Followers

Friday, July 31, 2009

APABILA SUARA MAJORITI DISALAH DENGAR


Mukhriz defends ISA, says it’s ‘misunderstood’

KUALA LUMPUR, July 30 - Datuk Mukhriz Mahathir today defended the Internal Security Act (ISA) and lamented that the public had failed to see the benefits from the controversial law that allows preventive detention but which activists say has been used against critics of the Barisan Nasional (BN) government. [MI]

Ribut, ribut 1 Ogos ini pertembungan perarakan mansuhkan ISA dan Pro ISA. Kenapa tiba-tiba penyokong kerajaan mengambil pendekatan 'tak sekolah' yang selalu diambil pembangkang?

2. Segalanya bermula 9 Julai lalu apabila kerajaan mengumumkan pemansuhan PPSMI. Pengumuman itu telah dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,

Pemansuhan PPSMI hasil perjuangan rakyat

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengalu-alukan tindakan pihak kerajaan memansuhkan dasar PPSMI yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran sejak dari tahun 2003. [Hrkh]

3. Kerajaan seolah-olah dilihat mula tunduk kepada suara minoriti samseng jalanan.

4. Rakyat majoriti yang cintakan ilmu, percaya kepada pandangan jauh Tun M yang mahukan bangsanya maju merasa kecewa.

5. Lantas apabila kedengaran satu lagi Akta yang selama ini menjamin keamanan Malaysia hendak diganggu-gugat oleh suara minoriti maka rakyat majoriti mula bertindak.

6. Jika kerajaan mahu mendengar suara rakyat melalui pendekatan 'tak sekolah' maka rakyat majoriti akan memperdengarkan kepada kerajaan melalui cara yang sama..

Walaupun ramai tidak suka pendekatan begitu..



Thursday, July 30, 2009

TBH: MEE UDANG DAP


In unusual step, criminal lawyer appointed for Teoh’s inquest

SHAH ALAM, July 29 — In a rare move, the government has appointed experienced criminal lawyer Tan Hock Chuan, who is in private practice, to lead the Attorney-General's team in the inquest into the death of Pakatan Rakyat (PR) political aide Teoh Beng Hock. [MI]

Dalam mencari kebenaran, kerajaan telah melantik lawyer dari private practice yang tidak ada kena mengena dengan parti politik mengetuai inkues. Satu langkah positif dari pihak kerajaan.

"I think it's a positive thing. Tan is an experienced and good lawyer, a member of the Bar. I believe it just boils down to the government wanting to get the best person to do the job," he told The Malaysian Insider." Bar Council president K. Ragunath.

2. Bagaimana pula dari pihak keluarga mangsa? Jika mereka mahu kebenaran, melantik peguam dari DAP hanya akan memburukkan lagi keadaan.

3. Peguam dari DAP sudah tentunya mempunyai tujuan serampang dua tiga mata, hendak memburuk-burukkan pihak tertentu dan nak cover something misalnya. Mencari kebenaran untuk TBH adalah agenda ke-3 atau 4.

4. Campur tangan DAP dalam siasatan juga dapat dilihat dari awal hingga kini. Terbaru melarang memberikan sampel DNA.

5. Sejak dari hari pertama mendiang dijumpai mati, DAP yang menjuarai perarakan, perhimpunan dan pementasan, jelas menunjukkan DAP mempunyai agenda lain, ada udang di sebalik mee udang (terlampau jelas).

Kapal dah nak karammm kih..kih..kih


Wednesday, July 29, 2009

PAKATAN KONGSI GELAP SELANGOR


Ronnie: I'm also under "siege"

On the accusation that he collaborated with people involved in illegal activities and allowed his office to be used by them for meetings, Ronnie Liu responded, "This was done by people from the same camp and party. They spread the rumour without finding out the truth in order to tarnish my image."

He pointed out that people from his party were indeed involved, and he knew who they were. However, he refused to reveal their indentities because they were all comrades from the same party. [SINCHEW]


0030 hundred hours, Khalid Headquarters, code name, operation “eat my shit”.

2. Rakyat Selangor knew of our illegal activities and that we're stealing from them.

3. Rakyats didn't buy Ronnie's kung fu act, now he's under siege.

4. We will send our best man, Spongelim Shoot Poops to take care of this matter.

5. Operation breakdown, tarnish the image of MACC, IGP and DS Najib.

6. Modus operandi, spread rumors and hatred in the name of the people.

Goatspeed..Embekkk



Tuesday, July 28, 2009

CODE NAME: MERAGUKAN

Banyak keraguan telah berlaku sejak akhir-akhir ini. Cuba lihat gambar di bawah ini (kredit paneh miang) dan persamaannya dengan gambar 2-8, meragukan bukan?

1. Daging babi (Pork) dengan label halal: Meragukan?

2. Buat apa tu, kenapa Ust. kopiah putih tak tunduk, meragukan?


3. Adat atau agama? Meragukan?

4. Undilah dia, dia akan mencontohi Khalifa Umar Abd Aziz, meragukan?


5. Insaf,hidayah?Meragukan?


6. Banglo Khalid Ibrahim, meragukan?

7. Ralat: Banglo Khalid Ibrahim yang sebenar, meragukan?

8. Statue of pembohonology, built in remembrance of its slick full leader in dodging trails. It is reported the snake torch the statue hold (right hand) was stolen back in 900 000 000 AD and so as the book of how to fool the Malays (Left hand). Meragukan?


9. Orang kata kalau menjejakkan kaki ke tanah suci dengan dosa besar, pelbagai kejadian luar biasa berlaku, tambahan pula kalau main-main sumpah dengan nama Allah di masjid pula tu, tapi DS Najib steady aje, ragu-ragu lagikah kita?



Eventhou I miss U, life goes on...

Monday, July 27, 2009

AMMAR MA'RUF NAHI MUNKAR: DAP


Massage parlours still mushrooming in PJ

By CHRISTINA LOW
The Star, Friday July 24, 2009

DESPITE the freeze in issuing licences for massage parlours in Selangor by the state government last year, such premises have been seen mushrooming at a rate that had even changed the outlook of popular spots in Petaling Jaya. [RUJUK]

Apa yang diwar-warkan DAP pada PRU12 lalu iaitu ammar ma'ruf nahi mungkar adalah dua nama Melayu, Amar dan Ma'arop dan dua nama India, M. Nahi dan S. Munkar. Adakah mereka faham maksud ammar ma'ruf nahi mungkar itu kita pun tidak tahu.

Dimanakah anda pada tahun 2000? Pada tahun 2000 saya masih lagi bergelar student di salah sebuah IPT di Selangor.

Apakah perubahan yang paling anda rasai pada tahun tersebut? Perubahan yang amat dirasai pada tahun 2000 ialah bermulanya tindakan serius kerajaan BN ke atas pengedar VCD cetak rompak dan pusat video game haram yang menempatkan mesin judi. Hingga pada waktu itu bagi mereka yang mengumpul VCD cetak rompak sangat susah mencari bekalan.

Senario yang berlaku selepas Selangor diambil alih oleh Pakatan Pembangkang adalah terbalik kegiatan haram mula berleluasa kembali. Apa yang diwar-warkan DAP pada PRU12 lalu iaitu ammar ma'ruf nahi mungkar adalah dua nama Melayu, Amar dan Ma'arop dan dua nama India, M. Nahi dan S. Munkar. Adakah mereka faham maksud ammar ma'ruf nahi mungkar itu kita pun tidak tahu.

Namun apa nak dikesalkan mereka bukan Islam, apa yang dikesalkan ialah peranan PAS dalam tolong promosi sama slogan DAP ini. Sedangkan mereka tahu nilai ammar ma'aruf nahi mungkar pada DAP tidak sama dengan nilai ammar ma'ruf nahi mungkar pada orang Islam. Sekarang kenapa PAS berdiam diri?

Politik, anything goes...

Saturday, July 25, 2009

GEMPAR: SUPERMAN EXIST!


Superman exist did exist and he's Malaysian.

This blog is established in his rememberance. A young man with ideals, belief, and values caught in a web of political deceipt. The blog is also set-up to cleanse his name. May he be remembered for the right reasons. [T4TBH]

Dia memandu sendiri ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan sebagai saksi, besoknya dia akan mendaftarkan perkahwinan dengan tunangnya yang tercinta dan khabarnya dia akan berundur dari dunia politik selepas berkahwin. [RUJUK]

Malang tidak berbau, satu tragedi misteri (setakat ini jam 12.50 tgh hari) telah menimpanya, keesokan harinya dia telah dijumpai mati di tingkat lima Plaza Masalam.

Sebelum polis memulakan siasatan sudah ada pihak menjadi jagoh kampung menunding jari, hairan!. Tunang mendiang telah diarak ke sana sini konon menuntut keadilan walhal cerita sebenarnya ada udang di sebalik mee. Sungguh menyedihkan adakah publisiti itu yang diperlukan oleh keluarga dan tunang mendiang?

Mendiang rupanya dikurniakan hati yang bersih menolak korupsi dan kepura-puraan dan minda berwawasan dan berpandangan jauh, sudah menyediakan hard disc sebelum hujan.

Pada hari khamis 23 Julai, seolah-olah suara kebenaran bertempik dari kubur menceritakan segala-galanya. Mendiang tidak mati sia-sia, malahan seolah tidak reda dirinya dipergunakan sedemikian rupa oleh pihak-pihak tak bertanggungjawab. Mendiang rupanya dikurniakan hati yang bersih menolak korupsi dan kepura-puraan dan minda berwawasan dan berpandangan jauh, sudah menyediakan hard disc sebelum hujan. Kebenaran terungkap jua.

Hero rakyat celup yang selama ini menggunakan nama rakyat untuk menipu rakyat dari Kg. Buah Pala hingga ke Sg. Pelek tergamam, mula melatah macam beruk kena belacan macam cacing kepanasan. Apa kan daya ingat semut mayat rupanya kerengga berbisa, sudah mati tapi boleh bersuara. [RUJUK]

Perut sudah berbunyi, kentut pun sudah tidak berbau.. sebelum undur diri, apa-apa pun aku tahu satu hari nanti anak mu yang akan lahir akan berbangga memakai namamu dan tidak akan reda kepada tua kutuk dan anaknya si penipu dua beranak yang menangguk di air keruh terhadap kematian mu. Jangan kecewa hai superhero rakyat kebenaran yang kau tinggalkan sudah bergema.

Proud to share this country with you...1 Malaysia

Malaysia looking for greater achievement in Hollywood


Malaysia looking for greater achievement in Hollywood

KUALA LUMPUR, July 24 – Malaysia is determined to achieve better performance at the World Championships of Performing Arts (WCOPA) next year after recording an excellent achievement with 38 gold medals and lifting the World Championship in the dance category this year. [MI]

Yes, yes we got plenty of talents lor.

The nominees are...

1. DSAI, "Democracy, human rights, justice ...bla..bla..bla.. not for Saiful of course".



2. LKS, "I'll staged anyone, anything".


3. Ronnie Liu, "Where's the senior, where's the senior..(gulp where's the hard disc?)".



4. LGE, "You have the right to appoint a lawyer except if you're from Kg. Buah Pala".


5. DS Nizar, "I'll do anyone anything" (seductive)


6. Ellie Wong, "Me too" (seductive)

7. D Mahfuz, "I'm the expert of the experts... of jokers"

8. M. Manoharan, "No songkok, kurta, dhoti... only blazer and neck tie for me"

9. Teressa Kok, "Shit stirrer... who's shit, mine?, hiya forget to flush again ma" Sapa makan cili terasa la pedasnya.

10. Khalid, " gha..gha..gha.."


Friday, July 24, 2009

SYAIR PUTAR BELIT ANWAR


Saya yakin rakyat Malaysia tidak mahu Suruhanjaya Diraja ini berakhir seperti penyiasatan video VK Lingam dan kes serangan bekas ketua polis negara terhadap saya. ~ anwar

anwar tertuduh, TBH saksi, jauh bezanya. Adakah layanan terhadap saksi sama dengan layanan terhadap tertuduh?

Umum menyedari kaedah penyiasatan yang digunakan SPRM dikritik hebat antaranya oleh Majlis Peguam Malaysia. ~ anwar.

2. Kenyataan seolah-olah menuduh SPRM yang menyebabkan kematian TBH. Apakah motif SPRM mendajalkan saksi yang akan membantunya membongkar korupsi kerajaan PAKATAN Selangor?

"Jangan cuba nak ugut kerana kita tetap akan bangkitkan isu Beng Hock kerana ini satu lagi bukti jenayah yang dilakukan oleh badan penguat kuasa yang dijalankan mengikut arahan Umno dan Barisan Nasional," anwar.

3. Apakah untungnya BARISAN dengan kematian saksi penting yang akan meruntuhkan kerajaan PAKATAN Selangor?

Sahabat Teoh juga disiasat polis

"Jadi pada saya tidak mungkin Teoh mempunyai niat untuk membunuh diri kerana dia hubungi saya meminta untuk jadi pengapitnya," Woo dipetik berkata.

"Tetapi mendiang pernah memberitahu saya bekerja sebagai setiausaha politik mencabar. ~ Malaysiakini


Mencabar?



Thursday, July 23, 2009

CUBAAN JAHAT GANGGU SIASATAN TBH


Tan Boon Wah sues MACC, claims his detention was illegal

"I was only released at 1.35 p.m. on the following day, July 16. This was after I was given an order for interrogation as a witness on July 20, at 10 a.m.," said the plaintiff (Tan) in his affidavit. [Malaysiakini]

****
Segambut MP Lim Lip Eng told the large contingent of media present afterwards, “The police wanted to question more family members but after we protested, they stuck to the original four they had summoned. [MI]

****
Orang terakhir jumpa Teo: SPRM ugut saya...

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor. [Malaysiakini]

****
'Teoh mati 4-5 jam sebelum ditemui'
kemaskini 4.13pm Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia empat atau lima jam sebelum mayatnya ditemui dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri. [Malaysiakini]

****

Ada orang gelabah semacam saje, kenapa?

2. Polis ingin menemuramah lebih ramai keluarga mangsa tetapi dihalang, kenapa?

3. Mereka seolah-olah memerhati dari jarak dekat penyiasatan polis, kenapa?

4. Adakah untuk mengelak penyelewangan atau mengelak pembongkaran.

****
Dua pakar jenayah kemuka pendapat

"Ada kemungkinan mangsa tidak ditolak secara fizikal tetapi terpaksa terjun dari bangunan untuk menyelamatkan diri akibat dikejar seorang atau lebih, yang tidak mahu beliau mendedahkan sesuatu mengenai kes yang disiasat," katanya.

Bagaimanapun, kedua-dua pakar itu yakin Teoh tidak mati ketika disoal siasat berdasarkan kenyataan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah yang terserempak dengan mangsa jam 6 pagi, iaitu kira-kira dua atau tiga jam sebelum Teoh dikatakan mati. [RUJUK]

****
Inkues cari punca kematian Teoh

kemaskini 6.28pm Mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini tunduk kepada desakan popular pelbagai pihak, termasuk pemimpin BN, agar menyiasat secara bebas punca kematian Teoh Beng Hock. [Malaysiakini]

****
Teoh Beng Hock’s death – Cabinet decision on Royal Commission of Inquiry falls far short of public expectation, unsatisfactory and unacceptable

I am disappointed by the Cabinet decision on the mysterious death of Teoh Beng Hock.
A Royal Commission of Inquiry will be set up, but only to look into the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) investigative procedures and to determine if there were any human right violations when Teoh Beng Hock was being interrogated. [LKS]

5. DS Najib yang mewakili suara majoriti mahu bekerjasama tetapi Lim Kit Siang yang mewakili suara minoriti belum puas.

Slipped, Pushed, Jumped ???


Wednesday, July 22, 2009

KERANA SURVIVAL POLITIK



Orang politik sangat oportunist.

2. Jual agama kerana undi, jual bangsa kerana undi, jual nama rakyat kerana undi.

3. "Keadilan untuk semua", anwar [RUJUK], bukan untuk penduduk Kg. Buah Pala.

4. Lim G Eng nak contohi khalifa Umar, Hidayah?, Nga dengan surah aura, hidayah?, Eli Wong pakai tudung jumpa Tn Guru, hidayah?, Balakirsnan mimpi jumpa nabi, hidayah? [RUJUK] takda apa berita pun sampai hari ni.

5. Barisan bagi tanah dekat Cha, Pakatan apa kurangnya? 999.

Kit Siang wants Nazri to warn NST boss over racial overtones

By Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, July 21 — In response to Datuk Seri Nazri Aziz’s warning yesterday not to turn Teoh Beng Hock’s death into a racial issue, Lim Kit Siang today asked the law minister to target Umno-controlled newspapers instead. [MI]

6. Kematian Teoh bising!, ingat kembali berapa pembantu rumah didera majikan cina dengan tak berperi kemanusian kenapa LKS tak bising?

Walaupun tiada nama kaum bukan bermaksud parti tu tidak rasis.

Tuesday, July 21, 2009

JUSTICE FOR TBH: MEANS, MOTIVE AND OPPORTUNITY


Motive(s):

Najib should stop MACC war against PR

Firstly, what has happened to Malaysia 52 years after Merdeka that a young, healthy, vigorous and idealistic political activist could enter the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) in Shah Alam to co-operate with its investigations to end up as a flying corpse from the 14th floor MACC Hqrs? [LKS]

2. Kenapa minta SPRM hentikan siasatan ke atas kes korupsi PAKATAN di Selangor, ada apa-apa yang nak disembunyikan ke?

the office of a certain exco member had been and is continuing to be used as a meeting place for people connected with the “underground business activities.” [WCK]

Saya mungkin tidak melawat pejabat ahli exco tersebut tetapi itu tidak bermakna yang saya tidak mengetahui apa yang telah berlaku di sana. [WCK]

Kematian Teoh: Ahli Majlis Perbandaran tolak beri keterangan

SHAH ALAM: Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Booh Wah menolak permintaan untuk memberikan kenyataannya kepada polis yang kini sedang menyiasat kes kematian Setiausaha Politik Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock. [RUJUK]

Opportunity:

1. TBH tidak perlu di bawa ke SPRM sebaliknya sudah berada di bangunan itu.

2. Pejabat SPRM yang tidak mempunyai CCTV. [RUJUK]

3. TBH sudah semestinya penat fizikal dan mental setelah menjalani proses soal siasat yang begitu lama.

4. SPRM akan dituduh secara direct kerana kemalangan berlaku di kawasan premisnya.

Means:

???

****
Dari GOMO: WEE CHOO KEONG DALAM KEADAAN TERANCAM!!! PIHAK YANG TERLIBAT DALAM KEMATIAN TEOH SETIAUSAHA SULIT ADUN DAP KEMUNGKINAN SEDANG MENYASARKAN SERANGAN TERHADAP YB WANGSA MAJU INI. IANYA BERKAITAN DENGAN PENDEDAHAN WUJUDNYA AKTIVITI JENAYAH TERANCANG DI DALAM ORGANISASI DAP. [GOMO]

Diharap pihak polis tidak memberi peluang lagi.


Sunday, July 19, 2009

SPRM PERLU WUJUDKAN WITNESS PROTECTION PROGRAM


Bila korupsi berlaku dalam BARISAN ada yang di gantung dan ada yang di warning. Kejam sungguh BN, hapuskan ISA!

2. Bila korupsi berlaku dalam PAKATAN... apa jadi?


3. SPRM perlukan witness protection program bukan suruhanjaya di raja. Suruhanjaya di raja hanya untuk merawat bukan mencegah.

4. The United States Federal Witness Protection Program is a witness protection program administered by the United States Department of Justice and operated by the United States Marshals Service that is designed to protect threatened witnesses before, during, and after a trial.

5. Witness protection is usually required in trials against organized crime, where law enforcement sees a risk for witnesses to be intimidated or murdered by colleagues of the defendants. [RUJUK]

6. Peristiwa kejam ke atas Beng Hock ini berlaku rentetan dari peristiwa ini,

Isu PERGOLAKAN ANTARA PEMIMPIN PAKATAN (DAP) DI SELANGOR. Khasnya ADUN DAP dengan EXCO DAP. Ada ADUN yang "amat berani" menyuarakan tuduhan bahawa ada EXCO DAP Selangor yang menjalankan aktiviti serta "bersekongkol" dengan Kongsi Gelap! Malahan ada juga disebut bahawa EXCO terbabit telah salahguna kuasa .... [Baca lagi], [Lagi] dan [Lagi]

7. Orang yang memulakan cerita korupsi di Selangor ini adalah dari pemimpin PAKATAN sendiri bukan SPRM atau BN.

8. Semoga kejadian kejam dan tidak berperi kemanusiaan yang menimpa Beng Hock ini tidak berulang lagi.

Rakyat Malaysia, jom tolak parti yang bersangkut paut dengan kongsi gelap.

KIYAI SALLEH SELEMPANG MERAH


Sebaik dilantik, Salleh mula menyusun strategi dan mengumpul anak muda yang tidak gentar atau lemah semangat untuk bersama-samanya bertempur.

di bawah pimpinan Salleh, serangan demi serangan mula dilancarkan pasukannya yang turut digelar 'Tentera Selempang Merah'.

2. Anak muda itu diajar amalan tertentu bagi menguatkan aspek kebatinan masing-masing.Seterusnya di bawah pimpinan Salleh, serangan demi serangan mula dilancarkan pasukannya yang turut digelar 'Tentera Selempang Merah'.

3. Serangan Tentera Selempang Merah terhadap komunis tercetus di seluruh Batu Pahat dan Muar.

4. Selain serangan secara berpasukan, Salleh juga bertindak berani apabila berbasikal seorang diri hampir setiap malam semata-mata untuk mencari komunis bagi dibunuh dan dicantas kepalanya.

5. Di bawah bimbingan Salleh, semangat perjuangan di kalangan penduduk ketika itu amat berkobar-kobar dan mereka mula merancang satu serangan besar-besaran terhadap komunis di Bandar Penggaram.

6. Bagaimanapun, serangan itu berjaya dihalang Datuk Onn Jaafar dan tokoh politik itu sebaliknya cuba mengaturkan perdamaian antara pihak Salleh dengan komunis. [Baca Selanjutnya]

Amalan hikmah: Ayat empat

KEJAYAAN ANWAR


'Saya tidak politikkan kematian Teoh' - Anwar

"Jangan cuba nak ugut kerana kita tetap akan bangkitkan isu Beng Hock kerana ini satu lagi bukti jenayah yang dilakukan oleh badan penguat kuasa yang dijalankan mengikut arahan Umno dan Barisan Nasional," katanya. [RUJUK]

Memperkasakan kongsi gelap dalam politik Malaysia adalah yang terbaru.

2. Memecahbelahkan undi Melayu dan menghadiahkan negeri-negeri kepada DAP.

3. Membohsiakan PAS.

4. Menjatuhkan maruah polis dan veteren tentera dengan pelbagai isu termasuk membawa balik Chin Peng.

5. Mempermain-mainkan mangsa yang mencari keadilan dengan penangguhan demi penangguhan perjalanan mahkamah.

Putar alam la ko, bodoh sangat saksi penting SPRM dikhianati SPRM sendiri.

Saturday, July 18, 2009

JODOH

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (DR.FADILAH KAMSAH)
Jika kamu memancing ikan....

Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....

Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang....

Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....

Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....

Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....

akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...

yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..

Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan......

yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...

Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain

Kamu juga yang akan MENYESAL....

Wallahu 'alam.

dipetik dari B'JUE CORNER

Friday, July 17, 2009

CODE NAME: SELAR DAP


PAS ucap takziah pada keluarga Beng Hock, reman pegawai SPRM

Kini ramai yang mempersoalkan sebab kematian Beng Hock yang sepatutnya mendaftarkan perkahwinan beliau pada hari ini. Oleh itu PAS mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat kematian Beng Hock secara terperinci sama ada beliau benar-benar terjatuh secara sengaja atau tidak, atau pun ada pihak lain yang menyebabkan kematian beliau. [Hrkh]

Belum pun polis habis siasatan DAP, PKR, PAS dah tunding jari kepada orang lain. Kalaulah kerajaan diperintah mereka ini polis tak pakyah buat kerja lah.

2. Bunuh diri atau dibunuh?

3. Hari ini mendiang khabarnya akan mendaftar perkahwinanya. Takkan dia nak bunuh diri.

4. SPRM terlibat? Takkan bodoh benar buat di tempat sendiri. BN terlibat? Beng Hock tengah menguntungkan BN, kenapa pula nak dajalkan dia?

5. Kalau kita menonton filem kongsi gelap Hong Kong, pembunuhan begini agak biasa. [RUJUK] dan [RUJUK]

6. Terutama bagi ahli yang nak pecah lobang. [RUJUK]

7. Kejadian ini berlaku waktu panas, di mana kerajaan PKR Selangor tengah bergoyang jangan lupa. [RUJUK]

Orang terakhir jumpa Teo: Saya didera SPRM...

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor. [Malaysiakini]

8. Ada orang beria-ia mengaitkan SPRM pulak tu.


9. Ini baru sedikit.

Bayangkan DAP memerintah Malaysia.

Thursday, July 16, 2009

CODE NAME: RAKYAT MULA MENCEBIK KEPADA ANWAR

Penurunan sokongan rakyat kepada anwar sangat ketara.

2. Penarikan diri peguambelanya juga jelas memberikan tamparan hebat buat anwar. [Malaysiakini.tv]

3. Sikap dolak-dalik anwar ternyata menimbulkan benci dan sangsi rakyat terhadap kejujurannya.

4. Sumpah yang dibuat Saiful Bukhari bukanlah sumpah main-main, sumpah laknat, sanggup menerima azab hingga hari kiamat. [Sumpah Saiful]

5. Dakwaan Saiful dibeli untuk sumpah ini adalah mustahil untuk diterima. Berapakah harga yang sanggup diterima untuk melepaskan diri dari laknat dan azab Allah hingga hari kiamat?

6. anwar oralist yang pakar dalam pujuk memujuk dan tawar menawar, hingga PAS boleh bersama dengan DAP. Tidakkah mudah sangat bagi anwar untuk talk down Saiful hingga membiarkan dirinya diliwat?

7. Patutkah mengatakan seseorang wanita yang dicabul atau dirogol membuat report sebagai menjaja keaibannya? Begitulah juga bagi seseorang lelaki yang yang diliwat berhak mencari keadilan.

8. Kesangsian rakyat makin menebal terutama dengan sikap anwar yang berdolak-dalik tidak mahu ke mahkamah, tambahan pula tidak mahu bersumpah hingga hari ini.

Kebenaran hanya Allah yang tahu.

Tuesday, July 14, 2009

Code Name: Gunting Dalam Pakatan Lipatan


“Menang saja di Manek Urai, pada sidang parlimen akan datang, hari pertama atau kedua, saya bersama (pemimpin DAP) Lim Kit Siang dan saudara kita (yang lain) akan bangun tuntut kerajaan persekutuan bagi balik wang kepada kerajaan Kelantan,” katanya. [Malaysiakini]

Adakah anwar nak bolot sorang?

2. DAP Penang masih lagi kelam kabut kerana janji yang dibuat anwar dan anwar lepas tangan.

3. Kesibukan PAS dalam menghadapi PRK Manek Urai memperlihatkan PKR menyusup masuk bertopengkan untuk membantu PAS disamping itu mengedarkan borang keahlian PKR.

4. Keributan di Selangor juga menjadi tanda tanya apakah sebenarnya yang sedang berlaku? Apa yang wujud dan apa yang tidak wujud?

5. Dengan mencipta masalah kepada DAP dan mewujudkan erdogan di dalam PAS namun gagal lalu mencipta masalah kepada PAS dengan janji barunya.

The truth is out there


Saturday, July 11, 2009

Kg Buah Pala: Lim Terdesak


Kpg Buah Pala: K'jaan negeri buat laporan polis

"Ini merupakan persoalan yang besar, sama ada sesetengah pihak mempunyai kepentingan sendiri apabila memberikan kelulusan terhadap penjualan tanah tersebut," katanya. [RUJUK]
****

Mana keadilan kepada semua kaum yang DAP janjikan?

2. Jika penganugerahan tanah 999 tahun kepada Kg. Baru di Perak dapat diselesaikan dengan cara angkat tangan.

3. Isu babi di Kedah dapat diselesaikan dalam masa seminggu.

4. Kenapa isu kaum India di Pulau Pinang mengambil setahun lebih, sampai hari ini?

5. Hingga hari ini DAP bermain teka-teki cuba mengalihkan pandangan umum ke arah lain.

6. Apakah dengan penyiasatan polis isu ini dapat selesai?

7. Tentunya tidak, ini hanya muslihat terbaru Lim G Eng.

Janji dulu macam nak mengorat, sekarang habis madu sepah dibuang.

Friday, July 10, 2009

Filem Mengenai anwar Akan Diterbitkan

"Kat situ memang tempat favourite nko"

Penduduk edar DVD janji PKR

"Mereka yang 'berlakon' dalam filem pendek 10 minit itu adalah Anwar, Karpal dan Rayer.

Sementara itu, Tharmaraj mendakwa Ketua Menteri, Lim Guan Eng mempunyai muslihat apabila enggan menemui penduduk, kelmarin. [Rujuk]

***

The Three Mosquitoes: We SUCK!

Sementara M. Manoharan naik gila, penduduk India Kg. Buah Pala masih lagi tidak terbela.

2. Lim G Eng dari DAP masih bermain teka-teki dan memanjang-manjangkan masalah mereka.

3. Tidak seperti penganugerahan tanah oleh DAP kepada penduduk Kg. Baru 'miskin' di Perak yang diselesaikan dengan cara angkat tangan saja. [RUJUK]

4. Penduduk Kg. Buah Pala seolah-olah tidak cukup miskin bagi DAP.

5. Rentetan dengan itu penduduk Kg. Buah Pala yang kecewa dengan double standard dalam DAP, ingin menukar kerjaya menjadi pengedar DVD.

6. Ceritanya bertajuk 'The Three Mosquitoes: We Suck!'.

Yes you are...

4444

Wednesday, July 8, 2009

Code Name: Batu Geliga


Kepemimpinan Najib semakin diterima: Kajian


KUALA LUMPUR: Menjelang genap 100 hari memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri pada Ahad depan, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan pencapaian membanggakan apabila kaji selidik menunjukkan 65 peratus daripada responden menerima keputusan dan langkah pentadbirannya memperbaiki ekonomi negara. [Rujuk]

anwar kata: Najib crooning our tune ( Platipus kau Najib, habis kau sebat, sekarang aku takda modal nak auta rakyat )

anwar kata: new Malaysia!

DS Najib kata: one Malaysia!

anwar kata: Takkan nak kata hidup Melayu pulak kot.

4444

anwar kata: Hapuskan DEB!

DS Najib kata: Liberalisasi!

anwar kata: Takkan aku nak sokong DEB pulak kot.

4444

anwar kata: Hapuskan PPSMI!

DS Najib kata: PPSMI dimansuhkan mulai 2012 [Malaysiakini]

anwar kata: Najib crooning our tune ( Platipus kau Najib, habis kau sebat, sekarang aku takda modal nak auta rakyat )

4444

Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan. We want to see more of this Datuk Sri, kasi dia pening kepala sampai tak da isu...

Monday, July 6, 2009

Code Name: Keadilan Tahap Cipan

Kenyataan Media SUA Berhubung Tuduhan Bank Malaysia Terbabit di Dalam Transaksi Penjualan Senjata Oleh Korea Utara

Oleh itu adalah mengejutkan apabila beberapa laporan akhbar dari Korea Selatan mengaitkan bank di Malaysia digunakan untuk transaksi pembayaran penjualan senjata dari Korea Utara ke Myanmar. Tambah membimbangkan apabila rombongan khas perlaksanaan resolusi 1874 dipatuhi yang diketuai Phillip Goldberg, dijadualkan ke Malaysia, bertujuan memastikan negara ini mematuhi perlaksanaan resolusi tersebut. Sekiranya benar tuduhan yang dilaporkan akhbar terbabit (Korea Herald dan Korea Times), kita merasa kesal dengan kecuaian kementerian dalam negeri dan regulasi kewangan negara. [blog anwar]

Maksud tersiratnya, kita haruslah mengambil bahagian dalam usaha Amerika menelanjangkan Korea Utara dari segi senjata mempertahankan maruah mereka dan bersama-sama membunuh rakyat Korea Utara secara senyap dengan pelbagai sekatan ekonomi sampai mereka mampus dan hilang harga diri lalu tunduk di bawah telunjuk Amerika, begitu?

Parti Keadilan Rakyat memandang serius perkembangan mutkahir di Laut Timur. Korea Utara telah pun melancarkan 7 peluru berpandunya ke arah bahagian pantai timur negaranya. Tindakan ini jelas menyalahi resolusi 1874 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berusaha mengendurkan ketegangan di rantau itu. Komuniti antarabangsa melahirkan rasa kesal dan mengecam keras pelancaran peluru berpandu tersebut.

1. UN atau PBB yang jelas diperkudakan Amerika untuk menelanjangkan negara-negara yang tak ngam dengannya.

Resolusi 1874 yang diluluskan pada 12hb Jun 2009 itu mengharamkan sebarang ekspot senjata oleh Korea Utara. Langkah ini bertujuan menyekat Korea Utara dari menggunakan dana hasil penjualan senjata bagi pembangunan program senjata nuklearnya. Makanya amatlah penting resolusi ini dipatuhi dengan kerjasama komuniti antarabangsa demi mewujudkan keamanan berkekalan, bukan sahaja di rantau Timur Jauh, bahkan juga di seluruh Asia.

2. Ingat Iraq, bagaimana mereka dibogelkan oleh PBB dengan pelbagai sekatan ekonomi dan memaksa Iraq memusnahkan senjata-senjata untuk mempertahankan negaranya?

Keadilan menekankan isu keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dipandang remeh. Kerajaan mestilah bersikap telus serta bertanggungjawab, terutamanya apabila menangani isu sebegini. Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Akhbar Rumah Putih bertarikh 26 Jun 2009 menyatakan antara butir penting perbualan Presiden Obama dan Dato’ Seri Najib ialah memastikan perlaksanaan resolusi 1874 dipatuhi. Ini jelas bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia tersebut kepada media dan rakyat Malaysia berhubung perbualan telefon beliau dengan Presiden Amerika Syarikat itu. Dato’ Seri Najib sewajarnya menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat. Kita bimbang sekiranya terbukti tuduhan bank di Malaysia terbabit di dalam transaksi penjualan senjata oleh Korea Utara, negara ini akan dikenakan tindakan keras oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sepertimana yang nyaris dikenakan apabila syarikat Scomi Precision Engineering dikatakan terlibat di dalam menghasilkan komponen senjata nuklear.

3. Setelah Iraq longlai tak bermaya, tanpa senjata untuk mempertahankan kedaulatan negara, dengan rakyat yang kebuluran akibat sekatan ekonomi, Amerika ajak gang untuk merogol Iraq dengan pelbagai senjata canggih dan up to date.

Keadilan kepala ayah kau apa begitu?


Sunday, July 5, 2009

Kg Buah Pala: Lim G Eng Pindah ke Banglo Mewah



Kampung Buah Pala: Guan Eng tulis surat minta bantuan Najib

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri mengakui tidak mampu untuk mengambil alih tanah di kampung itu daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya terlalu tinggi. [Malaysiakini]

Dalam satu berita lain pula.


Pemuda Gerakan minta penjelasan Guan Eng isu sewa rumah

GEORGETOWN - Pemuda Gerakan Pulau Pinang melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menggunakan alasan remeh-temeh seperti masalah ancaman anai-anai, semut api dan musang untuk berpindah dari rumah kerajaan ke sebuah rumah mewah yang baru siap diubahsuai, baru-baru ini. [Sinarharian]

CAT = Kucing.

1. Apa maksud orang tua-tua selalu kata alim kucing atau baik macam kucing.

2. Kucing ni nampak saja pendiam tapi kuat curi lauk dan kencing merata-rata.

4444

Friday, July 3, 2009

Code Name: Cleaner


Ahli majlis MPPP dari PKR didakwa salah guna kuasa

PULAU PINANG: Dakwaan itu dibuat oleh Anggota Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun atau lebih dikenali sebagai Jeff Ooi dari parti DAP berkaitan cubaan ahli majlis berkenaan membatalkan arahan berhenti kerja yang dikeluarkan MPPP terhadap sebuah syarikat pemaju perumahan di kawasan Jelutong. [Rujuk]

Pulau Pinang: Tidak seperti PAS, PKR tidak mahu duduk diam di bawah DAP Penang.

1. Tidak mahu dicucuk hidung dan mahu suara mereka didengar.

2. Akibatnya ada yang dah kena kick [Rujuk]

3. Dalam istilah underworld, bila Hitman dah buat keje, cleaner akan menyusul untuk menghapuskan trail.

4. Bila BN dah tumbang di Pulau Pinang belum cukup, sebab kebanyakan ahli PKR ex BN yang harus dihapuskan sekali. Tambahan pula bila berkaitan dengan Majlis Perbandaran ni, penting ooo$$$.

5. Bila semua suara dah tiada atau dicucuk hidungnya baru senang kucing nak buat kerja.

4444

Wednesday, July 1, 2009

Code Name: anwar Pening Kepala Lagi


Agak-agaknya la, apa la anwar dok pikiaq la ni?

1. Mahkamah lagi. [Rujuk]

2. Buah Pala lagi. [Rujuk]

3. Babi pulak dah. [Rujuk]

Wah ha ha ha ni semua fitnah dan tohmahan jahat dari BN kot wah ha ha ha

4444

Code Name: Menteri Tunjuk


4444

Penang Kampung Buah Pala controversy – Koh Tsu Koon should speak up as to whether he would make amends for his decisions as Penang Chief Minister by securing Federal Government grant to Penang State Government to resolve issue with “a stroke of the pen”? [Rujuk]

Buat janji pandai, berdegang-degung, nu nak tutup, ni nak hapus.

1. Bila mai nak tunai, mula gelabah tahap bewak.

2. Rakyat pilih suruh hang settel problem tu, bukan suruh hang spin cerita, tunjuk sapa salah.

3. Depa pun tau takat nak cari sapa salah. Depa nak Ketua menteri yang boleh settel problem, bukan tunjuk sapa salah!

4. Ada ka panggil Koh Tsu Koon?

5. Sedangkan anak dia yang Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang.

6. Baik bagi balik jawatan kat Koh Tsu Koon kalo camtu.

7. Toya la cakap saja besaq, senang-senang nak lari, baling tahi sembunyi tisu tandas betul la. Senang-senang nak lepas diri.

4444

Snippet: Apa Lagi Yang Tak Adil?

44444

1. Selalu dengar setinggan Melayu kena roboh, jarang-jarang dengar setinggan Cina kena roboh.

2. Selalu dengar gerai-gerai Melayu kena roboh nak buat tempat parking, jarang-jarang dengar gerai-gerai Cina kena roboh.

3. Bird flu banyak ayam kena bunuh, Selsema Babi, ada babi kena bunuh?

44444

Popular Posts 30