Followers

Saturday, September 12, 2009

DAP MELAYU VS PAS FOR ALL

DAP buka cawangan Melayu dengan ketuanya Melayu

PUCHONG, 11 Sept: Ketika PAS berusaha mendekati orang bukan Islam, DAP pula mencipta sejarah baru-baru ini apabila membuka sebuah cawangan yang ahlinya adalah majoriti Melayu di samping mempunyai ketua dari kalangan orang Melayu. [Hrkh]

Mereka bercita-cita besar mahukan kuasa, lalu menubuhkan satu pakatan tidak berdaftar dengan tergesa-gesa dalam mengejar cita-cita.

Diketahui umum masing-masing tidak sehaluan, cita-cita dan tujuan yang sungguh berbeza bagai langit dengan bumi. Hakikat dalam satu penyatuan ada yang terpaksa bekorban namun siapa? Masih menjadi tanda tanya.

Satu hakikat juga masing-masing tidak percaya sesama sendiri. Semua mahu jadi ketua, tiada yang mahu beralah. Jika perkahwinan sudah semestinya akan berakhir dengan penceraian dan anak-anak akan menjadi mangsa. Dalam konteks negara rakyat akan menjadi mangsa.

Majoriti, yang ramai akan berkuasa, rumit dalam negara pelbagai bangsa. Cemburu antara satu sama lain, masing-masing berusaha mencantas dan merebut sokongan pasangan sendiri atau menanam pepijat dalam bilik member.

Wayang di depan rakyat saling garu belakang masing-masing namun hakikat terselindung masing-masing memasang buah catur untuk menjahanamkan sesama sendiri dan berakhir dengan negara dan rakyat sebagai gadai janji.

Masih sekular vs Islam.

3 comments:

CCZ said...

Kuasa melacurkan bangsa!Hang Tuah pastinya kechiwa kerana Melayu itu tidak sayang bangsa dan negaranya. Aku bangga jual Melayu. Sesungguhnya spesis ini tak guna jadi lelaki atau perempuan atau khunza. Pondan pun tahu nilai bangsa!

Anonymous said...

Buat masa kini DAP bergabung dengan PAS ada lah semata mata untuk memenuhi agenda politik mereka...

umum semua tahu bahawa DAP "sekelumit" pun tidak suka dengan PAS..

Di kawasan Beruas Perak, Ngeh telah melantik melayu sebagai ketua cawangan DAP Bruas...

apabila mereka menang pilihanraya kelak..DAP akan melantik melayu ini menjadi MB kerana DAP tahu Sultan TIDAK akan membenarkan bukan melayu jadi MB di negeri yang beraja...saperti di PERAK..

ini lah permainan DAP ..PAS masih lena di buai mimpi

Dee said...

kalau diperhatikan Anwar dan Dap selalu sgt guna ''THIRTY-SIX STRATAGEMS''

Kini Dap guna strategi nie
HIDE A KNIFE BEHIND A SMILE
Chaim and ingnatiamte yourself to your enemy..When you have gained his trust move against him in secret. .

Berhati hatilah. .

Popular Posts 30