Followers

Friday, September 11, 2009

TAKUT DAP ATAU PENGKHIANAT BANGSA?

"Muhammad itu Pesuruh Allah. Dan orang yang bersamanya mempunyai sifat keras dan tegas terhadap orang kafir, dan berkasih sayang antara mereka". Al-Fath:29

JIM: Memadai Jeff tarik kenyataan 'ekstremis'
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) berpuas hati dengan ahli parlimen DAP Jeff Ooi yang menarik balik kenyataannya menuduh NGO itu sebuah pertubuhan ekstremis, kata presidennya.

"Keputusan JIM (Pulau Pinang) bersama-sama dengan Forum Penyelarasan Umat (Forum), kita (di peringkat pusat) tidak bantah walaupun ia dapat diselesaikan.

"Tetapi bagi JIM (pusat), beliau (Jeff) menarik balik, sudah memadai," kata Zaid Kamaruddin.

"Bagi JIM, (beliau) minta maaf atau tidak minta maaf, terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian." [malaysiakini]

Huh kalaulah bukan Islam dan DAP mempunyai pandangan yang sama terhadap isu kepala lembu? PAS yang mahu negara Islam juga diberitakan tidak ambil pot mengenai dakwaan Jeff Ooi ini, sebaliknya NGO yang terlebih dahulu menyuarakan bantahan dan memulakan kempen mendesak Jeff Ooi meminta maaf seterusnya meletak jawatan, bagaimanapun Jeff Ooi hanya menarik balik tanpa meminta maaf jauh sekali nak letak jawatan.

Keadilan Umar Al-Khattab terhadap rumah ibadah agama lain
Khalid Samad

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. [Hrkh]

2. Takut DAP dan toleransi ialah dua perkara berbeza. Lebai-lebai yang selalu menggunakan ayat quran untuk menanam kebencian sesama Islam dan menang pilihan raya kini menggunakan ayat quran dan sirah nabi dan para sahabat untuk menghalalkan tindakan membina kuil satu untuk setiap penganut hindu. Diikuti juga oleh bloggers pro pembangkang yang menggunakan kaedah mantik mengatakan bagaimana kalau US halang bina Masjid tanpa mengkaji fakta dan data.

Helen Ang juga mempertikaikan fakta yang saya tulis akan bilangan rumah ibadat bukan Islam seperti kuil Hindu, tokong Cina dan gereja Kristian melebihi bilangan surau dan masjid. Di sini saya pamerkan statistik tersebut untuk pengetahuan beliau akan nasib Melayu di bumi Melayu.

Contohnya di Selangor mempunyai penduduk berjumlah 4.8 juta. Daripada jumlah itu orang Melayu mewakili 2.5 juta dengan kapasiti 259 masjid dan 939 surau. orang Cina Buddha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong, orang India berjumlah 647,000 dengan 810 kuil berdaftar (bilangan ini belum dicampurkan dengan tokong dan kuil yang tidak berdaftar). Manakala, bilangan gereja Kristian biarlah Helen Ang yang cari untuk menampung jumlah 50,000 penganut Kristian. [Ridhuan Tee]

3. Statistik yang didedahkan Dr. ridhuan Tee ini jelas menunjukkan kerajaan BN sudah terlebih pemurah dalam kebebasan beragama, 810 kuil untuk 647 000 penganut hindu dan 259 masjid sahaja untuk 2.5 juta Melayu di Selangor sahaja, dan mereka mahu lagi? Adakah ini keadilan Umar Al Khattab wahai Khalid Samad?

NGO Melayu bimbang

''Saya hairan mengapa banyak kes yang dilaporkan sebelum ini kepada pihak polis seperti isu penghinaan kedudukan Raja-Raja Melayu tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak terbabit.

''Namun dalam kes isu kepala lembu, ia berbeza sama sekali yang mana Peguam Negara begitu cepat membuat pendakwaan kepada penunjuk perasaan,'' katanya ketika dihubungi hari ini. [RUJUK]

4. Apa masalah kedua-dua parti Melayu ini yang akhir-akhir ini berlumba-lumba memenangi hati kaum bukan Melayu? Apakah punca dan faktor yang mendorong parti-parti ini lari dari tujuan asal?

Pengkhianat bangsa atau takut DAP?

1 comment:

YANG GAMBI said...

Salam, inilah yang dikatakan PAS menggunakan Islam sebagai landasan politik mereka untuk menambat hati umat Melayu.

Umat Melayu diperbodohkan dengan slogan 'membangun bersama Islam' tetapi apa yang mereka lakukan untuk kesejahteraan umat Islam ?

Umat Islam hanya dihidangkan dengan ceramah cai maki, fitnah dan hasutan yang perlu dibayar dengan dalil 'derma jihad'.

Hakikat sebenarnya PAS memang sudah ada perjanjian syaitan dengan DAP bahwa tidak akan mengwujudkan sebuah negara Islam dan tidak akan melaksanakan hudud.

Maka tidak salah selama ini kawan melebelkan pemimpin-pemimpin PAS 'puak-puak munafik'......

Popular Posts 30