Followers

Thursday, March 25, 2010

GANTUNG DIRI ATAU VALKYRIE DAP


Zahrain gegar, Zul Kulim gempar! Tindakan anwar menyingkirkan orang-orang kuatnya sendiri seperti menggali lubang kubur sendiri. Betullah sejarah sentiasa berulang. Mimpi anwar makin kelam. Tak usahah buat kempen selamatkan Malaysia baik buat kempen selamatkan diri sendiri kah3x.

Selepas plot 20 Julai 1944 (plot membunuh Hitler yang gagal) ramai top-top General Hitler ditahan dan dihukum mati oleh Nazi sendiri. General-general ini bukan calang-calang orang kebanyakannya adalah general hebat yang membawa kemenangan kepada Hitler dalam kempen-kempen peperangan Nazi. Antaranya field marshall Erwin Rommel aka desert fox. Rommel tidak dihukum mati sebaliknya dibenarkan membunuh diri kerana reputasi dan khidmat cemerlangnya dalam kempen-kempen Hitler dan Nazi. Nazi German tewas setahun selepas itu.

Konspirasi DAP untuk menjadi UMNO dalam Pakatan telah menampakkan hasilnya. Penyusutan jumlah kerusi parlimen PKR menjadikan ketua pembangkang proksi DAP kerana terhutang budi. Penyingkiran orang-orang kuat anwar oleh DAP seperti YB Zahrain dan YB Zul Kulim meletakkan anwar betul-betul dalam gengaman DAP ditambah pula peguam-peguam yang mewakili anwar dalam kes salah laku moral beliau kebanyakan dari DAP. Anwar kini atas belas ihsan DAP. Jika beliau menjadi PM, nasib orang Melayu terletak atas belas ihsan DAP.

anwar = Nizar II

No comments:

Popular Posts 30