Followers

Sunday, August 30, 2009

MISI RASULULLAH AKHLAK HASANAH MISI PAS MENANG PILIHAN RAYA


'Isytihar Rafizah isteri kedua atau cerai'
Mohamad Ali Abdullah masih lagi menuntut Rohaizat Othman, bekas calon BN di Permatang Pasir, agar menyelesaikan isu anak perempuannya Rafizah dengan pemimpin Umno itu.

Bapa wanita itu hujung minggu lalu menuntut Rohaizat membuat pengakuan terbuka agar mengaku Rafizah isterinya itu yang dikahwini pada 2005. [Malaysiakini]


"Sesungguhnya aku (Rasulullah) diutuskan untuk menyempurnakan akhlak", Riwayat Ahmad.

Kemenangan PAS di Ptg Pasir jelas bermodus operandikan character assasination dan tidak berlandaskan akhlak. Selama ini PAS sering menyamakan perjuangan mereka dengan perjuangan Rasulullah namun mereka terlupa bukanlah membenci sesama Islam menjadi faktor dan misi utama baginda Rasul sebaliknya mentarbiah ke arah kesempurnaan akhlak yang menjadi paksi dakwah seterusnya negara Islam yang mengguna pakai hukum hudud.

"Talak ialah sesuatu yang halal tetapi paling dibenci disisi ALLAH", riwayat Abu Daud & Ibn Majah.

Akhlak dan persaudaraan sesama Islamlah menjadikan umat islam kuat lalu membolehkan hukum ALLAH syariah dan hudud dapat dilaksanakan di bumi Malaysia. Asas persaudaraan dan perpaduan yang kukuh bermula daripada keluarga, kejiranan seterusnya hablul min an nas dan taat pada ulil amri. Kepentingan keluarga dalam Islam amatlah penting jika tidak, ALLAH tidak membenci talak.

Imam Al-Ghazali dalam Mauizah Al Mu'min menyatakan penipuan (muslihat) terhad kepada tiga keadaan sahaja, dalam peperangan, memulihkan silaturrahim, keharmonian rumah tangga.

“Bagi menyelamatkan hubungan perkahwinan, suami wajar berbohong memandangkan perceraian adalah perkara yang tidak disukai oleh Islam. Namun, ia bukanlah satu tiket yang membolehkan suami menipu sewenangnya,”.

Perkahwinan juga disamakan dengan mendirikan masjid dan jika anda batu api dalam meruntuhkan perkahwinan adalah sama dengan meruntuhkan masjid. Tidaklah dihairankan bila muslihat dibenarkan dalam Islam demi menjaga keharmonian rumahtangga kerana pentingnya institusi keluarga itu kepada ummah dan Islam.

Tidakkah anda terfikir bagaimana orang bukan Islam melihat poligami selepas ini? dan betapa gembiranya mereka bila melihat satu institusi yang menjadi asas kekuatan ummah runtuh.

****

Hampir 36jam berlalu belum ada sebarang kenyataan dari seorang sami pun mengatakan "tak apa orang Melayu arak kepala lembu sebab mereka tak faham Hinduism". Adakah semua sami bawa ajaran plastik?

Kemana hala tuju mereka?

5 comments:

ajijasin said...

salam alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!!!
MARHABAN YA RAMADHAN!!!

MALAM KE SEPULUH RAMADHAN!!!
MALAM SEPULUH PERTAMA TERAKHIR RAHMAT ALLAH UNTUK HAMBANYA!!!

DAN SALAM MERDEKA!!!

MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!

The Hobbit Frodo said...

salam merdeka!!!

YANG GAMBI said...

Salam Merdeka,

Mereka sesungguhnya tiada apa-apa misi untuk rakyat, misi mereka menggunakan agama untuk mereka dapatkan kuasa... itu sahaja.

Semoga Allah pelihara tanah air ini dari pengkhianat bangsa dan agama.

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

YANG GAMBI said...

Salam Merdeka,

Semoga Allah melindungi tanah air kita dari pengkhianat bangsa dan agama.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Kuda Perang said...

SEMOGA ALLAH SWT MELINDUNUGI TANAH AIR INI DARIPADA PENGKHIANAT AGAMA... BANGSA... DAN NEGARA...
MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
MERDEKAKAN DIRI DARIPADA PENJAJAHAN MINDA...!

Popular Posts 30

Blog Archive