Followers

Monday, August 24, 2009

PTG PASIR: USAHA SYAITAN TERHALANG DATANGNYA RAMADHAN


Fiqh as-sirah telah menunjukkan tauladan bagaimana bersetongkol dengan kafir harbi akan berakhir dengan pengkhianatan.

Pada 21 Ogos lalu sehari sebelum puasa PAS dalam usahanya memutuskan silatur rahim dan mengadu domba telah menawarkan pentas untuk Rohaizat dan Yusri bertikam lidah yang likely akan berakhir dengan permusuhan.

Pas Tawarkan Pentas Untuk Rohaizat Dan Yusri Perjelas Isu Sebenar
BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos (Bernama) -- PAS mencadangkan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dan bekas rakan kongsi firma guamannya, Yusri Isahak bersemuka dan menjelaskan isu mereka secara terbuka kepada masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir. [RUJUK]

Datangnya Ramadhan bulan rahmat dan maghfirah, membuka hati dan menunjuk jalan ke arah kemaafan dan perdamaian. Hari ini Yusri bekas rakan kongsi Rohaizat, tampil membela Rohaizat.

Saya bersimpati Rohaizat terus dihentam, dia seorang yang baik - Yusri
Kenyataan 20 Ogos bertujuan taudalan, bukan hukuman

"Saya tidak berniat untuk menganiaya atau menyokong sesiapa. Apa yang terjadi harus dijadikan teladan, bukan hukuman. Secara tidak langsung, saya merasa dibabitkan sama dalam usaha memburuk-burukkan Rohaizat.

"Tetapi apabila Rohaizat dikeji sedemikian rupa, saya merasa bertanggungjawab untuk menjelaskan kedudukan saya selanjutnya dan juga menyampaikan apa yang saya rasa.

"Saya tidak boleh berdiam diri melihat kenyataan saya tempoh hari digunakan tanpa henti terhadap Rohaizat, seorang manusia yang saya kenal secara peribadi adalah seorang yang baik hati," katanya. [RUJUK]

Fiqh as-sirah telah menunjukkan tauladan bagaimana bersetongkol dengan kafir harbi akan berakhir dengan pengkhianatan.

Walaupun syaitan dibelenggu pada bulan ramadhan ini, syaitanul ins tetap ada berkeliaran, mencari peluang untuk menaikkan kafir harbi menjadi wali orang muslimin. Fiqh as-sirah telah menunjukkan tauladan bagaimana bersetongkol dengan kafir harbi akan berakhir dengan pengkhianatan.

Asbab ul nuzul surah al-Hasyr menceritakan bagaimana pengkhianatan yahudi bani Nadhir berkomplot untuk membunuh Rasulullah dengan cara menjatuhkan batu dari atas loteng menghempap Rasulullah. Namun Rasulullah terselamat kerana sudah dikhabarkan oleh Jibrail.

Malaysia sendiri pernah berlaku pengkhianatan oleh kafir harbi yang menyebabkan Malaysia kehilangan Singapura. Apakah itu tidak cukup menjadi pengajaran buat orang Muslim?

1999 muncul kembali cubaan bekerjasama dengan kafir harbi namun gagal, 2008 melihatkan kebangkitan kafir harbi menguasai tanah Melayu tiga negeri jatuh ke tangan mereka, berselindung di sebalik kerajaan campuran yang tidak berdaftar rakyat sendiri boleh melihat siapa yang berkuasa di negeri-negeri tersebut, suara siapa yang lebih kuat, keputusan siapa yang menentukan dasar.

Adakah kita hari ini sudah lupa akan sejarah atau lali dengan pidato hebat pengkhianat bangsa yang akhirnya menyebabkan kita menang sorak kampung tergadai?

BN bukanlah perfect namun DAP bukan pilihan.

5 comments:

DR 1221 said...

salam bro
usaha mahfuz untuk melagakan rohaizat dan yusri menampakkan sikap jijik para pemimpin pas

kelambuharimau said...

selamat menjalani ibadah pose jugak

kunyiil said...

salam...
kalau dah menang jgn lupa letakkan islam sentiasa di atas jgn nak cari bini baru jer...hehehe

Junah said...
This comment has been removed by the author.
Jeffry said...

SLM BRO..BILA SI PENYAMUN (PAS) JUMPE SI PENYANGAK (PKR) MMG DH KENE DAHH..2-2 KEPALE TING-TONG! KEHKEHKEH

Popular Posts 30

Blog Archive