Followers

Wednesday, November 4, 2009

AGENDA TERSEMBUNYI PENAHANAN DR ASRI

Penahanan Dr Asri ada ‘agenda tersembunyi’ - Dasuki

PETALING JAYA: Bekas Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dasuki Ahmad, menyifatkan penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Mohd Asri Zainul Abidin sebagai ‘agenda tersembunyi’ pihak yang mempunyai kepentingan peribadi dalam isu tersebut. [RUJUK]

Penahanan Dr Asri sebenarnya mahu mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah dalaman yang dihadapi PKR dan PAS sekarang ini.

2. PAS dengan EGMnya yang mahu menyingkirkan pemimpin-pemimpin yang membawa masalah kepada DAP.

3. PKR pula memperlihatkan orang-orang kuatnya bertelagah dan hilang kepercayaan. Zaid tiba-tiba bercuti enam bulan, Jeffry Kitingan keluar PKR, Badrul keluar PKR dll.

4. Penahanan penuh dramatis Dr Asri ini menghairankan kecuali yang sudah menjangkakan, Ya, bertujuan memberi ruang untuk anwar bernafas membaiki semula keadaan dan menyusun strategi.

5. Ini dikuatkan lagi apabila dengan liciknya perbicaraan salah laku moral beliau ditangguhkan lagi! justeru memberi peluang beliau menumpu pada masalah dalaman PKR dan PAKATAN.

Ya,maklumat dari dalam,masih segar dan terkini Pisau terima, Anwar Ibrahim terlibat dalam konspirasi penangkapan Dr Asri. Anwar sesumpah mengarahkan beberapa pemimpin pakatan agar mengadakan pertemuan bersama Dr Asri untuk menganjurkan ceramah, selepas dipersetujui Dr Asri dijemput untuk memberikan ceramah. Turut berada di ceramah tersebut ialah Ahli Parlimen Ampang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib.

Kenapa beliau ditangkap? kenapa begitu ramai anggota JAIS datang menyerbu ditempat kejadian bersama anggota polis,sedangkan mereka jelas batang tubuh yang dikatakan tidak mempunyai tauliah adalah seorang bekas mufti .

Beliau sememang boleh berucap dimana mana saja kerana sudah diperakui malah mempunyai slot rancangan sendiri di TV dan Utusan. Kononnya ada fitnah yang dimainkan oleh persatuan peguam syarie menyatakan Dr Asri menolak Sunnah Wal Jamaah.Ada yang menyatakan proksi PAS terlibat kerana tidak bersetuju tentang pelantikan Dr Asri di YADIM. [Pisau]

Sungguh, sungguh, sungguh licik.


1 comment:

Jeffry said...

MMG X SYAK LAGI..ADE DALANG YG X SENANG HATI DGN PENDIRIAN DR ASRI BROO. AKHIRNYA TERBONGKAR JUGAK TEMBELANG MAMAT PENJUBOR TEGAR TU KEHKEHKEH

Popular Posts 30