Followers

Wednesday, April 21, 2010

PAS DAN KOMPLIKASI ZAID IBRAHIM


“Bagaimana Pas tergamak mengangkat seorang yang pernah mencabar pelaksanaan hudud di Kelantan ke mahkamah, terlibat dan menyokong penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) serta berhasrat membuang kekuatan mahkamah syariah dalam perlembagaan dengan kempen terhadap Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan.

“Dia tidak pernah patah balik termasuk menarik balik tuduhan atau meminta maaf atas keterlanjurannya menghina umat Islam,” katanya(Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin) ketika ditemui di sini, semalam. [sinar]

Aras tanda
Dengan mengangkat Zaid Ibrahim tentunya menjadi aras tanda kepada hala tuju sebenar perjuangan PAS sekarang ini, Islam atau Liberal.

Zaid Menang
Sekiranya Zaid Ibrahim menang majoriti, bermakna seolah-olah perjuangan PAS tidak lagi dipandang kerana rakyat sanggup menerima Zaid yang
1. mencabar pelaksanaan hudud di Kelantan ke mahkamah,
2.terlibat dan menyokong penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) serta
3. berhasrat membuang kekuatan mahkamah syariah dalam perlembagaan dengan kempen terhadap Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan
Zaid sendiri boleh mendabik dada yang tindakan beliau mencabar PAS mendapat restu rakyat.

Kamala Menang
Manakala, sekiranya Kamala menang bermakna gagasan 1Malaysia DS Najib disahut rakyat dan kemarahan rakyat terhadap Pakatan kerana kuat temberang sudah memuncak seperti yang berlaku di Bangan Pinang tempoh hari.

PAS mula tidak menentu

No comments:

Popular Posts 30