Followers

Saturday, January 9, 2010

GEREJA DIBAKAR JANGAN SAMPAI JADI MACAM NEGARA LAIN




As Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak should immediately impress on the Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein to take all urgent and necessary measures to protect the good name of the country or be held responsible for any undesirable consequences. ~ LKS

Gereja dibakar, Kit Siang dah mula nak tunding jari, dasar tak pakai otak. Menyedihkan, namun sedih lagi bila satu mazhab kristian tidak peka akan sensitiviti umat Islam apabila memohan legally menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan mereka. Kita tahu di beberapa negeri memang sudah lama menggunakan nama ALLAH untuk tuhan mereka namun mereka memakainya secara dalaman antara mereka sahaja dan ia tidak mengganggu siapa-siapa dan tidak ada siapa-siapa menggangu mereka. Give and take everything goes well.

Kekacauan sekarang ini adalah berpunca dari seorang dan seorang itu sahaja yang harus bertanggungjawab. Apa tujuannya secara jangka panjang kita tahu, dia mahukan undi, kuasa dan jawatan, itu saja. Modes operandinya bermacam-macam, mungkin mahu wujudkan ketidak tenteraman di bumi Malaysia yang sudah lama aman, mewujudkan ketidak kepercayaan kepada parti yang memerintah sekarang dan pemimpinnya. Justeru bolehlah dia mencuci tangan dan betindak menjadi harapan baru untuk Malaysia kelak.

Apa pun tujuan dia, harap dihentikan. Kerana agama manusia telah berperang ada yang berlarutan sampai sekarang! dan lihat saja di Negara jiran kita, bom sana, bom sini, yang mati rakyat miskin, yang tak mampu nak bayar body guard, mendapat maklumat awal dari agensi periksikan dan lari ke kedutaan Turki untuk mengelak bencana.

Insaflah,bukan berjuang untuk rakyat kalau hasilnya sampai begini.

5 comments:

Jeffry said...

SLM BRO..STUJU PENDAPAT BRO..ADE DALANG TAK NK TENGOK AGENDA MEREKA SEJUK BEKU MCM TU JEK. MEREKA MENGHARAPKAN ADA IMBUHAN DI SEBALIK KEJADIAN TU

CCZ said...

bagi mereka rakyat akan sokong apa saja waima meniarap di atas jalan sebab mereka berjuang untuk rakyat..tapi bagi ccz, mengapa ada pejuang bodoh sampai macam tu?

lagenda said...

Salam Ziarah........

Diharap semua pihak bertenang.Islam tidak mengajar kita untuk melakukan kemusnahan terhadap rumah ibadat kaum lain dan ianya mungkin juga sabotaj pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan terhadap isu kalimah ALLAH terhadap orang islam yang dianggap ekstrem

YANG GAMBI said...

Salam JUnah, keadaan seperti inilah yang sangat-sangat diharapkan berlaku oleh pengkhianat dalam negara yang berkepentingan.... rakyat akan tidak tenteram, huru hara dan yang paling banyak menerima kesan adalah bangsa Melayu-Bumiputera...... inilah politik mereka..

Wong Pencen said...

"Kekacauan sekarang ini adalah berpunca dari seorang dan seorang itu sahaja yang harus bertanggungjawab"

Hebat benar orang yang seorang ini ya Junah. Tidak ada siapa dalam satu Malaysia yang dapat menandingi kehebatan yang seorang ini. Hebatnya seorang ini sehingga mampu menimbulkan segala kekacauan. Hanya seorang yang harus bertanggungjawab. Puluhan juta yang lain sama sekali tidak bertanggungjawab.

Ooops.. siapa yang bertanggungjawab dan siapa pula yang tidak bertanggungjawab? Hanya seorang yang betanggungjawab mana kala yang lain sama sekali tidak bertanggungjawab. Patut jugalah begitu banyak kekacauan berlaku.

Popular Posts 30