Followers

Wednesday, December 23, 2009

ROSLI DIPUJI ROHAIZAT DIHINA

Ptg Pasir: Tantawi dalam usaha meruntuhkan masjid

Sikap Dr. Rosli wajar dipuji- Ahmad Baihaqi | Print | E-mail
Rizal Tahir
KOTA BHARU, 23 Dis: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah, ketika dihubungi melahirkan rasa bangga terhadap bekas Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Rosli Allani Abdul Kader yang sanggup meletak jawatan kerana tidak mahu mengaitkan parti dengan masaalah peribadi.

Menurutnya, tindakan itu sebenarnya amat wajar dipuji walaupun ianya bukan bermakna sebagai tiket untuk membuktikan bekas anggota Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS itu telah melakukan kesalahan.

“Bagaimanapun berhubung masaalah peribadi yang dihadapinya kini kita memang benar-benar simpatilah dan berharap ianya dapat diselesaikan dengan baik,” ujarnya. [Hrkh]

Rohaizat calon BN di Ptg Pasir dihina kerana perkahwinanya yang kedua. Sekarang? Mengata dulang paku serpih. Lihatlah double standard dalam 'Isle', yang sekufu dipuji yang tidak, dikeji. Poligami PAS sah, poligami UMNO tak boleh.

Dasar PAS berkiblatkan hawa nafsu dan berselindung di sebalik perjuangan jumud.

3 comments:

Jeffry said...

SLM BRO..SEPATUTNYA PAK AJIS DGN DIA SAMA2 LA LETAK JAWATAN SUPAYA JGN TAMBAH DOSA LAGI! KEHKEHKEH

Anonymous said...

Itu lah tembelang PAS, busuk sampai ke kepala. semua tuduhan dan tohmahan mereka Tuhan dah kembalikan kepada PAS.

Akan ada lagi skandal pemimpin PAS akan terbongkar.

Wong Pencen said...

Kalau benarlah apa yang Junah paparkan kali ini, maka Junah baru sahaja membuktikan bahawa Junah dan pihak yang Junah buruk-burukkan ini sebenarnya sama sahaja perangainya. Bukanlah 100% sama tetapi terlalu banyak persamaan sehingga kelihatan seperti sama.

Dan Jeffry, memang seronok agaknya gelak-gelak KEHKEHKEH, meminta orang lain berhenti supaya jangan tambah dosa lagi. Namun wajar juga kita sendiri lihat serta nilai apa yang kita sendiri buat. Mana tahu kalau-kalau kita perlu mendengar nasihat kita sendiri supaya berhenti dari terus menambah dosa.

Popular Posts 30