Followers

Tuesday, March 23, 2010

HJ HADI BARU BANGUN TIDUR

"Saya minta supaya kerajaan meminda Rukun Negara yang pertama, kepada kepercayaan kepada Allah," tegas Hadi.

Ide Hj Hadi kali ini bernas. memang sepatutnya lah rukun negara yang pertama ini ialah kepercayaan kepada ALLAH kerana Malaysia ialah muslims based country dan agama rasminya ialah Islam.

Beza dengan membenarkan kristian guna pakai kalimah ALLAH

Meminda kepercayaan kepada tuhan kepada kepercayaan kepada ALLAH dengan membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH jauh bezanya.

Kenapa kristian beria-ia mahu guna nama ALLAH seperti kata Dr Haron Din tentunya mempunyai niat tertentu salah satunya bertujuan memesongkan akidah umat islam, dan sebagai umat Islam kita harus menentangnya habis-habisan. Rujuk di bawah:


Manakala meminda kepercayaan kepada tuhan kepada kepercayaan kepada ALLAH bukanlah membenarkan kalimah ALLAH itu didefinasi sebagai anak tuhan tetapi lebih kepada mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Muslim dan Islam agama rasmi. Inilah teknik serampang dua mata Hj Hadi.

Cabaran kepada DAP dan PKR

Jika DAP dan PKR bersungguh-sungguh menyokong kalimah ALLAH diguna-pakai oleh kristian sebelum ini, sepatutnya mereka mesti juga bersungguh-sungguh menyokong ide Hj Hadi ini jika mereka benar-benar ikhlas dulu.

Namun kita masih menunggu reaksi mereka. Walaupun kita sudah agak DAP dan anti Islam dalam PKR seperti Xavier pasti tidak akan setuju.

Jom ramai-ramai sokong dan cabar DAP & PKR turut sokong.

Popular Posts 30