Followers

Sunday, April 25, 2010

HS PAKATAN MAHU BODOHKAN ANDA

Sugul

Pengundi Hulu Selangor,

Ceramah terdesak Pakatan malam ini cuba mengalihkan isu penting bagi anda dan Selangor kepada isu yang kurang penting bagi anda dan Selangor. Mereka cuba memperbodoh-bodohkan anda.

Isu berkaitan Selangor tidak disebut dan diberi penjelasan seperti hutang talam, kegagalan mengutip keuntungan jual pasir, ekonomi Selangor yang lembap, gagal bina Uitm Serendah, kerugian Unisel RM 20 juta, isu berkaitan Islam, wang zakat, penjualan beer di kawasan Melayu, dan pertambahan rumah urut di Selangor.

Walhal ia lebih penting bagi anda dan berkaitan secara langsung dengan anda dan Selangor.

Sebaliknya mereka mengalihkan tumpuan anda kepada isu lapuk, abstrak dan tidak jelas bertujuan mengelirukan anda. Isu APCO, isu Maruah, Selamatkan Malaysia, isu hantu Altantuya dan isu pengundi hantu.

APCO? cuba lawat blog anwar dan lihat sendiri penglibatan beliau dengan Zionis Amerika, apa besar sangat isu APCO ini? anwar sendiri gagal jawab isu dia dalam lingkaran zionis [rujuk].

Isu Maruah? Maruah Melayu makin tercalar setelah DAP berkuasa, di Selangor sendiri anda boleh saksikan pelbagai peristiwa seperti kuil Hindu yang mahu dipindahkan pakatan ke kawasan melayu, Ronnie Liu yang marah pegawai PBT merampas arak di kawasan Melayu (Shah Alam) dan peningkatan rumah urut di Selangor. Kenapa maruah Melayu tidak dipertahankan ketika itu?

Selamatkan Malaysia? selamatkan dari siapa? agen zionis dan singapura, PKR dan DAP. Selama ini Malaysia walaupun tidak gah dengan senjata perang namun berpendirian tegas dan dihormati negara lain. Anda boleh ke blog anwar dan lihat sendiri ceramah nya di luar negara yang tak habis-habis memburukkan Malaysia, pemimpin macam ini mahu selamatkan Malaysia?

Isu hantu? apa bodoh sangat penduduk Hulu Selangor hendak ditakut-takutkan dengan hantu Altantuya dan pengundi hantu? siapa Altantuya ni, seorang yang being at the wrong place at the wrong time sahaja, bagaimana nasib Nurin Jazlin, seorang kanak-kanak rakyat Malaysia, kenapa tiada pembelaan dari Pakatan kalau mahu jadi hero?

Pengundi hantu, ini takda modal punya orang. Masih dalam state of denial. Abaikan.

"Orang Melayu kena sedar, kalau ikut Utusan malaysia atau TV3 akan jadi bodoh. Sekarang kena sedar jangan terlalu suka dengan apa yang Umno janji,"kata Anwar di hadapan lebih 30,000 penyokong dalam ceramah perdana yang diadakan di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu malam tadi. [sk]

Perhatikan angka 30 000. Sebelum ini dikahbarkan [rujuk] PAS telah menggerakkan 30 000 orang unit amalnya dari luar Selangor untuk membantu pakatan di H Sngor. O jadi tahulah kita di mana 30 000 orang itu ditempatkan, untuk meramaikan ceramah anwar dan pakatan yang tak laku ni.

1 comment:

Anonymous said...

tak baik la tipu...
kalau ceramah PR ramai kata org luar dtg..

kalau ceramah BN ramai, kata semua tu pengundi tempatan...

padahal sama je...

kalau ceramah PR 10 ribu, tolak separuh jadi 5 ribu...

kalau cermaha BN 2 ribu, tolak separuh jadi 1 ribu, ni baru betul...

Popular Posts 30