Followers

Friday, October 23, 2009

KERAJAAN DIGESA PINDA PERLEMBAGAAN

Kerajaan digesa pinda Perlembagaan

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa meminda segera beberapa Artikel dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memperjelaskan beberapa isu termasuk soal status negara yang mengamalkan dwi-sistem (sistem perundangan hybrid) dan bukannya sebuah negara sekular seperti yang didakwa beberapa pihak.

Pindaan ke atas Perlembagaan juga perlu dibuat bagi mewujudkan garis perbezaan antara Perlembagaan sebagai undang-undang utama Persekutuan dengan pelaksanaan undang-undang dan syariat Islam.

Desakan itu antara 24 senarai rang undang-undang persendirian yang dikemukakan Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Noordin yang tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat yang bersidang kini.

Zulkifli berkata, Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi memastikan fakta mengenai kedudukan agama Islam tidak lagi diputar belit golongan tertentu untuk menggambarkan Malaysia kononnya negara sekular.

Beliau menyarankan supaya perkataan 'Islam adalah agama bagi Persekutuan termasuk dari segi undang-undang dan syariatnya' ditambah bagi menepis keraguan mengenai kedudukan status negara.

“Hakikatnya, Malaysia buka negara sekular tetapi negara yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, maka dengan pindaan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan seperti yang dicadangkan akan memperjelaskan perihal kedudukan status negara ini tanpa sebarang keraguan lagi,” katanya.

Beliau berkata Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan pula perlu dipinda bagi menambah perkataan 'Perlembagaan adalah undang-undang utama Persekutuan dan kecuali undang-undang dan syariat Islam, apa-apa undang-undang yang diluluskan berlawanan dengannya hendaklah terbatal setakat ia berlawanan itu'.

“Dewan perlu mengambil maklum bahawa banyak keadaan di mana hukum syarak’ syariat Islam telah terbatal dan atau tidak dapat dilaksanakan kerana Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan ini meletakkan undang-undang negara mengatasi semua undang-undang dan peraturan lain.

“Ini termasuk undang-undang dan syariat Islam seperti pengharaman pemakaian serban di sekolah kebangsaan, pemakaian purdah dan jilbab di jabatan kerajaan, pelaksanaan Undang-undang Syarak seperti khalwat, zina, qazaf yang bercanggah dengan hukum syarak dan lain-lain,” katanya.

Turut dicadang untuk dipinda ialah Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan mengenai soal pertukaran agama bagi orang Islam. - Bernama [RUJUK]

1 comment:

wakdanial said...

jom kita tgk komen cina kutuk melayu
- http://danialatifnasiren.blogspot.com/2009/09/militant-mas-feel-selamat-in-malaysia.html?showComment=1256285185485#c7681507524976437177

Popular Posts 30