Followers

Thursday, August 20, 2009

PTG PASIR: MENILAI KEBIJAKSANAAN POLITIK PAS


Analisis: Pas sekadar 'melukut di Pulau Pinang'

MELUKUT di tepi gantang. Itulah perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan kedudukan Pas di dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini.

Apa tidaknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas yang berpengalaman selepas menang tiga pilihan raya umum berturut-turut sejak 1999, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, tidak diberi sebarang jawatan dalam kerajaan negeri. [RUJUK]

PAS seolah-olah hanya mahu menang kemudian jadi tunggul. Kemenangan mereka pula hanya mengekalkan DAP dan tidak ada apa-apa faedah buat PAS dan rakyat.


Inilah masanya PAS, Tuan Guru dan Datuk Mahfuz tertutamanya berhenti mengeluarkan kenyataan badut sarkas dan mula berdiplomasi dengan DAP. Sebagai contoh,

"kami mahu portfolio agama atau Ptg Pasir akan jadi milik BN"

"kami mahu jawatan dalam MAIPP atau hilang Ptg Pasir"

"Tutup pusat gay yang semakin berleluasa di Pulau Pinang atau lose Ptg Pasir"

Peluang yang diberikan ALLAH kepada PAS ini tidak sepatutnya disia-siakan. Selama 16 bulan ini PAS diketepikan secara total dalam pemerintahan DAP di Pulau Pinang, diabaikan dalam membuat keputusan, tidak diberi jawatan dalam EXCO dan bantahan PAS terhadap kegiatan maksiat yang diabaikan.

MStar, 7 Julai

DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng dilantik sebagai pengerusi pakatan pembangkang di Pulau Pinang.

Zahrain (pengerusi badan perhubungan negeri PKR) berkata beliau akan turut mendapat persetujuan pemimpin PAS negeri sebelum membuat sebarang pengumuman lanjut (keputusan dibuat tanpa PAS) mengenai cadangan itu. [RUJUK]

Sinarharian, 10 Julai

“Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mendapat jawatan Exco Agama dan apa salahnya Pas diberi jawatan dalam MAINPP,” katanya ( Dr Mujahid Yusof Rawa) ketika dihubungi Sinar Harian di sini. [RUJUK]

Sinarharian, 25 Jun

GEORGETOWN - Pas Bukit Bendera menganggap usaha kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) untuk membanteras maksiat tidak begitu serius dan sama sahaja seperti Barisan Nasional (BN) sebelum ini. [RUJUK]

Tetapi sehingga kini PAS tidak berbuat demikian, mereka sibuk mengumpul dosa menyerang peribadi calon BN. PAS seolah-olah hanya mahu menang kemudian jadi tunggul. Kemenangan mereka pula hanya mengekalkan DAP dan tidak ada apa-apa faedah buat PAS dan rakyat. Bila rakyat mengatakan mereka boneka, mereka marah, tetapi itulah hakikatnya.

Apakah faedahnya PAS menang di Ptg Pasir?

4 comments:

dr.todak said...

Assalamualaikum sahabat..selamat menjalani ibadah puasa.

YANG GAMBI said...

Salam,

Itulah perjuangan Islam PAS, semua jawatan berhubung dengan agama Islam diberi kepada orang bukan Islam menjadi Exco dalam negeri-negeri mereka, sebab itulah Selangor boleh menjual arak dalam kawasan majoriti Melayu dan juga pembinaan kuil.

Kalau tidak kerana Sultan Selangor bertitah awal tentang wang zakat, sudah pasti kutipan zakat akan disalurkan untuk membuat kuil-kuil dan gereja..... PAS benar-benar menggunakan Islam untuk menipu umat Melayu....

Anonymous said...

Pas ni memang lembik dan tak boleh haraplah.Tak sangka aku parti yg sibuk siang malam ke hulu ke hilir dengan hududnya jadi sebegini lemah dan tak bertaring.Sanggup pula membuang agenda Islamnya dan menjadi balaci sepenuh masa parti sosialis dap dan sekular pkr.

Menyesal aku undi pas sebelum2 ni.Lepas ni sorilah pas,cakap tak serupa bikin.

-dulu pas,sekarang neutral

Media Cyber said...

takde guna pas ni menang kat permatang pasir. sama juga macam kes dulu.. dipinggirkan dalam dewan.

Popular Posts 30

Blog Archive