Followers

Saturday, August 22, 2009

PTG PASIR: PAS TIDAK YAKIN CALON SENDIRI


Pas Tawarkan Pentas Untuk Rohaizat Dan Yusri Perjelas Isu Sebenar

BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos (Bernama) -- PAS mencadangkan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dan bekas rakan kongsi firma guamannya, Yusri Isahak bersemuka dan menjelaskan isu mereka secara terbuka kepada masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir. [RUJUK]

kenyataan Jeff Ooi menyamakan JIM dengan pengganas adalah sesuatu yang tidak boleh di maafkan. PAS yang diharapkan menjadi jambatan Islam DAP menikus, sebaliknya NGO yang terlebih dahulu menyuarakan bantahan.

PAS sepatutnya tawarkan pentas untuk Rohaizat dan Salleh Man perjelas apa untungnya jika memilih mereka sebagai wakil DUN Ptg Pasir. Apa rancangan BN jika menang, dan apa rancangan PAS bila menang? Dari situ pengundi dapat menilai kelebihan dan kelemahan parti yang akan dipilih nanti. Namun semua ini tiada sebaliknya PAS lebih berminat kepada calon BN, Rohaizat.

Senario ini sebenarnya berlaku kerana PAS kurang yakin dengan calon mereka sendiri. Salleh Man mempunyai rekod tidak diterima rakyat secara berturut, tidak ada karisma untuk memimpin dan kes-kes usang yang mencalarkan imej beliau. Justeru, PAS menganggap tiada guna mempromosi Salleh Man sebaliknya terus menyerang calon BN yang lebih berwibawa.

Rakyat DUN Ptg Pasir juga tidak mengaharapkan sangat pembangunan infrastruktur kerana semuanya sudah ada dibina kerajaan BN dahulu. Apa rakyat mahu ialah untuk 'mengajar DAP' di mana bumi dipijak di situ langit di junjung. Mereka jelas marah dengan PAS yang tidak mengotakan janji untuk memartabat Melayu dan Islam sebaliknya menjadi boneka DAP pula, dengan PAS dibelakang DAP, DAP menjadi lebih kurang ajar. kenyataan Jeff Ooi menyamakan JIM dengan pengganas adalah sesuatu yang tidak boleh di maafkan. PAS yang diharapkan menjadi jambatan Islam DAP menikus, sebaliknya NGO yang terlebih dahulu menyuarakan bantahan.

PAS sendiri sebenarnya sudah menjangka lebih awal kekalahan mereka berdasarkan gelombang kemarahan rakyat terhadap parti itu sendiri kerana kegagalan mereka menunaikan janji dan gagal sebagai parti yang akan memartabatkan orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang. PAS sudah tahu mereka tiada harapan untuk menang jika berlawan secara adil kerana imej PAS sudah tercalar teruk di Pulau Pinang. PAS kini hanya berharap kepada kemenangan secara teknikal.

Ramadhan Mubarak untuk semua dan Ramadhan Kareem kembali...

5 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

PAS tahu mereka tidak mampu menerangkan kepada rakyat apa yang akan mereka lakukan jika diberi kuasa selain 'syurga', itulah keadaan yang berlaku di Kelantan.

PAS akan menjaadi bacul dan munafik bila berhadapan dengan DAP dn Anwar..

Anonymous said...

PAS sanggup membiarkan Melayu di hina Islam di pijak. PAS sanggup mengadaikan mertabat Islam kerana politik duit. PAS sanggup membiarkan DAP bertambah kurang ajar dan lebih berani mempersoalkan kedudukan Melayu di tanah Melayu sendiri

Basuh Baju said...

eh, belum hbs prk ni? haha

slmt berpuasa!

YANG GAMBI said...

Salam,

Tetapi, UMNO tidak dapat mengambil peluang dengan pergolakkan pakatan rompak.

Masih lagi ada kalangan UMNO yang membuat ona semasa sendiri....

yuhana said...

nak menang just b humble
org yg takbur pasti kalah
xkisah dari parti mana pun
dah byk sejrah membuktikan hal ini
tambah lagi bulan ramadhan bulan Allah
kemungkaran dan ketakburan xkan menang

Popular Posts 30

Blog Archive