Followers

Thursday, August 6, 2009

PEMBANGKANG PERJUDI NASIB JUVANA


Bapa dakwa pembangkang perguna anak

BUKIT MERTAJAM: Seorang pemandu lori mendakwa anaknya yang berusia 15 tahun, dipergunakan pembangkang untuk menyertai demonstrasi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu. [RUJUK]

Bekerja sebagai pemandu lori untuk menanggung keluarga, jerit pedih keluar dengan bulan dan balik dengan bulan tidak akan terasa jika melihat anak-anaknya berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.

Namun redhakah ibu bapa melihat anak-anak mereka diperjudikan nasib oleh pihak yang tidak bertanggungjawab? Anak Cina dan India disimpan di rumah untuk mentelaah pelajaran menghadapi peperiksaan, manakala anak Melayu diusung keluar untuk menjadi kuda tungangan.


Bukanlah niat si ayah untuk menghalang kehendak dan kemahuan anaknya, namun belum masanya lagi. Mana-mana ibubapa pun selalu menasihati anak mereka semasa menghantar mereka ke IPT dengan nasihat belajar bersungguh-sungguh bila sudah berjaya barulah berpolitik. Itu ke IPT apatah lagi baru berusia 15 tahun yang belum tentu ke mana lagi.

Walaupun ada seruan mengatakan keluar berdemo dapat pahala, namun redha Allah atas redha ibubapa, justeru ketidak redhaan ibubapa membawa musibat, belum pun sampai ke litar lumba kuda sudah ditimpa bencana.

Harapkan pahala dapat bala. Sekarang siapa yang akan bertanggungjawab? permainan ping pong akan bermula, mereka akan lepas tangan, hang pukul kat aku, aku pukul kat hang. Inikah imbuhan yang diharapkan si bapa sebagai galang ganti keluar setiap hari berpanas berhujan, menahan maki bos dan pelanggan, menyabung nyawa menukar tayar di tepi hi way, menahan mengantuk menjelajah utara selatan untuk sesuap nasi, untuk membeli buku sekolah, untuk melihat anak berjaya?

Sekarang di manakah relevannya sertai demo dapat pahala?

1 comment:

amri said...

Wah ha ha ha minyak takkan bercampur dengan air. Apakah hasil perarakan tempoh hari?


i. Memo tak sampai kepada Yang Di Pertuan Agong.


ii. Peniaga kecil mengalami kerugian.


iii. Pemandu teksi hilang pelanggan.


iv. Orang awam dan pelancong yang ingin menikmati hari minggu terganggu.


v. Orang sakit, mengandung, nak ziarah keluarga tersangkut dalam traffic jam.

vi. UMNO MULA KECUT PERUT. CELAKA PUNYA PAS BERJAYA GAK DIAORANG KUMPUL ORANG. BERAPA RIBU DIA ORANG UPAH ITU ORANG RAMAI DATANG DEMO.

vii. UMNO SEMAKIN LEMAS. RAKYAT SEMAKIN BENCI. TUNGGU MASA JE. PALING LAMA 2013. KES NAYA NI.

IX. KAMI MEMANG ANJING DAP.

Popular Posts 30

Blog Archive