buruk seperti diktator, Mahathirism dsb. dan memperlekeh-lekehkan pemikiran tokoh-tokoh tersebut.

Sebaliknya bagi menaikkan orang-orang atau agen-agen mereka, maka media mereka sentiasa memuji-muji dan memberi gelaran yang hebat-hebat bagi mengalih persepsi masyarakat. Apatah lagi kita akan lebih kembang dan teruja bila dipuji oleh orang luar seperti Amerika.

Dan awaslah Dajjal itu secara majazinya sebuah kuasa besar yang datang membawa syurga dan neraka nya sendiri, sesiapa memilih syurganya itulah neraka! Dajjal itu maksudnya pembohong besar.

"America is the biggest liar"

Wednesday, December 2, 2009

BTN PENGHALANG MALAYSIAN MALAYSIA


Some 630 Malaysians leave the country every day

A total of 304,358 Malaysians left the country between March last year and August this year for better education, career and business prospects, Deputy Foreign Minister A Kohilan Pillay told Parliament yesterday. This is a big leap from 139,696 Malaysians who migrated to other countries in 2007.

Comment:

Dap man on Tuesday, 1 December 2009 - 3:34 pm
Najib wants non- Bumi Malaysians to return so that they can pay taxes to finance his pro-Bumi policies.

So that the Bumi’s can purchase houses at 15% discount which will be paid by the non-Bumi buyers when they return home.

So Non-Bumis please return home and allow your children to be third class citizens. [RUJUK]

Panas juga baca komen ni, macamlah bumiputra hidup atas titik peluh kaum pendatang. Anda juga mesti biasa dengar ungkapan 'wasting tax payers money', macamlah Malaysia ni berjalan atas duit cukai sahaja dan duit cukai tu macamlah di bayar 100% oleh kaum pendatang semata-mata.

Hairan juga bila berjumpa kaum bumi yang mengaku kita semua adalah pendatang di Malaysia. Apa hal, kita bukan macam Amerika yang dahulunya dikenali sebagai New World, tanah Melayu semasa dijumpai sudah ada tamadun dan kerajaan Melayu. Entah siapa yang meracuni fikiran orang-orang bumi yang kita ini pendatang di tanah Melayu.

Cubaan jahat DAP dibantu pengkhianat bangsa dari PKR untuk menghapuskan BTN, satu program cinta negara harus dipandang serius, seserius LKS memandangnya. Lawat sahaja blognya kebelakangan ini, serangan ke atas BTN adalah bertubu-tubi. Jika BTN terhapus ramailah lagi kaum bumi yang akan mengaku, kita semua pendatang di Malaysia, dan ini sangat mengembirakan DAP dan peluang Malaysian Malaysia makin cerah! satu lagi tanah nusantara akan tergadai kepada mereka. 'cina' will grow larger.

Ini nasihat, jika tak mahu jadi 3rd class citizen, baliklah ke negara anda sendiri.

Saya rasis? Cermin muka anda dulu.

Tuesday, December 1, 2009

LGE POLIS ANGKASA JAMBAN

Tarik Guang Eng ke ruang angkasa jamban! mana motor tayar 3 wa?



kokoko namin taro,
ku kuweee,
wa sasau wa sasau jamban!

Baju Gaban belum basuh,
sila pakai bikini.

Gaban Z, potong dua,
belum potong ma.

LGE mengingati hero zaman kanak-kanaknya, polis angkasa Gaban! Ya dulu dia bersama papa kesayangannya selepas penat berbincang bagaimana menawan Malaysia dan chinese superiority, mereka menghabiskan masa berdua-duan di depan TV jam 5.30 melayan cerita ini.

"Papa, bila besar nanti wa mau jadi gaban"

"Ah Eng, tak boleh ma, sapa mau ambil alih tanah Melayu?"

Motor tayar 3, naga Gaban, dan laser burung masih terngiang-ngiang di telinganya. Ah mana mungkin dia lupa sehingga pos Gaban atas motor pun ditirunya.

DEMO 1MALAYSIA KUTUK DAP PIJAK KEPALA MELAYU

"Son, my job stink!"
"Dad, tell me about it"

Villager arrested

They (Protester) also carried banners and placards that condemned the state government for failing to resolve issues such as Kampung Buah Pala, Mak Mandin Rumah Hijau and the controversial conversion of a foreshore land status.

Reports also said that some of the angry protesters had also allegedly torched and stomped on posters of Chief Minister Lim Guan Eng.

It is understood that a disgruntled villager burned the poster and the situation became unrully. Police are said to have arrested the villager.

Meanwhile, Lim said that that the police had shown a lot of tolerance during the protest. He said that he hoped that the police would exercise the same tolerance for other rallies and protests as well. [MM]

Macam-macam kaler keluar mengutuk LGE, DAP, pembohongan dan sikap perkauman mereka.

Monday, November 30, 2009

LGE DAHAGAKAN TANAH



'We (PERDA) did help the poor'
Friday, 20 November 2009 13:01
PENANG - He said Lim should cease making assumptions and hurling accusations at the agency without first checking the facts, adding that Lim made such accusations in an attempt to cover up the delay by the state government in approving an application for change of land status which the agency submitted more than a year ago. [MM]

Kuasai negeri ini dengan ownership dalam usaha mewujudkan republic of Penang. Portfolio tanah, penukaran status tanah pertanian ke perindustrian, leasehold kepada freehold, melengahkan kelulusan projek-projek PERDA dan bermacam lagi berkaitan dengan tanah dilakukan DAP sejak memenangi Penang.

LGE tidak senang dengan PERDA, kerana PERDA juga berkaitan tanah. LGE tidak mahu PERDA bersaing dalam memiliki tanah di Penang justeru melengah-lengahkan kelulusaan projek-projek PERDA. Takut rakyat terhidu, LGE bijak terlebih dahulu menyerang PERDA dengan peluru membela orang miskin.

Semalam LGE kena loteri, kerja beliau pasti lebih senang dan terlindung dari tujuan perkaumannya, apabila seorang Melayu bernama anwar turut serta dalam misi LGE untuk menghapuskan persaingan PERDA dalam ownership tanah di Penang. Dalam usaha mencalarkan imej PERDA, kali ini PERDA dituduh dengan lebih teruk iaitu menganiaya orang miskin.

Bila DAP, LGE dan anwar menggunakan isu membela orang miskin berkaitan tanah, bekas penduduk Kg Buah Pala pasti sakit hati!

Rujuk:




Allah selamatkan Penang, Ameen!

Saturday, November 28, 2009

KG BAGAN SERAI BAKAL JADI KG BUAH PALA?

Anwar Gesa Perda Jangan Tindas Penduduk Miskin
post info
By Anwar Ibrahim
Dari TV Selangor

Seramai 240 keluarga yang tinggal di Kampung Bagan Serai, Seberang Jaya bakal kehilangan rumah yang telah didiami sejak 100 tahun lalu setelah sebuah agensi kerajaan persekutuan bertindak mengambil-alih tanah kampung Melayu itu bagi tujuan pembangunan.

Para penduduk mengeluh apabila Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang enggan memberi pampasan setimpal kepada mereka. Apa yang lebih membimbangkan adalah penduduk tidak diberi sebarang hitam-putih.

Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim segera campur-tangan selepas menerima laporan berhubung kes ini. Ditemui semasa beliau mengadakan lawatan ke kampung tersebut, Anwar berkata kes ini akan dibawa ke peringkat atasan bagi memastikan kepentingan penduduk kampung tidak ditindas. [Blog anwar]




Mulia sungguh hati anwar. Kepada penduduk Kg Bagan Serai sebelum bermain dengan api, hayatilah video di atas dengan sebaik-baiknya. Ulang tanyanglah sebanyak mungkin supaya hadam anda dalam bahaya!

Berurusan dengan anwar samalah seperti lari dari mulut buaya masuk mulut naga. Perbincangan yang mungkin akan mengambil masa 30 tahun mungkin akan berkhir dengan 17 bulan sahaja dengan hasilnya menang jadi abu kalah jadi arang.

Berhati-hatilah sebelum nasi jadi bubur. Ini pernah berlaku!

Tuesday, November 24, 2009

ANWAR SIBUK PASAL SRI LANKA LUPA JAGA PTG PAUH



4 beradik ditinggal ibu tak terurus

PERMATANG PAUH: Empat beradik dari Permatang Tengah, Permatang Pauh, dekat sini, bukan saja hilang arah selepas ditinggalkan ibu setahun lalu, malah keadaan mereka juga tidak terurus berikutan dijaga bapa yang menghadapi masalah mental.

Empat beradik berkenaan sebelum ini menghuni rumah kosong di kampung itu atas keprihatinan penduduk yang simpati dengan nasib mereka yang bagaikan anak ayam kehilangan ibu.

Lebih malang lagi, empat beradik itu, Nur Nazirah, sembilan tahun, Nur Shamira, enam tahun, Nur Atirah, 4 tahun dan Ahmad Adina Aiman, tiga tahun tidak mempunyai sijil kelahiran. [RUJUK]

Anwar sibuk bidas kerajaan kerana bersikap acuh tak acuh berhadapan konflik melibatkan kaum tamil di Sri Lanka nu. [RUJUK]

2. Rupa-rupanya kain beliau sendiri terkoyak nampak spender, apabila kawasan beliau (Ptg Pauh) sendiri tidak terjaga.

Alamak! Termalu seh.

Monday, November 23, 2009

CHIN PENG AKAN BANTU PAS?


Bawa Chin Peng pulang; PAS Cadang Buat Referendum

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, berdasarkan perkembangan terbaru itu (permohonan maaf Chin Peng kerana membunuh orang awam), beliau menyarankan agar pihak kerajaan membuat satu referendum untuk rakyat menentukan sama ada permohonan maaf berkenaan boleh diterima dan sekaligus menerima kepulangan Chin Peng.

"Saya cadangkan agar kerajaan buat satu referendum atau pungutan suara untuk mengetahu keinginan sebenar rakyat."Kita sepatutnya serahkan kepada rakyat untuk buat keputusan mengenai isu ini... saya pasti kerajaan tentu bijak untuk mengendalikannya," kata beliau. [RUJUK]

Macamla Chin Peng balik nak bantu PAS tubuhkan negara Islam.

2. DAP dari semasa ke semasa mengulangi ketegasan mereka menolak negara Islam.

3. PAS pula sibuk nak bantu DAP dari segala hal hingga nak bawa balik Chin Peng.

Kuda hijau aduhhh! kuda hijauuu..

Saturday, November 21, 2009

ANWAR, NIK AZIZ DAN SIS 500 TOKOH MUSLIM BERPENGARUH

Anwar Dan Nik Aziz Tersenarai Antara 500 Tokoh Muslim Paling Berpengaruh Dunia
post info
By Anwar Ibrahim

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dua orang pemimpin SIS yang kerap menimbulkan kontroversi dan pendokong Islam liberal di kalangan feminis, Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar juga disenaraikan. [blog anwar]

Apa sumbangan anwar? Kalau nak di bandingkan dengan Tun Dr Mahathir jauh langit dengan bumi.

Dah tu SIS pun ada? Betul ke buku ni?

Friday, November 20, 2009

TUN M DISEGANI LAWAN


13. Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 8.5% dari 1987 dan bukannya 10% dari 1991. Mula merosot pada 1997 di waktu Anwar sebagai Menteri Kewangan melaksana "ubat" IMF tanpa IMF. Memang Anwar ditangkap semasa krisis hampir berakhir. Kerana kegagalannya MTEN ditubuh untuk ambil alih tugas memulih semula kewangan dan ekonomi Negara, jauh sebelum dia ditangkap.

14. Sila semak SEJARAH dalam laporan akhbar dalam dan luar negeri.

15. Thank you for agreeing that I am a dictator. Tell me which dictator ever resign.

16. Terima kasih kerana membaca blog saya. [Tun M]

Pada tahun 2005, selepas saya graduate saya mengambil krusus lanjutan dalam keusahawanan di Negeri Sembilan. Saya berjumpa dengan seorang lecturer keturunan Singh ( bukan Karpal Singh) dan dia penyokong kuat DAP.

Memang betul kata orang putih 'truth shine'. Beliau menceritakan perihal kegawatan ekonomi pada tahun 1998 dan pilihanraya 1999 bagaimana Tun ialah hero dalam ceritanya dan anwar sebagai laughing stocknya, meskipun dia penyokong tegar DAP.

Kebijaksanaan dan panjang akal Tun telah menyelamatkan ramai kaum Cha dari di sembelih seperti yang berlaku di negara-negara jiran bahana akibat meminjam dari IMF. Kalau diikutkan anwar yang menyarankan meminjam dari IMF, beliau akan meletakkan negara ini di ambang bahaya kepada Melayu dan kaum-kaum lain jua.

Pilihanraya tahun 1999 memperlihatkan Terengganu jatuh kepada PAS dan majoriti BN merosot. Ini kerana kebijaksanaan Alllahyarham Fadhil Noor (strategis tersohor PAS yang tiada gantinya) dan simpati orang Melayu kepada anwar namun kaum bukan Melayu lah yang memenangkan BN yang pada saya kerana faktor Tun sendiri. Seterusnya mengekalkan keamanan Malaysia.

Tun M, you are the MAN.

Thursday, November 19, 2009

U WANT CHANGE HELL U WONT GET IT


The Penang state government under the leadership of Lim Guan Eng surprised a lot of those who voted for change by pursuing the policies and projects of Koh Tsu Koon with a zeal beyond the imagination of Penangites.

Lim Guan Eng has willingly without bribery or corruption fast tracked all the projects he inherited from Koh Tsu Koon's administration.

When pressed on the Queensbay land conversion controversy, Lim blamed Koh for the decision.

Lim said he does not quite agree with the decision, but he has to comply.

And he continued to defend the decision by Koh.

The DAP chief minister said that state legal advisers informed him the land was not bound by a crucial proviso in the National Land Code (NLC) 1965 which forbade foreshore land from being converted to freehold.

He said the land had been gazetted as state land – and not considered foreshore – by the previous state administration.

Truth is now being revealed

The chief minister has since wanted to convert a 1.4ha seafront site, adjacent to the 124-year-old Eastern and Oriental (E&O) Hotel along Lebuh Farquhar, from leasehold to freehold at his own free will.

On Oct 15, 2008, Lim issued a press statement that promised not to follow the footsteps of Koh in circumventing the NLC by converting all reclaimed land from leasehold to freehold status.

Now hardly a year has gone by, and Lim has silently converted the PDC Heritage Hotel site from leasehold to freehold status. - Ong Eu Soon, Penang [READ MORE]

Now the people knows what happened to Kg Buah Pala! Same story different verse.

Wednesday, November 18, 2009

ANWAR CAKAP TAK SERUPA BIKIN


Bekas Setiausaha Sulit Anwar buat laporan pembelian saham RM8.5j

KUALA LUMPUR - Demi mencari kebenaran, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis berhubung isu pembelian saham oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang didakwa bernilai RM8.5 juta. [RUJUK]

Apa! anwar yang suci itu rupa-rupanya terpalit dengan korupsi, nepotisme dan kronisme? Saya sungguh-sungguh tidak menyangka akan hal ini. Sewaktu dia dipecat dulu bukankah beliau yang melaungkan anti korupsi, nepotisme dan kronisme sehingga mengheret rakyat ke jalan-jalan raya? Beliau juga yang memberi kenyataan dalam ian buruma a Malay dilemma yang beliau dipecat kerana menentang korupsi, nepotisme dan korisme dalam partinya sendiri!

Chut chut chut sungguh tidak ku sangka harapkan pagar, pagar makan padi, harapkan sokong, sokong rebah. Tulisan oleh kumbang melaporkan anwar menggunakan kroni-kroninya untuk menyimpan harta-hartanya yang dibuat sewaktu beliau menteri keewangan dulu.

Patutlah dilaporkan selama ini anwar begitu menjaga Azmin sehingga beliau tertanya-tanya bila Azmin tiada bersama dalam satu-satu situasi.

Maka jelaslah hari ini bila setia usaha sulit beliau dahulu tampil membuat laporan polis. [Video]

Baca lagi:



Harapkan pagar, pagar tak boleh harap!

Tuesday, November 17, 2009

TOK GURU TERAJUI PAKATAN DAN PENASIHAT EKONOMI


"Jika kita bayar RM1, maka nilai yang kita dapat adalah RM1.", Tun M mengulas perlantikan anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor bergaji RM1 setahun. [Rujuk]

Susulan daripada cadangan Zaid Ibrahim mengusulkan Tok Guru Nik Aziz menerajui Pakatan anwar, anwar semakin tidak keruan. Badrul adun ulu klang yang isytihar bebas baru-baru ini juga menyatakan fed up nya beliau dengan kes salah laku moral anwar yang tertangguh-tangguh. Justeru bagi mengalihkan perhatian ramai, pelbagai peristiwa dipentaskan untuk mengalih perhatian rakyat namun meleset.

Mengambil kira hakikat-hakikat ini:

1. Rakyat makin fed up
2. Kemungkinan Tok Guru yang akan dilantik menjadi PM.
3. anwar tidak menguasai mana-mana negeri.

Maka anwar mahu memulihkan imej beliau dalam skala besar dengan dilantik atau 'melantik dirinya' menjadi penasihat ekonomi negeri yang sudah kukuh ekonominya. Tidak keterlaluan juga mungkin beliau ingin menguasai sesebuah negeri memandangkan harapan nak jadi PM makin suram.

Pakatan anwar untuk anwar

Sunday, November 15, 2009

ANWAR NAMED GIMMICK ADVISOR


Anwar named Selangor's economic advisor

SHAH ALAM – Opposition Leader Anwar Ibrahim has been appointed an economic advisor to the Selangor government.

Announcing the appointment, Mentri Besar Khalid Ibrahim said the move was part of the state government’s efforts to improve Selangor’s economic status and making Shah Alam an Islamic capital.

However, the Federal government is sceptical about Anwar’s role in Selangor’s money matters.

Information, Communications and Culture Minister Dr Rais Yatim said the state alredy has a strong economic. “Surely, the appointment of Anwar is just a gimmick to show the PKR can ‘survive’ within a new setting and a new image?,” he commented. [MM]

Hollywood has continued to outdo itself in the rush to remake not only old movies, but old TV shows, as well. Why? they’re all remakes of previously successful franchises from a bygone era, films that play off of the success of previous movies or television shows.

The reason given is, "we want to make it better". If that so, why don't remake an unsuccessful film or television shows instead?

Same goes to this newly named Selangor's economic advisor. Friggingly agreed with Dr Rais Yatim. Selangor's already has a strong economic. Why don't go to Kelantan instead? Then we'll see how good he is.

Go to Kelantanlah

CERITA BAI'AH TAKLIK

ROMPIN: Rutin seorang pencuci pinggan yang setiap malam menginap di bilik teman wanitanya di kuarters kakitangan sebuah resort di Pulau Tioman, di sini, berakhir dengan detik memalukan apabila hanya berseluar dalam ketika dicekup penguat kuasa agama selepas disyaki berkhalwat, awal pagi semalam.

“Suspek wanita itu mendakwa dia membawa teman lelakinya yang juga kakitangan resort sama masuk kerana pasangannya tidak sihat sebelum mereka tidur bersama.

“Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang kami terima, suspek wanita membawa teman lelakinya masuk untuk tidur bersama setiap malam,” katanya. [RUJUK]

PAS: Tak ada

Khalid: Ada! [Klik]

Cerita tak selari mengundang kekantoian

Friday, November 13, 2009

PENYAMUN DISANGKA SUAMI


Suami tidur pegang pisau

KUALA LUMPUR: Seorang wanita tidak menyangka lelaki yang tidur di sebelahnya adalah penjenayah hanya selepas ternampak lelaki itu memegang pisau, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, mangsa berusia 30-an itu tidur bersama kedua-dua anaknya di ruang tamu rumah sementara menunggu suaminya yang bekerja shif malam pulang.

Menurut sumber, wanita itu terdengar bunyi orang berbaring di sebelahnya, mangsa yang menyangkakan itu suaminya pelik apabila mendapati suaminya pulang awal.

"Mangsa dikatakan berborak dengan suaminya, namun lelaki itu hanya mendiamkan diri menyebabkan mangsa berasa curiga.

"Wanita itu terperanjat apabila melihat lelaki itu memegang pisau sebelum menyoal mengapa dia memegang senjata itu," katanya, semalam. [RUJUK]

Bala yang menimpa PAS akhir-akhir ini adalah kerana mereka tidur dengan salah orang.

Sampai bila mereka akan sedar? Mungkin sehingga nampak pasangan mereka memegang pisau!

Wednesday, November 11, 2009

KHALID SAMAD ANTI ISLAM?


Bai’ah sengaja digembar-gembur pihak anti-Islam

JELI - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, isu bai’ah wakil rakyat untuk menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya berhenti atau keluar parti sengaja digembar-gemburkan pihak anti-Islam.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana adanya bai’ah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya berhenti dan keluar daripada parti. Mereka ini sengaja mengada-adakan cerita dan mereka ini merupakan golongan anti-Islam,” katanya. [sinarharian]

Khalid Samad yang mendedahkan bai'ah talaq dalam akhbar pada 7 Nov 2009 jadi beliaukah yang dimaksudkan Tuan Guru Nik?

Masalahnya YB Zulkifli Nordin melalui sumber dalamannya mengesahkan pendedahan Khalid Samad itu benar.

Habisla kau Khalid tak dapat masuk ....

Anti Islam ka, anti PAS?

Tuesday, November 10, 2009

BAI'AH BERASASKAN NAFSU

MEMPERTUHANKAN POLITIK: BAI'AH TALAQ!
07 November 2009 Oleh Zulkifli Noordin pada 5:11 PM

Salam 2 all.

Saya sangat terkejut dengan pengakuan seorang YB Ahli Parlimen PAS yang mendedahkan kepada umum dan disiarkan dalam akhbar utama hari ini Sabtu 17 Zulqaedah 1430/ 07 Nov 2009 bahawa tiap calun wakil rakyat PAS dikenakan syarat bahawa mana-mana ahli yang dipilih menjadi calun bertanding mana-mana kerusi DUN atau Parlimen dikehendaki mengangkat bai'ah (sumpah setia) jika calun tersebut menang pilihanraya dan kemudiannya memilih meninggalkan PAS maka isterinya akan jatuh talak tiga. Beliau mendakwa dasar ini akan menjamin wakil rakyat PAS tidak akan melompat parti!

Saya sendiri telah mendapatkan pengesahan dan pengakuan daripada beberapa wakil rakyat dan kepimpinan PAS yang membenarkan berita tersebut.

1. Dasar ini mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, dimana wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian.

2. Tidakkah kita sedar bahawa perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci ALLAH! Dan kita jadikan perkara yang paling dibenci ALLAH ini sebagai dasar bai'ah dan sumpah ta'at setia!

3. ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud.

4. Apakah kita terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup menggadai kesucian dan kemuliaan dan kemurnian perkahwinan sebagai bahan gadaian politik.

5. Bagaimana pula dengan anak-anak yang turut akan menjadi mangsa.

6. Ianya sekadar dasar yang berpaksikan kepada alasan dan sandaran aqal dangkal semata-mata! -Baca Penuh di [Zulkifli Nordin]
****

Zaman jahilliyah ibu diwariskan kepada anak lelakinya apabila bapa meninggal dunia, anak perempuan ditanam hidup-hidup. Martabat wanita sangat rendah waktu itu.

Datang Islam mengangkat martabat wanita meletakkan syurga idaman setiap insan di bawah tapak kaki wanita yang bergelar ibu. Memudahkan mereka masuk syurga dengan mentaati suami bukan pangkah parti tertentu. Mengikat anak lelaki untuk mentaati seorang wanita bernama ibu sepanjang hayat mereka walaupun wanita itu sudah tiada.

Hari ini sedih bila kita melihat kegilaan politik mengembalikan wanita sebagai bahan dagangan, pajakan dan gadaian.

Bukanlah salah YB yang ingin melompat parti itu, apabila melihat parti itu sudah menyimpang dari tujuan asal, berketuakan seseorang yang menyokong murtad dari PKR dan berkompromi dengan DAP yang mati hidup balik tidak mahu melihat Negara Islam hatta hukum syariah dilaksanakan di Malaysia.

Diharap Ust Taib Azamuddin yang dikasihi bangun sekali lagi mempertahankan kesucian Islam sebelum fitnah ini merebak, seperti mana dahulu beliau mempertahankan kesucian nama Allah.

Popular Posts 30

Blog Archive