Followers

Monday, August 31, 2009

HADIAH HARI MERDEKA, KUIL


Rakyat Muslim di Seksyen 23, Shah Alam mendapat hadiah istimewa sempena menyambut hari kemerdekaan tahun ini iaitu kuil di kawasan perumahan mereka yang merangkumi 90% penduduk Islam.

Menurut sumber salah satu komponen kerajaan PAKATAN pernah menjanjikan syurga jika pangkah parti mereka dan inilah syurganya kot.

Pemimpin PAKATAN tidak mengambil iktibar dari insiden Kg rawa P. Pinang satu masa dulu. Pemimpim terus mengecam penduduk sedangkan isunya ia bukan masalah penduduk hina agama lain atau menyekat kebebasan beragama tetapi lokasi rumah ibadat itu yang tidak sesuai dan protes mereka terhadap pemimpin PAKATAN.

Ketika muslimin bakal berhadap dengan hari raya eid ul fitri, inilah hadiah kerajaan PAKATAN kepada kita, kuil?.

****

Hadiah hari merdeka, harga minyak naik lagi?

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.
Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS. [Hrkh]

Kerajaan kata harga minyak naik ikut harga minyak dunia. Harga minyak dunia naik ke? Harga minyak RON 95 akan dinaikkan 0.05 sen manakala F1 akan dinaikkan 0.25 sen. Harga minyak dunia pula tidak ditentukan oleh OPEC sebenarnya tetapi Amerika sahabat anwar.

Bila minyak naik puak-puak kapitalis sibuk naikkan harga barang begitu juga bila gaji kakitangan awam naik. Apaguna gaji naik kalau harga barang pun naik berakhir dengan kuasa beli tetap sama. Suatu masa dulu harga minyak turun dengan ketara tetapi puak-puak kapitalis ini buat pekak tidak menurunkan harga barang dan servis mereka.

Siapa puak-puak kapitalis ini? Majoritinya bangsa mereka inilah yang nak menghapuskan DEB dan hak keistimewaan orang-orang Bumi sedangkan apa kerajaan buat mereka berkongsi untung juga. Inilah yang dikatakan kek kita mereka mahu, kek mereka tak boleh kongsi.

Yang peliknya bangsa kita sendiri mahu naikkan mereka menjadi pemimpin kita dengan harapan harga barang akan turun, kesucian Islam akan terjaga dan bahasa Melayu dimartabatkan?

Mohon kerajaan kaji balik jika benar.

MERDEKA SEPI


Sejak kebelakangan ini seperti sudah menjadi trend untuk UMNO dan PAS memperjuangkan hak orang bukan Bumi dan bukan Islam, PKR tak payah cerita lah perjuangkan apa pun masih belum jelas. Seolah-olah undi mereka ini menjadi begitu penting kepada penyambung hayat UMNO dan PAS. Adakah parti-parti ini sudah lupa akan tujuan asal mereka iaitu mempertahankan hak orang bumi dan Islam.

Insiden di Seksyen 23 Shah Alam menjadi titik tolak di mana orang Melayu tidak ada tempat mengadu. Kedua-dua parti gagal melihat yang tersirat daripada yang tersurat malahan terus menyerang perbuatan penduduk dengan kecaman demi kecaman. Tidak ada sesiapakah di dalam kerajaan melihat yang penduduk ini sudah tersilap memilih pemimpin yang tidak ada sensitiviti terhadap Islam? Pemimpin Islam manakah yang rasional akan mendirikan kuil di kediaman 90% Muslims? Mereka memangkah kerana harapkan syurga namun tidak menyangka dapat kuil.

Adakah pemimpin kita termakan dengan umpan 'takut dituduh rasis' maka kita harus mengalah setiap kali. Mereka meminta sedikit demi sedikit daripada bahagian kek kita namun mereka tidak mahu kongsi bahagian kek mereka. Mereka menentang idea sekolah wawasan sebelum projek satu sekolah untuk semua lagi, namun mereka menerima dan meminta lagi Amanah Saham Wawasan.

Adakah sambutan merdeka terhad kepada mengingati sejarah bukan memperbaharui semangat keperwiraan pejuang kemerdekaan. Bak kata Karam Sigh Walia, kera di hutan disusukan anak di rumah mati tak makan. Apalah ertinya merdeka jika terasing di bumi sendiri, di anak tirikan oleh pemimpin yang dipilih oleh tangan-tangan kami.

Salam Kemerdekaan untuk Semua!

Sunday, August 30, 2009

MISI RASULULLAH AKHLAK HASANAH MISI PAS MENANG PILIHAN RAYA


'Isytihar Rafizah isteri kedua atau cerai'
Mohamad Ali Abdullah masih lagi menuntut Rohaizat Othman, bekas calon BN di Permatang Pasir, agar menyelesaikan isu anak perempuannya Rafizah dengan pemimpin Umno itu.

Bapa wanita itu hujung minggu lalu menuntut Rohaizat membuat pengakuan terbuka agar mengaku Rafizah isterinya itu yang dikahwini pada 2005. [Malaysiakini]


"Sesungguhnya aku (Rasulullah) diutuskan untuk menyempurnakan akhlak", Riwayat Ahmad.

Kemenangan PAS di Ptg Pasir jelas bermodus operandikan character assasination dan tidak berlandaskan akhlak. Selama ini PAS sering menyamakan perjuangan mereka dengan perjuangan Rasulullah namun mereka terlupa bukanlah membenci sesama Islam menjadi faktor dan misi utama baginda Rasul sebaliknya mentarbiah ke arah kesempurnaan akhlak yang menjadi paksi dakwah seterusnya negara Islam yang mengguna pakai hukum hudud.

"Talak ialah sesuatu yang halal tetapi paling dibenci disisi ALLAH", riwayat Abu Daud & Ibn Majah.

Akhlak dan persaudaraan sesama Islamlah menjadikan umat islam kuat lalu membolehkan hukum ALLAH syariah dan hudud dapat dilaksanakan di bumi Malaysia. Asas persaudaraan dan perpaduan yang kukuh bermula daripada keluarga, kejiranan seterusnya hablul min an nas dan taat pada ulil amri. Kepentingan keluarga dalam Islam amatlah penting jika tidak, ALLAH tidak membenci talak.

Imam Al-Ghazali dalam Mauizah Al Mu'min menyatakan penipuan (muslihat) terhad kepada tiga keadaan sahaja, dalam peperangan, memulihkan silaturrahim, keharmonian rumah tangga.

“Bagi menyelamatkan hubungan perkahwinan, suami wajar berbohong memandangkan perceraian adalah perkara yang tidak disukai oleh Islam. Namun, ia bukanlah satu tiket yang membolehkan suami menipu sewenangnya,”.

Perkahwinan juga disamakan dengan mendirikan masjid dan jika anda batu api dalam meruntuhkan perkahwinan adalah sama dengan meruntuhkan masjid. Tidaklah dihairankan bila muslihat dibenarkan dalam Islam demi menjaga keharmonian rumahtangga kerana pentingnya institusi keluarga itu kepada ummah dan Islam.

Tidakkah anda terfikir bagaimana orang bukan Islam melihat poligami selepas ini? dan betapa gembiranya mereka bila melihat satu institusi yang menjadi asas kekuatan ummah runtuh.

****

Hampir 36jam berlalu belum ada sebarang kenyataan dari seorang sami pun mengatakan "tak apa orang Melayu arak kepala lembu sebab mereka tak faham Hinduism". Adakah semua sami bawa ajaran plastik?

Kemana hala tuju mereka?

KEPALA LEMBU BERSATU HINA ISLAM TAK APA


Anda Muslim? Kami ada berita baik untuk anda, undi anda tidak berguna lagi. Masihkah anda ingat kenyataan DAP Jeff Ooi menyamakan muslim yang mahu undang-undang syariah di Malaysia sebagai PENGGANAS?

Masihkah anda ingat DAP Loke Siew Fook dalam blognya menghina Ust Ridzuan Tee Abdullah yang mengundang caci maki oleh pengomennya terhadap Islam?

Adakah pada masa itu orang muslimin bersatu mengutuk tindakan menghina Islam oleh mereka-mereka ini? Tidak.

Lebih menyedihkan seorang yang bergelar Tuan Guru memberi lesen hina Islam kepada mereka dengan alasan mereka tidak faham tentang Islam walupun sudah hidup 52 tahun di bumi Islam.

Isu penjualan arak di kawasan majoriti muslim di Selangor belum lagi ditangani timbul pula isu baru menyentuh sensitiviti umat Islam.

Jumaat lepas bantahan penduduk seksyen 23 terhadap pembinaan kuil di kawasan majorirti (90%) muslim telah mendapat kecaman hebat daripada masyarakat tidak mengira parti.

Mereka menolak semangat kepartian dan bersatu mengecam penduduk sedangkan penduduk mempertahankan hak mereka!

PKR mengeluarkan kenyataan mengutuk bantahan tersebut,

PKR Kutuk Tindakan Kumpulan Menghina Agama Hindu
By Anwar Ibrahim

-–28 Ogos 2009—Parti Keadilan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu. [blog anwar]

PAS menganggap bantahan itu ajaran sesat,

Mufti perlu betulkan ajaran sesat di Shah Alam-PAS

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Para mufti sepatutnya bertindak segera untuk membetulan ajaran sesat yang menghina Islam serta memalukan umatnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Sebarang perbuatan yang mencetuskan provokasi supaya orang lain menghina Islam serta memberikan gambaran yang sangat buruk kepada Islam hakikatnya adalah perbuatan menghina Islam.

"Adakah para pemimpin Umno Selangor tidak terlibat dengan perarakan ajaran sesat yang memberikan gambaran buruk terhadap Islam itu?" soal beliau ketika mengulas penunjuk perasaan yang mengarak dan memijak kepala lembu di Shah Alam. [HRKH]

MIC mengecam bantahan tersebut,

Samy Vellu kecam arak kepala lembu
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengecam tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu. [Malaysiakini]

NGO MCA mengagap bantahan itu tidak bertamadun.

MCA: It's a barbaric act

MCA NGO Liaison Bureau Chairman Ti Lian Ker said in a statement that the recent act of displaying a cow head and holding the government to ransom is an act of treason and sedition.

“I call upon all political parties to dissociate themselves from such a barbaric act and to condemn this despicable act in the spirit of our coming Independence Day celebrations, “ he said. [MM]

Inilah gambaran awal bila PAKATAN mengambil alih. Jangan terkejut tiba-tiba rumah ibadat agama lain hendak dibina di kawasan perumahan anda kerana ada satu keluarga bukan Islam, dan jika anda bantah, anda extremist anda racist!

Harap pangkah masuk syurga tapi dapat kuil.

PAKATAN belum berkuasa tetapi orang Melayu sudah dianak tiri.

Friday, August 28, 2009

REFORMASI.. DUNIA DAH TERBALIK


Guru baru kahwin liwat murid

JOHOR BAHRU: Seorang guru sekolah rendah berusia 27 tahun melakukan perbuatan jijik terhadap dua muridnya apabila menjadikan kanak-kanak berusia 12 tahun itu sebagai tempat pemuas nafsu songsang termasuk meliwat seorang daripada mereka.

Tindakan guru bersifat binatang itu terbongkar selepas bapa mangsa bertanyakan mengapa pelajar berkenaan tidak mahu mengikuti kelas tuisyen di rumah guru itu seperti biasa.

Bimbang dengan hukuman rotan bapa sendiri, pelajar terbabit akhirnya menceritakan kejadian sebenar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, berkata kejadian dipercayai berlaku di rumah guru berkenaan di Tenggaroh Selatan 2, Kota Tinggi sejak Jun lalu dan berlarutan sehingga awal bulan ini. [RUJUK]

****

Tuan-tuan dan puan-puan marilah kita keluar berarak dijalan raya membela guru ini. Ini adalah pitnah dan tohmahan jahat daripada guru besar sekolah beliau. Ini adalah konspirasi PIBG sekolah beliau untuk membunuh karier pendidikan beliau. Jom bela guru ini.

Budak ini dan bapanya pula harus dihina kerana menuntut hukuman ke atas peliwat. Membuat laporan polis dalam usaha menuntut keadilan dikira sudah menjaja keaiban diri. Bapa sepatutnya mendiamkan saja anaknya diliwat kerana tak elok menjaja aib.

Surat khabar ini pula telah bersubahat membuka aib peliwat. Boikot surat khabar ini. Mendedahkan peliwat ini kepada pengetahuan orang ramai adalah membuka keaiban peliwat dan keluarganya, harus dihentikan.

Mana-mana individu dan bloggers yang menyokong mangsa dikira bersetongkol dalam mengaibkan peliwat dan menyebar fitnah terhadap peliwat dan keluarganya.

Sebaliknya individu dan bloggers yang menyokong peliwat dan menghina mangsa liwat ialah wira keadilan menentang kezaliman. Kerana meliwat ialah hak asasi manusia.

Reformasi.. reformasi.. reformasi..

undur guru besar undur.. undur guru besar undur.. undur guru besar undur..

Oh mak.. oh bapak, dunia dah terbalik!

Thursday, August 27, 2009

CHUA SOI LEK DISARAN SERTAI PAS


Kes moral Chua S L agak mustahil untuk di spin berbanding kes moral DSAI kerana terdapat rakaman visual dan telah tersebar dalam bentuk DVD. Saya sendiri belum pernah menonton DVD tersebut dan tidak akan berbuat demikian kerana melihat muka Chua sendiri membuatkan saya hilang minat. Walaupun nasi sudah menjadi bubur tetapi orang ramai boleh diubah seleranya untuk makan bubur.

Saranan ini dibuat berdasarkan kes moral Chua S L yang lebih kurang sama dengan Eli Wong. Penerimaan kes moral tidak seperti di barat, selalunya susah untuk diterima masyarakat asia amnya dan Malaysia khasnya. Tambahan lagi kes ini direkodkan. Cara terbaik adalah sperti yang diarahkan DSAI kepada Eli Wong iaitu berjumpa dan berpura-pura meminta nasihat dan pandangan daripada Nik Aziz sendiri maka presepsi masyarakat selepas itu akan berubah daripada jijik kepada kasihan, daripada sundal kepada mangsa.

Samada menyertai PAS for all atau DAP/PKR perjumpaan dengan Nik Aziz akan berlaku. Perjumpaan itu berkepentingan politik atau memang tertarik dengan PAS itu belakang kira. Untuk menyambung karier politik tidak mustahil perkara ini berlaku. Jangan risau matlamat menghalalkan cara digunapakai oleh hampir semua pengamal politik. Kesannya dapat dilihat dengan penerimaan masyarakat kepada Eli Wong, bukan penerimaan saja malahan dipertahankan.

Unbelievable? We'll see..


CHUA SOI LEK DIPECAT ADAKAH LAUNGAN NEPOTISME KRONISME SELEPAS INI

nepotism my ass

MCA pecat Chua Soi Lek, kuat kuasa serta-merta

KUALA LUMPUR: Lembaga Presiden MCA menerima syor jawatankuasa disiplin MCA untuk memecat timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, sebentar tadi.

Keputusan memecat Dr Chua daripada parti berkuat kuasa serta-merta malam ini.

Keputusan pemecatan itu diambil berikutan isu Dr Chua Soi Lek dan DVD skandal seks beliau yang dianggap menjejaskan imej parti komponen Barisan Nasional berkenaan. [RUJUK]

Ahh kes yang sama lain orang pernah berlaku pada tahun 1998. Sebab yang sama salah laku moral.

2. Cuma dia spin kat akhbar asing dia dipecat sebab dia point out amalan nepotisme dan kronisme dalam kerajaan. Walhal dia timbulkan selepas dia kena pecat.

"Even as the prime minister was imposing capital controls and blaming “rogue speculators,” such as George Soros, for the crisis, Anwar launched an attack on “nepotism” and “cronyism” in his own party, Umno, which had been in power since independence. The “cronies” included members of Dr Mahathir’s family. While Dr Mahathir tried to bail out banks and corporations run by his allies, Anwar talked about transparency and accepting some of the International Monetary Fund’s recommendations for liberalising the economy.

Dr Mahathir does not like to be contradicted. In 1998, Anwar was removed from the Cabinet and from Umno." Ian Buruma

3. Kes kali ini berbeza sebab ada DVD, dulu hanya ada saksi jadi kawan tu boleh spin sampai terbalik cerita sebenar.

Proses pembersihan dah mula woi!

Wednesday, August 26, 2009

ANTARA HAK ASASI MANUSIA DAN HAK ALLAH

Mosque officials get power of arrest Move for religious police draws flak

Malik Imtiaz Sarwar, a leading human rights lawyer and activist, questioned the legal basis of Hassan's move.

“Enforcement powers are given by the legislature and the legislature only. There should be some law allowing for what he proposes and if there is no such law, he can't do so,” Malik said.

And as far as he knew, there was no such law. “But I may be wrong. The empowering of the mosque committees has not been done before. For enforcement purposes, usually, the police will be present along with officers of the religious authorities,” he added.

Lawyer Haris Ibrahim was more vocal in criticising the move by Hassan, saying even Muslims were not behind this ruling.

“If Hassan plans to push this through, I would think Pakatan Rakyat’s prospects of taking over the Federal government in the next election will get dimmer and dimmer,” said Haris when asked whether this could be seen as a national policy, if one day Pakatan Rakyat took over the Federal government as it had been planning to do.

Haris said Hassan’s move could be seen as an abandonment of a blueprint that had been agreed upon by Pas “which is not to form a Muslim State”.

“(It is) somewhat breaking a consensus that was reached when they formed Pakatan Rakyat.” [RUJUK]

Pakatan PAS DAP adalah pakatan yang sia-sia dan tidak akan ke mana dalam usaha menubuhkan negara Islam dan mendaulat hukum ALLAH. Cadangan Hassan Ali memberi kuasa kepada jawatankuasa Masjid untuk menangkap orang Islam yang minum arak mendapat tentangan dari sahabat-sahabatnya sendiri.

Suatu hari nanti kita akan lihat cadangan ini ditarik balik kerana campur tangan DAP. Satu lagi usaha sia-sia dari PAS. Bersetongkol dengan kafir harbi tidak akan bawa ke mana-mana dan berkemungkinan berakhir dengan pengkhianatan.

"Kebenaran pasti datang" satu slogan retorik tetapi kosong. Jika PAS istiqamah dan yakin kebenaran pasti datang ia sepatutnya meneruskan perjuangan tanpa DAP atau berusaha menjadi parti dominon, dan waktu itulah PAS akan berjaya dalam misinya.

Perpecahan sesama umat Islam tidak akan membawa sebarang kejayaan. Usaha menanam kebencian sesama Islam harus dihentikan dan ditukarkan kepada seruan persaudaraan dan berkasih sayang.

Kebenaran tak akan datang bersama DAP!

KALAH DI PTG PASIR MENANG DI LUNAS KEDAH

Tahniah kepada DAP kerana kemenangan di DUN Ptg Pasir. Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata menzahirkan keyakinan masyarakat Melayu dan juga hasrat mereka yang sentiasa bergelora terhadap konsep malaysian Malaysia yang menolak hak istimewa orang Melayu, raja-raja Melayu, negara Islam dan hukum hudud.

semak dulu latar belakang calon sebelum memilih supaya tidak jadi lauk oleh propaganda 'matlamat menghalalkan cara dan tiba-tiba keluar fatwa' PAS.

Walaupun tiada apa perubahan yang berlaku kerana kemenangan ditempat sendiri, dari dulu PAS, kemudian PAS, sekarang pun PAS Kalau menang di kubu kuat orang lain maka itu jelaslah perubahan.

Kepada sesiapa yang selalu tewas dan tiada ketokohan dan karisma untuk memimpin bolehlah menjadi calon PRK akan datang kalau berlansung di gelangang sendiri, anda gerenti menang! Jawatan dan elaun free beb sapa tak nak.

Kepada BN ambillah pengajaran, semak dulu latar belakang calon sebelum memilih supaya tidak jadi lauk oleh propaganda 'matlamat menghalalkan cara dan tiba-tiba keluar fatwa' PAS.

Walupun kalah di Ptg Pasir tetapi BN menang juga di Lunas Kedah. Selamat kembali ke pangkuan rakyat YB Radzi, dan tahniah kerana mendengar suara akar umbi, YB Radzi mengisytiharkan dirinya keluar kerana mahu bersama rakyat Lunas yang sudah muak dengan PAKATAN. Bersama-sama kita juangkan ketuanan Melayu, kedaulatan raja-raja Melayu dan Islam agama rasmi!

Kenyataan media untuk edaran segera

Tuesday, August 25, 2009

TEORI BAGAIMANA MANGSA MEMBIARKAN DIRINYA DILIWAT

Mangsa yang berusia 17 tahun dipaksa menurut kehendak majikannya itu yang berusia lewat 40-an berikutan ugutan yang diterima.

Tauke ‘alim’ cabul pekerja wanita

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang berperwatakan alim mengambil kesempatan mencabul seorang remaja yang baru bekerja di kedainya dengan memintanya membuka baju dengan alasan untuk melihat bahagian badannya.

Mangsa yang berusia 17 tahun dipaksa menurut kehendak majikannya itu yang berusia lewat 40-an berikutan ugutan yang diterima.

Dalam kejadian jam 8.30 malam kelmarin di Pangsapuri Impian Baiduri di sini, mangsa yang baru memulakan kerja di premis berkenaan Ahad lalu berada dalam premis menjual perabot bersama majikannya itu.

Katanya (mangsa), pada hari kejadian dia dan ibunya keluar makan sebelum kembali ke premis itu. Dia kemudian meminta seorang rakannya menemaninya di kedai itu

“Namun, majikan saya memarahi dan menghalau rakan saya itu menyebabkan hanya tinggal kami berdua dalam premis berkenaan. Saya cuba keluar, tetapi dihalang.

“Majikan mengarahkan saya membuka baju kononnya untuk melihat perut saya dengan alasan mahu membandingkan dengan perut isterinya yang ada bintik-bintik hitam,” katanya.

Bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, dia hanya menuruti arahan majikannya itu sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Dia cuba berkeras untuk tidak menuruti kehendak majikannya terbabit tetapi gagal. Bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, dia hanya menuruti arahan majikannya itu sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Berikutan kejadian itu, dia mengambil keputusan berhenti kerja sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Way sebelum kes terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi tindakan lanjut. [RUJUK]

Monday, August 24, 2009

PTG PASIR: AGAMA SUKU DUNIA SUKU PAS TIGA SUKU

Sepanjang PRK selapas MAC 2008 dahulu, PRK inilah yang menampakkan PAS paling huduh dan jelek. Mana tidaknya PAS bertubi-tubi menggunakan serangan peribadi keatas calon BN daripada berjuang untuk pengundi kawasan tersebut. Nama calon sendiri, Salleh Man terus tenggelam dalam fitnah dan adu domba yang disasarkan kepada calon BN Rohaizat. Habis diselak seluar dalam Rohaizat untuk dipertontonkan sebagai modal memenangi PRK kali ini.

Tidak cukup dengan mengorek cerita lama yang sudah selesai, PAS mengarang cerita baru dan menyediakan gelanggan sabung untuk Rohaizat dan Yusri bertegang urat yang semestinya tidak akan menguntungkan pengundi DUN Ptg Pasir. Adakah pengundi mahu melihat pementasan Rohaizat Yusri, yang akan menguntungkan parti atau pengundi mahu melihat pementasa Rohaizat Salleh Man, yang akan menguntungkan pengundi.

Adakah benar penafian itu bertentangan dengan Islam, bukankah muslihat dibenarkan untuk menyelamatkan sebuah masjid?

Rumah tangga rohaizat juga boleh dijadikan bahan propaganda oleh al-'tonto'wi, laqab arab konon piiirah!. Teraniaya benarkah isteri ke-2 beliau itu? Sedangkan ayah si wanita itu sendiri menikahkan mereka berdua. Adakah benar penafian itu bertentangan dengan Islam, bukankah muslihat dibenarkan untuk menyelamatkan sebuah masjid?

Cuba pula kita bandingkan dengan kes ini, yang didedahkan blog sahabat saya pilihan-anda tepat pada masanya. Siti Rosmala seorang ustazah yang menuntut cerai fasakh kerana mendakwa didera suamainya ketua dewan ulama' PAS Perlis, bukan itu sahaja si suaminya juga memberi nafkah RM300 sepanjang 10 tahun perkahwinan mereka. Lebih teruk lagi dari segi nafkah batin si suami menuntutnya hampir setiap hari termasuk beliau dalam pantang (haid).

Di mana letaknya akal seorang manusia hingga sanggup melakukan sebegini, walaupun si isteri bekerja tapi duit isteri adalah hak isteri tetap juga menjadi kewajipan suami memberi nafkah walaupun isteri bekerja, dan hormatilah isteri anda, sedangkan ALLAH memberi cuti untuk mereka dari solat, kenapa suami menuntut walaupun dia dalam cuti?

Kes kedua pula berkenaan ADUN PAS Melor, tuntutan mutaah bekas isteri beliau Siti Aishah sebanyak RM3 Juta. Siti Aishah seorang saudara baru dari Cambodia yang meninggalkan kampung halaman dan agamanya untuk bersama dengan lelaki berkopiah putih ini. Namun apa jadi akhirnya, Siti ini ditinggalkan pada 18 Nov lalu. Siti Aisyah juga mendakwa janji romeo si kopiah putih itu tidak ditunaikan dan Siti Aisyah sendiri terumbang ambing membesarkan anak-anaknya selepas diceraikan.

Di mana al-'tonto'wi dalam kedua-dua kes di atas? Jika UMNO agama suku dunia suku maka PAS tiga suku, al-haram mu wal halal ku. Demi agama, bangsa dan negara jom ganyang boneka DAP besok!

Tanah Melayu dipinjam dari anak-anak anda, jangan gadaikan.

PTG PASIR: USAHA SYAITAN TERHALANG DATANGNYA RAMADHAN


Fiqh as-sirah telah menunjukkan tauladan bagaimana bersetongkol dengan kafir harbi akan berakhir dengan pengkhianatan.

Pada 21 Ogos lalu sehari sebelum puasa PAS dalam usahanya memutuskan silatur rahim dan mengadu domba telah menawarkan pentas untuk Rohaizat dan Yusri bertikam lidah yang likely akan berakhir dengan permusuhan.

Pas Tawarkan Pentas Untuk Rohaizat Dan Yusri Perjelas Isu Sebenar
BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos (Bernama) -- PAS mencadangkan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dan bekas rakan kongsi firma guamannya, Yusri Isahak bersemuka dan menjelaskan isu mereka secara terbuka kepada masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir. [RUJUK]

Datangnya Ramadhan bulan rahmat dan maghfirah, membuka hati dan menunjuk jalan ke arah kemaafan dan perdamaian. Hari ini Yusri bekas rakan kongsi Rohaizat, tampil membela Rohaizat.

Saya bersimpati Rohaizat terus dihentam, dia seorang yang baik - Yusri
Kenyataan 20 Ogos bertujuan taudalan, bukan hukuman

"Saya tidak berniat untuk menganiaya atau menyokong sesiapa. Apa yang terjadi harus dijadikan teladan, bukan hukuman. Secara tidak langsung, saya merasa dibabitkan sama dalam usaha memburuk-burukkan Rohaizat.

"Tetapi apabila Rohaizat dikeji sedemikian rupa, saya merasa bertanggungjawab untuk menjelaskan kedudukan saya selanjutnya dan juga menyampaikan apa yang saya rasa.

"Saya tidak boleh berdiam diri melihat kenyataan saya tempoh hari digunakan tanpa henti terhadap Rohaizat, seorang manusia yang saya kenal secara peribadi adalah seorang yang baik hati," katanya. [RUJUK]

Fiqh as-sirah telah menunjukkan tauladan bagaimana bersetongkol dengan kafir harbi akan berakhir dengan pengkhianatan.

Walaupun syaitan dibelenggu pada bulan ramadhan ini, syaitanul ins tetap ada berkeliaran, mencari peluang untuk menaikkan kafir harbi menjadi wali orang muslimin. Fiqh as-sirah telah menunjukkan tauladan bagaimana bersetongkol dengan kafir harbi akan berakhir dengan pengkhianatan.

Asbab ul nuzul surah al-Hasyr menceritakan bagaimana pengkhianatan yahudi bani Nadhir berkomplot untuk membunuh Rasulullah dengan cara menjatuhkan batu dari atas loteng menghempap Rasulullah. Namun Rasulullah terselamat kerana sudah dikhabarkan oleh Jibrail.

Malaysia sendiri pernah berlaku pengkhianatan oleh kafir harbi yang menyebabkan Malaysia kehilangan Singapura. Apakah itu tidak cukup menjadi pengajaran buat orang Muslim?

1999 muncul kembali cubaan bekerjasama dengan kafir harbi namun gagal, 2008 melihatkan kebangkitan kafir harbi menguasai tanah Melayu tiga negeri jatuh ke tangan mereka, berselindung di sebalik kerajaan campuran yang tidak berdaftar rakyat sendiri boleh melihat siapa yang berkuasa di negeri-negeri tersebut, suara siapa yang lebih kuat, keputusan siapa yang menentukan dasar.

Adakah kita hari ini sudah lupa akan sejarah atau lali dengan pidato hebat pengkhianat bangsa yang akhirnya menyebabkan kita menang sorak kampung tergadai?

BN bukanlah perfect namun DAP bukan pilihan.

Sunday, August 23, 2009

PTG PASIR: TINGGALKAN PAS DENGAN SYURGA DAP NYA


"Muhammad itu Pesuruh Allah. Dan orang yang bersamanya mempunyai sifat keras dan tegas terhadap orang kafir, dan berkasih sayang antara mereka". Al-Fath:29

Rakyat DUN Ptg Pasir diberi peluang, renunglah tol Sg. Nyior lama-lama dan pusat gay yang berleluasa di Penang,

Orang-orang PAS menanam sifat kebencian sesama Islam dari PASTI hingga IPT, dari surau ke Masjid, dari usrah ke ceramah. Manakala menikus dan memberi lesen hina Islam kepada kafir harbi. Bersalahan dengan ayat di atas yang menyifatkan orang muslim harus berkasih-sayang sesama muslim dan bersifat keras dan tegas terhadap kafir.

Rakyat DUN Ptg Pasir harus membebaskan diri mereka dari mind set ini demi agama, bangsa dan negara. Memberi kemenangan kepada calon PAS hanya memberi kemenangan kepada DAP. Calon PAS tidak akan ada suara di dalam pemerintahan DAP, lihat saja apa yang berlaku di Selangor. Suara Hassan Ali menentang penjualan arak di kawasan majoriti Muslim ditentang keras hingga menuntut beliau meletak jawatan, tambahan lagi MB Melayunya juga menyebelahi DAP, dan akhirnya kemenangan berpihak kepada DAP jua.

Kalau dahulunya Gerakan memerintah, Gerakan tetap patuh kepada dasar UMNO sebagai parti tonggak. Tapi kini DAP yang memerintah Pulau Pinang sebagai parti pembangkang mereka tidak lagi patuh pada dasar Melayu UMNO jauh sekali dasar PAS. Lihat saja di negeri-negeri yang diperintah PAKATAN kuasa sebenar ada pada DAP bukan PAS atau PKR.

Rakyat DUN Ptg Pasir diberi peluang, renunglah tol Sg. Nyior lama-lama dan pusat gay yang berleluasa di Penang, ambillah peluang ini untuk menyatakan bantahan kepada DAP yang mempersoalkan hak mutlak orang Melayu, hina Islam dan mungkir janji. Hanya calon BN saja mampu menyurakan ketidak puasan hati anda itu kerna calon PAS akan tunduk dan akur kepada DAP, mana boleh lawan tokey.

BN pembangkang efektif kepada DAP!

Saturday, August 22, 2009

PTG PASIR: PAS SENDIRI SUDAH MENJANGKAKANNYA

PAS expects low voter turnout for Permatang Pasir

BUKIT MERTAJAM, Aug 22 – PAS expects a low voter turnout for the Permatang Pasir state by-election on Tuesday because polling is on a working day. [MI]

Perkara yang sama pernah berlaku, sebuah parti politik yang berasa terlampau yakin akan menang, tambahan lagi kalau menang pun jadi tunggul juga, adalah lebih baik meletakkan kambing bertanding, namun hasrat itu dihalang SPR kerana Aidilfitri mengahampiri, maklumlah ketupat tanpa rendang kurang sedap. SPR tidak mahu awal puasa ada PRK, awal Aidulfitri ada PRK lagi.

Begitulah juga dengan PAS, pada awalnya mereka berasa rakyat kurang cerdik, Tuan Guru pun mengeluarkan kenyataan mengharamkan serangan peribadi, PAS Pulau Pinang pula memilih calon ala kadar sahaja untuk diletakkan di Ptg Pasir, namun setelah turun sendiri ke Ptg Pasir jentera PAS dapat merasakan gelombang kemarahan rakyat terhadap parti itu, mereka terkejut dan menggelabah, dari situ arahan Tuan Guru dilanggar, bermula black mail atau fitnah dengan wang palsu dan poster, serangan peribadi bertubi-tubi dilancarkan dan Tuan Guru sendiri tidak mengeluarkan desakan supaya serangan peribadi dihentikan atas sebab darurat.

Hari ini Datuk Mahfuz mengeluarkan kenyataan awal menggambarkan keputusan PRK pada 25 ogos ini, rujuk keratan MI di atas. Orang Melayu akan bangkit bila agama dan hak mereka dicabar orang luar (bukan Islam dan bukan Melayu), begitulah apa yang berlaku di Ptg Pasir. Melayu Pulau Pinang mulai sedar mereka tertipu, kini mereka ada dua jalan, satu ganyang DAP dengan memenangkan UMNO atau hukum PAS dengan memenangkan PAS kemudian sit back, relax and enjoy melihat PAS dilayan macam tunggul 3.5 tahun lagi. Apa-apa pun keputusan mutlak di tangan penduduk Ptg Pasir.

Puasa tidak menghalang jihad sebagaimana puasa tidak menghalang Uhud!

PTG PASIR: PAS TIDAK YAKIN CALON SENDIRI


Pas Tawarkan Pentas Untuk Rohaizat Dan Yusri Perjelas Isu Sebenar

BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos (Bernama) -- PAS mencadangkan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dan bekas rakan kongsi firma guamannya, Yusri Isahak bersemuka dan menjelaskan isu mereka secara terbuka kepada masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir. [RUJUK]

kenyataan Jeff Ooi menyamakan JIM dengan pengganas adalah sesuatu yang tidak boleh di maafkan. PAS yang diharapkan menjadi jambatan Islam DAP menikus, sebaliknya NGO yang terlebih dahulu menyuarakan bantahan.

PAS sepatutnya tawarkan pentas untuk Rohaizat dan Salleh Man perjelas apa untungnya jika memilih mereka sebagai wakil DUN Ptg Pasir. Apa rancangan BN jika menang, dan apa rancangan PAS bila menang? Dari situ pengundi dapat menilai kelebihan dan kelemahan parti yang akan dipilih nanti. Namun semua ini tiada sebaliknya PAS lebih berminat kepada calon BN, Rohaizat.

Senario ini sebenarnya berlaku kerana PAS kurang yakin dengan calon mereka sendiri. Salleh Man mempunyai rekod tidak diterima rakyat secara berturut, tidak ada karisma untuk memimpin dan kes-kes usang yang mencalarkan imej beliau. Justeru, PAS menganggap tiada guna mempromosi Salleh Man sebaliknya terus menyerang calon BN yang lebih berwibawa.

Rakyat DUN Ptg Pasir juga tidak mengaharapkan sangat pembangunan infrastruktur kerana semuanya sudah ada dibina kerajaan BN dahulu. Apa rakyat mahu ialah untuk 'mengajar DAP' di mana bumi dipijak di situ langit di junjung. Mereka jelas marah dengan PAS yang tidak mengotakan janji untuk memartabat Melayu dan Islam sebaliknya menjadi boneka DAP pula, dengan PAS dibelakang DAP, DAP menjadi lebih kurang ajar. kenyataan Jeff Ooi menyamakan JIM dengan pengganas adalah sesuatu yang tidak boleh di maafkan. PAS yang diharapkan menjadi jambatan Islam DAP menikus, sebaliknya NGO yang terlebih dahulu menyuarakan bantahan.

PAS sendiri sebenarnya sudah menjangka lebih awal kekalahan mereka berdasarkan gelombang kemarahan rakyat terhadap parti itu sendiri kerana kegagalan mereka menunaikan janji dan gagal sebagai parti yang akan memartabatkan orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang. PAS sudah tahu mereka tiada harapan untuk menang jika berlawan secara adil kerana imej PAS sudah tercalar teruk di Pulau Pinang. PAS kini hanya berharap kepada kemenangan secara teknikal.

Ramadhan Mubarak untuk semua dan Ramadhan Kareem kembali...

Friday, August 21, 2009

PTG PASIR: MENANG KALAH PAS AKAN MALU JUA


Gelombang penolakan rakyat terhadap PAS di Pulau Pinang sangat terasa bahangnya seperti membakar sampah di musim kemarau. Rata-rata rakyat kecewa dengan prestasi PAS di Pulau Pinang. Undian PRU12 dulu adalah sesalan lima tahun lagi.

Apa tidaknya, kempen DAP dulu tidak akan mengatakan undi MCA/GERAKAN sama dengan undi UMNO tanpa sebab, begitu juga gelaran UMNO BN yang diberikan pembangkang tidak lain mengiktiraf UMNO sebagai ketua dan parti dominon dalam BARISAN.

Pengundi yang mengundi PAS PRU12 dulu juga merasakan PAS adalah parti alternatif UMNO cuma PAS dalam PAKATAN. Namun sangkaan dan harapan pengundi meleset sama sekali, 16 bulan berlalu PAS di Pulau Pinang seolah-olah melukut di tepi gantang, pendatang di bumi sendiri. Suara PAS sebagai saluran orang Melayu dan Islam langsung tidak kedengaran jauh sekali diendahkan.

Itulah sebabnya pada PRK Ptg Pasir ini PAS tidak membuat sebarang janji baru. PAS sebenarnya malu,


Itulah sebabnya pada PRK Ptg Pasir ini PAS tidak membuat sebarang janji baru. PAS sebenarnya malu, malu yang teramat atas silap mereka dulu yang berkempen habis-habisan hingga ke mimbar jumaat mempromosikan Ammar Ma'ruf nahi munkar DAP dan LGE yang akan memerintah ala Khalifa Umaru ubni Abdil Aziz. 16 bulan berlalu, PAS Bukit Bendera pada 25 Jun dalam akhbar sinarharian pernah menyuarakan kekecewaan mereka terhadap LGE kerana tidak mebanteras maksiat seperti yang LGE war-warkan sebelum menang PRU12. PAS bukit bendera juga mendakwa laporan dan surat yang beberapa kali dihantar kepada pihak berwajib hinggalah jalan terakhir kepada LGE sendiri tidak pernah dilayan.

Bukan itu saja kredibiliti calon PAS yang menang pilihan raya 3 x berturut-turut turut dipandang sepi oleh DAP. DAP lebih rela memberi portfolio agama kepada PKR sedangkan PAS sering mendakwa diri mereka lebih Islam hingga mampu memberikan syurga. DAP tidak lansung memandang keupayaan PAS dalam agama, Begitulah hinanya PAS di mata DAP.

PRK Penanti juga melihatkan PAS diabaikan dikubu-kuat sendiri sedangkan jika PAS meletak calon, mereka akan ada dua kerusi di Pulau Pinang sekaligus menguatkan PAS Pulau Pinang, namun dengan liciknya PAKATAN menyingkirkan PAS dari Penanti, di situ dapat dilihat cubaan melemahkan PAS di Pulau Pinang.

Kini PRK Ptg Pasir, PAS sedar rakyat memandang mereka dari ekor mata sahaja. Rakyat berasa terhina apabila PAS gagal mewakili mereka, PAS gagal membuatkan Melayu merasa hebat di Pulau Pinang, ditambah pula orang Melayu Pulau Pinang mendapat syer dalam pengkhianatan dan penganiayaan yang berlaku di Kg. Buah Pala membuatkan orang India mengangkat tangan (Porah) dan menjuih bibir kepada orang Melayu Pulau Pinang.

Apa lagi kekuatan yang PAS ada untuk ditonjolkan di PRK Ptg Pasir ini? Diselak buku rekod mereka penuh dengan hutang janji lama dan kemaluan demi kemaluan dari DAP.


Apa lagi kekuatan yang PAS ada untuk ditonjolkan di PRK Ptg Pasir ini? Diselak buku rekod mereka penuh dengan hutang janji lama dan kemaluan demi kemaluan dari DAP. Apa lagi strategi yang mereka ada? Tuan Guru telah melarang serangan peribadi, selalunya apabila ditegur Tuan Guru semua pihak akan berhenti namun kali ini tidak, kerana itu cuma lakonan, senyum dalam tawar PAS mengakui serangan peribadi, adu domba dan fitnah saja mampu memenangkan mereka kali ini, kerana PAS sudah tiada apa-apa lagi mahu ditawarkan.

Kekecewaan dan kemarahan rakyat tidak dapat dibendung lagi. PRK Ptg Pasir hanya akan melihatkan PAS dihukum, rakyat mungkin akan memenangkan PAS cuma untuk dimalukan, rakyat akan menikmati setiap hari selama 3.5 tahun lagi PAS dilayan macam tunggul di Pulau Pinang atas sebab kegagalan PAS sendiri. Kedai kopi akan riuh dengan tawa dan cerita demi cerita mengenai kegagalan PAS Pulau Pinang setiap kali pula diiringi dengan pandangan penuh sinis dan menjuih bibir.

Ptg Pasir it's all yours...

LKS PANDAI PULA NASIHAT ORANG


DAP condemns arson attack on MACC vehicle and advises Nazri against making baseless insinuations of DAP involvement~LKS

There must be a full and thorough investigation to bring to book the culprits from whatever quarter responsible for the arson as no rational Malaysian regardless of race, religion or political affiliation wants to see any degeneration of Malaysia into growing lawlessness.

Pala otak hang la, dulu masa TBH jatuh bangunan ada hang tunggu siasatan penuh sebelum buat tuduhan? Siapa yang terus mengetuai perarakan, ceramah dan mengusung tunang TBH ke sana sini, siap bawa naik pentas ada special effect bunga-bunga jatuh lagi punya drama, menghembus api perkauman, menuduh SPRM secara melulu. Siapa?

I must advise the Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz against making baseless insinuations of DAP involvement,

Sekarang hang siap nak nasihat orang supaya jangan buat tuduhan melulu pulak tu? hang tak malu ka? Pasai apa geng PAKTAN bila kena kat batang hidung sendiri mula suruh orang berfikir secara rasional itu ini, hang pun sama dah nyanyok!

Kes kongsi gelap: Bukit Aman siasat kakitangan dua exco DAP-17 Ogos

Pegawai polis Bukit Aman mengambil keterangan kakitangan dua exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu dan Ean Yong Hian Wah, berhubung dakwaan ahli parlimen PKR bagi Wangsa Maju MP Wee Choo Keong. [Malaysiakini]

Kejadian khianat ini (bakar kereta SPRM guna motorolov cocktail) berlaku 3 hari selepas polis mula bertindak atas dakwaan kongsi gelap yang dibuat WCK tidak lama dulu.

Hmmm...


Thursday, August 20, 2009

LIM SHIT AND SERVE


a tribute to LKS blog

****
Lim shit every day.

Sometimes, more than once.

Lim never flush his shit.

He serves his shit for others to consume.

Lim shit about PKFZ, royal inquiry, Musa Hasan, Muhyiddin, H1N1, etc etc.

The post title usually is a paragraph length with no dot.

Does Lim have a better idea? Alternative? Constructive criticism?

No.

He just enjoys shitting.

You know what the best part is?

His fan enjoys Lim shit eberi day :)

****


PTG PASIR: MENILAI KEBIJAKSANAAN POLITIK PAS


Analisis: Pas sekadar 'melukut di Pulau Pinang'

MELUKUT di tepi gantang. Itulah perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan kedudukan Pas di dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini.

Apa tidaknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas yang berpengalaman selepas menang tiga pilihan raya umum berturut-turut sejak 1999, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, tidak diberi sebarang jawatan dalam kerajaan negeri. [RUJUK]

PAS seolah-olah hanya mahu menang kemudian jadi tunggul. Kemenangan mereka pula hanya mengekalkan DAP dan tidak ada apa-apa faedah buat PAS dan rakyat.


Inilah masanya PAS, Tuan Guru dan Datuk Mahfuz tertutamanya berhenti mengeluarkan kenyataan badut sarkas dan mula berdiplomasi dengan DAP. Sebagai contoh,

"kami mahu portfolio agama atau Ptg Pasir akan jadi milik BN"

"kami mahu jawatan dalam MAIPP atau hilang Ptg Pasir"

"Tutup pusat gay yang semakin berleluasa di Pulau Pinang atau lose Ptg Pasir"

Peluang yang diberikan ALLAH kepada PAS ini tidak sepatutnya disia-siakan. Selama 16 bulan ini PAS diketepikan secara total dalam pemerintahan DAP di Pulau Pinang, diabaikan dalam membuat keputusan, tidak diberi jawatan dalam EXCO dan bantahan PAS terhadap kegiatan maksiat yang diabaikan.

MStar, 7 Julai

DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng dilantik sebagai pengerusi pakatan pembangkang di Pulau Pinang.

Zahrain (pengerusi badan perhubungan negeri PKR) berkata beliau akan turut mendapat persetujuan pemimpin PAS negeri sebelum membuat sebarang pengumuman lanjut (keputusan dibuat tanpa PAS) mengenai cadangan itu. [RUJUK]

Sinarharian, 10 Julai

“Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mendapat jawatan Exco Agama dan apa salahnya Pas diberi jawatan dalam MAINPP,” katanya ( Dr Mujahid Yusof Rawa) ketika dihubungi Sinar Harian di sini. [RUJUK]

Sinarharian, 25 Jun

GEORGETOWN - Pas Bukit Bendera menganggap usaha kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) untuk membanteras maksiat tidak begitu serius dan sama sahaja seperti Barisan Nasional (BN) sebelum ini. [RUJUK]

Tetapi sehingga kini PAS tidak berbuat demikian, mereka sibuk mengumpul dosa menyerang peribadi calon BN. PAS seolah-olah hanya mahu menang kemudian jadi tunggul. Kemenangan mereka pula hanya mengekalkan DAP dan tidak ada apa-apa faedah buat PAS dan rakyat. Bila rakyat mengatakan mereka boneka, mereka marah, tetapi itulah hakikatnya.

Apakah faedahnya PAS menang di Ptg Pasir?

Wednesday, August 19, 2009

PTG PASIR: PAS TEWAS SEBELUM BERTANDING


Kenapa PAS beria-ia mahu Rohaizat berundur, walaupun Tuan Guru melarang serangan peribadi di depan media namun hakikatnya PAS bertubi-tubi menyerang peribadi Rohaizat? PAS sebenarnya tidak mahu ada perlawanan dengan BN.

1. PAS sudah kantoi, mereka tahu rakyat memerhati bagaimana mereka dilayan macam sampah oleh DAP di Pulau Pinang.

2. PAS tahu rakyat bukan bodoh, rakyat melihat sampai tahap mana peranan PAS dalam PAKATAN, di Penang tiada lansung , di Perak sebagai MB boneka, di Selangor hanya mainan buat PKR dan DAP.

3. PAS tahu rakyat mahu perubahan dan PAS tidak mampu memberikannya, ammar ma'ruf nahi munkar hanya slogan tinggal slogan.

4. PAS tahu mereka tiada suara lansung lalu terpaksa akur mengorbankan kubu kuat mereka, Penanti di bawah arahan DSAI.

5. PAS tahu mereka tidak boleh memberikan syurga kerana ia bukan milik mereka.

Daripada kalah di tempat sendiri baik menang secara teknikal.

Tuesday, August 18, 2009

PTG PASIR: TRUST DAP?


Pakatan attacks Rohaizat over disbarment

The first question that must be asked right from the beginning of the Permatang Pasir by-election is whether the voters can trust a candidate who could even mislead his own political party about his disbarment by the Bar Council from practising as a lawyer?” Lim asked in a statement released today. [MI]

You got it all wrong!

The first question that must be asked right from the beginning of Permatang Pasir by-election is whether the voters can trust DAP stooges after what DAP did to Kg. Buah Pala? It took DAP only 16 months to demolish Kg. Buah Pala, while 52 years under BN the approach was only talk.

"30 taun kerajaan barisan nasional bincang saja, roboh tarak, kerajaan PAKATAN 16 bulan sudah mau roboh", the villagers spoke person.

If DAP can do this to the poor of Kg. Buah Pala, they can do the same to Ptg Pasir.

Penjualan tanah Kg. Buah Pala di sempurnakan oleh kerajaan DAP pada 27 Mac 2008, 19 hari selepas memenangi P. Pinang.


Cukuplah Kg. Buah Pala sebagai peringatan.

PEMBAWA SELSEMA BEER DIKENAL PASTI

Gobala ditahan, timbul kekecohan
Polis menahan ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan membantu siasatan kerana didakwa mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam pagi ini. [Malaysiakini]

Penularan penyakit selsema babi makin serius, orang ramai dinasihati memakai topeng muka dan mengambil langkah-langkah menjaga kebersihan seperti yang disarankan kementerian kesihatan.

Kes 1:

Seorang lelaki sedang diescort tanpa paksaan ke sebuah kereta, tiba-tiba,

"warghhhh, warghhh, hoi, hoi, hoi, warghhh... warghhhh, warghhh, hoi, hoi, hoi, warghhh... warghhhh, warghhh, hoi, hoi, hoi, warghhh... warghhhh, warghhh, hoi, hoi, hoi, warghhh... warghhhh, warghhh, hoi, hoi, hoi, warghhh...",

Ntah tiba-tiba, hujan tidak, ribut pun tidak. Lelaki itu bagaimanapun dihantar ke hospital dan mengalami kecederaan lutut sahaja. Namun Doktor mengambil tindakan membalut separuh kaki nya dari lutut ke bawah bagi mengelakkan dari wabak merebak.

Kes 2:

Penamaaan calon PRK Ptg Pasir dilaporkan berjalan lancar tanpa huru hara, dibanjiri gelombang hijau dan biru tua, tiba-tiba,

"warghhh, warghhh, warghhh, reformasi, hoi, hoi, hoi... warghhh, warghhh, warghhh, hoi, hoi, hoi... warghhh, warghhh, warghhh, hoi, hoi, hoi... warghhh, warghhh, warghhh, hoi, hoi, hoi... warghhh, warghhh, warghhh, hoi, hoi, hoi..."

Peliknya ia datang dari seorang lelaki berbaju biru muda bukan hijau atau biru tua, datang tak diundang pergi tak dihalang. Lelaki itu meracau hingga ke tahap menghayunkan tangan kepada seorang polis.


Setelah diteliti, setiap kali wabak ini menyerang ada seorang lelaki berkaca mata ini bersama atau datang selepasnya (gambar atas kiri - gambar bawah kanan).

AWAS selsema BEER, don't drink and drive at all.

Sunday, August 16, 2009

OKU DILIWAT: AKIBAT CONTOH TIDAK BAIK



Pelajar OKU kena liwat

ALOR STAR: “Saya bimbang jika dia berani berbuat demikian ke atas anak saya, mungkin dia akan bertindak lebih kejam kerana semua pelajar adalah orang kurang upaya (OKU),” kata Jaafar Ismail, 41, bapa kepada seorang pelajar OKU yang disyaki diliwat di sebuah sekolah pendidikan khas di sini.

“Namun saya hanya dimaklumkan oleh pengetua sekolah berkenaan dua hari selepas itu. Pengetua hanya memohon maaf di atas kejadian yang berlaku tanpa membawa anak saya ke hospital atau membuat laporan polis. [RUJUK]

Chut chut chut.. Penguat kuasa undang-undang harus tegas dalam jenayah liwat. Inilah akibatnya apabila masyarakat di luar melihat jenayah liwat tidak diambil tindakan tegas, diberi keistimewaan dan bermacam-macam kelonggaran.

Contoh tidak baik ini membuatkan orang ramai di luar sana merasakan jenayah liwat ini ringan dan hanya main-main maka penjenayah naik tocang dan orang awam kurang kesedaran. Kalau ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah, penjenayah boleh memanipulasi sitem perundangan jadi apa nak ditakutkan.

Tambahan lagi ada puak yang sepatutnya menyokong mangsa tetapi terbalik, membela dan menyokong peliwat. Pernahkah terfikir yang anak atau adik sendiri mungkin menjadi mangsa?

Simpati kami kepada mangsa, segera cari, tangkap dan hukum peliwat tersebut.

SANTAI AHAD: THINK BUSINESS



Sangkar Ikan Terbakar Kerugian Ditaksir RM400 Ribu

LANGKAWI, 15 Ogos (Bernama) -- Empat sangkar ternakan ikan di Pulau Singa Besar dalam kepulauan Langkawi musnah dalam kebakaran petang Jumaat mengakibatkan kerugian RM400,000. [RUJUK]

Masa untuk bertukar ke bisness ikan bakar.

Saturday, August 15, 2009

APA PENDUDUK MATANG PASIAQ MAU?


Penduduk Permatang Pasir mahu perubahan: Muhyiddin

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yakin penduduk di Permatang Pasir dahagakan pembangunan dan mahukan perubahan. [RUJUK]

apa yang berlaku di Kg. Buah Pala, tidak mustahil satu hari nanti perkara yang sama akan berlaku kepada orang kita

Penduduk Ptg Pasir mesti tunjukkan, Penang milik siapa? Penang bukan milik DAP. Lihat saja apa yang berlaku di Kg. Buah Pala, tidak mustahil satu hari nanti perkara yang sama akan berlaku kepada orang kita. Walaupun kemenangan BN di Ptg Pasir tidak akan mengambil balik Penang namun ia adalah signal yang cukup kuat untuk tunjuk siapa tuan di tanah Melayu ini.

16 bulan berlalu PAS gagal melaksanakan amal ma'ruf nahi munkar, mewakili suara orang Melayu dan suara orang miskin seperti penduduk Kg. Buah Pala. Ada mata pandang, ada telinga dengar, takkan anda tidak tahu bagaimana PAS dilayan di Penang.

Lihat saja sikap dominasi DAP dalam PAKATAN di Penang, Jeff Ooi hina Islam setuju tarik balik kenyataan tapi tak mahu minta maaf, lihat bagaimana DAP bertindak tanpa kompromi dalam MPSP fiasco dulu, penyanyi hina negaraku, azan dan keistimewaan orang Melayu dibenarkan buat persembahan di Penang, di manakah suara PAS dalam kekalutan itu?

Bukan pembangunan tapi hak dan ketuanan.

Friday, August 14, 2009

THE TWELFTH VOTE


Penghuni setuju kosongkan rumah secara aman 1 September

"Ketua Menteri Lim Guan Eng telah berjanji akan memfailkan permohonan menurut Seksyen 116 1(d) Kanun Tanah Negara bagi membolehkan kerajaan negeri menghalang kerja-kerja pembangunan di kawasan berkenaan tetapi lihat apa yang berlaku sekarang?," katanya.

Katanya beliau telah berusaha untuk menghubungi kesemua wakil rakyat tempatan termasuk Lim dan Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy, tetapi gagal. [RUJUK]


The twelfth vote, a vote to remember... It took only 16 months.


Instead it may take another 50 years... if only they vote it right.

Ini mungkin terjadi kepada orang kita juga, Permatang Pasir undi anda sangat bermakna.

A vote to regret... Padan Muka!

Thursday, August 13, 2009

PTG PASIR: KENAPA UNDI PAS?

"Macam wrestling punya cerita juga, cari makan ma"

"Dalam keadaan Kelantan di bawah PAS pun, kerajaan pusat dah buat pembangunan banyak. Tak ada sebab pun kita undi Umno sebab rakyat undi PAS dari tahun 1990 sampai hari ini, kerajaan pusat juga buat pembangunannya", Tuan Guru Nik Aziz. [Malaysiakini]

Ucapan ini dibuat Tuan Guru menjelang PRK Manek Urai. Mari kita lihat dari sudut lain.

Hassan Ali, Ronnie Liu sepakat isu 'Arak' selesai

Penasihat PKR itu menegaskan, Pakatan Rakyat tetapi mengambil pendirian tidak menggalakkan penjualan arak kepada orang Islam, tetapi penjualan kepada bukan Islam kekal seperti biasa. [Malaysiakini]

jika PAS menang pun tidak dapat mengharamkan arak di kawasan majoriti Islam jadi kenapa undi PAS?

2. Jika Tuan Guru menyarankan tidak perlu undi BN untuk pembangunan kerana tidak menang pun BN buat pembangunan juga, begitulah juga dengan isu arak ini, jika PAS menang pun tidak dapat mengharamkan arak di kawasan majoriti Islam, jadi kenapa undi PAS? Tak ada sebab kita undi PAS jika keadaannya sama seperti BN dahulu juga.

3. Manakala DSAI seperti biasa menyalahkan media.

Isu Arak Di Selangor Selesai, Kata Anwar

Sambil mendakwa isu tersebut diperbesarkan oleh media, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata isu berkenaan boleh ditangani dengan baik dan tidak berlaku sebarang perselisihan faham. [RUJUK]

Anwar nafi DAP Kedah keluar pakatan pembangkang- Isu Babi

"Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini. [Sinarharian]

Tak ada sebab lagi undi PAS.



Wednesday, August 12, 2009

INI MALAM KITA YAM SENG!!!


Nik Aziz Tak Bantah DAP Hina Islam

KOTA BAHARU, 12 Ogos (Bernama) -- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam. [RUJUK]

Kita cuba minta pendapat daripada orang awam:

"Haiya ada butut ka itu macam, malam ini juga wa buka balik itu blog, thank U a Tuan Gulu", Look Saw Found dari Negeri 9.

"Butut ka, o Wa talik balik wa punya talik balik, sikalang wa ada lesen mau cakap itu olang extlimist o, tima kasih a Tuan Gulu", Jeff hardy dari Penang.

"Itu pasat wa hentak meja bila itu olang lampas alak dari kawasan Muslim, wa bukan Islam wa ada lesen o mau hina Islam, wa suda cakap wa butut, itu Hussin Ali mau lawan lagi ka", Roni dari Selangor.

Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa.

GOBIND (DAP) BANTAH GUNA BAHASA MELAYU


Fuss over witness' choice of language in Teoh inquest

SHAH ALAM: Gobind Singh Deo, the lawyer who is holding a watching brief for Teoh Beng Hock's family, on Tuesday questioned the action of a forensics expert witness who gave evidence in Bahasa Melayu in the inquest headed by coroner Azmil Muntapha Abas here. [MM]

Di saat GMP bincang demo kedua mendesak kerajaan memansuhkan serta merta pengajaran dua subjek dalam bahasa Inggeris daripada 10 subjek di mana 7 subjek diajar dalam bahasa Malaysia di sekolah,

sahabat mereka daripada DAP memprotes pakar forensik yang menggunakan bahasa Malaysia dalam sidang mahkamah

walaupun Tan Hock Chuan (Ketua AG) kata tiada isu dalam penggunaan bahasa.

Lawyer Tan Hock Chuan, appointed by the government to assist in the inquest, said there was no issue if the witness wanted to give evidence in Bahasa Melayu as the post-mortem report had been marked as evidence and a copy given all sides.

Adakah DAP akan membela Islam dan Bahasa Kebangsaan bila berkuasa nanti?

Tuesday, August 11, 2009

BALING BATU SEMBUNYI TANGAN


Why has Najib condoned the Umno-inspired hysteria and gunning for Loke Siew Fook for insulting the Perak royalty and Islam when these allegations are completely groundless?

Now that Loke has openly denied the wild allegations, will Najib issue a public retraction of his directive to the relevant authorities to investigate Loke and censure the Umno leaders who had irresponsibly tried to gain political mileage from the lies, including Umno Ministers and Deputy Ministers like the Defence Minister, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Deputy Minister for International Trade and industry Datuk Mukhriz Mahathir and Perak Mentri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir? [LKS]

Biasalah LKS dengan title panjangnya kali ini macam kera kena belacan, rapid fire, kena sasaran pun kira nasib la.

Sebenarnya orang tu memang pengkhianat bangsa, dia pecahkan undi Melayu dan satu kan kaum lain untuk ambil alih negeri ni. Lepas tu dia jadi PM, Raja-raja Melayu mula dilayan supaya bermewah-mewah sampai rakyat benci lalu bermula gerakan menggulingkan Raja dan negara republik pun ditubuhkan. Lepas PM tu mati Parti Hina Islam dan Raja (PHIR) ambil alih negeri ni, orang Melayu dipecah-pecahkan lagi supaya tidak ada DUN atau kawasan pun yang majoriti Melayu, maka tidak ada kemungkinan orang Melayu akan menang pilihan raya.

Dalam perkhidmatan awam pula PHIR memecat mana-mana pekerja Melayu yang tidak produktif. PHIR mula tidak mengambil pekerja-pekerja Melayu seperti pada awal pemerintahannya, kini PHIR lebih rela mengisikan kekosongan jawatan dengan expatriate daripada ambil orang Melayu kerana alasan lambat dan makan gaji buta.

Kebebasan beragama diamalkan sepenuhnya hinggakan ada bapa Melayu anak kristian, anak saudara sebalah pak yang sepupu kerja bawa feri pula Hindu sebab minat the beetles, anak menakan sebelah mak lain pak yang Tok Wan dia baru beli katil tu pula Budhist sebab minat Steven Seagal. Semuanya atas nama kebebasan, tapi bukan semua bebas!

ISA dihapuskan namun PHIR menubuhkan patriot act dan membuka semula penjara Pulau Jerjak. Mana-mana rakyat yang cuba memberontak akan ditahan di bawah patriot act tanpa bicara dan dihantar ke penjara besar kotak televishen 21 inci di Pulau Jerjak atas alasan keselamatan negara.

Lepas ni kalau aku kena hentam teruk aku nak delete blog ni dan buat laporan polis. Kemudian ketua pemuda UMNO kalau kisah, boleh suruh pihak yang mengarahkan aku disiasat menarik balik tuduhan mereka kerana tidak berasas sebab aku dah delete blog ni.

Banyak cantik muka aku.

Monday, August 10, 2009

PENGHINA ISLAM KIAN BERANI


Penghina Islam kian berani
Oleh NORAINI ABD. RAZAK

SELEPAS Ronnie Liu menerima kemenangan isu arak di Selangor, Jeff Ooi hanya diminta memohon maaf kerana menyamakan individu yang bercita-cita melaksanakan undang-undang-undang syariah sebagai ekstremis, tampil pula Pemuda DAP mengeluarkan kata-kata nista menghina pendakwah Islam, umat Islam dan Islam.

Biar pun laman web yang mengandungi penghinaan melampau terhadap seorang mualaf Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, umat Islam dan agama Islam telah dipadam, namun paparan awal yang sempat dilayari sememangnya keterlaluan dan biadab.

Setiap patah perkataan dan ayat yang disusun oleh penulisnya secara nyata dan amat jelas mencemarkan kesucian Islam. Ridhuan Tee yang juga Pengerusi Persatuan Cina Islam Malaysia dihina sehingga dua keturunan manakala Islam dipijak-pijak.

Jika Salman Rushdie dikutuk dunia Islam kerana Satanic Verses yang menghina Islam sedemikian rupa, apa pula kurangnya tohmahan terbaru yang dilemparkan oleh seorang rakyat Malaysia yang salah satu prinsip Rukun Negara adalah "Kepercayaan kepada Tuhan."

Rakyat Malaysia ini juga telah diikat oleh sumpah setia nenek moyangnya untuk saling menghormati sesama kaum di negara ini apatah lagi kepada bangsa yang menerima mereka umpama saudara untuk berkongsi rezeki di tanah air ini.

Mungkin tidak ramai berpeluang mengikuti 'siri ketiga' penghinaan terhadap Islam apabila penulisnya yang bacul dan penakut memadam laman web http://Sjsandteam.wordpress.com yang sarat dengan penghinaan terhadap Islam dan umatnya. Tidak diketahui mengapa dia bertindak sedemikian - sama ada tersedar apa yang dibuatnya silap atau bacul untuk berhadapan dengan 'serangan' umat Islam sejagat lantaran paparan tulisannya amat jelas menghina Islam.

Saya pasti jika seluruh umat Islam di negara ini dan di dunia malah penganut-penganut agama lain yang diajar supaya menghormati agama lain berkesempatan membaca paparan tersebut, sudah tentu ramai yang membantah dan mendesak supaya si penulis dikenakan tindakan sekeras-kerasnya.

Jika hanya kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), umat Islam berani mempertaruhkan diri, sudah tentu kecaman dan penghinaan terhadap Islam dan umatnya mengundang reaksi yang lebih keras sehingga pasti ada sanggup bermandikan darah.

Tidak mustahil juga akan berlaku penentangan besar-besaran sehingga boleh mencetuskan rusuhan agama lantaran tiada agama di dunia ini yang membenarkan, jauh sekali menggalakkan kecaman dan penghinaan ke atas agama lain.

Kesemuanya ini bukan membakar sentimen kemarahan atau menyalakan api kebencian umat Islam tetapi untuk menegaskan bahawa Islam dan umatnya menjalar di muka bumi ini bukan untuk dihina, dikecam jauh sekali menjadi ancaman kepada agama lain.

Bahasa kesat, carutan, tohmahan, penghinaan (namakan apa sahaja) yang terkandung di laman web itu amat keterlaluan dan sama sekali tidak boleh dimaafkan biar pun si penulisnya melutut memohon ampun.

Tidak terguris umat Islam jika agamanya dikatakan ..., tidak terhinakah umat Islam jika mualaf seperti Ridhuan Tee dikatakan bakal mewariskan anak luar nikah yang tidak akan mengetahui susur galur keluarganya kerana nama 'Abdullah' yang digunakannya selepas memeluk Islam.

Mengapa semua ini terjadi. Dalam keadaan semua orang tahu betapa gentingnya isu agama dan kaum di negara ini, makin ramai yang berani menyentuh sensitiviti umat Islam sehingga ke satu peringkat seolah-olah Islam itu merupakan ancaman kepada agama lain.

Adakah kesemuanya ini kerana bangsa-bangsa lain nampak dengan jelas bahawa umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini berada di kedudukan yang amat rapuh dan inilah peluang untuk mereka menunjukkan kuasa?

Atau kerana pemimpin-pemimpin Islam bercakaran sesama sendiri maka ia dijadikan ruang serta peluang untuk penganut agama lain menampilkan kehebatan masing-masing.

Mungkin juga agenda melaga-lagakan pemimpin Islam telah hampir berjaya maka mereka berani bertindak sedemikian rupa. Tidak terfikirkah kita bahawa kedudukan bangsa Melayu dan umat Islam umpama telur di hujung tanduk. Melayu dituduh ekstremis, Melayu dikatakan cauvinis , Melayu juga rasis.

Apa pula gelaran kepada bangsa-bangsa lain yang tidak henti-henti menyakiti Melayu dan paling menyedihkan menghina Islam - agama yang dipersetujui menjadi salah satu tunggak Perlembagaan. Tidakkah pihak berkuasa yang diterajui oleh orang Melayu dan Islam terkesan dengan semua ini. Penghinaan ini mesti ditangani, pendirian kerajaan mengenainya mesti tegas.

Ulama-ulama tanpa mengira mewakili kerajaan atau pun Pas tidak boleh berdiam diri. Penghinaan ini bukan yang pertama, ia bukan juga yang terakhir.

Ridhuan Tee berkata kepada penulis: ''Saya dan seluruh keturunan saya dikecam Cina ultra. Paling sedih mereka turut kecam dan hina Islam."

Adakah kita sebagai umat Islam yang kini berpecah belah kerana perbezaan politik akan terus merelakan agama dan bangsa kita diperlakukan begini? [RUJUK]

Adakah kita?

LU SAPA? KITA ORANG BESAT



DAP wants action against PAS' Dr Hasan Ali

PETALING JAYA:The open squabble within the Selangor Pakatan Rakyat continued Friday, with the DAP demanding a disciplinary hearing against PAS exco member Datuk Dr Hasan Ali for seeking the removal of the DAP's Ronnie Liu as the local government committee chairman. [Sinchew]

Baru Hassan Ali tau, di mana tempat PAS dalam PAKATAN. Baru dia tau suara PAS setakat itu sahaja. Baru dia tau siapa dominon dalam PAKATAN. Baru dia tau fungsi PAS dalam pakatan hanya parti untuk pecahkan undi Melayu. Selama ini dia ingat PAS besar sangat dalam PAKATAN boleh buat itu ini. Baru dia tau sikap pemimpin PAS membiarkan dia keseorangan dalam jihadnya itu. Baru tau...

Dengan peranan sebegini PAS tak akan mampu menggantikan peranan UMNO. Baru sebut nak haramkan organisasi liberal, SIS, DAP dah tegur. Runtuhkan pusat potong babi DAP terus pull out. Bertegas sikit pasal arak, kena hentam bertubi-tubi dari PKR dan DAP. Nak tubuhkan negara Islam bersama DAP jangan haraplah.

Terus diperkudakan.. Teruskan...

Popular Posts 30

Blog Archive