Followers

Monday, November 30, 2009

LGE DAHAGAKAN TANAH



'We (PERDA) did help the poor'
Friday, 20 November 2009 13:01
PENANG - He said Lim should cease making assumptions and hurling accusations at the agency without first checking the facts, adding that Lim made such accusations in an attempt to cover up the delay by the state government in approving an application for change of land status which the agency submitted more than a year ago. [MM]

Kuasai negeri ini dengan ownership dalam usaha mewujudkan republic of Penang. Portfolio tanah, penukaran status tanah pertanian ke perindustrian, leasehold kepada freehold, melengahkan kelulusan projek-projek PERDA dan bermacam lagi berkaitan dengan tanah dilakukan DAP sejak memenangi Penang.

LGE tidak senang dengan PERDA, kerana PERDA juga berkaitan tanah. LGE tidak mahu PERDA bersaing dalam memiliki tanah di Penang justeru melengah-lengahkan kelulusaan projek-projek PERDA. Takut rakyat terhidu, LGE bijak terlebih dahulu menyerang PERDA dengan peluru membela orang miskin.

Semalam LGE kena loteri, kerja beliau pasti lebih senang dan terlindung dari tujuan perkaumannya, apabila seorang Melayu bernama anwar turut serta dalam misi LGE untuk menghapuskan persaingan PERDA dalam ownership tanah di Penang. Dalam usaha mencalarkan imej PERDA, kali ini PERDA dituduh dengan lebih teruk iaitu menganiaya orang miskin.

Bila DAP, LGE dan anwar menggunakan isu membela orang miskin berkaitan tanah, bekas penduduk Kg Buah Pala pasti sakit hati!

Rujuk:




Allah selamatkan Penang, Ameen!

Saturday, November 28, 2009

KG BAGAN SERAI BAKAL JADI KG BUAH PALA?

Anwar Gesa Perda Jangan Tindas Penduduk Miskin
post info
By Anwar Ibrahim
Dari TV Selangor

Seramai 240 keluarga yang tinggal di Kampung Bagan Serai, Seberang Jaya bakal kehilangan rumah yang telah didiami sejak 100 tahun lalu setelah sebuah agensi kerajaan persekutuan bertindak mengambil-alih tanah kampung Melayu itu bagi tujuan pembangunan.

Para penduduk mengeluh apabila Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang enggan memberi pampasan setimpal kepada mereka. Apa yang lebih membimbangkan adalah penduduk tidak diberi sebarang hitam-putih.

Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim segera campur-tangan selepas menerima laporan berhubung kes ini. Ditemui semasa beliau mengadakan lawatan ke kampung tersebut, Anwar berkata kes ini akan dibawa ke peringkat atasan bagi memastikan kepentingan penduduk kampung tidak ditindas. [Blog anwar]




Mulia sungguh hati anwar. Kepada penduduk Kg Bagan Serai sebelum bermain dengan api, hayatilah video di atas dengan sebaik-baiknya. Ulang tanyanglah sebanyak mungkin supaya hadam anda dalam bahaya!

Berurusan dengan anwar samalah seperti lari dari mulut buaya masuk mulut naga. Perbincangan yang mungkin akan mengambil masa 30 tahun mungkin akan berkhir dengan 17 bulan sahaja dengan hasilnya menang jadi abu kalah jadi arang.

Berhati-hatilah sebelum nasi jadi bubur. Ini pernah berlaku!

Tuesday, November 24, 2009

ANWAR SIBUK PASAL SRI LANKA LUPA JAGA PTG PAUH



4 beradik ditinggal ibu tak terurus

PERMATANG PAUH: Empat beradik dari Permatang Tengah, Permatang Pauh, dekat sini, bukan saja hilang arah selepas ditinggalkan ibu setahun lalu, malah keadaan mereka juga tidak terurus berikutan dijaga bapa yang menghadapi masalah mental.

Empat beradik berkenaan sebelum ini menghuni rumah kosong di kampung itu atas keprihatinan penduduk yang simpati dengan nasib mereka yang bagaikan anak ayam kehilangan ibu.

Lebih malang lagi, empat beradik itu, Nur Nazirah, sembilan tahun, Nur Shamira, enam tahun, Nur Atirah, 4 tahun dan Ahmad Adina Aiman, tiga tahun tidak mempunyai sijil kelahiran. [RUJUK]

Anwar sibuk bidas kerajaan kerana bersikap acuh tak acuh berhadapan konflik melibatkan kaum tamil di Sri Lanka nu. [RUJUK]

2. Rupa-rupanya kain beliau sendiri terkoyak nampak spender, apabila kawasan beliau (Ptg Pauh) sendiri tidak terjaga.

Alamak! Termalu seh.

Monday, November 23, 2009

CHIN PENG AKAN BANTU PAS?


Bawa Chin Peng pulang; PAS Cadang Buat Referendum

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, berdasarkan perkembangan terbaru itu (permohonan maaf Chin Peng kerana membunuh orang awam), beliau menyarankan agar pihak kerajaan membuat satu referendum untuk rakyat menentukan sama ada permohonan maaf berkenaan boleh diterima dan sekaligus menerima kepulangan Chin Peng.

"Saya cadangkan agar kerajaan buat satu referendum atau pungutan suara untuk mengetahu keinginan sebenar rakyat."Kita sepatutnya serahkan kepada rakyat untuk buat keputusan mengenai isu ini... saya pasti kerajaan tentu bijak untuk mengendalikannya," kata beliau. [RUJUK]

Macamla Chin Peng balik nak bantu PAS tubuhkan negara Islam.

2. DAP dari semasa ke semasa mengulangi ketegasan mereka menolak negara Islam.

3. PAS pula sibuk nak bantu DAP dari segala hal hingga nak bawa balik Chin Peng.

Kuda hijau aduhhh! kuda hijauuu..

Saturday, November 21, 2009

ANWAR, NIK AZIZ DAN SIS 500 TOKOH MUSLIM BERPENGARUH

Anwar Dan Nik Aziz Tersenarai Antara 500 Tokoh Muslim Paling Berpengaruh Dunia
post info
By Anwar Ibrahim

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dua orang pemimpin SIS yang kerap menimbulkan kontroversi dan pendokong Islam liberal di kalangan feminis, Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar juga disenaraikan. [blog anwar]

Apa sumbangan anwar? Kalau nak di bandingkan dengan Tun Dr Mahathir jauh langit dengan bumi.

Dah tu SIS pun ada? Betul ke buku ni?

Friday, November 20, 2009

TUN M DISEGANI LAWAN


13. Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 8.5% dari 1987 dan bukannya 10% dari 1991. Mula merosot pada 1997 di waktu Anwar sebagai Menteri Kewangan melaksana "ubat" IMF tanpa IMF. Memang Anwar ditangkap semasa krisis hampir berakhir. Kerana kegagalannya MTEN ditubuh untuk ambil alih tugas memulih semula kewangan dan ekonomi Negara, jauh sebelum dia ditangkap.

14. Sila semak SEJARAH dalam laporan akhbar dalam dan luar negeri.

15. Thank you for agreeing that I am a dictator. Tell me which dictator ever resign.

16. Terima kasih kerana membaca blog saya. [Tun M]

Pada tahun 2005, selepas saya graduate saya mengambil krusus lanjutan dalam keusahawanan di Negeri Sembilan. Saya berjumpa dengan seorang lecturer keturunan Singh ( bukan Karpal Singh) dan dia penyokong kuat DAP.

Memang betul kata orang putih 'truth shine'. Beliau menceritakan perihal kegawatan ekonomi pada tahun 1998 dan pilihanraya 1999 bagaimana Tun ialah hero dalam ceritanya dan anwar sebagai laughing stocknya, meskipun dia penyokong tegar DAP.

Kebijaksanaan dan panjang akal Tun telah menyelamatkan ramai kaum Cha dari di sembelih seperti yang berlaku di negara-negara jiran bahana akibat meminjam dari IMF. Kalau diikutkan anwar yang menyarankan meminjam dari IMF, beliau akan meletakkan negara ini di ambang bahaya kepada Melayu dan kaum-kaum lain jua.

Pilihanraya tahun 1999 memperlihatkan Terengganu jatuh kepada PAS dan majoriti BN merosot. Ini kerana kebijaksanaan Alllahyarham Fadhil Noor (strategis tersohor PAS yang tiada gantinya) dan simpati orang Melayu kepada anwar namun kaum bukan Melayu lah yang memenangkan BN yang pada saya kerana faktor Tun sendiri. Seterusnya mengekalkan keamanan Malaysia.

Tun M, you are the MAN.

Thursday, November 19, 2009

U WANT CHANGE HELL U WONT GET IT


The Penang state government under the leadership of Lim Guan Eng surprised a lot of those who voted for change by pursuing the policies and projects of Koh Tsu Koon with a zeal beyond the imagination of Penangites.

Lim Guan Eng has willingly without bribery or corruption fast tracked all the projects he inherited from Koh Tsu Koon's administration.

When pressed on the Queensbay land conversion controversy, Lim blamed Koh for the decision.

Lim said he does not quite agree with the decision, but he has to comply.

And he continued to defend the decision by Koh.

The DAP chief minister said that state legal advisers informed him the land was not bound by a crucial proviso in the National Land Code (NLC) 1965 which forbade foreshore land from being converted to freehold.

He said the land had been gazetted as state land – and not considered foreshore – by the previous state administration.

Truth is now being revealed

The chief minister has since wanted to convert a 1.4ha seafront site, adjacent to the 124-year-old Eastern and Oriental (E&O) Hotel along Lebuh Farquhar, from leasehold to freehold at his own free will.

On Oct 15, 2008, Lim issued a press statement that promised not to follow the footsteps of Koh in circumventing the NLC by converting all reclaimed land from leasehold to freehold status.

Now hardly a year has gone by, and Lim has silently converted the PDC Heritage Hotel site from leasehold to freehold status. - Ong Eu Soon, Penang [READ MORE]

Now the people knows what happened to Kg Buah Pala! Same story different verse.

Wednesday, November 18, 2009

ANWAR CAKAP TAK SERUPA BIKIN


Bekas Setiausaha Sulit Anwar buat laporan pembelian saham RM8.5j

KUALA LUMPUR - Demi mencari kebenaran, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis berhubung isu pembelian saham oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang didakwa bernilai RM8.5 juta. [RUJUK]

Apa! anwar yang suci itu rupa-rupanya terpalit dengan korupsi, nepotisme dan kronisme? Saya sungguh-sungguh tidak menyangka akan hal ini. Sewaktu dia dipecat dulu bukankah beliau yang melaungkan anti korupsi, nepotisme dan kronisme sehingga mengheret rakyat ke jalan-jalan raya? Beliau juga yang memberi kenyataan dalam ian buruma a Malay dilemma yang beliau dipecat kerana menentang korupsi, nepotisme dan korisme dalam partinya sendiri!

Chut chut chut sungguh tidak ku sangka harapkan pagar, pagar makan padi, harapkan sokong, sokong rebah. Tulisan oleh kumbang melaporkan anwar menggunakan kroni-kroninya untuk menyimpan harta-hartanya yang dibuat sewaktu beliau menteri keewangan dulu.

Patutlah dilaporkan selama ini anwar begitu menjaga Azmin sehingga beliau tertanya-tanya bila Azmin tiada bersama dalam satu-satu situasi.

Maka jelaslah hari ini bila setia usaha sulit beliau dahulu tampil membuat laporan polis. [Video]

Baca lagi:



Harapkan pagar, pagar tak boleh harap!

Tuesday, November 17, 2009

TOK GURU TERAJUI PAKATAN DAN PENASIHAT EKONOMI


"Jika kita bayar RM1, maka nilai yang kita dapat adalah RM1.", Tun M mengulas perlantikan anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor bergaji RM1 setahun. [Rujuk]

Susulan daripada cadangan Zaid Ibrahim mengusulkan Tok Guru Nik Aziz menerajui Pakatan anwar, anwar semakin tidak keruan. Badrul adun ulu klang yang isytihar bebas baru-baru ini juga menyatakan fed up nya beliau dengan kes salah laku moral anwar yang tertangguh-tangguh. Justeru bagi mengalihkan perhatian ramai, pelbagai peristiwa dipentaskan untuk mengalih perhatian rakyat namun meleset.

Mengambil kira hakikat-hakikat ini:

1. Rakyat makin fed up
2. Kemungkinan Tok Guru yang akan dilantik menjadi PM.
3. anwar tidak menguasai mana-mana negeri.

Maka anwar mahu memulihkan imej beliau dalam skala besar dengan dilantik atau 'melantik dirinya' menjadi penasihat ekonomi negeri yang sudah kukuh ekonominya. Tidak keterlaluan juga mungkin beliau ingin menguasai sesebuah negeri memandangkan harapan nak jadi PM makin suram.

Pakatan anwar untuk anwar

Sunday, November 15, 2009

ANWAR NAMED GIMMICK ADVISOR


Anwar named Selangor's economic advisor

SHAH ALAM – Opposition Leader Anwar Ibrahim has been appointed an economic advisor to the Selangor government.

Announcing the appointment, Mentri Besar Khalid Ibrahim said the move was part of the state government’s efforts to improve Selangor’s economic status and making Shah Alam an Islamic capital.

However, the Federal government is sceptical about Anwar’s role in Selangor’s money matters.

Information, Communications and Culture Minister Dr Rais Yatim said the state alredy has a strong economic. “Surely, the appointment of Anwar is just a gimmick to show the PKR can ‘survive’ within a new setting and a new image?,” he commented. [MM]

Hollywood has continued to outdo itself in the rush to remake not only old movies, but old TV shows, as well. Why? they’re all remakes of previously successful franchises from a bygone era, films that play off of the success of previous movies or television shows.

The reason given is, "we want to make it better". If that so, why don't remake an unsuccessful film or television shows instead?

Same goes to this newly named Selangor's economic advisor. Friggingly agreed with Dr Rais Yatim. Selangor's already has a strong economic. Why don't go to Kelantan instead? Then we'll see how good he is.

Go to Kelantanlah

CERITA BAI'AH TAKLIK

ROMPIN: Rutin seorang pencuci pinggan yang setiap malam menginap di bilik teman wanitanya di kuarters kakitangan sebuah resort di Pulau Tioman, di sini, berakhir dengan detik memalukan apabila hanya berseluar dalam ketika dicekup penguat kuasa agama selepas disyaki berkhalwat, awal pagi semalam.

“Suspek wanita itu mendakwa dia membawa teman lelakinya yang juga kakitangan resort sama masuk kerana pasangannya tidak sihat sebelum mereka tidur bersama.

“Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang kami terima, suspek wanita membawa teman lelakinya masuk untuk tidur bersama setiap malam,” katanya. [RUJUK]

PAS: Tak ada

Khalid: Ada! [Klik]

Cerita tak selari mengundang kekantoian

Friday, November 13, 2009

PENYAMUN DISANGKA SUAMI


Suami tidur pegang pisau

KUALA LUMPUR: Seorang wanita tidak menyangka lelaki yang tidur di sebelahnya adalah penjenayah hanya selepas ternampak lelaki itu memegang pisau, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, mangsa berusia 30-an itu tidur bersama kedua-dua anaknya di ruang tamu rumah sementara menunggu suaminya yang bekerja shif malam pulang.

Menurut sumber, wanita itu terdengar bunyi orang berbaring di sebelahnya, mangsa yang menyangkakan itu suaminya pelik apabila mendapati suaminya pulang awal.

"Mangsa dikatakan berborak dengan suaminya, namun lelaki itu hanya mendiamkan diri menyebabkan mangsa berasa curiga.

"Wanita itu terperanjat apabila melihat lelaki itu memegang pisau sebelum menyoal mengapa dia memegang senjata itu," katanya, semalam. [RUJUK]

Bala yang menimpa PAS akhir-akhir ini adalah kerana mereka tidur dengan salah orang.

Sampai bila mereka akan sedar? Mungkin sehingga nampak pasangan mereka memegang pisau!

Wednesday, November 11, 2009

KHALID SAMAD ANTI ISLAM?


Bai’ah sengaja digembar-gembur pihak anti-Islam

JELI - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, isu bai’ah wakil rakyat untuk menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya berhenti atau keluar parti sengaja digembar-gemburkan pihak anti-Islam.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana adanya bai’ah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya berhenti dan keluar daripada parti. Mereka ini sengaja mengada-adakan cerita dan mereka ini merupakan golongan anti-Islam,” katanya. [sinarharian]

Khalid Samad yang mendedahkan bai'ah talaq dalam akhbar pada 7 Nov 2009 jadi beliaukah yang dimaksudkan Tuan Guru Nik?

Masalahnya YB Zulkifli Nordin melalui sumber dalamannya mengesahkan pendedahan Khalid Samad itu benar.

Habisla kau Khalid tak dapat masuk ....

Anti Islam ka, anti PAS?

Tuesday, November 10, 2009

BAI'AH BERASASKAN NAFSU

MEMPERTUHANKAN POLITIK: BAI'AH TALAQ!
07 November 2009 Oleh Zulkifli Noordin pada 5:11 PM

Salam 2 all.

Saya sangat terkejut dengan pengakuan seorang YB Ahli Parlimen PAS yang mendedahkan kepada umum dan disiarkan dalam akhbar utama hari ini Sabtu 17 Zulqaedah 1430/ 07 Nov 2009 bahawa tiap calun wakil rakyat PAS dikenakan syarat bahawa mana-mana ahli yang dipilih menjadi calun bertanding mana-mana kerusi DUN atau Parlimen dikehendaki mengangkat bai'ah (sumpah setia) jika calun tersebut menang pilihanraya dan kemudiannya memilih meninggalkan PAS maka isterinya akan jatuh talak tiga. Beliau mendakwa dasar ini akan menjamin wakil rakyat PAS tidak akan melompat parti!

Saya sendiri telah mendapatkan pengesahan dan pengakuan daripada beberapa wakil rakyat dan kepimpinan PAS yang membenarkan berita tersebut.

1. Dasar ini mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, dimana wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian.

2. Tidakkah kita sedar bahawa perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci ALLAH! Dan kita jadikan perkara yang paling dibenci ALLAH ini sebagai dasar bai'ah dan sumpah ta'at setia!

3. ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud.

4. Apakah kita terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup menggadai kesucian dan kemuliaan dan kemurnian perkahwinan sebagai bahan gadaian politik.

5. Bagaimana pula dengan anak-anak yang turut akan menjadi mangsa.

6. Ianya sekadar dasar yang berpaksikan kepada alasan dan sandaran aqal dangkal semata-mata! -Baca Penuh di [Zulkifli Nordin]
****

Zaman jahilliyah ibu diwariskan kepada anak lelakinya apabila bapa meninggal dunia, anak perempuan ditanam hidup-hidup. Martabat wanita sangat rendah waktu itu.

Datang Islam mengangkat martabat wanita meletakkan syurga idaman setiap insan di bawah tapak kaki wanita yang bergelar ibu. Memudahkan mereka masuk syurga dengan mentaati suami bukan pangkah parti tertentu. Mengikat anak lelaki untuk mentaati seorang wanita bernama ibu sepanjang hayat mereka walaupun wanita itu sudah tiada.

Hari ini sedih bila kita melihat kegilaan politik mengembalikan wanita sebagai bahan dagangan, pajakan dan gadaian.

Bukanlah salah YB yang ingin melompat parti itu, apabila melihat parti itu sudah menyimpang dari tujuan asal, berketuakan seseorang yang menyokong murtad dari PKR dan berkompromi dengan DAP yang mati hidup balik tidak mahu melihat Negara Islam hatta hukum syariah dilaksanakan di Malaysia.

Diharap Ust Taib Azamuddin yang dikasihi bangun sekali lagi mempertahankan kesucian Islam sebelum fitnah ini merebak, seperti mana dahulu beliau mempertahankan kesucian nama Allah.

Monday, November 9, 2009

HANTU DAN PENGKHIANAT BANGSA


"Takkan marahkan nyamuk kelambu dibakar, agak-agak la", kata hantu-hantu lain.

Seorang kawan bernama Zahari yang mempunyai anugerah boleh melihat makhluk halus pernah bercerita. Satu hari keretanya rosak di pertengahan jalan di kawasan estate getah pada waktu tengah malam. Dia pun memberhentikan kereta di siring jalan lalu keluar memeriksa keretanya. Puas membelek dia tidak tahu kenapa keretanya rosak. Line telefon pun tak ada untuk meminta bantuan.




Kecewa, Zahari pun mula berjalan mencari bantuan walaupun kawasan itu agak mustahil mempunyai penduduk. Tiba-tiba Zahari nampak bayang rumah agam di tengah-tengah hutan. Zahari menapak mendekati rumah agam itu. Rupa-rupanya rumah usang. Tiba-tiba rintik-rintik hujan mulai mencium Zahari bertubi-tubi. Tanpa berfikir panjang dia pun berlari menerpa masuk ke dalam rumah itu.

Rumah itu seakan-akan asrama lama. Zahari berjalan-jalan sepanjang coridor rumah itu. Sampai di satu bilik dia terhenti bila mendengar bunyi suara budak berborak-borak dalam satu kumpulan kecil. Zahari menjenguk dan melihat sekumpulan anak hantu sedang berborak-borak dalam kumpulan. Zahari pun memasang telinga.

"Ko nak dengar cerita manusia?", kata hantu A kepada hantu-hantu lain. "Ko kalau tak buka cerita seram tak sah", kata se (apa penjodoh bilangan untuk hantu a) hantu. "Kau ni penakut, best gak tu cerita la", jawab hantu-hantu lain pula. "Ceritanya begini, ada seorang manusia dia telah mendera anaknya hingga mati lalu menanam anaknya di sebuah padang, dua tahun lepas tu baru polis jumpa mayat anaknya tu", "Ish bio betul ko? Kejamnya," "Betol aku tak tipu, aku dengar dari kawan aku".

"Aku pun ada cerita juga", kata hantu B. "Ceritanya begini, khabarnya manusia ni hipokrit, mulut manis, nampak macam bertanggung jawab tapi sebenarnya tunggu masa nak 'ngap'. Selalunya diaorang tabur janji manis kepada perempuan kemudian bila perempuan dah terpikat mereka gunakan untuk tujuan pemuas nafsu dan kadang-kadang untuk pow duit. Bila nak kahwin diaorang akan pilih perempuan elok-elok dan untuk perempuan yang first tu diaorang tipu kononnya itu pilihan keluarga atau cari jalan untuk clash. Maka diaorang pun kahwin dengan perempuan yang elok dan tinggalkan perempuan yang jadi mangsa ni gelap masa depan". "Ish cerita kau ni lagi seram la, bangsat punya jantan, tapi nape perempuan tu tak saman?," kata hantu-hantu lain.







"Aku ada cerita manusia lagi seram", kata hantu C pula. "Ceritanya begini, ada manusia sanggup gadaikan agama, bangsa dan negara sebangsa dia untuk tujuan peribadi. Tapi cerita ni dulu la , zaman kita sekolah rendah lagi, dekat seribu tahun juga la. Manusia ni, kalu tak silap nama dia Sang Kancil" "Ape da Sang Kancil...Sang Rajuna Tapa daa" "Oh ye, ko pun tahu?, dia gi buka pintu kota Singapura bagi tentera Majapahit masuk. Dia buat gitu sebab anak dia di fitnah sampai kena hukum sula". "Ish, ish, ish seram la cerita ko ni, tapikan dia nak menegakkan keadilan?", kata se (apa penjodoh bilangannya ni) hantu, "Takkan marahkan nyamuk kelambu dibakar, agak-agak la", kata hantu-hantu lain.

"Cerita ko buat aku takleh tido la siang ni, dah la malam esok kelas Kak Lang, start jam 7 pulak tu", kata hantu yang agak penakut. "Ah tido awallah aku siang ni", Jawab hantu-hantu lain.

Zahari tersenyum, matahari sudah menjenguk di ufuk timur. Zahari pun melangkah keluar dari Asrama usang itu menuju ke keretanya. Dia masuk ke kereta dan cuba menghidupkan enjin, "creeek ekekek vrom vrom". Hairan Zahari, hidup pula enjin keretanya, dia pun meneruskan perjalanannya.

Pengkhianat bangsa, hantu pun takut!

Saturday, November 7, 2009

ARAHAN DARI DALAM SERANG DARI LUAR

Hadi umpama 'Pak Lah versi PAS'
eksklusif kemaskini 3.39pm Kepemimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dianggap sangat lesu sehingga beliau boleh diumpamakan "Pak Lah versi PAS", kata ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini.

Tun Abdullah Ahmad Badawi dianggap seorang pemimpin lemah, tidak tegas, lembab dalam pelaksanaan dasar dan dipersalahkan atas kemerosotan teruk BN sehingga dipaksa melepaskan jawatan presiden Umno dan perdana menteri.

Dr Abdul Aziz berkata, kekalahan bertubi-tubi PAS di Terengganu – negeri Abdul Hadi sendiri – pada pilihan raya umum 2004, selepas menawannya pada 1999, dan tahun lepas serta kemerosotan dalam beberapa pilihan raya kecil menyebabkan beliau meyakini bahawa kritikan tersebut mempunyai asas. [malaysiakini]

Bagi mengelakkan rakyat terhidu ada lagi percakaran dalaman dalam Pakatan, maka ada orang menggunakan orang luar untuk menjalankan komplotnya untuk menjatuhkan pro ulama' dalam PAS.

Friday, November 6, 2009

ASHIK ELAK PERBICARAAN RAKYAT SUDAH MARAH


Di dunia, sumpah laknat tidak akan membuktikan siapa salah atau benar. Tapi sekurang-kurangnya meringankan beban rakyat yang tertanya-tanya.

2. Mahkamah akan memberi peluang rakyat mendengar penjelasan terhadap persoalan-persoalan yang bermain difikiran kami selama ini, kenapa Saiful membiarkan dirinya diliwat, kenapa tidak melawan, betulkah walaupun sudah tua ada anak tiga tetapi minat pada lelaki muda dsb.

Jika ashik cari alasan dan peluang untuk tangguh dan tangguh hanya membuka pekung di dada.

3. Ramai yang tidak kenal Saiful tapi kenal sumpah Lia'n. Justeru tidak percaya Saiful tetapi percaya sumpah Lia'n.

4. Ah senang cakap, berani kerana benar takut kerana salah!









Wednesday, November 4, 2009

AGENDA TERSEMBUNYI PENAHANAN DR ASRI

Penahanan Dr Asri ada ‘agenda tersembunyi’ - Dasuki

PETALING JAYA: Bekas Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dasuki Ahmad, menyifatkan penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Mohd Asri Zainul Abidin sebagai ‘agenda tersembunyi’ pihak yang mempunyai kepentingan peribadi dalam isu tersebut. [RUJUK]

Penahanan Dr Asri sebenarnya mahu mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah dalaman yang dihadapi PKR dan PAS sekarang ini.

2. PAS dengan EGMnya yang mahu menyingkirkan pemimpin-pemimpin yang membawa masalah kepada DAP.

3. PKR pula memperlihatkan orang-orang kuatnya bertelagah dan hilang kepercayaan. Zaid tiba-tiba bercuti enam bulan, Jeffry Kitingan keluar PKR, Badrul keluar PKR dll.

4. Penahanan penuh dramatis Dr Asri ini menghairankan kecuali yang sudah menjangkakan, Ya, bertujuan memberi ruang untuk anwar bernafas membaiki semula keadaan dan menyusun strategi.

5. Ini dikuatkan lagi apabila dengan liciknya perbicaraan salah laku moral beliau ditangguhkan lagi! justeru memberi peluang beliau menumpu pada masalah dalaman PKR dan PAKATAN.

Ya,maklumat dari dalam,masih segar dan terkini Pisau terima, Anwar Ibrahim terlibat dalam konspirasi penangkapan Dr Asri. Anwar sesumpah mengarahkan beberapa pemimpin pakatan agar mengadakan pertemuan bersama Dr Asri untuk menganjurkan ceramah, selepas dipersetujui Dr Asri dijemput untuk memberikan ceramah. Turut berada di ceramah tersebut ialah Ahli Parlimen Ampang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib.

Kenapa beliau ditangkap? kenapa begitu ramai anggota JAIS datang menyerbu ditempat kejadian bersama anggota polis,sedangkan mereka jelas batang tubuh yang dikatakan tidak mempunyai tauliah adalah seorang bekas mufti .

Beliau sememang boleh berucap dimana mana saja kerana sudah diperakui malah mempunyai slot rancangan sendiri di TV dan Utusan. Kononnya ada fitnah yang dimainkan oleh persatuan peguam syarie menyatakan Dr Asri menolak Sunnah Wal Jamaah.Ada yang menyatakan proksi PAS terlibat kerana tidak bersetuju tentang pelantikan Dr Asri di YADIM. [Pisau]

Sungguh, sungguh, sungguh licik.


Tuesday, November 3, 2009

LARANGAN GUNA NAMA ALLAH HARUS DITARIK BALIK: MURSYIDUL AM DAP

Test for 1Malaysia – Najib should ask Cabinet on Wednesday to revoke earlier decision to ban the use of word “Allah” for religions other than Islam

The root problem of the seizure of these Bibles is the earlier decision taken by the Cabinet to ban the use of the word “Allah” for religions other than Islam, although this is a most unreasonable, divisive and even unconstitutional decision as:

1. The term “Allah” was in use long before there was the religion of Islam in the world;

2. The term Allah was used to refer to God by Arabic-speaking Christians before Arabic-speaking Muslims existed; and

3. Malaysia is probably the only nation where the use of the term “Allah” by Christians to refer to their God is prohibited, whereas its use to refer to Christian God has never been prohibited in many countries in the Middle-East and the Americas. [LIM KIT SIANG]







Mungkin pada Tuan Guru Lim, ALLAH itu hanya nama dan tidak ada beza dengan nama-nama lain. Mari kita dengar penjelasan Ust Taib Azamuddin:

"Saya terpanggil untuk bercakap ni bukan di atas bermaksud dengan (bukan atas dasar) kepartian tetapi lebih fokus kepada kesucian Islam itu sendiri.

Allah yang mana yang kita perbincangkan ini? tapi kalau ALLAH SWT yang berkonsepkan tauhid dengan (iaitu) ALLAHU AHAD ALLAHUS SAMAD, dia (ia) tauhid AS SAMADIAH dan taudhid AL AHADIAH yang bergantung rapat dengan yang lain-lain (tauhid) ULUHIYYAH dan RUBUBIYYAH (dan ia) hanya berada pada Islam, dia (ia) tidak ada pada yang lain.

Al quran juga pernah mendedahkan dalam surah at taubah (ayat 30) "Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair itu anak Allah dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih itu anak Allah."

Daripada penjelasan ringkas ini kita nampak ALLAH yang dimaksudkan oleh yahudi lain (berbeza) daripada ALLAH tauhid kita, ALLAH yang dimaksudkan oleh orang-orang masihi dan orang-orang lain (bukan Islam) adalah lain (berbeza) daripada yang dimaksudkan oleh Islam"-Ust Taib Azamuddin. [RUJUK]

Hmph nasib baik ada Ust Taib, kalau tidak nama ALLAH pun jadi gula-gula nak dapat undi.

Monday, November 2, 2009

HARD ROCK ARRIVES IN KHALIFA LGE STATE

Hard Rock arrives in Penang

EXPECT no less than a convoy of Harley Davidson motorcycles to open the night for Hard Rock Café Penang recently. Kicking off its presence in style, the V.I.P grand opening celebration also included a multicultural drum performance, live bands and guitar smashing, which Chief Minister of Penang, Lim Guan Eng, took part too, in spirit of Hard Rock. [READ MORE]







PAS's Khalifa LGE rocks man. Ammar ma'aruf nahi munkar babe. Yeargh, rock up to heaven man.

Peeewiiittt!

Sunday, November 1, 2009

SELF-REGULATION KHALID VS HANTU

Pelanggan ‘naik hantu’

KUALA LUMPUR: Meskipun larangan sudah dikeluarkan menghalang mana-mana peniaga menjual minuman keras secara terbuka mahupun terus kepada pengguna beragama Islam, masih ada penjual yang mendakwa ‘terpaksa’ berbuat demikian atas desakan pelanggan.

Keadaan itu kebanyakannya menimpa jurujual kedai serba guna yang beroperasi 24 jam, berikutan menurut mereka, sukar mengawal kehendak pelanggan yang tiba-tiba ‘naik hantu’ apabila keinginan mereka membeli minuman keras tidak dilayan.
[RUJUK]

Petikan ini memberitahu kita formula self-regulation Khalid Ibrahim bagi menghalalkan penjualan arak di kawasan majoriti muslim hanya wayang.

Khalid Ibrahim's Self-regulation ini kesinambungan daripada berita Ronnie Liu hentak meja marah kepada penguat kuasa yang merampas arak. Kemudian berlaku pergeseran antara Dr Hassan Ali dan kemuncaknya apabila Dr Hassan menyarankan Ronnie letak jawatan.

Campur tangan Khalid Ibrahim memenangkan Ronnie Liu dan menyarankan self-regulation membawa kepada Dr Hassan tidak keruan malu kepada pengundi, lalu memberi kuasa kepada tok bilal, tok siak dan tok imam menangkap peminum arak Melayu, tanpa menyembah terlebih dahulu kepada Sultan, masalah demi masalah timbul. Walau bagaimanapun, Hassan dan Ronnie berdamai akhirnya demi kuasa.







Pas Youth's about-turn on beer sales

PAS Youth says its proposal to ban the sale of beer in Muslim-majority areas in Pakatan-ruled States was “only a suggestion”.

Yesterday, Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim announced the rejection of the proposal by the Pakatan Rakyat leadership.

Anwar, in response to Pas Youth’s proposal to impose a ban on selling beer in all Muslim-majority areas in Pakatan-ruled States, said that such proposals, forwarded last Saturday by Azman Shapawi, were “only suggestions to be deliberated by the Pakatan leadership”.

Anwar denied that Pakatan would eventually consider imposing a ban on the sale of beer in Muslim-majority areas as suggested by the Islamic party. [RUJUK]

Sayang seribu kali sayang, Hassan Ali hanya melukut di tepi gantang, siapa mahu dengar suaranya. Partinya sendiri mengenepikannya kerana malu alah pada abang besar mereka DAP.

Popular Posts 30