Followers

Wednesday, September 30, 2009

PAS TAHU KENAPA ISA DIPILIH

Namun, bagi pihak yang nakal, punca utama kenapa Isa dipilih sebagai calon adalah kerana peristiwa lama di Port Dickson itu.

Najib sanggup melawan Tun Dr Mahathir, orang yang memberikan tekanan kepada Tun Abdullah Badawi agar meletakkan jawatan dan melantik Najib sebagai PM.

Najib juga sanggup berbeza pendapat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, yang secara sindiran menolak Isa sebagai calon. [Hrkh]

Siapa agaknya pihak yang nakal tu? Seperti biasa Parti Islam kita mendahului dalam kaedah tidak Islam ini.

2. Bila PAKATAN menang agenda utama mereka ialah menyiasat, menyiasat kes Port Dickson, menyiasat siapa salah dalam hal Kg Buah Pala walhal janji nak selamatkan, tubuhkan SelCAT siasat DO Selangor bukan nak hapuskan kilang arak seperti yang dijanjikan.

3. Jika benar pun apa yang berlaku di Port Dickson kedua-dua pihak sudah mempunyai keluarga dan hidup rukun selama ini, namun semua ini mungkin berakhir syaitan ketawa bila berlaku penceraian dan agen-agennya akan mula menggoyangkan sebuah lagi masjid tidak lama lagi.

4. Tidak percaya? apa modal yang mereka ada untuk pembangunan material mahupun spiritual, hanya character assassination sahaja yang mampu meraih simpati dan memberi undi.

5. Undi Pos, SPR tak bersih? Kalau tak bersih tak menanglah lima negeri come on lah cerita lama tuh.

Apa-apa pun PRK kali ni akan sengit.

Tuesday, September 29, 2009

PAS AKAN TERKORBAN

THE alliance between Pas and other parties can work, but it requires sacrifices on all sides.

This, however, does not appear to be happening at the moment, Islamic Da’wah Foundation Malaysia (Yadim), chairman Datuk Mohd Nakhaie Ahmad said.

Nakhaie, the highest ranking Pas leader to have ever crossed over to Umno, quit the party in the face of strong opposition from Pas’ conservative leaders who were against co-operation with non-Muslims and his approach in formulating party policy in preparation for taking over the government in the late 1980s.

The only reason Nik Aziz gets along easier with DAP and Pakatan Rakyat is due to mutual dislike of Barisan Nasional since yesteryears. But this doesn’t reflect the views of the majority of Pas’ leaders and supporters,” Nakhaie said.

“What about those who have different ideologies with Nik Aziz? Nik Aziz does not represent the whole party,” the former Pas vice-president said.

While PR and DAP seem to be getting along fine, Nakhaie said supporters of each party should understand that every leader had his own principles and beliefs.

“If Umno and Pas were to merge, the position of the Malays would be stronger and other races would benefit as a result. That’s when justice can prevail should there be any unforeseen circumstances.

“I am aware that every party has different ideologies. DAP and PKR believe in having one Malaysia, where race shouldn’t matter. Yes, it shouldn’t matter but Malays should at least get special rights as we are the pioneers of the land. Pas’ expectations may not meet theirs.

“Plus, what they are fighting for is different from what Pas desires for the country. PR and DAP dream of having a country where it only has one race, which means that everyone is equal. But if we get real, that’s impossible to happen.

“Not that it can’t, but it wouldn’t be right. That’s why I believe that it’s only realistic for Pas to team up with BN so that Malay rights will be protected,” he added.

Asked if PR and Pas would be able to work things out in the long run, Nakhaie said that a Pas and Pakatan merger can work, but required extra effort on both sides which was not happening at the moment.

Citing Selangor Pas commissioner Datuk Hasan Ali as an example, Nakhaie said there was no specific ideology they planned to put forward and the lack of teamwork was obvious.

The alliance that they have is not strong and their goals have not been the same from the beginning. You can see that the party is having an internal crisis, what more to team up with other parties?

“They can team up for the time being, but it’ll be hard in the long run as each party has its own agenda and plans. When their plans do not meet, there’ll be bigger problems.” [mmail]

PKR dan DAP boleh bekerjasama dengan baik kerana tujuan mereka sama iaitu negara sekular lebih teruk lagi kesaksamaan tanpa ketuanan. Jika ketuanan Melayu samalah dengan ketuanan Islam kerana definisi Melayu itu mestilah beragama Islam.

Satu kapal yang ada tiga nakhoda, dua darinya sebulu dan setujuan manakala lagi seorang ada tujuan lain. Matematik mudah untuk difahami dua lebih besar dari satu, yang seorang ini akan beransur-ansur dihilangkan.

Persoalannya kenapa yang seorang ini masih berada di situ?

Monday, September 28, 2009

KUBUR: PENDIRIAN PAKATAN DIPERSOAL LAGI


Penduduk tuntut pendirian Pakatan tentang tanah perkuburan

Selama lima tahun, penduduk Taman Saujana Puchong telah berkempen membantah rancangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk menjadi sebahagian daripada hutan simpan Ayer Hitam sebagai kawasan tanah perkuburan.

Ketika itu, penduduk terbabit mendapat sokongan daripada parti pembangkang DAP, PKR dan PAS.

Kini ketiga-tiga parti berkenaan merupakan sebahagian daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir negeri Selangor sejak setahun setengah yang lalu.

"Mereka bersama kami sebelum menjadi kerajaan. Kami berharap mereka cepat membuat keputusan mengenai perkara itu. Kami mahu tinggal di sini dalam keadaan aman dan tidak perlu bimbang mengenai tanah perkuburan tersebut," kata jurucakapnya Lau Seng You (kiri). [Malaysiakini]

Cuba tanya bekas penduduk Kg Buah Pala, dulu DAP, PKR dan PAS pun bersama mereka sebelum menang PRU.

17 bulan selepas mengambil alih kerajaan negeri, Kg Buah Pala hilang terus dari peta Pulau Pinang Hua hua hua!

Saturday, September 26, 2009

KG BUAH PALA BUKTI KHIANAT PAKATAN

Pemuda Gerakan cabar Guan Eng debat isu Kg Buah Pala

PULAU PINANG: Pemuda Gerakan Pulau Pinang telah pun mengemukakan memorandum bagi mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya berdebat mengenai isu Kampung Buah Pala.

Naib Pengerusinya H'ng Khoon Leng berkata perdebatan dengan Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, akan diadakan di kampung itu pada 8.30 malam 4 Oktober ini dengan matlamat membolehkan orang ramai mengetahui kebenaran di sebalik isu kampung itu, lebih terkenal sebagai "High Chaparral", yang telah pun dirobohkan.

"Kami harap Lim akan berani menyahut cabaran itu memandangkan beliaulah yang mengendalikan isu ini ketika mula berbangkit pada Julai lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

H'ng berkata beliau mahu setiap penduduk, terutamanya yang tinggal di Pulau Pinang, memahami isu itu memandangkan ia membabitkan kerajaan negeri sekarang.

"Saya turut mengalualukan semua pihak untuk menghadiri debat itu dan melihat sendiri kebenaran yang akan disingkap semasa perdebatan," katanya. [RUJUK]

Apa yang jelasnya di sini kerajaan PAKATAN Penang khianat dan berbohong kepada penduduk Kg. Buah Pala. Penduduk sendiri mempunyai rakaman DVD janji yang dibuat PAKATAN sebelum PRU12. Lantas setelah menang mereka bermain wayang dengan menunding sana sini seterusnya melenyapkan terus Kg. Buah Pala dari peta Pulau Pinang.

Adakah penting sekarang kepada bekas penduduk kampung mengenai siapa yang bertanggung jawab memulakan perjanjian jual beli kampung tersebut? Sedangkan undi bekas penduduk beri untuk kampung itu diselamatkan dikhianati.

Sekarang, apapun wayang yang cuba dimainkan anwar Ibrahim, Guang Eng dan Rayer tidak akan dapat menutup perbuatan khianat mereka kepada bekas penduduk kampung tersebut. Bekas penduduk tidak mengundi untuk melantik penyiasat dan pencari salah tetapi wakil rakyat dengan harapan membela nasib mereka. Namun penduduk Kg Buah Pala dikhianati.

Ingat sebelum kena!

Friday, September 25, 2009

PAS SOKONG DAP BALUN HASSAN

Dr Hasan on the receiving end over Selcat

PAS officials have joined the chorus of criticism against Selangor exco member and Pas commissioner Datuk Dr Hasan Ali for calling for a revamp of the States’ special select committee for competency, accountability and transparency (Selcat).

Mahfuz Omar~
Its vice-president Datuk Mahfuz Omar said that if Dr Hasan had any dissatisfaction, he should have brought it up during the exco meeting, instead of going public with his views.

Kamaruddin Jaafar~
Pas central working member Datuk Kamaruddin Jaafar, also a Public Accounts Committee (PAC) member, echoed Mahfuz’s sentiments and said that if PAC was able to haul up bigger players for questioning without drawing even a single complaint, then the district officers should take the queue from their bosses and just cooperate with Selcat.

Khalid Samad~
“As an exco member, he should act as a team member and sit down with the team and discuss how to overcome weaknesses in Selcat, if any. He may have felt that there was no other channel for him to voice his opinion, and he may be justified in publicising it, but that shouldn’t have been the situation,” said Khalid (Samad).

Dr Hasan criticised Selcat, chaired by State assembly Speaker Teng Chang Khim, for its “grilling” of senior civil servants over allocations.

Teng, who is from DAP, singled out Dr Hasan as the “only problem” in the PR partnership that was forged after last year’s general election, and said Dr Hasan could have brought up his dissatisfaction through the right channels.

This is not the first time Dr Hasan had raised the ire of his PR counterparts. Prior to this, Dr Hasan had also quarrelled with DAP exco member Ronnie Liu over the sale of beer in the State and had wanted to impose a blanket ban on alcohol sale in Muslim majority areas. [MM]

PAS to Hassan Ali, "Obey our boss!".

2. Negara Islam bersama DAP bukan Hassan Ali.

3. Tahniah kepada kakitangan awam yang vote pembangkang PRU lalu.

Mari kita.. mari kita ramai-ramai tepuk tangan bergembira..
kita menyanyi sambil langkah kanan kiri horey-horey..
Hip hip horey bergembiraaa!

Wednesday, September 23, 2009

GAMBARAN AWAL PAKATAN MEMERINTAH

Again, Hassan Ali stirs up trouble for Pakatan

This even as his Pakatan colleagues are still simmering at the memory of the beer episode because they say it was not at all about alcohol – which is taboo to Muslims – but the manner in which Hassan tried to stab them in the back.

“He wants to send a message that he is the one who will protect the Malays in Selangor,” said Santiago.

“There is no reason why he should attack Selcat in the open. He’s trying to take advantage of the situation to gain politically,” Teng said. [MM]

DAP to PAS, "Wei Hassan who's the boss oh?!"

Nak bela Melayu pun belum tentu lagi Kih kih kih!

Saturday, September 19, 2009

EIDUL MUBARAK!


“Sesungguhnya Allah Tabaraka Wata’ala telah menggantikan yang dua hari itu dengan yang lebih baik bagi kamu, iaitu Hari Raya dan Aidiladha.” (Ahmad, Abu Daud, Naasa’ei dan al-Baihaqi)

Politik hanya persepsi kebenaran milik ALLAH, Salam kemaafan kepada semua.

1. Jangan lupa bayar zakat.
2. Bertakbir di malam hari raya.
3. Mandi sunat di pagi hari raya.
4. Memakai wangi-wangian.
5. Menjamah sedikit makanan sebelum ke masjid.
6. Solat sunat hari raya.
7. Bermaaf-maafan.
8. Ziarah menziarahi.

ANWAR TAK LENGAHKAN PERBICARAAN

Siapa Sebenarnya Yang Melengahkan Perbicaraan?

1. Pihak pendakwaan yang minta memindahkan kes ke mahkamah tinggi atas alasan remeh.

2. Anwar terpaksa membuat perintah mahkamah menolak keabsahan Sijil S.418A . Ini kerana ia ditandatangani oleh Tan Sri Gani Patail, orang yang tidak harus terlibat dalam pendakwaan ini.

3. Pihak DPP telah dengan sengaja melengah-lengahkan penyerahan dokumen-dokumen kepada pihak pembelaan.

4. Peguam Kanan Tuan Haji Sulaiman yang mengetuai pasukan peguam Anwar menarik diri.

Akhbar Utusan sebagai lidah UMNO tambah mengapi-apikan fitnah kononnya Anwar sengaja melengahkan kes pertuduhan. Hakikatnya pertuduhan ini adalah suatu konspirasi jahat untuk memastikan Anwar merengkok semula ke dalam penjara Sungai Buloh.

Kita sedang menyaksikan, sekali lagi peristiwa konspirasi jahat untuk menjatuhkan Anwar yang menjadi ancaman terhadap kerakusan kuasa kerajaan Barisan Nasional! [Baca penuh]

Woi, perbicaraan ini antara Sdr Saiful dan Anwar, bukan BN dan Anwar!

Abg Anwar penakut tak macam Sdr Saiful...

Abg Anwar penakut tak macam Sdr Saiful...

Abg Anwar penakut tak macam Sdr Saiful...

Abg Anwar penakut tak macam Sdr Saiful...

Abg Anwar penakut tak macam Sdr Saiful...

(Abg Hassan penakut tak macam Abg Ajis- Adengan budak-budak ejek sarjan Hassan dari filem Sarjan Hassan)

Friday, September 18, 2009

NOW HARI RAYA HAS PRESENT


The best Hari Raya present Najib can give the country on his first Hari Raya as Prime Minister is to declassify all Cabinet minutes and documents on the PKFZ scandal to send out two unmistakable messages to the nation and the world , viz

Otherwise, the coming Hari Raya holidays will be another gloomy one in terms of public accountability, integrity and good governance. [LKS]

Hari Raya has nothing to do with present give away, it's not Christmas, and furthermore it has nothing to do with politics. Hari Raya is Muslims graduation day from Ramadhan school. Those who pass never felt gloomy on hari Raya even without present or gift because hari Raya itself is the present.

I thought PAS has done their job instead PAS is bullshitting everybody. As been told by PAS they were there to make DAP understand Islam better but Malaysian doesn't see any improvement of DAP. Well who's to blame when come to PAS they always better at talking than working.

If DS Najib wants to give the best Hari Raya present he should arrest and prosecute Loke Siew Fook and Jeff Ooi for their utter contempt to the royals and syariah law. And from DAP to accept the PAS youth liquor ban proposal.

Ho ho ho at the wrong place.

Thursday, September 17, 2009

RUMAH TERBUKA EIDUL FITRI DAP

Rumah Terbuka Nasional Hari Raya Aidilfitri DAP
Kenyataan Media Jenice Lee di Petaling Jaya pada Rabu, 17th September 2009:

Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan menganjurkan Rumah Terbuka Nasional sempena sambutan Aidilfitri pada 27 haribulan September ini. Acara hari terbuka ini akan berlangsung dari jam 11 pagi hingga jam 2 petang di Dewan MPAJ Kg Cheras Baharu, Selangor. [DAP]

Eee tak malu, mak kite cakap orang tak puase tak boleh raye taw..

PEMUDA PAS KENA REJECT

dulu lain, sekarang lain.

Pas Youth's about-turn on beer sales

PAS Youth says its proposal to ban the sale of beer in Muslim-majority areas in Pakatan-ruled States was “only a suggestion”.

Yesterday, Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim announced the rejection of the proposal by the Pakatan Rakyat leadership.

Anwar, in response to Pas Youth’s proposal to impose a ban on selling beer in all Muslim-majority areas in Pakatan-ruled States, said that such proposals, forwarded last Saturday by Azman Shapawi, were “only suggestions to be deliberated by the Pakatan leadership”.

Anwar denied that Pakatan would eventually consider imposing a ban on the sale of beer in Muslim-majority areas as suggested by the Islamic party. [mmail]

Ramai tahu negara Islam tidak akan wujud bersama DAP PAKATAN jadi tidak menjadi isu jika cadangan pemuda PAS yang mahu arak diharamkan penjualannya di kawasan majoriti muslim ditolak mentah-mentah oleh kepimpinan tertinggi PAKATAN.

Namun menjadi isu bila PAS salah satu komponen PAKATAN setiap kali berkempen mempergunakan Islam dan perjuangan rasulullah sebagai modal. Ini adalah satu penipuan dan pendustaan.

Hala tuju PAKATAN ialah sebuah negara sekular, jika PAS sudah bersama dengan PAKATAN mereka sudah memeluk sekular dan tidak lagi boleh menipu pengundi dengan janji lama semasa PAS masih solo dulu kerana suatu hari mereka akan mungkir janji dengan pengundi.

“Man kadzaba a’laiya muta’ammidan falyatabawwa maq’adahu minannaar”. bukhari & muslim. Ingatlah jangan berdusta atas nama rasulullah.

Sekarang siapa subahat?

Wednesday, September 16, 2009

JOM LUDAH MUKA PEMBOHONG

Anwar kata kalau 16 september dia tak jadi PM boleh ludah muka dia. Hari ini ialah ulang tahun pertama pembohongan anwar dan ulang tahun pertama dibohongi anwar dan ulang tahun cubaan pencabulan demokrasi diajar anwar.

Tarikh 16 september ialah sebuah janji gila sama seperti janji pangkah PAS masuk syurga dan Malaysian Malaysia DAP, PAS menjanji sesuatu yang bukan miliknya, manakala DAP pun sama juga menjanjikan tanah bangsa lain untuk semua. Menuju 16 september 2008, memperlihatkan pembohong at his best, we have the numbers, its increasing by the hour, by the hour dan akhirnya tertangkap berbohong dan mangsanya rakyat.

Tidak berpisah dari mulut anwar tiga perkataan ini democracy, human right, justice seolah-olah dia lah juara. 16 september memperlihat cara keji pencabulan demokrasi iaitu lompat parti. Bukan semua rakyat memilih kerana calon, ada yang memilih kerana parti dan banyak juga kerana protes. Lompat parti yang dipelopori anwar jelas membelakangkan demokrasi kerana membelakangkan pilihan rakyat yang memilih kerana parti. Bahananya terkena balik pada tuan yang mengajarnya, apabila kerajaan Perak tumbang dalam bentuk yang sama. Padan muka!

Jika 16 september terjadi adakah DAP akan membakar lilin tanda berkuburnya demokrasi? adakah banner bubar DUN akan kelihatan di blog-blog pro pembangkang? PAS akan berbaring tengah jalan? Anwar sendiri tidak akan bubar DUN!

Pi mai Pi mai tang tu.

Monday, September 14, 2009

BERBUAL DENGAN LELAKI DARI SABAH

Semasa di lapangan terbang tempoh hari aku sempat berbual dengan seorang lelaki dari Sabah. Dia berasal dari sebuah daerah di belakang gunung Kinabalu. Beliau menceritakan betapa fed up nya beliau kerana di tempatnya mengalami ganguan bekalan elektrik setiap hari tidak mengira masa kadang-kadang malam, kadang-kadang siang, sementara bil elektrik tiada ganguan sentiasa datang tepat pada waktunya pula. Tempatnya berdekatan dengan laut dengan cuaca yang extreme panas siang dan malam.

Ganguan ini sungguh menyukarkan terutama beliau mempunyai anak kecil dan beliau sendiri seorang guru sekolah. Beliau menambah lagi, jalan raya di tempatnya juga masih gruble dan kalau hi way nya pula, lampu jalan tidak dinyalakan pada waktu malam sungguh bahaya.

Apabila anwar datang dengan kerajaan rakyat beliau merasa sungguh gembira. Fikirnya fed up nya selama ini akan terubat, mungkin tempatnya akan ada jalan yang lebih elok, lampu jalan menerangi pada waktu malam dan bekalan elektrik tidak akan terputus setiap hari lagi. Beliau pun sentiasa mengikuti ceramah-ceramah oleh PKR untuk beliau menilai misi parti rakyat ini. Hinggalah suatu hari beliau tersedar akan sesuatu, projek 16 september. Anwar Ibrahim akan mengadakan lompat katak terbesar untuk menukar kerajaan.

16 September ini telah membuatkan kawan ini berfikir semula, anwar ini hendak menolong rakyatkah atau hendak mengejar cita-cita peribadi? kalau hendak menolong rakyat kenapa tidak melantik wakil-wakil rakyat baru, ini tidak anwar akan mengajak wakil-wakil rakyat sedia ada untuk lompat parti? Kesannya anwar akan jadi perdana menteri tetapi bagaimana pula nasib rakyat, ganguan elektrik, jalan gruble dan lampu jalan jika wakil rakyatnya sama juga?

Betul juga tu.

Sunday, September 13, 2009

KEPALA LEMBU BERAT SEBELAH

NGO Melayu bimbang

''Saya hairan mengapa banyak kes yang dilaporkan sebelum ini kepada pihak polis seperti isu penghinaan kedudukan Raja-Raja Melayu tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak terbabit.

''Namun dalam kes isu kepala lembu, ia berbeza sama sekali yang mana Peguam Negara begitu cepat membuat pendakwaan kepada penunjuk perasaan,'' katanya ketika dihubungi hari ini. [RUJUK]

KDN will have to explain why Lok Siew Fook and Jeff Ooi are not charged for incitement and sedition in initially committing the crime of ultimate religious and cultural insensitivity.

2. The action of these irresponsible people who showed utter contempt for the sensitivities and sensibilities to the royal families and Islam is highly offensive.

3. Lok Siew Fook and Jeff Ooi should be prosecuted. It would not enter into any sensible, rational and reasonable mind that these two culprits should get away.

4. Are DAP leaders immune from action for such insensitive and offensive conduct?

Penghina Raja dan Islam masih bebas.

Saturday, September 12, 2009

DAP MELAYU VS PAS FOR ALL

DAP buka cawangan Melayu dengan ketuanya Melayu

PUCHONG, 11 Sept: Ketika PAS berusaha mendekati orang bukan Islam, DAP pula mencipta sejarah baru-baru ini apabila membuka sebuah cawangan yang ahlinya adalah majoriti Melayu di samping mempunyai ketua dari kalangan orang Melayu. [Hrkh]

Mereka bercita-cita besar mahukan kuasa, lalu menubuhkan satu pakatan tidak berdaftar dengan tergesa-gesa dalam mengejar cita-cita.

Diketahui umum masing-masing tidak sehaluan, cita-cita dan tujuan yang sungguh berbeza bagai langit dengan bumi. Hakikat dalam satu penyatuan ada yang terpaksa bekorban namun siapa? Masih menjadi tanda tanya.

Satu hakikat juga masing-masing tidak percaya sesama sendiri. Semua mahu jadi ketua, tiada yang mahu beralah. Jika perkahwinan sudah semestinya akan berakhir dengan penceraian dan anak-anak akan menjadi mangsa. Dalam konteks negara rakyat akan menjadi mangsa.

Majoriti, yang ramai akan berkuasa, rumit dalam negara pelbagai bangsa. Cemburu antara satu sama lain, masing-masing berusaha mencantas dan merebut sokongan pasangan sendiri atau menanam pepijat dalam bilik member.

Wayang di depan rakyat saling garu belakang masing-masing namun hakikat terselindung masing-masing memasang buah catur untuk menjahanamkan sesama sendiri dan berakhir dengan negara dan rakyat sebagai gadai janji.

Masih sekular vs Islam.

Friday, September 11, 2009

TAKUT DAP ATAU PENGKHIANAT BANGSA?

"Muhammad itu Pesuruh Allah. Dan orang yang bersamanya mempunyai sifat keras dan tegas terhadap orang kafir, dan berkasih sayang antara mereka". Al-Fath:29

JIM: Memadai Jeff tarik kenyataan 'ekstremis'
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) berpuas hati dengan ahli parlimen DAP Jeff Ooi yang menarik balik kenyataannya menuduh NGO itu sebuah pertubuhan ekstremis, kata presidennya.

"Keputusan JIM (Pulau Pinang) bersama-sama dengan Forum Penyelarasan Umat (Forum), kita (di peringkat pusat) tidak bantah walaupun ia dapat diselesaikan.

"Tetapi bagi JIM (pusat), beliau (Jeff) menarik balik, sudah memadai," kata Zaid Kamaruddin.

"Bagi JIM, (beliau) minta maaf atau tidak minta maaf, terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian." [malaysiakini]

Huh kalaulah bukan Islam dan DAP mempunyai pandangan yang sama terhadap isu kepala lembu? PAS yang mahu negara Islam juga diberitakan tidak ambil pot mengenai dakwaan Jeff Ooi ini, sebaliknya NGO yang terlebih dahulu menyuarakan bantahan dan memulakan kempen mendesak Jeff Ooi meminta maaf seterusnya meletak jawatan, bagaimanapun Jeff Ooi hanya menarik balik tanpa meminta maaf jauh sekali nak letak jawatan.

Keadilan Umar Al-Khattab terhadap rumah ibadah agama lain
Khalid Samad

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. [Hrkh]

2. Takut DAP dan toleransi ialah dua perkara berbeza. Lebai-lebai yang selalu menggunakan ayat quran untuk menanam kebencian sesama Islam dan menang pilihan raya kini menggunakan ayat quran dan sirah nabi dan para sahabat untuk menghalalkan tindakan membina kuil satu untuk setiap penganut hindu. Diikuti juga oleh bloggers pro pembangkang yang menggunakan kaedah mantik mengatakan bagaimana kalau US halang bina Masjid tanpa mengkaji fakta dan data.

Helen Ang juga mempertikaikan fakta yang saya tulis akan bilangan rumah ibadat bukan Islam seperti kuil Hindu, tokong Cina dan gereja Kristian melebihi bilangan surau dan masjid. Di sini saya pamerkan statistik tersebut untuk pengetahuan beliau akan nasib Melayu di bumi Melayu.

Contohnya di Selangor mempunyai penduduk berjumlah 4.8 juta. Daripada jumlah itu orang Melayu mewakili 2.5 juta dengan kapasiti 259 masjid dan 939 surau. orang Cina Buddha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong, orang India berjumlah 647,000 dengan 810 kuil berdaftar (bilangan ini belum dicampurkan dengan tokong dan kuil yang tidak berdaftar). Manakala, bilangan gereja Kristian biarlah Helen Ang yang cari untuk menampung jumlah 50,000 penganut Kristian. [Ridhuan Tee]

3. Statistik yang didedahkan Dr. ridhuan Tee ini jelas menunjukkan kerajaan BN sudah terlebih pemurah dalam kebebasan beragama, 810 kuil untuk 647 000 penganut hindu dan 259 masjid sahaja untuk 2.5 juta Melayu di Selangor sahaja, dan mereka mahu lagi? Adakah ini keadilan Umar Al Khattab wahai Khalid Samad?

NGO Melayu bimbang

''Saya hairan mengapa banyak kes yang dilaporkan sebelum ini kepada pihak polis seperti isu penghinaan kedudukan Raja-Raja Melayu tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak terbabit.

''Namun dalam kes isu kepala lembu, ia berbeza sama sekali yang mana Peguam Negara begitu cepat membuat pendakwaan kepada penunjuk perasaan,'' katanya ketika dihubungi hari ini. [RUJUK]

4. Apa masalah kedua-dua parti Melayu ini yang akhir-akhir ini berlumba-lumba memenangi hati kaum bukan Melayu? Apakah punca dan faktor yang mendorong parti-parti ini lari dari tujuan asal?

Pengkhianat bangsa atau takut DAP?

Wednesday, September 9, 2009

JEFF OOI SILA LETAK JAWATAN


Kempen desak Jeff Ooi letak jawatan dilancar

PULAU PINANG: Forum Penyelarasan Umat (Forum) hari ini melancarkan kempen mengutip tandatangan rakyat bagi mendesak Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi, memohon maaf dan meletak jawatan kerana mengaitkan Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai ekstremis. [RUJUK]

Would Jeff Ooi be arrested and prosecuted for his utter insensitivity in accusing Jemaah Islah Malaysia (JIM) as extremist?

2. Although Jeff Ooi later backtracked from his provocative stance, Jeff Ooi change of stance is only relevant as a plea for mitigation and cannot be a defense to the offence.

3. If Jeff Ooi has committed an offence, would Lim G Eng decide whether Jeff Ooi should be prosecuted and would ask the police to arrest Jeff Ooi especially Lim G Eng is Khalifa Umar Abd Aziz wanna be?

4. Malaysian and the world are shaking their heads in disbelief at the double standard of religious sensitivity played by the opposition.

With PAKATAN came along is Malaysia changing for the better or getting worse?


Jom ramai-ramai regardless race and religion support kempen ini.

Tuesday, September 8, 2009

NO ISLAMIC STATE I ASSURE U: DAP


Exclusive Interview With Lim Kit Siang: “Islamic state is the greatest challenge.”

Q: You said that you are still trying to achieve it, is it because you have many differences among yourselves? For example, PAS emphasises on having an Islamic state while DAP will never agree with it. How are you going to persuade the people to support you?

A: This is the common goal that I've mentioned just now. We have different ideologies, Islamic state is not acceptable to us. Our stand is very clear that Malaysia is a secular country.

Our common ground is about freedom, justice, democracy, the people's unity, and how to bring Malaysia a new level of development and prosperity. The problem is, how are we going to ensure that the differences among us will not go beyond our common goals before these common goals can be achieved?

Q: But the differences still exist, how are you going to solve them?

A: Of course the problem is still there. We cannot ignore it. But how are we going to resolve it? It is impossible for PAS to give up Islamic state or DAP to give up secular country. But other than these two different stands, we still have common goals. For example, we want to ensure fairness and a democratic nation for Malaysia. This is equally important. Unless the differences between us are more important and go beyond the common goals, it will be a different situation then.

Q: If Pakatan takes over the federal govenrment, you still have to face these problems.

A: The important thing is, whether the people have confidence in us and believe that we will stick to our stand. Moreover, if one of the member parties of the Pakatan government does not agree with it, other parties will not implement their desired policies.

Therefore, our principle is, we must have a common goal. At the same time, we must respect each other. Unless we obtain the consent of all member parties, otherwise, we are not going to implement our policies.

DAP definitely does not agree with Islamic state idea

Q: Does it mean that there will be no Islamic state as long as DAP stays in Pakatan?

A: Yes.

Thirdly, our stand is very clear. We have also made it clear publicly, even though it is being distorted by a Malay newspaper by saying that we are anti-Islam. In fact, we are not anti-Islam, we just do not agree with the implementation of Islamic state in Malaysia, which is a multi-racial and religious society. It is inappropriate. We want a more open Islam.

Hopefully, Malaysian Muslims can accept a more liberal Islamic mindset.

(By HOU YALUN/ Translated by SOONG PHUI JEE/ Sin Chew Daily) [SELANJUTNYA]

****
Tujuan mereka sama, tidak mahu UMNO memerintah. Persoalannya di sini siapa yang akan mengalah dalam tujuan asal mereka, sekular DAP atau negara Islam PAS jika kerajaan pusat berjaya diambil alih PAKATAN? Yakni bila common goal sudah mereka capai nanti acuan mana, sekular atau Islam, atau Islam suku dunia suku, yang akan digunakan untuk mentadbir Malaysia?

2. Adakah selama ini BN memerintah tidak ada kebebasan, keadilan, demokrasi dan perpaduan? Kebebasan beragama ada, maki hamun kerajaan boleh, kebebasan menukar agama tiada, seks bebas tak boleh tetapi diamalkan secara underground, minum arak tak boleh tetapi minum juga underground. seks bebas, minum arak dan kebebasan murtad adalah human right sudah tentu dipersetujui DAP, bagaimana pula PAS?

3. Adakah sama kebebasan sekular DAP dan kebebasan Islam PAS? Kebebasan sekular yang meletakkan human rights paling tinggi dan atas adalah berbeza dengan kebebasan Islam yang mesti mengikut jalur hukum ALLAH rights. Minum beer adalah hak kebebasan manusia bagi pandangan sekular tetapi salah di sisi Islam kerana melanggar hak ALLAH.

4. Adakah sama keadilan human rights dan keadilan ALLAH rights? Sekular meletakkan human right di atas dan agama di bawah cabang budaya, "religion devide us". Manakala, Islam meletakkan agama ialah asas dan pokok yang di bawahnya adalah hal-hal dunia, "Islam is the way of life".

5. Adakah selama ini tidak ada perpaduan di Malaysia, sampai tahap mana perpaduan yang di ingini DAP PAKATAN? Demi perpaduan mahukah DAP mengorbankan SRJKC dan menubuhkan satu sekolah untuk semua? Mahukah PAS menggugurkan subjek pendidikan agama di sekolah?

6. Demokrasi, rule by the people agak rumit untuk sesebuah parti samada PAKATAN atau BARISAN memenuhi kehendak semua pihak. Contoh, kemelut pembinaan kuil di seksyen 23 Shah Alam, PAKATAN tidak dapat memenuhi kehendak kedua-dua belah pihak.

Kesimpulannya nanti siapa yang akan dominon dalam pemerintahan PAKATAN? Adakah akan berakhir dengan dunia suku agama suku? maka PAS akan jilat ludah sendiri dan menipu orang Melayu.

Akhirnya Pi mai pi mai tang tu.

Monday, September 7, 2009

HIKMAH SELIPAR


Peniaga lega boleh berniaga

GEORGE TOWN - Peniaga Pasar Ramadan Penang Road di sini akhirnya boleh menarik nafas lega apabila Kerajaan Pulau Pinang bersetuju membenarkan mereka berniaga di situ sepanjang bulan puasa tahun ini. [RUJUK]

"Muhammad itu Pesuruh Allah. Dan orang yang bersamanya mempunyai sifat keras dan tegas terhadap orang kafir, dan berkasih sayang antara mereka". Al-Fath:29

Aku setuju dengan tulisan GAP 3 september lalu, bangsa Melayu harus kembali menjadi kurang ajar. Bangsa Melayu harus berkeras dan tegas dalam memperjuangkan hak sendiri. Jangan termakan dengan label racist dakyah mereka itu.

2. Lihatlah bagaimana mudahnya sesuatu perkara itu diselesaikan jika bangsa Melayu menunjukkan sedikit sikap kurang ajar.

3. Setelah makan selipar hari ini peniaga kecil Melayu ini dibenarkan berniaga kembali.


Ahli MPPP DAP dibaling selipar

GEORGETOWN: Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari parti DAP, Lim Siew Khim, dibaling dengan selipar oleh seorang daripada 40 peniaga di Bazar Jalan Penang dalam kekecohan berlaku di pasar berkenaan, di sini, semalam. [RUJUK]


Mujahiddin Palestine baling batu kepada kafir mujahiddin Melayu baling selipar

Sunday, September 6, 2009

DAP HALANG PENIAGA KECIL MELAYU

jeffrydamien09

MPPP cuba halau peniaga

"Kami berniaga di sini sejak 1985. Perniagaan kami di sini tiada masalah sehinggalah kerajaan negeri pakatan pembangkang ambil alih pada tahun 2008.

"Tahun ini mereka tidak memberi kami lesen untuk berniaga. Kalau tak berniaga, macam mana kami nak cari makan. Kami cuma berniaga kecil-kecilan seperti baju Melayu dan baju kurung.

"Kami ada juga meminta Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman dan salah seorang pemimpin negeri, Abdul Malik Kassim melihat mengenai perkara ini tetapi sehingga kini tidak mendapat jawapan," katanya. [RUJUK]


Berang bila dilarang berniaga

Bagaimanapun, tradisi selama 24 tahun itu terhenti apabila MPPP menghentikan pengeluaran lesen atas alasan Bazar Ramadan di situ mengganggu kelancaran lalu lintas. [RUJUK]

Ahli MPPP DAP dibaling selipar

Selipar itu mengenai bahagian belakang Lim yang ketika itu bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik memberi penjelasan berhubung larangan MPPP menghalang peniaga daripada berniaga di kaki lima di depan Pasar Raya Mydin, Jalan Penang.

Peniaga berkenaan membaling selipar itu selepas tidak berpuas hati dan marah dengan penjelasan Ng bahawa larangan itu dibuat atas beberapa sebab antaranya laluan pejalan kaki itu sempit.

Selain itu, Ng mendakwa larangan itu dibuat selepas menerima laporan daripada peniaga bazar mengenai tindakan menyewakan lesen kepada rakyat asing selain kesesakan teruk. [RUJUK]

****

Uthayakumar pernah berkata Lim G Eng tidak peduli akan bangsa lain jika perkara yang sama berlaku kepada bangsanya dia akan bermati-matian berusaha menyelesaikannya.

DEB dihapuskan, Melayu dilarang pula berniaga. Alasan penghapusan DEB sebab kroni alasan tak bagi Melayu berniaga pula kesesakan, ruang pejalan kaki yang sempit dan salah guna lesen perniagaan. 24 tahun baru timbul isu ini?

Siapalah yang buat report ke atas peniaga Melayu ini? Siapa yang sakit hati orang Melayu berniaga sebulan setahun ini? Betulkah sesak sebulan ini sedangkan Penang memang bandar yang sesak sepanjang tahun. Penang peniaga kecil kena halang, di jalan TAR kena ganggu Melayu sendiri buat rusuhan di situ, takut nak buat di petaling street. Inilah nasib orang Melayu, jadi kaya orang cakap kroni nak meniaga diganggu.

Pakatan Rakyat? Kenapa tidak mendahulukan rakyat dalam setiap perbuatan dan tindakan? Kenapa tidak sediakan tempat baru untuk orang Melayu berniaga jika tiba-tiba tempat biasa yang 24 tahun dulu tidak sesak sekarang sesak.

Lepas ini apa isunya? Selipar atau nasib peniaga kecil Melayu? Orang India Kg Buah Pala di Penang dah kena getah, kini orang Melayu pula, bagaimana pula orang Cina? Rasanya takkan kena kot.

Kenapa orang Melayu tak mahu bersatu bila Islam dihina dan nasib bangsa dipertikaikan? Sammy Vellu memihak kepada hindu dalam isu kuil di Selangor, tapi Tuan Guru Nik Aziz kata tak apa DAP hina Islam.

Kenapa?

Saturday, September 5, 2009

IT IS HER (LINA JOY) RIGHTS: ANWAR

video
"It is her (Lina Joy) rights", anwar.

Apa yang dicari oleh mubaligh dan pendakwah agama lain di Malaysia lewat ini ialah pengiktirafan atau pengesahan. Isu penggunaan nama ALLAH di gereja, missionary dan murtad bukanlah isu baru, ia berlaku, cuma underground.

Mereka mahu buang istilah underground itu dan menukar kepada rasmi dan sah, kerajaan BN tidak mahu memberikan status itu demi menjaga kesucian Islam dan keharmonian kaum. Maka mubaligh dan pendakwah ini berpindah sokongan kepada sesiapa yang mampu memberikan pengiktirafan dan status sah ini.

Human rights adalah pembohongan ciptaan yahudi. Alam dan manusia dicipta, dimiliki dan ditadbir oleh ALLAH SWT maka ALLAH rights yang berhak diutamakan. Jika manusia mahu menegakkan human rights maka carilah alam lain yang dicipta dan dimiliki oleh manusia sendiri.

****

HUKUM ORANG YANG MURTAD
Ustaz Hj Shamsuri Hj Ahmad,
10/7/00 Mesjid Sungai Rambai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Kitab: Bahzul Mazi Jilid 10, Ms 191 Bab Murtad

Mukadimmah:
Matlamat Hukum Islam ialah
1. memelihara Agama
2. memelihara Nyawa
3. memelihara Harta
4. memelihara Keturunan
5. memelihara Akal.

Jadi, ugama menjatuhkan mati kepada orang yang menghinakan agama untuk memelihara Agama. Murtad itu menghina agama, yakni meninggalkan islam untuk pergi ke ugama lain.

Murtad samada orang asal Islam yang menjadi kafir atau orang asal kafir yang masuk Islam kemudian kembali menjadi kafir.

Siapa orang murtad- orang yang memutuskan pengekalan Islam dgn beberapa jalan kerana ke ugama lain atau tak mahu ugama Islam lagi. Mungkin dia berpendapat ugama hanya diperlukan oleh orang miskin- berdoa untuk memohon kesenangan.

Wallahu'alam. [RUJUK]

Friday, September 4, 2009

UMNO BN SATU PROVOKASI

600 anggota BN Perak sertai PKR

"Kebanyakan mereka daripada MCA dari Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Gopeng, Tambun, Kampar, Taiping dan Lumut," katanya pada sidang media di pejabat PKR Perak di sini hari ini. [sinarharian]

"Kekuatan itu ada pada jama'ah (yang bersatu)"

Mengajak satu pihak bersatu dan memecahkan satu pihak lagi itulah perjudian pengkhianat bangsa.

Ungkapan UMNO BN dari pengkhianat bangsa adalah satu ungkapan provokasi kepada kaum bukan Melayu untuk mengajak mereka menentang ketuanan Melayu. Ungkapan ini ialah cubaan meragukan kaum bukan Melayu terhadap perkongsian kuasa dalam BN yang ditunjangi kaum Melayu. Ungkapan ini selari dengan kempen DAP Penang , undi BN bermakna undi Melayu.

Apakah motifnya ungkapan UMNO BN jika tidak ditujukan kepada bukan Melayu supaya keluar menentang ketuanan Melayu. Untuk apa menentang ketuanan Melayu? Supaya menyokong ketuanan indidvidu. Menyedari hakikat tidak mendapat sokongan Melayu, strategi khianat ini digunakan.

Akibat terlalu emosi demi mengejar cita-cita perpaduan Melayu digadaikan. Penubuhan parti baru untuk Melayu tidak lain dan tidak bukan untuk memecahkan undi Melayu. Bila undi melayu tidak lagi majoriti maka undi bukan Melayu menjadi vital.

Memang pada awalnya bangsa lain akan memberikannya jawatan PM tetapi apa akan berlaku selepas PM itu berundur?

Apakah ini tidak cukup sebagai bukti yang dia pengkhianat bangsa?

Thursday, September 3, 2009

ANWAR TERKEJUT?


Pendakwa Tangguh Lagi!
By Anwar Ibrahim

Kegagalan pihak pendakwa untuk menyediakan sijil berkaitan hari ini menyebabkan perbicaraan ditunda ke tarikh 3hb November 2009. Tidaklah mengejutkan pula sekurang-kurangnya buat saya apabila pendakwa memohon penangguhan atas alasan rayuan mereka menolak keputusan hakim menyerahkan sebahagian dokumen. [blog anwar]


Tanda seru? Anwar terkejut? Terkejut sebab pendakwaan tangguh?

Kah kah kah Kah kah kah Kah kah kah

Kah kah kah Kah kah kah Kah kah kah

Kah kah kah Kah kah kah Kah kah kah


Tak paus hati dengan SPR pasal ADUN Kota Seputeh anwar suruh Ust Azizan bawa ke Mahkamah. Tapi anwar pula lari dari mahkamah.

Democracy, Justice, Human rights... huh Saiful ajak ke mahkamah cabuttt!!!

Sekarang mau pusing cerita konon orang lain yang buat kes tu tertangguh.

Memang Sivaji de boss.

JANJI KEBEBASAN YANG DIPERSOAL

stop, look, listen before you cross

Priest: Bring down wall on religious freedom

KOTA KINABALU – A Catholic prelate here has expressed the hope that the government of Malaysia would pay greater attention to religious freedom and allow all religions to have equal opportunities to propagate their respective faith. [RUJUK]

Melayu itu di definasikan sebagai berbudaya Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam. Jadi ketuanan Melayu ialah ketuanan budaya Melayu, bahasa Melayu dan ketuanan Agama Islam, manakala budaya, bahasa dan agama bangsa lain bebas diamalkan. Kerana ketuanan Melayu, Islam menjadi agama rasmi lalu mempunyai hak untuk berdakwah secara terbuka melalui media rasmi.

Apa pula ketuanan Rakyat yang dilaung-laungkan pakatan pembangkang ini? Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan budaya, bahasa dan agama yang unik berbeza mengikut kaum. Adakah ketuanan rakyat ini bermaksud ketuanan budaya, bahasa dan agama semua bangsa?

DSAI mungkin berjanji kepada orang miskin bahawa ketuanan rakyat ialah hak samarata dalam ekonomi tetapi bagaimana pula janjinya dalam bab agama kepada penganut lain? Gerakan DSAI yang mencurigakan bila kenyataannya nama ALLAH boleh diguna pakai di gereja.

Orang Melayu boleh bertolak ansur dalam budaya dan bahasa asing tetapi bagaimana pula agama asing? "Sesungguhnya agama yang diakui disisi ALLAH ialah Islam"- Ali-Imran: 19. Adakah semua agama akan dibenarkan berdakwah kemudian dari segi penerimaan self regulation macam kes beer di Selangor? Sedangkan control pun ada yang tersasar.

Persoalan sebelum pangkah.

Tuesday, September 1, 2009

AMBANG PRK MINYAK NAIK


Khabar angin bertiup akan berlaku satu lagi PRK. Ambang hari raya dan PRK tersebut kerajaan telah bertindak menaikkan harga petrol, yang seterusnya akan diambil kesempatan oleh puak kapitalis menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Jika PRK itu betul berlaku maka BN sekali lagi akan jadi lauk dalam propaganda DAP PAKATAN.

Suatu waktu dulu orang Melayu yang tidak berpuas hati dengan gomen of the day akan memangkah satu lagi parti Melayu untuk menyatakan protes mereka. Namun kini parti itu pun sudah menjadi buruh untuk Lim and Singh Bhd, yang berpengaruh dalam parti itu diangkat jadi pengeluar kenyataan DAP boleh hina Islam, jatuhkan hukum ajaran sesat bagi orang Islam yang menentang pembinaan kuil di kawasan Melayu dan menjalankan kempen kesedaran arak haram kepada masyarakat Melayu supaya tiada halangan DAP ingin menjual beer di kawasan majoriti Melayu, bagi ahli biasa mereka menjalankan tugas seperti baring atas jalan, membuat rusuhan di kawasan peniaga kecil Melayu dan meramaikan ceramah membenci sesama Islam.

Terima kasih kepada pengkianat bangsa kini orang Melayu tiada pilihan lagi. Dari pangkah DAP PAKATAN baik pangkah UMNO BN, baik hilang Singapura dari hilang seluruh Malaysia. Memang benar pandangan pembaca yang boleh disimpulkan sebagai, pemimpin BN terikut rentak pengkianat bangsa yang mempertaruhkan masa depan bangsanya demi cita-cita politik. Ghairah meliberalisasi hak-hak kaum bumi untuk memenangi hati kaum lain walhal boleh menurunkan harga minyak dan barang kawalan untuk memenangi hati semua rakyat tanpa mengira kaum dan paling penting tidak menyentuh bahagian kek Melayu.

Anda mampu bagaimana pula yang tidak?

Popular Posts 30