Followers

Thursday, September 16, 2010

SEPTEMBER FOOL BOLEH HAPUS APRIL FOOL


Bulan April sinonim dengan April fool. April fool diraikan dengan joke walaupun sebenarnyanya ia haram diraikan kerana hari itu memperingati peristiwa umat Islam Sepanyol ditipu dan dibunuh beramai-ramai.

Walaubagaimanapun, sebagai alternatif rakyat Malaysia boleh meraikan September fool. September fool bertujuan mengenang segelintir rakyat Malaysia yang kena fool. September fool diraikan pada 16 September setiap tahun. Ia tidak bersempena 16 September 1963, sebaliknya 16 September 2008.

Pada hari itu, joke dan aktiviti yang boleh dilakukan, contohnya:
Individu:
1. Jika isteri anda bertanya, "Nak ke mana tu bang?", anda jawab hendak berjumpa Yang Di Pertuan Agung atau Panglima Angkatan Tentera. Mungkin isteri anda akan menjawab, "Iye ke?", kemudian anda membalas, "September fooooooool" dan ketawa.
Berkumpulan:
2. Berkumpul beramai-ramai dan berarak ke Putrajaya tetapi jangan masuk Putrajaya. Ia simbolik kepada hajat yang tak sampai. Destinasi harus Putrajaya sahaja.
Rancangan realiti TV:
3. Aktiviti ke-3 ala-ala amzing race. Satu kumpulan berlepas ke Taiwan dan satu kumpulan lagi mestilah 'membontoti' kumpulan pertama tersebut, dan memujuk kumpulan pertama untuk menyertai kumpulan ke dua. Tapi destinasinya hanya Taiwan sahaja.

Kebaikan hari September fool ini ialah:

1. Menghapuskan April fool dan menggantikan dengan perayaan buatan tempatan.
2. Mengingatkan kita supaya berpijak di bumi yang nyata, jangan bermimpi di siang hari.
3. Memperingati hari rasuah jawatan untuk lompat parti.
4. Hari permulaan budaya lompat parti.
5. Mengingatkan kita, setiap jalan pintas menuju cita-cita ada harga yang perlu dibayar.

Kesimpulannya, September fool mestilah mempunyai elemen-elemen iaitu paling utama penipuan dan kebodohan, selebihnya, 16 september, Putrajaya, 'Membontoti' dan Taiwan. Di harap ada pihak membawa usul ini dalam dewan rakyat. Sekian.

3 comments:

Anonymous said...

Hi...bond

Ako sokong kau kita jadikan 16 sept sebagai " September Fool " supaya semua org boleh ingat apa yg terjadi pada 16 Sept....He..he..

Akazi is HERE said...

salam hormat bro

they all bloody fool! ekekekek

Empayar Pemuda said...

Salam,
Mohon linkkan blog empayar pemuda dalam senarai blog saudara. tq

http://empayar-pemuda.blogspot.com/

Popular Posts 30