Followers

Sunday, May 3, 2009

Code Name: Pengkhianatan di langit

Menurut Ibnu Abbas ra, Iblis itu dahulu adalah malaikat yang bernama Azazil. Azazil termasuk dalam golongan senior malaikat. Dalam riwayat yang lain, namanya Al-Harits. Nama Azazil adalah nama dalam bahasa Ibrani dan Al-Harits adalah nama dalam Arab.

Jumhur ulama berpendapat bahwa Azazil termasuk yang diwajibkan untuk bersujud kepada Adam A.S, kerana saat itu Azazil masih termasuk ke dalam kategori malaikat.

Simak bin Harb meriwayatkan dari Ikrimah dari Ibnu Abbas, "Iblis dulunya adalah dari malaikat, namun ketika dia bermaksiat (ingkar) Allah SWT marah kepadanya. Lalu Allah melaknatnya hingga menjadi syaitan."

Pengajaran:

1. Janganlah taksub kepada seseorang kerana makhluk boleh berubah. Kalau dahulunya dikenali sebagai seorang pejuang islam, menubuhkan ABIM dsb tidak mustahil tiba-tiba berubah menjadi sebaliknya, yang kadang-kadang kita pun tidak menyangka.

2. Demi memenuhi hawa nafsu sendiri untuk membalas dendam, manusia boleh berbuat apa saja.

3. Gila pangkat dan tamakkan kuasa adalah penyakit yang sangat merbahaya.

No comments:

Popular Posts 30