Followers

Sunday, August 23, 2009

PTG PASIR: TINGGALKAN PAS DENGAN SYURGA DAP NYA


"Muhammad itu Pesuruh Allah. Dan orang yang bersamanya mempunyai sifat keras dan tegas terhadap orang kafir, dan berkasih sayang antara mereka". Al-Fath:29

Rakyat DUN Ptg Pasir diberi peluang, renunglah tol Sg. Nyior lama-lama dan pusat gay yang berleluasa di Penang,

Orang-orang PAS menanam sifat kebencian sesama Islam dari PASTI hingga IPT, dari surau ke Masjid, dari usrah ke ceramah. Manakala menikus dan memberi lesen hina Islam kepada kafir harbi. Bersalahan dengan ayat di atas yang menyifatkan orang muslim harus berkasih-sayang sesama muslim dan bersifat keras dan tegas terhadap kafir.

Rakyat DUN Ptg Pasir harus membebaskan diri mereka dari mind set ini demi agama, bangsa dan negara. Memberi kemenangan kepada calon PAS hanya memberi kemenangan kepada DAP. Calon PAS tidak akan ada suara di dalam pemerintahan DAP, lihat saja apa yang berlaku di Selangor. Suara Hassan Ali menentang penjualan arak di kawasan majoriti Muslim ditentang keras hingga menuntut beliau meletak jawatan, tambahan lagi MB Melayunya juga menyebelahi DAP, dan akhirnya kemenangan berpihak kepada DAP jua.

Kalau dahulunya Gerakan memerintah, Gerakan tetap patuh kepada dasar UMNO sebagai parti tonggak. Tapi kini DAP yang memerintah Pulau Pinang sebagai parti pembangkang mereka tidak lagi patuh pada dasar Melayu UMNO jauh sekali dasar PAS. Lihat saja di negeri-negeri yang diperintah PAKATAN kuasa sebenar ada pada DAP bukan PAS atau PKR.

Rakyat DUN Ptg Pasir diberi peluang, renunglah tol Sg. Nyior lama-lama dan pusat gay yang berleluasa di Penang, ambillah peluang ini untuk menyatakan bantahan kepada DAP yang mempersoalkan hak mutlak orang Melayu, hina Islam dan mungkir janji. Hanya calon BN saja mampu menyurakan ketidak puasan hati anda itu kerna calon PAS akan tunduk dan akur kepada DAP, mana boleh lawan tokey.

BN pembangkang efektif kepada DAP!

3 comments:

Anonymous said...

Undi UMNO demi bangsa ku, agama ku dan tanahair ku. Tanah Melayu hak bangsa Melayu. Jangan jadi Melayu di Singapura hingga sekarang menyesal tak sudah. Bertindak sebelum terlambat supaya Melayu tak di hina Islam tak di pijak

Jeffry said...

SLM BRO..SELAGI MEREKA NI TIDO MIMPI LAIN2, SAMPAI KIAMAT LAA XDE MATLAMAT PERJUANGAN KECUALI NAK MENYELAMATKAN PUNGKOK MASING2 EHKEHKEH

DR 1221 said...

salam

apa yg nak dimegahkan jikalau ketuanya bukan islam

Popular Posts 30

Blog Archive