Followers

Tuesday, December 15, 2009

POTONG GAJI HISHAMMUDDIN RM 100?


Dewan Rakyat Tolak Usul Potong Gaji Hishammuddin RM 100

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat malam ini menolak usul untuk memotong gaji Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebanyak RM100 sebulan yang dikemukakan oleh anggota Parlimen Batu dari PKR, Tian Chua.

Ketika membentangkan usul itu, Tian Chua berkata gaji menteri berkenaan perlu dipotong kerana beliau gagal melakukan reformasi dalam pasukan polis serta melanjutkan kontrak Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang didakwa mempunyai prestasi dan rekod buruk.

"Beliau juga gagal membendung kegiatan jenayah seperti samseng jalanraya, ragut, kongsi gelap dan samun serta gagal menangani isu kematian dalam lokap termasuk kes A.Kugan," katanya. [RUJUK]

Pembetulan dan Tambahan:

1. Gagal mengambil tindakan terhadap DAP Loke Siew Fook yang menghina Ust ridzuan Tee secara tidak lansung menghina Islam.

2. Gagal mengambil tindakan terhadap DAP Jeff Oii yang menghina Islam kerana menyamakan orang yang mahu guna pakai hukum syarak sebagai terrorist.

3. Gagal mengambil tindakan terhadap DAP Manoharan yang menghina songkok dan hak keistimewaan bumiputra.

4. Gagal mengambil tindakan terhadap DAP Kula yang menghina ketuanan Melayu (pengiktirafan orang Melayu adalah penduduk asal semenanjung).

5. Terbaru gagal menambil tindakan terhadap DAP Nga Kor Ming yang menghina Islam dengan mempersoalkan pembinaan masjid.

:*

5 comments:

DR 1221 said...

salam
dah dasar pembangkang ni kuman di sebarang jalan nampak jelas

DR 1221 said...

salam
dah dasar pembangkang ni kuman di sebarang jalan nampak jelas

Anonymous said...

Betul.. Betul.. Betul...
Setuju.... potong jer...
terutama bahagian pembetulan dan tambahan.... step down...

PUTRA MERDEKA said...

budak tu berani depan gay jer bro, dalam gelanggang politik nyorok belakang sepupu

Sang Guna said...

kau jgn sekali2 letak gambau dia tengah pegang keris.
lain kali kau letak gambau dia tengah pegang bunga.

Popular Posts 30