Followers

Wednesday, February 3, 2010

GUAN ENG MAKIN DITOLAK WPUN ADA YG JILAT


Kisah Tolak

1,000 dijangka keluar DAP

BUTTERWORTH: Perasaan kurang senang dan kecewa dengan kepemimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng di kalangan akar umbi DAP di negeri ini dikatakan sudah memuncak dengan ramai dijangka keluar parti untuk menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM).

Naib Presiden PCM, Huan Chen Guan, mendakwa lebih 1,000 ahli DAP, majoritinya penyokong kuat parti itu yang berusaha keras pada pilihan raya umum lalu dijangka berbuat demikian dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Katanya, ahli DAP terbabit memberitahunya mereka hilang kepercayaan terhadap Guan Eng yang banyak berubah sejak memegang jawatan Ketua Menteri, berbanding sebelum memenangi Pilihan Raya Umum lalu. [RUJUK]


Kisah Jilat

Ooi desak PKR hukum dua wakil rakyat kecam Ketua Menteri

GEORGETOWN: Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Ooi Chuan Aun atau Jeff Ooi, mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenakan tindakan tegas terhadap dua Ahli Parlimen parti itu yang mengecam kepemimpinan Lim Guan Eng.

Mereka adalah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng.

“Tan menuduh Ketua Menteri tidak ada class sedangkan hakikatnya beliau yang tidak ada class kerana menggunakan kedudukan untuk mendapatkan projek bagi ahli keluarga sendiri," dakwanya pada sidang media di sini, semalam.

Kritikan pedas Tan itu menyusul beberapa hari selepas Zahrain melabelkan Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis. [RUJUK]

Eh betullah Zahrain tu.

3 comments:

Media Cyber said...

"“Tan menuduh Ketua Menteri tidak ada class sedangkan hakikatnya beliau yang tidak ada class kerana menggunakan kedudukan untuk mendapatkan projek bagi ahli keluarga sendiri," dakwanya pada sidang media di sini, semalam."

bila dah mabok.. habis rahsia dipecahkan. Hehe! bengap juga jeff oi ni kan?

PUTRA MERDEKA said...

salam bro,
guan eng tak nak buat suruhanjaya ke atas dakwaan zahrin tuh?

Jeffry said...

KEHKEHKEH BAGUS2..BIAR RAMAI2 BLAH. TINGGALKAN SI PENJAGE TOILET NI DGN BAPAK DIA!

Popular Posts 30