Followers

Monday, August 31, 2009

HADIAH HARI MERDEKA, KUIL


Rakyat Muslim di Seksyen 23, Shah Alam mendapat hadiah istimewa sempena menyambut hari kemerdekaan tahun ini iaitu kuil di kawasan perumahan mereka yang merangkumi 90% penduduk Islam.

Menurut sumber salah satu komponen kerajaan PAKATAN pernah menjanjikan syurga jika pangkah parti mereka dan inilah syurganya kot.

Pemimpin PAKATAN tidak mengambil iktibar dari insiden Kg rawa P. Pinang satu masa dulu. Pemimpim terus mengecam penduduk sedangkan isunya ia bukan masalah penduduk hina agama lain atau menyekat kebebasan beragama tetapi lokasi rumah ibadat itu yang tidak sesuai dan protes mereka terhadap pemimpin PAKATAN.

Ketika muslimin bakal berhadap dengan hari raya eid ul fitri, inilah hadiah kerajaan PAKATAN kepada kita, kuil?.

****

Hadiah hari merdeka, harga minyak naik lagi?

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.
Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS. [Hrkh]

Kerajaan kata harga minyak naik ikut harga minyak dunia. Harga minyak dunia naik ke? Harga minyak RON 95 akan dinaikkan 0.05 sen manakala F1 akan dinaikkan 0.25 sen. Harga minyak dunia pula tidak ditentukan oleh OPEC sebenarnya tetapi Amerika sahabat anwar.

Bila minyak naik puak-puak kapitalis sibuk naikkan harga barang begitu juga bila gaji kakitangan awam naik. Apaguna gaji naik kalau harga barang pun naik berakhir dengan kuasa beli tetap sama. Suatu masa dulu harga minyak turun dengan ketara tetapi puak-puak kapitalis ini buat pekak tidak menurunkan harga barang dan servis mereka.

Siapa puak-puak kapitalis ini? Majoritinya bangsa mereka inilah yang nak menghapuskan DEB dan hak keistimewaan orang-orang Bumi sedangkan apa kerajaan buat mereka berkongsi untung juga. Inilah yang dikatakan kek kita mereka mahu, kek mereka tak boleh kongsi.

Yang peliknya bangsa kita sendiri mahu naikkan mereka menjadi pemimpin kita dengan harapan harga barang akan turun, kesucian Islam akan terjaga dan bahasa Melayu dimartabatkan?

Mohon kerajaan kaji balik jika benar.

5 comments:

Anonymous said...

Kuil tu tak tahu bila nak buatnya.Baru cadang je.
Nih..yang tak cadang2 ni.Terus je buat tanpa ambil pandangan rakyat dah..MINYAK NAIK..HADIAH UNTUK RAKYAT DI HARI MERDEKA..BARULAH MERDEKA BETUL2 KITA SEMUA CAMNI YE!!LEPAS NI HARGA BARANG,TAMBANG,AIR,ELEKTRIK PUN IKUT NAIK SEKALI...MERDEKA!!MERDEKA

Anonymous said...

Kuil tu tak tahu bila nak buatnya.Baru cadang je.
Nih..yang tak cadang2 ni.Terus je buat tanpa ambil pandangan rakyat dah..MINYAK NAIK..HADIAH UNTUK RAKYAT DI HARI MERDEKA..BARULAH MERDEKA BETUL2 KITA SEMUA CAMNI YE!!LEPAS NI HARGA BARANG,TAMBANG,AIR,ELEKTRIK PUN IKUT NAIK SEKALI...MERDEKA!!MERDEKA

Anonymous said...

hello bro...

kalau najib xkaji sure PRU13 hilang BN, najib kena menang ati rakyat..kakitangan awam perlu dijaga.. spt benarkan bank potong terus gaji kalau ade yg berhutang, bukan pakai biro angkasa yg tidak memberi faedah kpd kakitangan awam, bahkan menyusahkan peminjam kakitangan awam.

ni harge minyak dah naik dekat raya sure lagi melambung harga barang, sape yg susah mcm ni? rakyat yg rendah gajinyer akan tanggung beban

insuran pun cekik darah rakyat, bayar buta saje.. insuran moto dekat rm200

kalu bro dekat dgh DYMM YDP mintak sikit campurtangan, skrg kuase melayu dah nak hilang oleh kerana kebodohan pemimpin BN dan kelicikan pemimpin PR, kembalikan kestabilan, malaysia bukan takde duit tp pengurusan tak cekap

-ed

Jeffry said...

SLM BRO..ADOIYAII KLU ANUWAR TU BTUL2 BIJAK KNP DIA X NK TLG URUSKAN KERAJAAN PEMBANGKANG KT KEDAH, PENANG, KELANTAN (PALING TERUK SKALI!) SELANGOR BEB??..SIAP NK PAKAI DUIT ZAKAT LG TUU..ANUWAR MMG TERER2!!..TERER MENIPU, MEMBELIT, MEMFITNAH TERER LAAA! HARKK TUIHH!!..KEHKEHKEH

dr.todak said...

btoi gak apa yg anonymous kate tu...matlamat BN bagus tp sesetengah pemimpin BN ni ramai yg sengal, dok pikir perut sendiri je..BN kena le peka skt masalah n bebananan rakyat.naik rege minyak tengok time le..ni la peluang PR nak naikkan kemarahan rakyat.

Popular Posts 30

Blog Archive