Followers

Tuesday, November 10, 2009

BAI'AH BERASASKAN NAFSU

MEMPERTUHANKAN POLITIK: BAI'AH TALAQ!
07 November 2009 Oleh Zulkifli Noordin pada 5:11 PM

Salam 2 all.

Saya sangat terkejut dengan pengakuan seorang YB Ahli Parlimen PAS yang mendedahkan kepada umum dan disiarkan dalam akhbar utama hari ini Sabtu 17 Zulqaedah 1430/ 07 Nov 2009 bahawa tiap calun wakil rakyat PAS dikenakan syarat bahawa mana-mana ahli yang dipilih menjadi calun bertanding mana-mana kerusi DUN atau Parlimen dikehendaki mengangkat bai'ah (sumpah setia) jika calun tersebut menang pilihanraya dan kemudiannya memilih meninggalkan PAS maka isterinya akan jatuh talak tiga. Beliau mendakwa dasar ini akan menjamin wakil rakyat PAS tidak akan melompat parti!

Saya sendiri telah mendapatkan pengesahan dan pengakuan daripada beberapa wakil rakyat dan kepimpinan PAS yang membenarkan berita tersebut.

1. Dasar ini mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, dimana wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian.

2. Tidakkah kita sedar bahawa perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci ALLAH! Dan kita jadikan perkara yang paling dibenci ALLAH ini sebagai dasar bai'ah dan sumpah ta'at setia!

3. ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud.

4. Apakah kita terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup menggadai kesucian dan kemuliaan dan kemurnian perkahwinan sebagai bahan gadaian politik.

5. Bagaimana pula dengan anak-anak yang turut akan menjadi mangsa.

6. Ianya sekadar dasar yang berpaksikan kepada alasan dan sandaran aqal dangkal semata-mata! -Baca Penuh di [Zulkifli Nordin]
****

Zaman jahilliyah ibu diwariskan kepada anak lelakinya apabila bapa meninggal dunia, anak perempuan ditanam hidup-hidup. Martabat wanita sangat rendah waktu itu.

Datang Islam mengangkat martabat wanita meletakkan syurga idaman setiap insan di bawah tapak kaki wanita yang bergelar ibu. Memudahkan mereka masuk syurga dengan mentaati suami bukan pangkah parti tertentu. Mengikat anak lelaki untuk mentaati seorang wanita bernama ibu sepanjang hayat mereka walaupun wanita itu sudah tiada.

Hari ini sedih bila kita melihat kegilaan politik mengembalikan wanita sebagai bahan dagangan, pajakan dan gadaian.

Bukanlah salah YB yang ingin melompat parti itu, apabila melihat parti itu sudah menyimpang dari tujuan asal, berketuakan seseorang yang menyokong murtad dari PKR dan berkompromi dengan DAP yang mati hidup balik tidak mahu melihat Negara Islam hatta hukum syariah dilaksanakan di Malaysia.

Diharap Ust Taib Azamuddin yang dikasihi bangun sekali lagi mempertahankan kesucian Islam sebelum fitnah ini merebak, seperti mana dahulu beliau mempertahankan kesucian nama Allah.

2 comments:

Jeffry said...

SLM BRO..KESIAN JUGAK TGOK BINI2 YB TEKEBIL2 DAN X TAU APE2 PASAL SUMPAH BAI'AH NI. YE LAH SI LAKI AMIK KESEMPATAN DGN SUMPAH NI UTK DI JADIKAN ALASAN PASANG 'SPARE-PART'

MMG BIJAK PAK AJIS NI DLM BAB2 NIKAH KAWIN. AMIK YG MANIS JEK. SEPAH PULAK DI BUANG! ADOIYAII

PUTRA MERDEKA said...

salam bro Junah,
masih ada ruang siapa nak jadi cina buta hati..hehehe
sila layari abg matsabun agensi cina buta.paria.jahanamPAS...

Popular Posts 30