Followers

Thursday, April 22, 2010

PROG BERSAMA PENASIHAT EKONOMI SNGOR

Dua Tahun Yang Penuh Hipokrasi (Siri 1)
9 Mac 2010
Oleh: Dr. Mohamad Khir Toyo

1. Bulan ini genap dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Selama dua tahun ini saya melihat peralihan kuasa yang diuar-uarkan sebagai "Merakyatkan Ekonomi Selangor" sebagai tidak lebih daripada pentadbiran dan pengurusan ekonomi berasaskan andaian.

2. Pelaburan di Selangor berjumlah RM 11.18 bilion pada 2007, RM 11.87 bilion pada 2008 dan jatuh ke RM 6.7 Bilion pada 2009.

3. Bukan untuk mengungkit, namun pelaburan pada 2007 dan 2008 jelas merupakan hasil usaha kerajaan di bawah BN dengan kerjasama para pegawai kerajaan serta SSIC berikutan pelancaran beberapa projek besar seperti Selangor Science Park 2.

4. Pelaburan yang dicatatkan di atas ialah jumlah yang telah diluluskan pelaburannya. Selalunya usaha menarik pelaburan terutama pelaburan asing memakan masa satu hingga tiga tahun sebelum ia dicatatkan oleh MIDA. Ini bermakna jumlah pelaburan pada 2008 merupakan hasil usaha menarik pelaburan pada 2006 dan 2007.

5. Sebab itu saya merasa sangat aneh apabila pada tahun lalu, kerajaan Selangor di bawah Pakatan dengan bangga mengisytiharkan pencapaian pelaburan tahun 2008 yang tertinggi dalam sejarah Selangor sebagai bukti kejayaan kerajaan Pakatan. Tidak sedikit pun penghargaan diberikan kepada kerajaan BN yang berusaha mendapatkannya.

6. Pada 2009 pula pelaburan jatuh sehingga hampir separuh. Saya percaya sebahagian jumlah pelaburan asing pada 2009 juga adalah hasil usaha kerajaan BN pada tahun 2007 dan 2006 yang lalu. Ini kerana lebih RM 3 Bilion daripada pelaburan di Selangor yang diluluskan pada 2009 merupakan pelaburan tambahan (expansion/diversification)daripada perniagaan sedia ada.

7. Lebih mengejutkan saya dimaklumkan bahawa YAB Menteri Besar dan EXCO YB Teresa Kok mendakwa pencapaian 2009 ini melebih sasaran awal kerajaan negeri sebanyak RM 4 bilion. Ia mengejutkan kerana dalam pembentangan Bajet 2009, Tan Sri Khalid menyasarkan jumlah pelaburan ke Selangor pada 2009 sekitar RM 12 bilion.

"Kerajaan Negeri berusaha mensasarkan pelaburan bagi tahun 2009 melebihi RM12 bilion dan yakin dapat mencapai sasaran pelaburan melebihi RM35 bilion dalam tempoh RMK-9. - Ucapan Bajet Negeri Selangor 2009 yang dibentangkan pada 20 Oktober 2008."


Betulkan Tun Dr Mahathir kata, bayar seringgit dapat servis pun seringgit la.

No comments:

Popular Posts 30