Followers

Sunday, April 11, 2010

FILEM HOMO TEMPATAN II

Filem homoseksual pertama tempatan tunggu kelulusan LPF
2010/04/08

KUALA LUMPUR: Filem bertemakan homoseksual pertama Malaysia mungkin memasuki pawagam tempatan tidak lama lagi, selepas kerajaan meringankan sekatan tapisan yang menyekat industri filem di negara ini sejak sedekad. [rujuk]
****
Fade in

Int- ruang tamu- Pagi

Jah yang baru masuk ke ruang tamu dari dapur hairan melihat suaminya tersenyum sendirian sambil menyikat jambulnya dan menyanyi sendirian di depan cermin.

Jah ( berseloroh): Hai Bang senang hati nampak, al goreng yahudi zionis hantar duit ke?

Aq (terkejut, dalam hati) : Hai pasal duit tau saja bini aku ni.

Aq (tidak menafikan namun tukar topik): Hai kau ni, aku nak pi tengok wayang lah.

Jah (hairan, dalam hati): sejak bila laki aku tengok wayang pulak ni, buat wayang selalu la.

Jah (cuba menyembunyikan kehairanannya): Eh kenapa tak cakap awal-awal, Jah belum siap apa-apa lagi ni.

Aq: Aih aku bukan nak pi dengan kau, aku nak pi dengan Mat Lamin.

Jah ( Hairan): Eh abang ni buang tebiat nak jadi PM ke, sejak bila pula abang minat tengok wayang ni, dengan Mat Lamin pulak tu?

Aq (berang) : Eh kau kalau tak melawak touching dengan aku sehari tak boleh ke?!

Jah terdiam.

Cut to.
****

Popular Posts 30