Followers

Saturday, October 24, 2009

EGM PAS UNTUK TAIKO?


Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni? -[RUJUK]

Nik Aziz bersetuju dengan sebagian saranan Aziz Bari yang mana beliau menamakan beberapa pemimpin 'bermasalah' dalam PAS seperti Dr Hassan Ali, Hj Hadi Awang dan Ust Nasharudin yang patut diambil tindakan.

Apakah definisi bermasalah itu cuba kita renungkan, Hj Hadi, Mustafa Ali, Ust Nasha adalah pelopor dan penyokong idea kerajaan perpaduan. Kerajaan Perpaduan yang menyarankan orang Melayu bersatu demi Islam dan kepentingan orang Melayu sememangnya menggerunkan DAP. Bukanlah kerana bila orang Melayu kuat bangsa lain akan teraniaya tetapi lebih kepada menghalang cita-cita kecinaan DAP di Malaysia.

Dr Hassan Ali menjadi masyhur kerana keberaniannya menentang penjualan arak di kawasan majoriti orang Melayu (bukan di seluruh negeri), dan juga membela pegawai-pegawai kerajaan daripada menjadi mangsa dimalukan SelCAT. Tindakan Dr Hassan Ali itu menimbulkan ketidak-senangan beberapa pemimpin DAP seperti Ronnie Liu, dan juga speaker Teng Chang Khim.

Sekarang kita menjadi pelik kenapa mereka-mereka ini dianggap bermasalah oleh orang Melayu iaitu Tok Nik sendiri? Adakah kerna satu, mahukan orang Melayu dan agama Islam kuat, dua, berani terhadap DAP? Adakah Tok Nik mahu PAS menjadi parti tanpa suara dalam PAKATAN? Tidak mustahil kerna Tok Nik sendiri bersikap lembut apabila Islam dihina DAP.

Semua nama-nama yang disebutkan tersebut menyusahkan DAP secara lansung atau tidak lansung.

1 comment:

Media Cyber said...

bagus! buang saja mereka tu.. biarkan mereka yang dibuang itu tubuhkan parti sendiri atau sertai UMNO jer kalau tak nak susah2.. biar dorang bersatu dalam UMNO. barulah PAS akan ditampar berkali2 akibat kesilapan mereka itu.

Popular Posts 30