Followers

Tuesday, April 20, 2010

HIJRAH: KELMARIN 2, HARI INI 200 LEBIH

200 ahli keluar PKR

PULAU PINANG 18 April - Akibat hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pucuk pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), kira-kira 200 ahli parti berkenaan bertindak keluar daripada parti tersebut secara beramai-ramai hari ini. [rujuk] [rujuk]

Kerana prinsip DS Najib meletakkan jua calon MIC di Hulu Selangor. Kerana pada beliau bukan nak menang kemudian nak ceramah dan putar belit. Sebaliknya mahu merealisasikan hasrat 1Malaysia beliau dan terus berkhidmat kepada rakyat.

Berbeda dengan PKR yang hanya mahu menang, mahu jadi perdana menteri, mahu memenuhi agenda peribadi. Apalah ertinya kemenangan begitu, penubuhan sesuatu parti adalah untuk memenuhi kehendak rakyat dan berkhidmat untuk rakyat, bukan nafsu sendiri.

Makin hari ramai makin sedar, apakah tujuan PKR itu, apa agenda mereka? Masuk dewan rakyat buat wayang, buat ceramah buat wayang, buat janji tak pernah tunai, pergi luar negara burukkan negara sendiri. Ashik-ashik nak tawan Putrajaya, nak buat apa?

Kita harus menyokong gagasan 1Malaysia dan buktikan dengan perbuatan yang orang Melayu tidak rasis. Biar apa pun tohmahan mereka lemparkan dengan kata-kata namun action speaks louder than words. Lihat sahaja DAP yang mendakwa Malaysian first, tapi perkampungan India dan gerai-gerai Melayu dirobohkan tanpa belas kasihan, perumahan dan gerai Cina langsung tidak disentuh, Malaysian first pala lutut apa begitu.

Pakatan penipu.

No comments:

Popular Posts 30