Followers

Friday, October 30, 2009

BONGKAK BAWA PADAH

Satu Umno pun gagal, jangan cakap Satu Malaysia

"Dalam Umno pun (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) gagal mewujudkan Satu Umno, tidak perlu cakaplah tentang Satu Malaysia," katanya mengulas tindakan ahli-ahli Umno di Perlis yang bertindak keluar dari parti itu dan menyertai menyertai pembangkang.- Dato' Mahfuz 21 Mei.







Cabul mulut Mahfuz lihat sajalah apa yang berlaku kepada PKR dan PAS hari ni kalah ribut grig heh heh heh.

Thursday, October 29, 2009

MEREKA MASIH WARAS


Pada 26 Oktober 2009 berlansung satu pertemuan tertutup bloggers dan Dato' Hassan Ali di kediaman beliau di TTDI, dihadiri bloggers tersohor seperti albanjari Online [ABO] diwakili oleh Ustaz MRK albanjari, penolong editor blog ABO, MSO, Azizi Abdullah, Ahmad Lutfi, Mohd Hanif, Kamarul Hisham, Yamin Yahya, Roslan SMS, alBrangi dan beberapa bloggers pro BN.

Walaupun terdapat pertikaman dalam laporan yang mereka siarkan namun kedua pihak dinamakan Papa GOMO pro BN dan ABO (al-banjiri online) ahli PAS seumur hidup, telah mempersetujui tiga point di bawah sahih dan telah disampaikan pada malam itu.

1. Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah dibincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas namun Tok Guru Nik Aziz tiada dalam perbincangan ini.

2. Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Diketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.

3. Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas.


Menyorot laporan di atas bisa saya ungkapkan yang PAS masih tersembunyi di hati mereka Islam sebagai wadah perjuangan. Walaupun apa yang kita nampak kebelakangan ini PAS seolah-olah lebih pentingkan kuasa dan lari dari perjuangan asal mereka.

Walaupun kerajaan perpaduan yang menjadi isu jangan kita buta dari melihat apa yang tersirat di balik cadangan itu. Cadangan tersebut tidak lain mengkehadapankan kepentingan agama dan bangsa yang kian diperlekeh dan dipijak-pijak.

Menjadi tanda tanya juga pada mulanya bagaimana PAS boleh bersetongkol dengan puak-puak ini:




dan akan terus menjadi tanda tanya jika PAS tidak bertindak segera.

Biar mati anak jangan mati adat

Wednesday, October 28, 2009

KRISIS PAS AKIBAT BISIKAN HALUS - DR ASRI


Dr Asri ulas krisis dalaman PAS

BEKAS Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berpendapat krisis dalaman PAS kini amat berkait dengan ‘bisikan halus’ yang dibisikkan oleh pihak tertentu kepada ‘telinga’ di kalangan pemimpin utama PAS.

Bisikan ini, katanya, datang dari satu pihak yang mempunyai kepentingan atau agenda tersendiri dan mempengaruhi pihak-pihak tertentu.

‘Pembisik’ itu, menurut Dr Asri, hanya menumpukan perhatian kepada agenda politiknya sahaja.

Jika dalam sejarahnya, pihak pembisik ini pernah hampir merebahkan parti lain, maka tidak mustahil ia akan berlaku kepada PAS.

Namun krisis kali ini, menurut pengamatan beliau, agak serius. [RUJUK]

Karya saudara Jeffry (gambar) di atas muncul pada 16 September 2009 sebulan lebih awal daripada krisis PAS seolah-olah meramalkan apa yang akan berlaku dalam PAS hari ini.

PAS bertukar arah dari perjuangan sucinya, Negara Islam ke Negara Berkebajikan juga adalah disebabkan bisikan halus ini. Akibat yang ditanggung PAS juga amat tinggi. Kredibiliti mereka hilang, lihat sahajalah bagaimana mereka diperlakukan di Penang, Perak, Selangor hatta Kedah. Kini di ambang perpecahan.

Penang, licik, PAS mampu menduduki dua kerusi tapi tinggal satu akibatnya jadi tunggul. Perak, MB boneka namun diselamatkan daripada dimalukan. Selangor, jilat ludah sendiri, kalau dulunya perjuangan mahu menghapuskan kilang arak, menentang maksiat, kini menghalang jualan arak di kawasan majoriti melayu pun tidak mampu, begitu juga menghalang konsert ditentang orang sendiri. Kedah meskipun majoriti namun satu kerusi DAP mampu menggegarkan pemerintahan Ust Azizan, begitu juga kelicikan mereka menambah kerusi bukan Islam dalam exco apabila adun Lunas kembali ke pangkuan rakyat.

Perkembangan terbaru di dalam PAS kini mungkin satu rahmat atau malapetaka terletak di atas tangan ahli-ahlinya, hancurkan erdogan naikkan ulama' atau sebaliknya.

Min sharril waswa silkhannas

Tuesday, October 27, 2009

AMAH YANG DIBOTAKKAN, DIPUKUL, DIIKAT DAN DIKURUNG MAJIKAN MENINGGAL DUNIA


Pembantu rumah Indonesia didera meninggal dunia

Mangsa dikenali sebagai Mantik Hani, 36, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, sejak dimasukkan ke hospital itu Selasa lepas.

Couple held over maid abuse

KLANG: The maid, Mantik Hani, 36, of Surabaya, was found locked and bound in a bathroom by his (the employer) cleaner, an Indonesian, at 3pm the day before. [NST]

Kes-kes dahulu:

Kuala Lumpur - Hau Yuan Tyung alias Michelle, wanita Malaysia yang menyiksa Siti Hajar (gambar) asal Garut, Jawa Barat, bisa diancam hukuman penjara 20 tahun jika terbukti bersalah. Janda beranak dua itu didakwa dengan tiga dakwaan melukai Siti Hajar, pembantu rumah tangganya.

Atas dakwaan itu, Michelle mengaku tak bersalah. Demikian disampaikan pengacara Michelle, M. Manoharan seperti dilansir kantor berita AFP, Kamis (18/6/2009).

"Klien saya mengaku tak bersalah," kata Manoharan. [RUJUK]

Kuala Lumpur - Majikan dan terdakwa penyiksa pembantu rumah tangga Nirmala Bonat (gambar), Yim Pek Ha (40) divonis 18 tahun penjara oleh Pengadilan Negeri Kuala Lumpur. Dalam persidangan yang dipimpin oleh Hakim Akhtar bin Thahir itu, Yim terbukti telah melakukan tiga bentuk penyiksaan terhadap pembantu asal Kupang, Nusa Tenggara Timur tersebut. [RUJUK]


"The dead cannot cry out for justice, it is a duty of the living to do so for them", Lois McMaster Bujold.

When TBH was found dead near MACC, DAP take the lead to accuse MACC even before the police begin their investigation.

The call over RC drowned reason and justice procedure. This did not happen to Kugan, Ganesan, Nirmala Bonat, Siti hajar and those before them.

If they want to talk about racist, better check their own back yard first.

Bercakap tentang kemanusiaan :' /

Monday, October 26, 2009

KEJI PAKATAN HINA RAKYAT


The Prime Minister-cum-Finance Minister, Datuk Seri Najib Razak could not have a more disastrous end for his two-hour long speech for his first budget for 2010 in Parliament on Friday, as he said: “Our recent success in Bagan Pinang has sparked our zeal to embark on this journey of transformation to lift our beloved nation to greater heights.”

Najib’s last two sentences in his speech were virtually drowned in the shouts by Pakatan Rakyat MPs with their spontaneous chant of “Rasuah” – which was a dubious parliamentary record in the past five decades, not only for a maiden budget speech but also for any budget presentation by former Finance Ministers. [LKS]

Tatkala DS Najib menzahirkan kegembiraannya atas kebijaksanaan rakyat memilih BN pada PRK Bagan Pinang, seluruh MP PAKATAN menjerit "rasuah-rasuah". Perkataan itu jelas adalah satu penghinaan dilemparkan kepada pemilih-pemilih di DUN Bagan Pinang.

Apakah definisi rakyat bagi pemimpin PAKATAN ini? Adakah hanya mereka-mereka yang menyokong PAKATAN sahaja dianggap rakyat? Bukanlah ahli-ahli BN sahaja yang mengundi di DUN Bagan Pinang malahan turut disertai rakyat yang tidak berparti.

BN menang diseluruh saluran di Bagan Pinang. Kemenangan mutlak milik BN, undi pos pun tidak dapat dijadikan alasan kemenangan kerana majoriti BN jauh meninggalkan PAKATAN. Pengundi muda juga jelas bersama BN begitu juga dengan golongan pekerja menidakkan dakwaan PAKATAN selama ini.

PAKATAN tidak menghormati suara rakyat harusnya tidak layak membawa nama rakyat.


Sunday, October 25, 2009

EGM: NAFI TOK GURU TULIS, LAWAK PAS

EGM: Kenyataan ketua dewan ulamak PAS

"Setakat ini saya masih tidak percaya yang Tok Guru Nik Aziz buat kenyataan seperti itu. Saya belum tengok lagi Tok Guru kata, cuma nak soal siapa tulis? Katanya datang dari blog Tok Guru tapi siapa tulis saya tak tahu. Saya baca, tapi saya tak dapat mengesah Tok Guru kata atau siapa kata dan saya tidak percaya Tok Guru kata. Tok Guru takkanlah keluar kenyataan seperti itu dengan tidak ada alasan yang kukuh? Saya rasa bukan Tok Guru... siapa-siapa boleh tulis dalam blog Tok Guru, ini zaman canggih." [RUJUK]


Lawak apakah ini, ini blog saya, initial kat bawah pun nama saya, tapi bukan saya tulis.

2. "Siapa-siapa boleh tulis dalam blog Tok guru". Pulak? Tak kan Ronnie liu yang tulis, atau Elizabeth Wong. Kalau siapa-siapa boleh tulis, bukan blog Tok Guru namanya dan kenapa letak nama Tok Guru di bawah setiap post? Letak la nama blog umum PAS, sesiapa yang tulis letak nama sendiri.

3. Kalau ia pun orang lain yang tulis, sepatutnya melalui Tok Guru juga untuk diapprove atau tidak sebab akan memakai namanya dan di post di blognya.

4. Kalau sumber dari Utusan boleh putar lagi, ni sumber sendiri pun nak putar juga?!

5. Sama kes blog DAPSY Loke Siew Fook yang hina Ust Ridzuan T dulu. Terang-terang dia tulis, lepas tu delete dan nafi bukan blog dia. Apa ni pemimpin PAKATAN?

Dah lepas 24 jam Tok Guru tak nafi pun?

Saturday, October 24, 2009

EGM PAS UNTUK TAIKO?


Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni? -[RUJUK]

Nik Aziz bersetuju dengan sebagian saranan Aziz Bari yang mana beliau menamakan beberapa pemimpin 'bermasalah' dalam PAS seperti Dr Hassan Ali, Hj Hadi Awang dan Ust Nasharudin yang patut diambil tindakan.

Apakah definisi bermasalah itu cuba kita renungkan, Hj Hadi, Mustafa Ali, Ust Nasha adalah pelopor dan penyokong idea kerajaan perpaduan. Kerajaan Perpaduan yang menyarankan orang Melayu bersatu demi Islam dan kepentingan orang Melayu sememangnya menggerunkan DAP. Bukanlah kerana bila orang Melayu kuat bangsa lain akan teraniaya tetapi lebih kepada menghalang cita-cita kecinaan DAP di Malaysia.

Dr Hassan Ali menjadi masyhur kerana keberaniannya menentang penjualan arak di kawasan majoriti orang Melayu (bukan di seluruh negeri), dan juga membela pegawai-pegawai kerajaan daripada menjadi mangsa dimalukan SelCAT. Tindakan Dr Hassan Ali itu menimbulkan ketidak-senangan beberapa pemimpin DAP seperti Ronnie Liu, dan juga speaker Teng Chang Khim.

Sekarang kita menjadi pelik kenapa mereka-mereka ini dianggap bermasalah oleh orang Melayu iaitu Tok Nik sendiri? Adakah kerna satu, mahukan orang Melayu dan agama Islam kuat, dua, berani terhadap DAP? Adakah Tok Nik mahu PAS menjadi parti tanpa suara dalam PAKATAN? Tidak mustahil kerna Tok Nik sendiri bersikap lembut apabila Islam dihina DAP.

Semua nama-nama yang disebutkan tersebut menyusahkan DAP secara lansung atau tidak lansung.

I'VE LOST A FREN THAT I'VE NEVER MAKE FRENS WITH


Lelah hati yg tak kau lihat
andai saja dapat kau rasakan letihnya jiwaku karna sifatmu
Indah cinta yg kau berikan
kini tiada lagi ku dapatkan teduhnya jiwa

baiknya ku pergi tinggalkan dirimu
sejauh mungkin utk melupakan
Dirimu yg slalu tak pedulikanku
yg mencintaimu yg menyayangimu

Bila saat nanti aku jauh
ku harap kau mengerti
ku harap kau fahami


The lyric above was posted on her fs wall. As if she's telling someone of something that herself was too, ignorance.

Last nite i checked my friendster account answering the new besday msg, then i was shocked to find out a girl that i usually wish her besday every year since 2004, had gone 4ever, for a year now, moga rohnya dicucuri rahmat.

luckily she automated the post comment. her friend post, "to all sis xxx friends, sis xxx has passed away 2 days before eidul firi 2008, she met w an accident".

i was in ignorance for a year that she had gone. but thru her fs i could read that she had plans for her future. The lyric above was posted on her fs wall. As if she's telling someone of something that herself was too, ignorance. She died on 28/9 while her besday is on 28/10.

We came into cyber contact 5 years ago when i noticed that we are from the same uni, so i send a fren request and she accepted. we never met in real life nor in our uni days even thou may be we might bump into each other once. most of our msgs was besday wishes.

i cannot shake off the feeling of eerie that her fs still live on sending msgs of her birthday each year, and if not because of she automated the approval of comment, her friend could not made known to others of her deceased, may be a lot of people n cyber frens will still msging her and 'fren requesting' her as if she's still here.

Al-Fatihah

Friday, October 23, 2009

SAYAP PARTI SYOK SENDIRI


PAS cadang jadikan kelab penyokong bukan Islam sebagai sayap parti

KUALA TERENGGANU: PAS bercadang menjadikan kelab penyokong PAS yang disertai oleh orang bukan Islam sebagai salah satu sayap parti untuk memantapkan lagi parti itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sokongan dari kalangan bukan Islam terhadap parti itu dilihat semakin meningkat dan ia dibuktikan dengan kesungguhan mereka dalam membantu jentera parti dalam menghadapi beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. [RUJUK]

"Para pemimpin PAS janganlah menjadikan diri mereka sebagai 'Pelawak Sarkas' yang hanya menjadi bahan untuk orang lain mengaut keuntungan, sedang mereka hanya hanyut dalam tepukan. PAS kini telah sedia diperalatkan oleh golongan pelampau yang bencikan Islam dan bangsa melayu serta mahu segala Hak Keistimewaan Orang Melayu dihapuskan", anwar 1987.

Kesungguhan mereka itu bersebab, dan semestinya sebab itu bukan kerana tertarik dengan perjuangan PAS, sebaliknya kerana PAS akan memantapkan dominant DAP. Sebab-sebab itu dinyatakan di bawah:

What about PAS?

Much has been said about PAS’ Islamic agenda clashing with DAP’s secular agenda. PAS will always try to advance its Islamic agenda as this is its raison d’etre.

But PAS has a strong sense of social justice which is attractive to many Malaysians including the non-Muslims. The way to accommodate PAS is not to deny it its Islamic agenda but instead to allow the party to express its religious concerns and wish-list. Strictly of course on the understanding that these cannot be implemented at will or without consensus in multi-racial Malaysia.

Hence jumping on PAS for advocating Hudud law is not the way. It is an idealism which PAS works towards but it is impossible for PAS to implement even if PR wins Federal power as the Islamic party can never get enough seats by itself to change the Constitution.

As a side-note, do you, as a minority, trust DAP and PKR more to defend your religious rights against an aggressive PAS than the MCA and MIC to defend these same rights against a dominant Umno?

PAS will be committed because it needs PR as much as PR needs it. Without PR, PAS will revert to a localised rural Malay party except in Kelantan and PR needs PAS to battle Umno in the Malay heartlands. [RUJUK]

Cannot be implemented, impossible to implement itu saja diulangnya, jadi bukanlah tujuannya menyokong dan bersungguh membantu PAS kerana perjuangan PAS sebaliknya hendak mempergunakan PAS sahaja.

KERAJAAN DIGESA PINDA PERLEMBAGAAN

Kerajaan digesa pinda Perlembagaan

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa meminda segera beberapa Artikel dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memperjelaskan beberapa isu termasuk soal status negara yang mengamalkan dwi-sistem (sistem perundangan hybrid) dan bukannya sebuah negara sekular seperti yang didakwa beberapa pihak.

Pindaan ke atas Perlembagaan juga perlu dibuat bagi mewujudkan garis perbezaan antara Perlembagaan sebagai undang-undang utama Persekutuan dengan pelaksanaan undang-undang dan syariat Islam.

Desakan itu antara 24 senarai rang undang-undang persendirian yang dikemukakan Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Noordin yang tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat yang bersidang kini.

Zulkifli berkata, Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi memastikan fakta mengenai kedudukan agama Islam tidak lagi diputar belit golongan tertentu untuk menggambarkan Malaysia kononnya negara sekular.

Beliau menyarankan supaya perkataan 'Islam adalah agama bagi Persekutuan termasuk dari segi undang-undang dan syariatnya' ditambah bagi menepis keraguan mengenai kedudukan status negara.

“Hakikatnya, Malaysia buka negara sekular tetapi negara yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, maka dengan pindaan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan seperti yang dicadangkan akan memperjelaskan perihal kedudukan status negara ini tanpa sebarang keraguan lagi,” katanya.

Beliau berkata Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan pula perlu dipinda bagi menambah perkataan 'Perlembagaan adalah undang-undang utama Persekutuan dan kecuali undang-undang dan syariat Islam, apa-apa undang-undang yang diluluskan berlawanan dengannya hendaklah terbatal setakat ia berlawanan itu'.

“Dewan perlu mengambil maklum bahawa banyak keadaan di mana hukum syarak’ syariat Islam telah terbatal dan atau tidak dapat dilaksanakan kerana Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan ini meletakkan undang-undang negara mengatasi semua undang-undang dan peraturan lain.

“Ini termasuk undang-undang dan syariat Islam seperti pengharaman pemakaian serban di sekolah kebangsaan, pemakaian purdah dan jilbab di jabatan kerajaan, pelaksanaan Undang-undang Syarak seperti khalwat, zina, qazaf yang bercanggah dengan hukum syarak dan lain-lain,” katanya.

Turut dicadang untuk dipinda ialah Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan mengenai soal pertukaran agama bagi orang Islam. - Bernama [RUJUK]

Thursday, October 22, 2009

TBH: PENETRATION OF THE ANUS?!


Teoh inquest: 80pc chance of homicide, says Thai expert

SHAH ALAM: Testifying at the inquest into Teoh’s death, Dr Pornthip said that not all injuries on the body were consistent with a fall from a height.

She said that marks around his neck could mean that he was strangled, while the injury to his anus was caused by penetration with an object before his fall.

His skull fracture was not typical of an injury from a fall but was more compatible with blunt force being applied directly to the skull, she said. [STAR]
****

Turkish embassy KL:

A: Penetration of the anus?! Shut the gate! shut the gate!

B: Relax, it's not him, impossible!

A: Oh I just got carried away.

B: But this finding sure got someone uneasy.

It's getting hotter

Wednesday, October 21, 2009

RPK MENYATAKAN VISI DAN MISI PAKATAN

Mengapa Pakatan Perak dijatuhkan?

Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan disingkir di Perak. [RUJUK]

Dalam salah satu siri forum dialog antara agama yang diadakan semasa di Universiti dahulu menjemput seorang paderi menceritakan perkembangan agama kristian di tanah Melayu. Seorang penuntut luar negara (foreign student) bertanya kenapa penyebaran agama kristian hanya berlaku kepada orang bukan Melayu, tidak kepada orang Melayu? Lalu di jawab oleh paderi tadi kerana penjanjian penjajah dengan raja mereka (Raja-raja Melayu). Jasa raja Melayu.

Raja payung Islam. Askar dan polis tidak lagi memakai keris sebagai senjata untuk menangkap penjahat namun keris tetap tersemat di jiwa orang Melayu sebagai salah satu simbol Melayu. Begitulah jua institusi raja yang sekarang tidak banyak memainkan peranan dalam pentadbiran namun tetap penting dan yang paling penting, institusi raja ialah lambang Melayu dan payung Islam di Malaysia.

Membaca tulisan RPK di atas jelas menyuarakan misi PAKATAN yang sebenar, misi komunisme dan misi menyah-Melayukan Malaysia. Mereka sudah mula menanam dan menghembuskan api kemarahan rakyat terhadap institusi raja-raja Melayu. Ini semua adalah langkah-langkah awal membuang bukti-bukti ketuanan Melayu di Malaysia bagi meneruskan gagasan Malaysian Malaysia. Bukti siapa datang dahulu boleh didebatkan namun bangsa mana yang mendirikan kerajaan dahulu adalah jelas justeru menjadi penghalang usaha mereka itu.

Daulat tuaku!

Tuesday, October 20, 2009

TINGGAL DENGAN KAMBING DI NEGERI BERKEBAJIKAN

Sedih lihat warga emas tinggal bersama kambing

BALING: “Saya sedih dan tidak dapat bayangkan ada manusia yang terlalu daif sehingga terpaksa tinggal sebumbung dengan kambing,” kata Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Baling, Noor Azman Ramli, mengenai nasib warga emas, Ahmad Jusuff, 69, yang menjadikan kandang kambing sebagai rumahnya di Kuala Samak, Kuala Ketil, Kedah.

Noor Azman berkata, kisah warga emas itu yang disiarkan akhbar ini Selasa lalu perlu diambil perhatian dan iktibar supaya tidak ada lagi manusia yang menempuhi kesengsaraan sama.

“Pihak bertanggungjawab tidak harus terus membiarkan keadaan hidupnya terumbang-ambing sedangkan pelbagai cara untuk membantu warga emas itu supaya tidak tersisih dan tinggal di tempat tinggal yang lebih selesa,” katanya ketika melawat Ahmad di Kampung Kuala Samak, Kuala Ketil, dekat sini, semalam. [RUJUK]

Kearah negara berkebajikan... mbekkk =O

Saturday, October 17, 2009

DEEPAVALI GREETINGS FROM KG BUAH PALA


"If only I voted the right party last GE I would be at my own home now preparing for the big day" says Rama gloomily while shaking his head as usual. He cannot put out the feeling of being cheated. 51 years and why did he make that mistake on the 52nd years on the twelfth GE. Regretfully, why did he believe anwar, Rayer and Lim's family he just couldn't recall.

He just felt grosser reading Lim Kit Siang call over equality and justice. He vomited every time Kit Siang repeats the quote 'regardless of race, religion and culture'. How come when come to TBH death Lim's family are among the front stager who demand justice while in the case of Kg. Buah Pala Lim is full of hidden agendas from preventing the villagers to be represented by lawyer to not disclosing the state executive council minutes. "Transparency my arse" shaking his head.

Rama and his family are now staying with their relative. He just despises anwar, Rayer, Lim's family and the whole PAKATAN's pack. "How dare those culprits, they comes and scares us, after we gave them our vote, it took them only 17 months to send us away" says Rama.

Well, mistake been made but regret is not an option, make sure they pay next GE. 1Malaysia.


Thursday, October 15, 2009

LKS PERSOAL 1 MALAYSIA

The twelfth vote: Kg Buah Pala in memory

Are Najib, Muhyiddin and Umno leaders prepared to pledge that they are “Malaysian first, Malay second” in keeping with the 1Malaysia slogan?

the first test of whether Najib, Muhyiddin and the Umno leaders are serious about 1Malaysia policy is whether they are prepared to set the example of being “Malaysian first, Malay second” for everyone to be Malaysian first and Malay, Chinese, Indian, Kadazan or Iban second? [LKS]

The first test for DAP in nation building is Kg Buah Pala and they've failed.

Is it Malaysian Malaysia or Chinese Malaysia?

I lied to those good people but I wont resign.

Monday, October 12, 2009

ANWAR KALAH TERUK



Mohd Isa menang dengan majoriti 5,435 undi, selepas memperolehi 8,013 undi manakala lawannya daripada PAS, Zulkefly Mohamad Omar memperolehi 2,578 undi.

Jumlah itu lebih besar daripada majoriti 2,333 undi yang diperolehi BN pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu. [Mstar]

Meskipun tiada bini orang diusung asakkan daripada samseng dan fitnah berupa wang palsu, pukul diri sendiri dan provokasi undi pos meleset

Tahniah kepada Tan Sri Isa Samad atas kemenangan dalam Pilihanraya Kecil DUN Bangan Pinang hari ini.

Meskipun tiada bini orang diusung asakkan daripada samseng dan fitnah berupa wang palsu, pukul diri sendiri dan provokasi undi pos ternyata meleset, jelas kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik si kitol acuan pimpinan PAKATAN.

Kemenangan dengan majoriti DUA KALI GANDA ini ternyata menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap BARISAN NASIONAL, juga hasrat mereka yang sentiasa bergelora mahukan Keamanan dan melihat masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Padan muka anwar.

APA! rakyat sudah bangkit...

Sunday, October 11, 2009

LIARS UNMASKED SELEPAS PAKATAN DIDAFTAR


Pakatan Rakyat will seek registration as a coalition under the Societies Act with the stand of the Registrar of Societies that the law requiring at least seven political parties to register as a society does not apply ~ LKS

Ramai yang menunggu PAKATAN mendaftar. Paling ditunggu ialah sistem mana yang akan digunakan? Islam, politik suku agama suku atau sekular.

Ramai yang sanggup masuk penjara dan ada yang gadai nyawa kerana percaya puak ini memperjuangkan sistem Islam untuk diguna pakai di Malaysia.

Jika sistem Islam tidak diguna pakai maka ada penipu besar selama ini. Maka sia-sia lah orang yang meringkuk dalam penjara dan gadai nyawa kerana mereka itu.

Sama-sama kita tunggu rupa sebenar mereka

Saturday, October 10, 2009

EIDUL FITRI SAAT BERSAMA YANG TERPENTING

PuuutTT!

Anwar mulai panik disindir media Yahudi

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Bekas pembantu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan (gambar) berkata, bekas majikannya itu mulai panik apabila media milik Yahudi mulai menyindirnya.

Katanya, sebuah majalah milik Yahudi, The Economist baru-baru ini menggelar Anwar sebagai Malaysia's Chameleon atau Sesumpah Malaysia apabila gagal menarik sokongan umat Islam terhadap Amerika Syarikat (AS).

"Amerika mengharapkan beliau membawa dan mengekalkan imej Islamik (bagi menarik sokongan masyarakat Islam terhadap AS) namun yang terjadi sebaliknya.

"Kini, dikhabarkan beliau (Anwar) sedang cuba meyakinkan mereka (AS) kembali serta memohon pertolongan daripada mereka untuk kes moralnya, buat kali kedua," katanya dalam blognya, http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Anwar kini berhadapan dengan tuduhan meliwat Mohd. Saiful namun kes tersebut masih tertangguh sehingga kini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kini dilaporkan masih berada di AS sejak beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu untuk bertemu dengan beberapa pemimpin di sana termasuk bekas Naib Presiden negara itu, Al Gore. [RUJUK]

Eidul fitri kesempatan bersama yang terpenting dalam hidup seseorang insan. Selalunya muslimin dan muslimat yang berkemampuan akan bersama keluarga menghubungkan silaturrahim.

Susun atur insan-insan penting bermula dari mencium tangan ayah bonda atau melawat pusara mereka. Anak-anak mengambil kesempatan memohon ampun maaf kepada kedua ibu bapa, isteri kepada suami. Saling ziarah menziarahi jiran tetangga dan kaum keluarga menghubungkan kembali silaturrahim.

Seterusnya amalan rumah terbuka adalah peluang keemasan yang akan diambil peluang oleh sesiapa yang mampu untuk menganjurkannya dan tidak lepas peluang untuk sesiapa berkunjung. Suasana musim raya adalah terbaik untuk memohon maaf sesama insan tanpa rasa malu dan segan kerana zuk musim tersebut. Hirarki kepentingan insan terhadap seseorang insan lain boleh dilihat sendiri semasa musim perayaan itu.

'Prosperity burger' sayu bila terkenangkannya.

Thursday, October 8, 2009

BERKEMPEN BERSAMA VS MEMERINTAH BERSAMA

Pas sedia kaji Pakatan Rakyat didaftar: Nik Aziz

"Itu masalah teknikal dan boleh dilakukan jika keadaan dan undang-undang memerlukan kita berbuat demikian," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini hari ini ketika diminta mengulas cadangan berkenaan yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagi membolehkan parti-parti pembangkang berkempen sebagai satu pakatan.

"Jadi, tidak timbul soal Pas tidak boleh bekerjasama dengan DAP kerana mempunyai dasar parti yang berlainan. Sekarang pun dah berkempen bersama, kita boleh buat itu, terserah pada kepimpinan pusat," katanya. [MStar]

Adakah boleh berkempen bersama bermakna boleh memerintah bersama tambahan masing-masing mahu sistem yang berlawanan (Islam vs sekular).

Monday, October 5, 2009

BP: TINGGALKAN PENYOKONG CHIN PENG

PAS yakin tentera bersama rakyat

BAGAN PINANG, 4 Okt: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yakin aanggota tentera yang akan mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang akan bersama-sama rakyat untuk mempertahankan negara ini dari serangan politik wang.
"Rakyat semakin berubah dan semakin berani menentang cengkaman kuasa mereka yang berkeras dengan rasuah dan politik wang.

"PAS yakin, anggota-anggota tentera pasti akan bersama-sama rakyat mempertahankan negara kita dari serangan rasuah dan politik wang," kata beliau yang juga pengarah pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut. [Hrkh]

Tentera memang bersama rakyat tapi mustahil bersama penyokong Chin Peng.

Saturday, October 3, 2009

AGENDA PAKATAN

Can the Pakatan govern?

Big brother

First of all, we have been conditioned by the eerie consensus of BN leaders to think that this sort of tight common consensus is the norm. In BN, Umno plays the role of big brother and what Umno does is beyond criticism by the component parties even if they disagree vehemently. And this is why they are now seen as subservient, an image that will be tough change.

For example, when former prime minister Dr Mahathir Mohamad declared Malaysia an Islamic state, where were the voices of the MCA and MIC? Where were they when Umno courted PAS with Malay unity talks?
****
Mereka tidak mahu orang Melayu berkuasa dan dominant walaupun negara ini majoritinya Melayu.


What about PAS?

Hence jumping on PAS for advocating Hudud law is not the way. It is an idealism which PAS works towards but it is impossible for PAS to implement even if PR wins Federal power as the Islamic party can never get enough seats by itself to change the Constitution.
****
PAS sering berkempen dengan modal Islam tetapi mereka sendiri tahu mereka tidak akan dapat mengamalkan sistem Islam bila mereka berkuasa bersama-sama PAKATAN nanti. Jadi kenapa masih menipu pengundi? Berkempenlah untuk PAKATAN bukan PAS (Dulu).


As a side-note, do you, as a minority, trust DAP and PKR more to defend your religious rights against an aggressive PAS than the MCA and MIC to defend these same rights against a dominant Umno?
****
Tak tahu anda perasan atau tidak siapa yang dapat mempertahankan Islam, UMNO atau PAS, tapi penulis ini jelas.


PAS will be committed because it needs PR as much as PR needs it. Without PR, PAS will revert to a localised rural Malay party except in Kelantan and PR needs PAS to battle Umno in the Malay heartlands. [BACA PENUH]
****
PAS sudah diikat kaki dan tangannya.


Look at the bigger picture

Friday, October 2, 2009

3M GANTI CAT

Perarakan hari kebangsaan China

Gerakan Pulau Pinang cadang ubah slogan 'CAT' kepada '3M'

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan berkata, slogan 'CAT' kerajaan negeri untuk 'cekap, bertanggungjawab dan telus' perlu diubah kepada '3M' iaitu 'merungut, menuduh dan memutar belit' berikutan kontroversi berhubung Kampung Buah Pala. [sinarharian]

Amat sesuai untuk PAKATAN seluruh negara diambil kira dari keupayaan pentadbiran PAKATAN di negeri-negeri yang dimenangi PRU lalu.

2. Tidak mampu memajukan negeri, tebang balak, balak nak habis minta minyak, nak cari pelabur sendiri malas sebab sibuk nak maki hamun.

3. Janji bulan dan bintang, menang terus jual sebab kelabu mata, rakyat marah tunding jari sana sini.

"Islam memberi hak kepada orang Islam dan bukan Islam. Sesuatu yang tidak dilarang oleh agama lain, jika PAS memerintah, maka PAS tidak akan haramkan," katanya (Hadi Awang).

"Tetapi, seperti babi, arak, rasuah, maksiat yang ditegah ke atas orang-orang Islam, maka tidak boleh dijual kepada orang Islam. PAS mahu mendidik umat Islam supaya menjauhinya," katanya lagi. [Hrkh]

4. Dulu janji nak hapuskan kilang arak, kilang terusss jangan buat main, rupa-rupanya nak halang jual di tempat Melayu pun tak mampu, tukar pula nak mendidik, lawak lah.

5. Nanti kalau menang, 5 tahun cari penyelesaian krisis dalaman tambah merungut, menuduh, memutar belit, pelanduk (rakyat) juga mati di tengah-tengah.

Thursday, October 1, 2009

PENANG SIKAP DOMINON DAP KETARA LAGI


Karpal desak Anwar jelas kekeliruan isu penggiliran Ketua Menteri Pulau Pinang

"DAP menggesa Anwar untuk memastikan pemimpin peringkat akar umbi PKR tidak mengeluarkan kenyataan politik seumpamanya pada masa hadapan," kata Karpal kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta berhubung kenyataan Mohd Yusmadi, yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau bahawa satu formula perlu dilaksanakan bagi membolehkan pemimpin daripada semua kaum dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. [Mstar]

Penang, dah berapa kali PKR kena grill, PAS menikus terus.

2. Formula yang akan menambat hati orang Melayu Penang dari PKR, namun kena langkah mayat DAP dulu.

Masih menunggu parti mana boleh jadikan impian Melayu Penang kenyataan?

Popular Posts 30