Followers

Saturday, August 22, 2009

PTG PASIR: PAS SENDIRI SUDAH MENJANGKAKANNYA

PAS expects low voter turnout for Permatang Pasir

BUKIT MERTAJAM, Aug 22 – PAS expects a low voter turnout for the Permatang Pasir state by-election on Tuesday because polling is on a working day. [MI]

Perkara yang sama pernah berlaku, sebuah parti politik yang berasa terlampau yakin akan menang, tambahan lagi kalau menang pun jadi tunggul juga, adalah lebih baik meletakkan kambing bertanding, namun hasrat itu dihalang SPR kerana Aidilfitri mengahampiri, maklumlah ketupat tanpa rendang kurang sedap. SPR tidak mahu awal puasa ada PRK, awal Aidulfitri ada PRK lagi.

Begitulah juga dengan PAS, pada awalnya mereka berasa rakyat kurang cerdik, Tuan Guru pun mengeluarkan kenyataan mengharamkan serangan peribadi, PAS Pulau Pinang pula memilih calon ala kadar sahaja untuk diletakkan di Ptg Pasir, namun setelah turun sendiri ke Ptg Pasir jentera PAS dapat merasakan gelombang kemarahan rakyat terhadap parti itu, mereka terkejut dan menggelabah, dari situ arahan Tuan Guru dilanggar, bermula black mail atau fitnah dengan wang palsu dan poster, serangan peribadi bertubi-tubi dilancarkan dan Tuan Guru sendiri tidak mengeluarkan desakan supaya serangan peribadi dihentikan atas sebab darurat.

Hari ini Datuk Mahfuz mengeluarkan kenyataan awal menggambarkan keputusan PRK pada 25 ogos ini, rujuk keratan MI di atas. Orang Melayu akan bangkit bila agama dan hak mereka dicabar orang luar (bukan Islam dan bukan Melayu), begitulah apa yang berlaku di Ptg Pasir. Melayu Pulau Pinang mulai sedar mereka tertipu, kini mereka ada dua jalan, satu ganyang DAP dengan memenangkan UMNO atau hukum PAS dengan memenangkan PAS kemudian sit back, relax and enjoy melihat PAS dilayan macam tunggul 3.5 tahun lagi. Apa-apa pun keputusan mutlak di tangan penduduk Ptg Pasir.

Puasa tidak menghalang jihad sebagaimana puasa tidak menghalang Uhud!

4 comments:

Anonymous said...

Dulu membangun bersama Islam sekarang membangun bersama DAP. Dulu pemimpin bersama ulamak, sekarang pemimpin bersama LKS. Dulu takbir sekarang takebeer. Dulu nak hapuskan kilang Carlsberg sekarang PASlsber

YANG GAMBI said...

Salam,

Dengan berkatnya bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah memihak kepada perjuangan UMNO untuk memartabatkan bangsa dan agama....InsyaAllah.

TokMudim said...

Setuju dengan sape penulis blog ni
Peratus Pengundi keluar akan merosot...hantu-hantu altuntuya berkeliaran di Permatang Pasir...tu passal takut keluar mengundi.

Media Cyber said...

nak takut apa pas ni kalau benar penyokong dia memang nak pas menang kat permatang pasir? takut apa? tu la, selalu kata BN takdak telur, skg ni sape yg takdak telur? PAS?? Memang sahih PAS takdak telur.

lagi pelik skg ni asyik Nik ajis je jadi tumpuan. Mana hadi bawang ni? senyap je memanjang... siapa presiden parti? Nik ajis atau hadi awang? Hadi awang dah collapse dan tak mampu memimpin pas lagi. Nik Ajis pun xlayak memimpin pas kerna selalu keluarkan fatwa yang mengarut karut marut perut dan parut. dah la gile kuasa nak jadi MB kelantan sampai tak larat. kesian orang kelantan, tak merasa perubahan yg baru. sentiasa berada di takuk yang lama. memang katak dibawah tempurunglah!

satu lagi, orang2 pas ni berlagak je alim, tetapi ahli2nya dan penyokong2nya ganas gile. semalam dorang nak gaduh dengan orang BN kat pusat media. Dorang yang mulakan dulu. Lagi nak kata BN yang mulakan dulu?? PAS memang bijak nak menunding jari kat orang lain. Padan la masuk ke syurga sebelah pintu neraka.

Popular Posts 30

Blog Archive