Followers

Monday, August 24, 2009

PTG PASIR: AGAMA SUKU DUNIA SUKU PAS TIGA SUKU

Sepanjang PRK selapas MAC 2008 dahulu, PRK inilah yang menampakkan PAS paling huduh dan jelek. Mana tidaknya PAS bertubi-tubi menggunakan serangan peribadi keatas calon BN daripada berjuang untuk pengundi kawasan tersebut. Nama calon sendiri, Salleh Man terus tenggelam dalam fitnah dan adu domba yang disasarkan kepada calon BN Rohaizat. Habis diselak seluar dalam Rohaizat untuk dipertontonkan sebagai modal memenangi PRK kali ini.

Tidak cukup dengan mengorek cerita lama yang sudah selesai, PAS mengarang cerita baru dan menyediakan gelanggan sabung untuk Rohaizat dan Yusri bertegang urat yang semestinya tidak akan menguntungkan pengundi DUN Ptg Pasir. Adakah pengundi mahu melihat pementasan Rohaizat Yusri, yang akan menguntungkan parti atau pengundi mahu melihat pementasa Rohaizat Salleh Man, yang akan menguntungkan pengundi.

Adakah benar penafian itu bertentangan dengan Islam, bukankah muslihat dibenarkan untuk menyelamatkan sebuah masjid?

Rumah tangga rohaizat juga boleh dijadikan bahan propaganda oleh al-'tonto'wi, laqab arab konon piiirah!. Teraniaya benarkah isteri ke-2 beliau itu? Sedangkan ayah si wanita itu sendiri menikahkan mereka berdua. Adakah benar penafian itu bertentangan dengan Islam, bukankah muslihat dibenarkan untuk menyelamatkan sebuah masjid?

Cuba pula kita bandingkan dengan kes ini, yang didedahkan blog sahabat saya pilihan-anda tepat pada masanya. Siti Rosmala seorang ustazah yang menuntut cerai fasakh kerana mendakwa didera suamainya ketua dewan ulama' PAS Perlis, bukan itu sahaja si suaminya juga memberi nafkah RM300 sepanjang 10 tahun perkahwinan mereka. Lebih teruk lagi dari segi nafkah batin si suami menuntutnya hampir setiap hari termasuk beliau dalam pantang (haid).

Di mana letaknya akal seorang manusia hingga sanggup melakukan sebegini, walaupun si isteri bekerja tapi duit isteri adalah hak isteri tetap juga menjadi kewajipan suami memberi nafkah walaupun isteri bekerja, dan hormatilah isteri anda, sedangkan ALLAH memberi cuti untuk mereka dari solat, kenapa suami menuntut walaupun dia dalam cuti?

Kes kedua pula berkenaan ADUN PAS Melor, tuntutan mutaah bekas isteri beliau Siti Aishah sebanyak RM3 Juta. Siti Aishah seorang saudara baru dari Cambodia yang meninggalkan kampung halaman dan agamanya untuk bersama dengan lelaki berkopiah putih ini. Namun apa jadi akhirnya, Siti ini ditinggalkan pada 18 Nov lalu. Siti Aisyah juga mendakwa janji romeo si kopiah putih itu tidak ditunaikan dan Siti Aisyah sendiri terumbang ambing membesarkan anak-anaknya selepas diceraikan.

Di mana al-'tonto'wi dalam kedua-dua kes di atas? Jika UMNO agama suku dunia suku maka PAS tiga suku, al-haram mu wal halal ku. Demi agama, bangsa dan negara jom ganyang boneka DAP besok!

Tanah Melayu dipinjam dari anak-anak anda, jangan gadaikan.

3 comments:

Media Cyber said...

zat tak menang takpe.. kat akhirat salleh terima balasan ..

PEJUANG CYBER said...

SYABAS!!!!

BERBAKTILAH KEPADA ALLAH KERANA DIA SEGALA-GALANYA UNTUK KITA

PILIHANLAH ANTARA MANUSIA UNTUK BERBAKTI KERANA MEREKA TIDAK SEGALA-GALANYA UNTUK KITA

MEREKA YANG BAIK HARUS DITAATI, MEREKA YANG JAHAT WAJIB DIJAUHI

UNDILAH PILIHAN AKAL DAN HATI AGAR TERKAWAL MARUAH DIRI

KEPADA PENGUNDI PERMATANG PASIR UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL

PILIHAN ANDA IALAH ROHAIZAT OTHMAN 38, YANG MERUPAKAN SETIUSAHA UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH

SALAM HURMAT

sitistrawberry said...

Junah apa khabar? sihat?

Popular Posts 30

Blog Archive