Followers

Wednesday, January 6, 2010

TULISAN JAWI DAN KALIMAH ALLAH





Penjelasan PKR Mengenai Isu Kalimah “ALLAH”
post info
By Anwar Ibrahim

Merujuk kepada kenyataan kami pada 22 November 2009 mengenai perkara di atas, maka BIPPA PKR sekali lagi ingin menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini. [blog anwar]

Apabila tulisan jawi dihapuskan satu ketika dulu kesannya tidak nampak pada waktu itu tetapi nampak pada masa sekarang iaitu ramai golongan baru tidak tahu membaca Al-Quran. Jika membaca pun bunyinya seperti bunyi tulisan rumi bukan sebutan arab.

Bukan masa sekarang, satu hari nanti akan ada dua versi ALLAH iaitu ALLAH lam yalid wa lam yulad (tidak beranak dan tidak diperanak (dilahirkan oleh ibubapa)) dan satu lagi ALLAH yang ada anak.

Pada waktu itu baru lah akan berlaku kekeliruan dan fitnah yang besar dalam masyarakat Islam. Boleh menyembah ALLAH dalam Islam dan dalam kristian??? Mana anak-anak (zaman akan datang) nak pilih yang kena solat lima waktu atau pergi gereja seminggu sekali sahaja? sedangkan kedua-dua sembah ALLAH jua?

Masih adakah lagi Ahlul Kitab? jika hendak dibandingkan penggunaan nama ALLAH pada zaman Rasullullah dan pada zaman sekarang?

Menyokong Dr haron Din dan Ust Taib Azamuddin

4 comments:

Jeffry said...

TU YG ARCHBISHOP GALAKKAN SUPAYA REMAJA DLM PKR ATAU PAS ANUT 2 AGAMA DLM 1!. BUDAK PEMBANCUH BANCUH KOPI ANUWAR MMG MCM TU KEHKEHKEH

AntiHipokrit said...

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: ... See MoreSesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya). Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (QS. 2:120)

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH. ALLAH tidak akan menolong kita lagi jika kita masih berdegil mengikut kehendak mereka yang TERINGIN SGT nak menyokong kafir menyesatkan umat Islam. TIDAK ADA KOMPROMI.

Media Cyber said...

2 agama dalam 1 ? hahahaha!

麻辣火鍋Fay said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

Popular Posts 30