Followers

Tuesday, May 5, 2009

Code Name: Buta Kayu


Fakta 1:

Baru-baru ini Pakatan Pembangkang telah menyebarkan satu poster sekitar Ipoh, memohon Mohd. Rizduan Abdullah yang baru memeluk islam memulangkan anaknya berusia 5 bulan ke pangkuan ibunya yang masih dalam agama asal (Rujuk). Penyokong parti perpaduan BN menghentam keras tindakan itu tetapi penyokong Pakatan Rapuh bermati-matian mempertahankan tindakan Parti mereka. Sementara PAS berdiam diri, "Suqut alamat ul redha".

Antara hujah penyokong mereka yang sempat penulis baca berbunyi, "Mohd Rizduan menggunakan Islam untuk mengambil hak penjagaan anak itu, jika dia masih dalam agama asalnya, anaknya akan diserahkan kepada ibunya. Lalu Rizduan pun masuk islam..."

Fakta 2:

Penyokong parti perpaduan BN menemplak tindakan Nga membaca ayat quran bertujuan politik (Rujuk). Penyokong Pakatan Rapuh pula bermati-matian menangkis hujah penyokong parti perpaduan BN dengan alasan Nga hendak mendekati Islam, semoga Nga mendapat hidayah dan lain-lain. Tuan Guru Nik Aziz juga termakan taktik Nga dengan mengutuskan surat 'terharu konon' apabila Nga membaca sepotong ayat Quran bertujuan politik itu.


Apa yang hendak penulis katakan di sini:

1. Mohd Ridzuan sudah pun memeluk Islam sedangkan Nga masih tak nampak sebarang usaha nak memeluk Islam.

2. Kenapa Mohd Ridzuan dituduh mempergunakan Islam? sedangkan dia sudah memeluk Islam. Kenapa tindakan Nga dipertahankan dan dipuji julang kononnya hendak mendekati Islam dan berminat dengan Islam sedangkan dia sampai sekarang belum mengambil sebarang tindakan mendekati Islam.

3. Apa yang hendak Nga dekati ialah pengundi Islam dengan mempergunakan sepotong ayat Quran bukan Islam itu sendiri.

4. Siapa yang mengguna dan mempergunakan Islam sebenarnya?

5. Bukanlah nak menyalahkan PAS kerana kabinet sendiri sebelum itu mengatakan yang anak patut ikut agama asal ibu bapa mereka semasa mereka berkahwin.

Ini semua adalah gara-gara Anwar Azazil yang memecah belahkan dan melaga-lagakan orang Melayu sehingga menjadi begitu lemah. Umno nak ambil hati orang bukan melayu, PAS rela dikudakan PKR dan DAP.

Hairannya Bila kenyataan ini dikeluarkan mereka akan menuduh Tun Dr Mahathir negarawan ulung Malaysia yang memecah belahkan orang Melayu. Penulis hairan bila, di mana dan bagaimana Tun Dr Mahathir memecah belahkan orang Melayu?

Pada pandangan penulis sudah terang lagi bersuluh Anwar lah punca dan kuman yang memecah belahkan orang Melayu hari ini.

1 comment:

penyair dari gunung said...

Apa le bodoh Pembelit Rakyat ni, Ridzuan ni masuk islam pasal dah dapat hidayah.Orang PAS dah lama Islam tapi tak dapat hidayah, tu le jadinya.

Popular Posts 30