Followers

Thursday, May 14, 2009

Code Name: Pecah dan Perintah

Bersempena dengan hari ini 13 Mei, marilah kita rakyat Malaysia berbilang kaum sama-sama merenung ancaman-ancaman dalaman yang mungkin akan menyebabkan peristiwa 13 Mei berulang.

Kenapa PAS tidak dibenarkan bertanding di Penanti?

Bagaimana nasib orang Melayu di Penang dan orang Cina di Kedah di bawah pakatan tidak mahu bersama ini kalau berkuasa di Malaysia?

1. DAP tak mahu PAS, walaupun Penanti kubu kuat PAS, terpaksa korbankan ikut kata bos. Kerusi kosong itu untuk Timbalan Ketua Menteri. Berlainan di Perak, Sultan lagi bijak daripada anwar, DAP terpaksa terima PAS. Sebenarnya Pakatan Rapuh tidak kukuh. Bagaimana nasib orang Melayu di Penang dan orang Cina di Kedah di bawah pakatan tidak mahu bersama ini kalau berkuasa di Malaysia?

Kenapa Uthayakumar sejurus selepas dibebaskan dari ISA tidak mahu bersama anwar?

1. Kerana dia dan Hindraf telah ditipu bulat-bulat oleh anwar untuk mendapat undi dan simpati kaum India. Paling sadis Uthayakumar sendiri terpaksa meringkuk di dalam ISA.

Tujuan asal Hindraf iaitu menyaman Queen Elizabeth kerana membawa kaum India masuk ke Malaysia sebagai buruh, tidak ada kena mengena dengan UMNO dan BN yang ditubuhkan jauh selepas orang India dibawa masuk ke Tanah Melayu.

Setelah berjumpa dengan anwar barulah dia dibrainwash maka tujuan Hindraf berubah dari Queen Elizabeth ke menentang BN atas sebab-sebab baru.

Hindraf sudah sedar mereka diperkudakan, PAS bila lagi?

Uthayakumar dijangka menubuhkan sebuah parti politik baru.

Strategi baru itu merupakan alasan utama pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy merombak barisan kepimpinan Hindraf, termasuk peletakan jawatan Thanenthiran sebagai penyelaras nasional pergerakan itu. [Rujuk]

anwar sedang menyebarkan fahaman pecah dan perintah, memberikan negeri-negeri kepada parti yang berlainan hala tuju. Langkah awalnya hapuskan DEB. Kita mesti berhati-hati anwar bercakap dengan orang Melayu dalam Bahasa Melayu, dengan orang Cina dalam bahasa Cina dan dengan orang India dalam Tamil.

Oleh itu marilah seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain bersatu merenung kembali rukun negara, DEB, Integrasi Nasional dan yang paling penting bersatu tolak anwar.

Tunku Abd Rahman Putra pernah merantau ke negeri-negeri untuk menghapuskan semangat kenegerian. Kita sekarang pun diharap begitu, orang Melayu Kedah kena tengok orang Melayu Penang. Orang Cina Penang kena tengok orang Cina Kedah. Baru undi.

No comments:

Popular Posts 30