Followers

Tuesday, April 27, 2010

APA NIK AZIZ BUAT DI HULU SELANGOR?

"Untung betul Yahudi itu dapat mati berselimut jubah tuan," Saidina Umar al Khattab.

"Abdullah Bin Ubai tidak selamat walaupun memakai jubah saya, jubah saya tidak dapat menyelamatkan sesiapa pun. Apa yang menyelamatkan seseorang dari seksa neraka adalah iman dan amal nya sendiri," Baginda Rasul SAW.

Reformis PAS mengedarkan risalah ingatan, jika pangkah PKR (Zaid Ibrahim) maka bersekutu hina Islam. Apa TG Nik Aziz buat di hulu Selangor? Ada usikan mengatakan dia didatangkan khas untuk menyucikan dosa Zaid Ibrahim.

Daripada kisah Abdullah Bin Ubai dan jubah Rasullullah SAW ini dapat kita fahami, tidak ada jubah mahupun selipar sesiapa pun boleh menyelamatkan seseorang dari dosanya melainkan iman dan amalnya sendiri.

Sebenarnya jangan sesekali memperbodoh-bodohkan pengundi. Memang di sesetengah tempat taktik memperbodohkan pengundi berjaya namun di tempat lain akan terkena balik kepada tuan empunya.

No comments:

Popular Posts 30