Followers

Thursday, October 29, 2009

MEREKA MASIH WARAS


Pada 26 Oktober 2009 berlansung satu pertemuan tertutup bloggers dan Dato' Hassan Ali di kediaman beliau di TTDI, dihadiri bloggers tersohor seperti albanjari Online [ABO] diwakili oleh Ustaz MRK albanjari, penolong editor blog ABO, MSO, Azizi Abdullah, Ahmad Lutfi, Mohd Hanif, Kamarul Hisham, Yamin Yahya, Roslan SMS, alBrangi dan beberapa bloggers pro BN.

Walaupun terdapat pertikaman dalam laporan yang mereka siarkan namun kedua pihak dinamakan Papa GOMO pro BN dan ABO (al-banjiri online) ahli PAS seumur hidup, telah mempersetujui tiga point di bawah sahih dan telah disampaikan pada malam itu.

1. Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah dibincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas namun Tok Guru Nik Aziz tiada dalam perbincangan ini.

2. Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Diketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.

3. Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas.


Menyorot laporan di atas bisa saya ungkapkan yang PAS masih tersembunyi di hati mereka Islam sebagai wadah perjuangan. Walaupun apa yang kita nampak kebelakangan ini PAS seolah-olah lebih pentingkan kuasa dan lari dari perjuangan asal mereka.

Walaupun kerajaan perpaduan yang menjadi isu jangan kita buta dari melihat apa yang tersirat di balik cadangan itu. Cadangan tersebut tidak lain mengkehadapankan kepentingan agama dan bangsa yang kian diperlekeh dan dipijak-pijak.

Menjadi tanda tanya juga pada mulanya bagaimana PAS boleh bersetongkol dengan puak-puak ini:




dan akan terus menjadi tanda tanya jika PAS tidak bertindak segera.

Biar mati anak jangan mati adat

2 comments:

Jeffry said...

SLM BRO...BERANI KE PAS NAK BUAT PERUBAHAN BESAR2AN SEPERTI MANA KERAJAAN SDG BUAT SKRG? (MENGHAPUSKAN RASUAH BESAR2AN)..HMMMM

Anonymous said...

Salam bro,

Mngikut maklumat yg baru diterima, PASkekal dgn DAP dan Anwar, Hassan Ali yg kena taji. Hampasss!

Popular Posts 30