Followers

Tuesday, August 25, 2009

TEORI BAGAIMANA MANGSA MEMBIARKAN DIRINYA DILIWAT

Mangsa yang berusia 17 tahun dipaksa menurut kehendak majikannya itu yang berusia lewat 40-an berikutan ugutan yang diterima.

Tauke ‘alim’ cabul pekerja wanita

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang berperwatakan alim mengambil kesempatan mencabul seorang remaja yang baru bekerja di kedainya dengan memintanya membuka baju dengan alasan untuk melihat bahagian badannya.

Mangsa yang berusia 17 tahun dipaksa menurut kehendak majikannya itu yang berusia lewat 40-an berikutan ugutan yang diterima.

Dalam kejadian jam 8.30 malam kelmarin di Pangsapuri Impian Baiduri di sini, mangsa yang baru memulakan kerja di premis berkenaan Ahad lalu berada dalam premis menjual perabot bersama majikannya itu.

Katanya (mangsa), pada hari kejadian dia dan ibunya keluar makan sebelum kembali ke premis itu. Dia kemudian meminta seorang rakannya menemaninya di kedai itu

“Namun, majikan saya memarahi dan menghalau rakan saya itu menyebabkan hanya tinggal kami berdua dalam premis berkenaan. Saya cuba keluar, tetapi dihalang.

“Majikan mengarahkan saya membuka baju kononnya untuk melihat perut saya dengan alasan mahu membandingkan dengan perut isterinya yang ada bintik-bintik hitam,” katanya.

Bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, dia hanya menuruti arahan majikannya itu sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Dia cuba berkeras untuk tidak menuruti kehendak majikannya terbabit tetapi gagal. Bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, dia hanya menuruti arahan majikannya itu sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Berikutan kejadian itu, dia mengambil keputusan berhenti kerja sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Way sebelum kes terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi tindakan lanjut. [RUJUK]

15 comments:

Jeffry said...

KITE TENGOK APE YG SI HASAN TU NAK BUAT??..PALING2 PUN DIA TUTUP MATE,PEKAK KAN TELINGA, KUNCI MULUT KEHKEHKEH

Wong Pencen said...

Sekurang-kurangnya, mengikut cerita yang dipaparkan, mangsa tersebut ada juga cuba berkeras untuk tidak menuruti kehendak majikannya. Memandangkan keadaan dan jalan cerita tersebut, ada faktor paksaan dan mungkin ugutan. Sekurang-kurangnya nampak mangsa tidak rela.

Junah pula saya nampak sebaliknya. Tanpa paksaan, dengan mudah malah bangga menyebarkan FITNAH yang direka oleh Jeffry. FITNAH yang sewajarnya dijauhi kini menjadi hiasan laman blog Junah.

Junah said...

Salam brothers,

terima kasih saudara wong, pada pendapat saya pula ugutan bagaimana atau paksaan bagaimana? ada lebam calar?

saya ingin menunjukkan kuasa orang yang ada kuasa memanipulasi orang bahawan yang akan malu alah dan terpaksa dalam izin.

Adakah saudara menuduh Saiful yang sudah bersumpah lian/laknat membuat fitnah?

Wong Pencen said...

Walaupun tanpa sebarang lebam atau calar, ugutan dan paksaan mungkin berlaku. Sekadar manipulasi sehingga mangsa terpaksa sahaja sudah termasuk sebagai paksaan.

Juga, saya tidak sama sekali menyebut apa pun dalam ulasan saya dan saya sama sekali tidak bermaksud Saiful membuat fitnah. Saya sendiri tidak tahu dan mungkin tidak akan tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Apa yang saya katakan adalah berkenaan Junah sendiri. Mengapa Junah menggunakan gambar yang direka oleh Jeffry untuk menghiasi laman blog Junah ini.

Mungkinkah Junah tidak dapat memahami ulasan saya yang terdahulu kerana tidak memahami mengapa saya mengatakan gambar rekaan itu sebagai FITNAH?

Junah said...

Salam wong,

tepat sekali manipulasi adalah paksaan.

Jika zunar boleh usik PM dalam malaysiakini kenapa jeff tak boleh?

jeff berkarya atas dakwaan saiful, saiful tidak mungkin berani main sumpah.

Wong Pencen said...

"Jika zunar boleh usik PM dalam malaysiakini kenapa jeff tak boleh?"

Dengan pertanyaan ini, adakah Junah menyatakan bahawa apabila satu pihak menyebarkan FITNAH maka pihak lain juga wajar menyebarkan FITNAH. Apabila ramai orang menyebarkan FITNAH maka kita wajar ikut sama membuat dan menyebarkan FITNAH? Apabila ramai orang melakukannya maka FITNAH sudah tidak lagi salah?

Saya tidak mengatakan tidak boleh, ternyata memang Jeffry sudahpun melakukannya. Jeffry telah membuktikan bahawa beliau memang berkemahiran mengolah gambar bagi menggambarkan apa yang beliau mahu gambarkan. Setiap manusia memang diKURNIAkan kepandaian menjadikan mereka berkebolehan berbuat sesuatu yang istimewa.

Jeffry juga diKURNIAkan akal untuk menilai antara yang baik dan buruk. Begitu juga Junah, sudah pasti pandai menilai antara yang betul dan salah.

"jeff berkarya atas dakwaan saiful, saiful tidak mungkin berani main sumpah."

Samaada Saiful berani atau tidak bermain sumpah bukan persoalannya di sini. Yang penting adalah samaada gambar yang dipaparkan adalah gambar sebenar atau rekaan. Sekiranya ianya gambar sebenar maka ianya adalah benar. Sekiranya ia gambar sebenar dan gambar tersebut menunjukkan keburukan orang lain, maka sifat perbuatan menyiarkan gambar tersebut adalah 'menghebahkan aib orang lain.

Apabila gambar yang disiarkan merupakan rekaan dan apa yang terpapar tidak pernah berlaku, sedang gambar tersebut boleh menyebabkan orang lain teraniaya, bukankah itu FITNAH namanya? Kalau bukan FITNAH, apa pula sifatnya? Pastinya bukan kebenaran. Maka adakah mungkin kebenaran diperjuangkan dengan cara yang salah?

Bagi Jeffry yang menghasilkan gambar tersebut, bukankah dia orang yang membuat FITNAH? Bagi Junah yang turut memaparkan gambar tersebut, bukankah bersubahat menyebarkan FITNAH namanya?

Saya mungkin salah, Jeffry dan Junah mungkin betul. Sekiranya saya salah, maafkan saya. Sekiranya Jeffry dan Junah yang salah, maaf perlu dipohon dari orang yang teraniaya dan yang teraniaya mungkin bukan sahaja orang yang dalam gambar tersebut, malah ahli-ahli keluarga dan orang lain di sekeliling mereka.

Sekiranya persoalan ini masih belum jelas, maka rujuklah kepada yang lebih bijak pandai kerana manusia seperti kita memang tidak mampu menghindarkan diri melakukan kesalahan dan kesilapan. Walau demikian, dengan apa juga KURNIAAN ALLAH, kita wajar berusaha untuk tidak melakukan kesalahan yang disengajakan dan mudah dihindarkan.

Junah said...

Salam Wong,

anwar adalah peliwat mangsanya adalah saiful, saiful tiada peluang menyatakan di mahkamah kerana peliwat pandai memanipulasi sistem kehakiman, tiada yang fitnah disini cuma mengumpat,

Mengumpat dibolehkan oleh syarak dalam 3 keadaan;
1. Isteri yang nak mengadu tentang suami kepada kadhi, supaya kadhi boleh menjatuhkan hukuman.
2. Tentang Perawi Hadis yang tidak adil, supaya orang tidak mengambil Hadis daripadanya yang fasik.
3. Pemimpin yang jahat, supaya rakyat tidak memilihnya menjadi pemimpin.

menghebahkan aib tidak masuk dlm konteks ini, jika anak anda dirogol dan kami menolong menuntut perogol dihadapkan kemuka keadilan adakah kami dikira menghebahkan aib perogol?

Wong Pencen said...

"anwar adalah peliwat mangsanya adalah saiful,"

Lalu apa gunanya membawa kes ke mahkamah sedang hukum sudah dijatuhkan. Bukankah mahkamah sepatutnya membicarakan kes dengan mendengar kesaksian sebelum menjatuhkan hukum. Junah mengharapkan kes segera dibicarakan supaya keadilan dapat ditegakkan tetapi sudah menjatuhkan hukum.

Adakah Junah menyaksikan Saiful diliwat oleh Anwar? Jika tidak, atas dasar apa kenyataan Junah bahawa Anwar adalah peliwat dan mangsanya adalah Saiful?.

"...saiful tiada peluang menyatakan di mahkamah kerana peliwat pandai memanipulasi sistem kehakiman,..."

Lagi sekali apa guna ada sistem kehakiman di Malaysia ini sekiranya sistem tersebut dengan mudah dapat dimanipulasi oleh orang yang tertuduh. Sekiranya benar sistem dapat dimanipulasi, maka tidak ada gunanya kes dibawa kemahkamah kerana keadilan masih tidak dapat ditegakkan.

Mahkamah akan membuat keputusan mengikut pihak yang lebih pandai manipulasi, begitu? Sesudah selesai perbicaraan, adakah Junah akan mengatakan bahawa mahkamah tidak adil sekiranya tertuduh didapati tidak bersalah?

"tiada yang fitnah disini cuma mengumpat"

Junah membezakan dua perbuatan, FITNAH dan mengumpat. Saya kira kerana Junah berpandangan mengumpat itu adalah menyatakan keburukan seseorang, sedang keburukan yang diumpat adalah yang benar. FITNAH pula menyatakan keburukan yang tidak benar lalu FITNAH itu menyebabkan orang teraniaya.

Cuba perhatikan semula gambar yang direka oleh Jeffry. Tidak perlu saya berhujah panjang lebar, gambar itu memang direka. Bukan gambar sebenar. Bukan FITNAHkah itu?

"jika anak anda dirogol dan kami menolong menuntut perogol dihadapkan kemuka keadilan adakah kami dikira menghebahkan aib perogol?"

Sekiranya anak anda dirogol dan anda menuntut keadilan, mahukan perogol dihadapkan ke mahkamah, cara yang paling baik adalah dengan berkata benar. Mengemukakan tuntutan dengan cara yang berunsur FITNAH bukan sahaja tidak membantu menegakkan keadilan malah akan membawa semua pihak lebih jauh dari kebenaran dan keadilan.

Junah said...

Terima kasih wong,

berdasarkan kes yang dulu, saksi, dan sumpah lian yg tidak sanggup dilakukan anuar.

hanya pembangkang tidak menerima keputusan mahkamah bila tidak memihak kepada mereka,

semua kartunis boleh dikatakan pemfitnah kalau begitu,

apa maksud "Mengemukakan tuntutan dengan cara yang berunsur FITNAH bukan sahaja tidak membantu menegakkan keadilan malah akan membawa semua pihak lebih jauh dari kebenaran dan keadilan."

bagaimanakah mengemukakan tuntutan dengan cara berunsur fitnah?

Jeffry said...

SLM BRO..MUNGKIN SDR WONG X DPT BEZAKAN MANA SATU SINDIRAN, MANA SATU FITNAH DAN MANA SATU KENYATAAN. MUNGKIN SLH AKU YG MEMBUAT GMBR SEDEMIKIAN RUPA. AKU BERKARYA MENGIKUT NALURI AKU DAN AKU TAK MEMAKSA SESAPE UTK MENILAIKANNYA MELAIN MEREKA MENILAIKAN MENGIKUT PERSEPSI MASING2. DAN AKU XDE KUASA NAK MEMAKSA PERSEPSI SETIAP ORG DALAM MENILAI KARYA AKU WALAUPUN NIAT AKU ADALAH JUJUR. TP BILA ORG TAK PHM DGN KARYA AKU, ORG PANDANG SINIS TERHADAP KARYA AKU MAKA TIMBUL LAH PERSEPSI YG PELBAGAI MCM SDR WONG UNGKITKAN. KLU HANYA GAMBR YG MENJADI ISU MAKA TAK SLH GAMBAR JUGA BOLEH MENYEDARKAN ORG LAIN. SEMUA ITU MUNGKIN. JADI JGN LAH CEPAT MENILAI SESUATU DARI SUDUT NEGATIF. AKU BERKARYA KERANA AKU MEMPERCAYAI APA YG AKU LIHAT DAN APA YG AKU PERHATI..WASSALAM

Wong Pencen said...

"berdasarkan kes yang dulu..."

Wajarkah seseorang disabitkan bersalah hanya kerana 'dia memang pernah buat'. Pensabitan hanya wajar setelah semua saksi dan bukti dikemukakan dan diteliti.

"... saksi..."

Setakat yang saya tahu, saksi kes masih belum di teliti kesaksian mereka dan belum tentu mahkamah akan menerima kesaksian mereka sebagai benar.

"...sumpah lian yg tidak sanggup dilakukan anuar."

Wajarkah seseorang disabitkan bersalah hanya kerana dia tidak mahu bersumpah? Wajarkah seseorang lain dilepaskan dari sebarang tuduhan hanya kerana mereka bersumpah? Dengan sistem perundangan sebegini, saya percaya negara kita tidak perlu begitu banyak sel lokap dan penjara.

"hanya pembangkang tidak menerima keputusan mahkamah bila tidak memihak kepada mereka,"

Dengan sebab inilah saya persoalkan mengapa Junah pertikaikan apa yang berlaku sekarang sedangkan kes sedang berjalan mengikut proses mahkamah yang memang dibenarkan dalam proses perundangan negara.

"semua kartunis boleh dikatakan pemfitnah kalau begitu,"

Bukan semua kartunis itu pemfitnah. Yang terlibat hanya mereka yang menghasilkan karya REKAAN yang menyebabkan ada orang teraib dan teraniaya. Kalau sekadar melukis katun untuk bergelak ketawa atau menceritakan suatu cerita bukanlah FITNAH namanya.

"apa maksud "Mengemukakan tuntutan dengan cara yang berunsur FITNAH bukan sahaja tidak membantu menegakkan keadilan malah akan membawa semua pihak lebih jauh dari kebenaran dan keadilan."

Maksudnya menuntut keadilan dengan mengemukakan saksi dan bukti yang tidak benar. Saksi yang menceritakan lebih dari apa yang sebenarnya berlaku. Walaupun perbuatan salah memang telah dilakukan, saksi tidak boleh menambahkan cerita, apa juga alasannya.

"bagaimanakah mengemukakan tuntutan dengan cara berunsur fitnah?"

Sebagaimana Junah katakan terdahulu, Junah sekadar mahu menolong agar kebenaran diserlahkan. Menuntut agar keadilan ditegakkan. Tiada apa yang salah dengan niat demikian.

Yang menjadi salah apabila gambar REKAAN Jeffry digunakan kerana gambar tersebut semata-mata REKAAN dan sesiapa yang dipaparkan dalam gambar tersebut tidak pernah berada dalam keadaan sebagaimana dipaparkan. Inilah unsur FITNAH yang saya maksudkan.

Saya percaya kebenaran dan keadilan tidak boleh ditegakkan malah akan lebih tercemar dengan adanya unsur FITNAH.

Wong Pencen said...

Jeffry

Memang bukan mudah untuk sesiapa juga menerima pandangan orang lain kerana setiap insan mempunyai pengalaman dan pemikiran yang berbeza. Atas sebab itulah maka kita berhujah untuk membetulkan apa yang kita anggap sebagai salah. Saya berhujah mengikut apa yang saya faham, begitu juga Jeffry.

Walau bagaimana mantap sekali hujah kita dalam apa juga isu, jangan sekali-kali kita lupa bahawa yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.

"...MUNGKIN SDR WONG X DPT BEZAKAN MANA SATU SINDIRAN, MANA SATU FITNAH DAN MANA SATU KENYATAAN."

Mungkin benar memang saya tidak tahu perbezaan antara ketiga-tiga, sindiran, FITNAH dan kenyataan.

Namun apa yang saya faham, kenyataan yang benar tidak menyebabkan sesiapa teraniaya. Sindiran pula adalah menyatakan sesuatu dengan maksud yang lebih dari yang nyata. FITNAH adalah menyatakan sesuatu yang tidak benar sehingga boleh menyebabkan orang lain teraniaya.

"MUNGKIN SLH AKU YG MEMBUAT GMBR SEDEMIKIAN RUPA."

Kalau tidak pasti, buatlah rujukan dengan orang-orang yang lebih berilmu kerana sekiranya ianya salah maka tidak sewajarnya terus dilakukan.

"AKU BERKARYA MENGIKUT NALURI AKU DAN AKU TAK MEMAKSA ... PERSEPSI MASING2. DAN AKU XDE KUASA NAK MEMAKSA... ORG DALAM MENILAI KARYA AKU..."

Memang saya sendiri tidak pernah terpaksa untuk membuat ulasan, Saya mengulas hanya kerana saya melihat sesuatu yang salah dan berharap ianya tidak berterusan. Sekiranya ianya berterusan, lebih banyak kekeliruan boleh timbul.

"...WALAUPUN NIAT AKU ADALAH JUJUR."

Niat yang jujur biarlah diiringi cara yang jujur, barulah kejujuran terserlah.

"...TP BILA ORG TAK PHM DGN KARYA AKU, ORG PANDANG SINIS TERHADAP KARYA AKU MAKA TIMBUL LAH PERSEPSI YG PELBAGAI...."

Dari gambar yang betul (bukan rekaan) pun boleh timbul persepsi berbeza, inikan pula gambar rekaan.

"...KLU HANYA GAMBR YG MENJADI ISU MAKA TAK SLH GAMBAR JUGA BOLEH MENYEDARKAN ORG LAIN."

Tidak salah memberikan kesedaran kepada orang lain malah itu satu perkara yang mulia. Namun, wajarkah kesedaran terhadap yang betul dilakukan dengan cara berunsur FITNAH? Bukankah itu menganiaya orang lain untuk kebaikan orang lain?

"...JGN LAH CEPAT MENILAI SESUATU DARI SUDUT NEGATIF."

Melakukan kebaikan dengan cara melakukan kejahatan?. Siapa yang negatif di sini.

"...BERKARYA KERANA AKU MEMPERCAYAI APA YG AKU LIHAT DAN APA YG AKU PERHATI..."

Saya percaya Jeffry tidak pernah sama sekali melihat dan memerhatikan Anwar sebagaimana yang Jerrfy lakarkan dalam gambar yang 'menghiasi' paparan laman ini. Maka atas dasar apakah Jeffry percaya?

Saya memandang dari sudut begini.

Gambar yang Jeffry REKA adalah hasil imaginasi Jeffry yang terlakar dengan kemahiran yang Jeffry miliki. Apa yang Jeffry gambarkan tidak pernah berlaku kepada orang yang Jeffry gambarkan.

Orang yang Jeffry gambarkan boleh teraniaya akibat gambar tersebut kerana ia memaparkan beliau dalam keadaan yang tidak baik.

Sekiranya niat Jeffry baik, maka wajarlah Jeffry berbuat yang baik sahaja kerana kebaikan dan kebenaran hanya akan tegak diatas kebaikan dan kebenaran juga. Saya percaya Jeffry juga faham bahawa keadilan tidak mungkin berdiri di atas asas FITNAH.

Junah said...

Salam,

terima kasih wong, seperti yang saya tegaskan dulu kes saiful tiada fitnah, tahukah anda sumpah lia'n diterima dalam mahkamah islam. Sumpah lia'n bukan main-main. Org tidak waras mana sanggup bersumpah menerima azab allah?

Mengenai gambar tersebut, berapa bahagian fitnah yang anda tahu?

Wong Pencen said...

"...seperti yang saya tegaskan dulu kes saiful tiada fitnah..."

Tiada FITNAH, pada pandangan Junah. Saya tidak tahu. Ramai yang seperti Junah dan ramai juga seperti saya. Ramai juga yang berpandangan ianya FITNAH semata-mata.

Yang saya pasti, dengan meneliti laman blog kelolaan Saiful sendiri, sudah ada unsur FITNAH apabila Saiful menunjukkan sokongan terhadap penghasilan gambar-gambar rekaan Jeffry. Walaupun mungkin tuduhan terhadap Anwar bukan FITNAH namun kini tuduhan tersebut telah tercemar dengan unsur FITNAH.

Dengan sebab itulah maka saya mengingatkan agar semua orang lebih berhati-hati dalam mengulas kerana setiap unsur FITNAH akan melemahkan kredibiliti saksi dan bukan kredibiliti tertuduh.

"...tahukah anda sumpah lia'n diterima dalam mahkamah islam..."

Kes yang dibincangkan bukan dibicarakan di mahkamah ISLAM. Mahkamah yang membicarakan kes ini tidak menerima sumpah sebagai bukti.

Bagaimana pula mahkamah ISLAM menerima kesaksian sekiranya kedua-dua pihak plaintif dan defendan bersumpah? Pastinya mahkamah akan meneliti bukti-bukti sebelum menjatuhkan hukum. Pastinya mahkamah tidak boleh sekadar menerima kesaksian bersumpah kedua-dua pihak.

"...Sumpah lia'n bukan main-main. Org tidak waras mana sanggup bersumpah menerima azab allah?"

Memang sumpah bukan perkara main-main. Namun tidak boleh dinafikan bahawa memang ada orang berani bermain dengan sumpah. Keberanian sedemikian bukan kerana dia sanggup menerima AZAB ALLAH tetapi dia tidak waras dan tidak dapat menilai peri peritnya AZAB ALLAH.

"Mengenai gambar tersebut, berapa bahagian fitnah yang anda tahu?"

Setahu saya, ilmu berhubung dengan cabang-cabang FITNAH sebenarnya sangat luas. Saya mengaku bahawa saya tidak mengetahui sepenuhnya bahagian-bahagian FITNAH yang ada.

Namun demikian, menggambarkan seseorang dalam keadaan yang boleh mengaibkan, sedangkan orang tersebut tidak pernah berada dalam keadaan sebagaimana yang digambarkan, adalah jelas satu bentuk FITNAH.

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

Popular Posts 30

Blog Archive