Followers

Friday, August 21, 2009

PTG PASIR: MENANG KALAH PAS AKAN MALU JUA


Gelombang penolakan rakyat terhadap PAS di Pulau Pinang sangat terasa bahangnya seperti membakar sampah di musim kemarau. Rata-rata rakyat kecewa dengan prestasi PAS di Pulau Pinang. Undian PRU12 dulu adalah sesalan lima tahun lagi.

Apa tidaknya, kempen DAP dulu tidak akan mengatakan undi MCA/GERAKAN sama dengan undi UMNO tanpa sebab, begitu juga gelaran UMNO BN yang diberikan pembangkang tidak lain mengiktiraf UMNO sebagai ketua dan parti dominon dalam BARISAN.

Pengundi yang mengundi PAS PRU12 dulu juga merasakan PAS adalah parti alternatif UMNO cuma PAS dalam PAKATAN. Namun sangkaan dan harapan pengundi meleset sama sekali, 16 bulan berlalu PAS di Pulau Pinang seolah-olah melukut di tepi gantang, pendatang di bumi sendiri. Suara PAS sebagai saluran orang Melayu dan Islam langsung tidak kedengaran jauh sekali diendahkan.

Itulah sebabnya pada PRK Ptg Pasir ini PAS tidak membuat sebarang janji baru. PAS sebenarnya malu,


Itulah sebabnya pada PRK Ptg Pasir ini PAS tidak membuat sebarang janji baru. PAS sebenarnya malu, malu yang teramat atas silap mereka dulu yang berkempen habis-habisan hingga ke mimbar jumaat mempromosikan Ammar Ma'ruf nahi munkar DAP dan LGE yang akan memerintah ala Khalifa Umaru ubni Abdil Aziz. 16 bulan berlalu, PAS Bukit Bendera pada 25 Jun dalam akhbar sinarharian pernah menyuarakan kekecewaan mereka terhadap LGE kerana tidak mebanteras maksiat seperti yang LGE war-warkan sebelum menang PRU12. PAS bukit bendera juga mendakwa laporan dan surat yang beberapa kali dihantar kepada pihak berwajib hinggalah jalan terakhir kepada LGE sendiri tidak pernah dilayan.

Bukan itu saja kredibiliti calon PAS yang menang pilihan raya 3 x berturut-turut turut dipandang sepi oleh DAP. DAP lebih rela memberi portfolio agama kepada PKR sedangkan PAS sering mendakwa diri mereka lebih Islam hingga mampu memberikan syurga. DAP tidak lansung memandang keupayaan PAS dalam agama, Begitulah hinanya PAS di mata DAP.

PRK Penanti juga melihatkan PAS diabaikan dikubu-kuat sendiri sedangkan jika PAS meletak calon, mereka akan ada dua kerusi di Pulau Pinang sekaligus menguatkan PAS Pulau Pinang, namun dengan liciknya PAKATAN menyingkirkan PAS dari Penanti, di situ dapat dilihat cubaan melemahkan PAS di Pulau Pinang.

Kini PRK Ptg Pasir, PAS sedar rakyat memandang mereka dari ekor mata sahaja. Rakyat berasa terhina apabila PAS gagal mewakili mereka, PAS gagal membuatkan Melayu merasa hebat di Pulau Pinang, ditambah pula orang Melayu Pulau Pinang mendapat syer dalam pengkhianatan dan penganiayaan yang berlaku di Kg. Buah Pala membuatkan orang India mengangkat tangan (Porah) dan menjuih bibir kepada orang Melayu Pulau Pinang.

Apa lagi kekuatan yang PAS ada untuk ditonjolkan di PRK Ptg Pasir ini? Diselak buku rekod mereka penuh dengan hutang janji lama dan kemaluan demi kemaluan dari DAP.


Apa lagi kekuatan yang PAS ada untuk ditonjolkan di PRK Ptg Pasir ini? Diselak buku rekod mereka penuh dengan hutang janji lama dan kemaluan demi kemaluan dari DAP. Apa lagi strategi yang mereka ada? Tuan Guru telah melarang serangan peribadi, selalunya apabila ditegur Tuan Guru semua pihak akan berhenti namun kali ini tidak, kerana itu cuma lakonan, senyum dalam tawar PAS mengakui serangan peribadi, adu domba dan fitnah saja mampu memenangkan mereka kali ini, kerana PAS sudah tiada apa-apa lagi mahu ditawarkan.

Kekecewaan dan kemarahan rakyat tidak dapat dibendung lagi. PRK Ptg Pasir hanya akan melihatkan PAS dihukum, rakyat mungkin akan memenangkan PAS cuma untuk dimalukan, rakyat akan menikmati setiap hari selama 3.5 tahun lagi PAS dilayan macam tunggul di Pulau Pinang atas sebab kegagalan PAS sendiri. Kedai kopi akan riuh dengan tawa dan cerita demi cerita mengenai kegagalan PAS Pulau Pinang setiap kali pula diiringi dengan pandangan penuh sinis dan menjuih bibir.

Ptg Pasir it's all yours...

1 comment:

Media Cyber said...

orang melayu kat penang skg ni harapkan pas je skg. tapi pas pun ada 1 je kerusi kat penang. mcm mane nak fight camtu? pkr bukannya nak pedulikan nasib melayu. peduli hapa dia ngan melayu. dap lagi la benci ngan melayu. terang2 hina melayu tapi nik aziz bin najis tu buat tatau. banggang gile babi tak dia?

nik najis tu terus dengan agenda syurga ciptaan dia sendiri. padan muke kena tegur dgn majlis fatwa.

LGE tu ckp je nak tolong, nak jadi spt khalifah umar kononnya. tapi taik la dia nak ikut khalifah tu. kalau betul2 nak ikut, convert jer la, jgn main cakap je. Zaman skg ni org nak tengok bukti. bukan nak dengar janji2 palat pemimpin.

Dap tu penghancur penang. tengoklah, penang pasti akan ditawan kembali.

buah pala tu lagi kesian.

Popular Posts 30

Blog Archive