Followers

Saturday, May 9, 2009

Code Name: Serba salah

Mereka seronok bila orang sedang bekerja dan berehat di rumah terpaksa keluar membuang undi, yang capek datang bertongkat, yang buta datang meraba, yang pekak tertanya-tanya.

Pembebasan ISA bukti kerajaan prihatin penderitaan keluarga

SHAH ALAM: Isteri M Manoharan, S Pushpaneela berterima kasih kepada kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana membebaskan suaminya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah dari tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dalam tempoh terdekat ini. [Rujuk]

1. Kerajaan hendak berbaik-baik, mendengar rintihan keluarga tahanan, walaupun Hindraf dulu biadap.

Rakyat Malaysia nak hidup aman tak mahu kacau-kacau. Mereka nak pergi berkelah di hujung minggu, nak pergi berjalan dengan famili di musim cuti, nak pergi window shopping dengan kawan-kawan di pasar raya.

Tak mahu ada penunjuk perasaan di jalan raya, tak mahu ada mogok lapar di KLCC dan tak mahu ada huru hara di majlis terbuka.


Bebas Manoharan: Najib takut hadapi 'badi' PRK

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Hrkh) - Naib Presiden dan Ketua Muslimat PAS Pusat sepakat mengatakan pembebasan Adun Kota Alam Shah, M Manoharan di bawah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disebabkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak sanggup menghadapi 'badi' pilihan raya kecil. [Rujuk]

2. Walaupun wira mereka dah dibebaskan masih lagi ada mulut-mulut jahat hendak membuat fitnah dan melemparkan tuduhan. Mereka seronok menghabiskan duit derma orang ramai dan duit rakyat untuk buat pilihan raya kecil.

Mereka seronok bila kawasan yang aman dan tenang tiba-tiba di penuhi polis, ceramah dan wartawan menjadikan suasana panas, sesak dan bising.

Mereka seronok bila orang sedang bekerja dan berehat di rumah terpaksa keluar membuang undi, yang capek datang bertongkat, yang buta datang meraba, yang pekak tertanya-tanya.


3. Kehidupan yang aman hari ini bukanlah kerana Umno tetapi kerana maufakat, bertolak ansur, kecekapan pentadbiran negara oleh BN (UMNO, MCA, MIC dan parti-parti komponennya) dan yang paling penting tiada ejen Yahudi, pendendam dan individu gila kuasa menghasut masyarakat.

Selamat Hari Ibu Semua.

No comments:

Popular Posts 30