Followers

Saturday, September 26, 2009

KG BUAH PALA BUKTI KHIANAT PAKATAN

Pemuda Gerakan cabar Guan Eng debat isu Kg Buah Pala

PULAU PINANG: Pemuda Gerakan Pulau Pinang telah pun mengemukakan memorandum bagi mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya berdebat mengenai isu Kampung Buah Pala.

Naib Pengerusinya H'ng Khoon Leng berkata perdebatan dengan Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, akan diadakan di kampung itu pada 8.30 malam 4 Oktober ini dengan matlamat membolehkan orang ramai mengetahui kebenaran di sebalik isu kampung itu, lebih terkenal sebagai "High Chaparral", yang telah pun dirobohkan.

"Kami harap Lim akan berani menyahut cabaran itu memandangkan beliaulah yang mengendalikan isu ini ketika mula berbangkit pada Julai lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

H'ng berkata beliau mahu setiap penduduk, terutamanya yang tinggal di Pulau Pinang, memahami isu itu memandangkan ia membabitkan kerajaan negeri sekarang.

"Saya turut mengalualukan semua pihak untuk menghadiri debat itu dan melihat sendiri kebenaran yang akan disingkap semasa perdebatan," katanya. [RUJUK]

Apa yang jelasnya di sini kerajaan PAKATAN Penang khianat dan berbohong kepada penduduk Kg. Buah Pala. Penduduk sendiri mempunyai rakaman DVD janji yang dibuat PAKATAN sebelum PRU12. Lantas setelah menang mereka bermain wayang dengan menunding sana sini seterusnya melenyapkan terus Kg. Buah Pala dari peta Pulau Pinang.

Adakah penting sekarang kepada bekas penduduk kampung mengenai siapa yang bertanggung jawab memulakan perjanjian jual beli kampung tersebut? Sedangkan undi bekas penduduk beri untuk kampung itu diselamatkan dikhianati.

Sekarang, apapun wayang yang cuba dimainkan anwar Ibrahim, Guang Eng dan Rayer tidak akan dapat menutup perbuatan khianat mereka kepada bekas penduduk kampung tersebut. Bekas penduduk tidak mengundi untuk melantik penyiasat dan pencari salah tetapi wakil rakyat dengan harapan membela nasib mereka. Namun penduduk Kg Buah Pala dikhianati.

Ingat sebelum kena!

3 comments:

YANG GAMBI said...

Salam 'Idil Fitri,

Penduduk Kg Buah Pala perlu sedar, inilah balasan pengkhianatan mereka dengan mengundi 'pakatan rompak' yang terdiri dari PAS khawarij, PKR pengkhianat dan DAP komunis....

Saya Rakyat Malaysia said...

Salam, Selamat Hari Raya Bro!

DAP bukan nak selesaikan masalah rakyat, mereka tak nak jadi wakil rakyat, mereka nak jadi pegawai penyiasat. Samalah kat Selangor, sibuk dengan Selcat dan menyiasat BN dan pegawai kerajaan buat apa dengan RM500k, nak siasat jalan mana yang dibina, ditar, masjid mana yang dibuat. Macam polis pencen da. Buat kerja tak reti, siasat je, baik rename jadi DAPpi. Tambah g bagus.

buaya said...

salam ziarah...

dijemput menjadi follower sy yer..

http://www.buaya-merah.blogspot.com

Popular Posts 30