Followers

Wednesday, October 21, 2009

RPK MENYATAKAN VISI DAN MISI PAKATAN

Mengapa Pakatan Perak dijatuhkan?

Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan disingkir di Perak. [RUJUK]

Dalam salah satu siri forum dialog antara agama yang diadakan semasa di Universiti dahulu menjemput seorang paderi menceritakan perkembangan agama kristian di tanah Melayu. Seorang penuntut luar negara (foreign student) bertanya kenapa penyebaran agama kristian hanya berlaku kepada orang bukan Melayu, tidak kepada orang Melayu? Lalu di jawab oleh paderi tadi kerana penjanjian penjajah dengan raja mereka (Raja-raja Melayu). Jasa raja Melayu.

Raja payung Islam. Askar dan polis tidak lagi memakai keris sebagai senjata untuk menangkap penjahat namun keris tetap tersemat di jiwa orang Melayu sebagai salah satu simbol Melayu. Begitulah jua institusi raja yang sekarang tidak banyak memainkan peranan dalam pentadbiran namun tetap penting dan yang paling penting, institusi raja ialah lambang Melayu dan payung Islam di Malaysia.

Membaca tulisan RPK di atas jelas menyuarakan misi PAKATAN yang sebenar, misi komunisme dan misi menyah-Melayukan Malaysia. Mereka sudah mula menanam dan menghembuskan api kemarahan rakyat terhadap institusi raja-raja Melayu. Ini semua adalah langkah-langkah awal membuang bukti-bukti ketuanan Melayu di Malaysia bagi meneruskan gagasan Malaysian Malaysia. Bukti siapa datang dahulu boleh didebatkan namun bangsa mana yang mendirikan kerajaan dahulu adalah jelas justeru menjadi penghalang usaha mereka itu.

Daulat tuaku!

3 comments:

DR 1221 said...

salam
usaha rpk menyerang kerajaan di atas kegagalan merampas kembali Perak gagal, raja pula di persalahkan. usaha ini boleh menananmkan kebencian terhadah institusi raja dan wajar ditolak.

Jeffry said...

SLM BRO..RPK SKRG SDG KETAKUTAN KERANA WARAN TANGKAP DAH DI KELUARKAN. OLEH SBB TU RPK CUBA BERMATI2AN SUPPORT ANUWAR AGAR DIA DPT TAKEOVER M'SIA DAN SEKALIGUS MENYELAMATKAN PONGGONG DIA DARI UNDANG2. TP RPK FRUST SEBAB X DPT TENGOK ANUWAR JADI PRESIDEN MELAYU MURTAD YG PERTAMA 16 SEPT LALU KEHKEHKEH

Wan Muzafar Wan Kamis said...

Salam

Kena bezakan antara RPK dan Pakatan Rakyat. RPK adalah blogger yang juga menyerang pemimpin Pakatan. Tak semua yang membaca bersetuju dengan RPK tapi bagus juga ada pandangan yang lepas bebas untuk bacaan.Tak semua yang ditulisnya betul tapi tak semuanya tak betul.

RPK ada pengikutnya sendiri dan tak semestinya mereka pengundi Pakatan Rakyat.

Cuma menjelaskan fakta.

Popular Posts 30