Followers

Wednesday, March 10, 2010

SUBAHAT

Zul Nordin Yang Saya Kenal - Zulkifli Sulong

Kes Arsenik Anwar

Lepas isu Aishah Bukhari, datang isu Anwar Ibrahim. Zul telah dilantik sebagai salah seorang peguam Anwar. Ekoran itu, keraguan saya terhadap Zul terlerai begitu sahaja. Tentu Anwar dan pasukannya lebih kenal Zul dari saya yang hanya seorang wartawan cabok. Tentu beliau betul. Itulah yang bermain di kepala saya ketika itu.

Namun, hari demi hari kes Anwar berjalan...keraguan terhadap Zul datang kembali. Ceramah yang beliau berikan sangat ramai pendengar dan penontonnya. Namun, kenyataan-kenyataan yang beliau buat dalam ceramahnya mula meragukan saya.

Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik. Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung Baru pada tahun 1998.

"Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur...." Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.

Pendengar sangat hiba dengan Anwar. Terkena Arsenik.

Namun, sebagai wartawan lain pula yang saya rasa. Betul ke ni...bagaimana dia boleh pegang kepala Anwar?, hati saya terdetik. Lalu sebagai pengarang, saya arahkan wartawan, jangan tulis berita itu. Tidak masuk akal.

Kesangsian kepada Zul semakin bertambah dengan cerita-cerita dari kartunis Zunar yang kebetulan ketika itu sentiasa mendapat surat-surat dari Anwar dari dalam penjara. Ketika itu, Harakah siarkan surat-surat Anwar dari penjara dalam kolum "Warkah Dari Penjara". Ia berupa surat-surat yang ditulis Anwar sendiri di atas pelbagai jenis kertas termasuk di atas kertas tisu dari dalam penjara dan diseludupkan keluar kepada kami di Harakah.

Zunar juga mendapat maklumat yang sama...Zul Nordin 'melampau' atau exegerate dalam ucapan dan tindakannya.

Ekoran itu, kami sepakat, berita berasaskan kenyataan dan tulisan Zul Nordin tidak boleh disiarkan dalam Harakah kerana kebolehpercayaannya amat rendah. [Hrkh]

Inilah parti sarkas. Sudah tahu anwar dan orang-orang di kelilingnya pembohong jadi kenapa masih bersama dengan pembohong? Bukankah itu subahat adakah ini kepimpinan gaya nabi?

O jadi selama ni PAS bersama-samalah dalam pembohongan Arsenik ni?

1 comment:

Pemerhati said...

Sampai bila rakyat nak dengar dan percaya pd auta Anwar dan PKR?

Popular Posts 30