Followers

Tuesday, December 29, 2009

TBH: PETUNJUK BARU? LELAKI DISERANG DAN DIKELAR


Lelaki Terlibat Dalam Demonstrasi Sidang DUN P.Pinang Cedera Diserang

BUTTERWORTH, 28 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki yang terlibat dalam kekecohan semasa satu demonstrasi di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 30 Nov lepas, cedera diserang sekumpulan lapan lelaki di kawasan Perusahaan Mak Mandin di sini, semalam.

S. Krishnan Nair, 46, berkata dia yang diserang dengan senjata tajam, menerima 16 jahitan apabila paha kanan dan bahagian belakang badannya dikelar manakala dadanya ditumbuk.

"Semasa saya tiba di Kawasan Perusahaan Mak Mandin, saya rasa ada beberapa orang yang saya tidak kenal mengekori saya dengan menaiki motosikal," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Mak Mandin kira-kira 12 tengah malam tadi. [RUJUK]

****

30 Nov lalu Melayu, Cina dan India keluar berdemo dihadapan DUN Pulau Pinang menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan DAP dan LGE dalam pelbagai isu termasuk tindakan DAP memijak muka Melayu (gambar), menghalau penduduk miskin Kg Buah Pala dan kontrovesi Queensbay land conversion.

Hari ini salah seorang dari penunjuk perasaan tersebut telah cedera diserang lapan lelaki, tidak cukup ditumbuk mangsa juga dikelar dengan senjata tajam. Mangsa menerima 16 Jahitan kerana tidak kebal seperti pengikut PAS di bagan Pinang. Nasib baik mangsa bukan Setiausaha Sulit wakil rakyat DAP kalau tidak apalah nasib beliau...

Manakala, hairannya LGE bukan sahaja tidak di ISA malah tidak pula diserang dan dikelar kerana sikap rasis biadapnya memijak kepala Melayu dulu. Hingga sekarang LGE belum memohon maaf atas tindakannya itu.

Apa yang berlaku ke atas TBH?

2 comments:

CCZ said...

Karpal Singh boleh tolong jawab tak?

YANG GAMBI said...

Salam Junah, inilah gambaran pemerintahan ala Singapore dan komunis yang bakal diperkenalkan kalau mereka berkuasa penuh di Malaysia......

Popular Posts 30