Followers

Monday, August 31, 2009

MERDEKA SEPI


Sejak kebelakangan ini seperti sudah menjadi trend untuk UMNO dan PAS memperjuangkan hak orang bukan Bumi dan bukan Islam, PKR tak payah cerita lah perjuangkan apa pun masih belum jelas. Seolah-olah undi mereka ini menjadi begitu penting kepada penyambung hayat UMNO dan PAS. Adakah parti-parti ini sudah lupa akan tujuan asal mereka iaitu mempertahankan hak orang bumi dan Islam.

Insiden di Seksyen 23 Shah Alam menjadi titik tolak di mana orang Melayu tidak ada tempat mengadu. Kedua-dua parti gagal melihat yang tersirat daripada yang tersurat malahan terus menyerang perbuatan penduduk dengan kecaman demi kecaman. Tidak ada sesiapakah di dalam kerajaan melihat yang penduduk ini sudah tersilap memilih pemimpin yang tidak ada sensitiviti terhadap Islam? Pemimpin Islam manakah yang rasional akan mendirikan kuil di kediaman 90% Muslims? Mereka memangkah kerana harapkan syurga namun tidak menyangka dapat kuil.

Adakah pemimpin kita termakan dengan umpan 'takut dituduh rasis' maka kita harus mengalah setiap kali. Mereka meminta sedikit demi sedikit daripada bahagian kek kita namun mereka tidak mahu kongsi bahagian kek mereka. Mereka menentang idea sekolah wawasan sebelum projek satu sekolah untuk semua lagi, namun mereka menerima dan meminta lagi Amanah Saham Wawasan.

Adakah sambutan merdeka terhad kepada mengingati sejarah bukan memperbaharui semangat keperwiraan pejuang kemerdekaan. Bak kata Karam Sigh Walia, kera di hutan disusukan anak di rumah mati tak makan. Apalah ertinya merdeka jika terasing di bumi sendiri, di anak tirikan oleh pemimpin yang dipilih oleh tangan-tangan kami.

Salam Kemerdekaan untuk Semua!

3 comments:

PUTRA MERDEKA said...

salam bro Junah,
selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 tahun.
salam perjuangan!

Dee said...

Salam junah

Memang jelas skrg melayu making terhimpit..kerana silap melayu juga yg suka berpuak puak.Bkn melayu memang telah lama menunggu saat ini dan akan dipergunakan sebaik mungkin untuk menuntut apa saja untuk kepentingan kaum masing2..Oleh kerana melayu lemah kerajaan seakan terikat tgn dan terpaksa menurut saja suara2 meminta ini demi mileage party.

Kerajaan skrg agak liberal untuk menyaingi party belah sana..Kesannya kek melayu sedia ada dihiris sedikit demi sedikit dan diberikan kpd yg meminta..Kerajaan terpksa lakukan demi mendptkan sokongan dari kaum lain.

Keterbukaan kerajaan skrg telah menghumban kita sebagai rakyat marhaen yg bkn melayu dan melayu ke pentas "safari"untuk mengikuti satu "ekspidisi " ikhtiar hidup dan bersaing secara terbuka.Ini adalah langka permulaaan.Masa mendatang " ekspidi " ini akan lebih hebat lagi. .ini hakikat..

Soalnya mampu kah kita bersaing dlm "ekspidisi" ini ? Kerajaan telah agikan bermcm jenis amanah saham.Siapa yg paling bnyk melmiliki saham ini.? Kita kah atau pesaing kita? Jwbnya kita tewas.Baru selangkah menjalani "ekspidisi" kita sudah tak mampu saing.. ""ALERT !!!" bersiap sedia lah untuk "ekspidisi" yg lebih hebat "Merentasi Benua Tanpa Sempadan" di atas pentas safari bernama "Liberisasi".

Salam Merdeka !!

Anwar Pengkhianat Bangsa. .

Jeffry said...

SLM BRO..ADAKAH KITA RASIS?..MENGIKUT TAFSIRAN RASIS TU ADALAH MENGHINA ATAU MENZALIMI SATU BANGSA..MCM DASAR APARTHEID..ZIONIS MENENTANG ISLAM..KITA HENTAM LIM & SON, TAPI KITA CUMA SINDIR MCA, KITA HENTAM SI SIVAKUMAR, TAPI KITA PUN CUMA SINDIR MIC, KITA BEDAL PAK AJIS SB DIA PERMAINKAN ISLAM..KITA HENTAM SI JUBORI SBB DIA NI PENJAHANAM NEGARA!..MEREKA TU SEMUA PELBAGAI BANGSA..ADAKAH KITA RASIS??

Popular Posts 30

Blog Archive