Followers

Thursday, April 1, 2010

UTAMAKAN BN BUKAN MIC ATAU UMNO

KEADILAN Akan Bertanding Di Hulu Selangor
Oleh Fazli Othman
KUALA LUMPUR 31 Mac - Pakatan Rakyat bersetuju KEADILAN bertanding di pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor setelah rundingan bersama PAS dan DAP di pejabat Ketua Pembangkang hari ini di Parlimen.

"Mengenai calon KEADILAN yang akan bertanding, kita masih ada waktu bagi calon yang ingin memohon dan saya akan berunding dengan Tuan Guru Haji Hadi dan YB Kit Siang sebelum kita namakan calon atas Parti Keadilan Rakyat," kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar tengahari tadi. [SK]

MIC sepatutnya memulangkan kerusi Hulu Selangor kepada UMNO kerana PKR walaupun menwar-warkan yang mereka tidak perkauman sebaliknya mengamalkan politik perkauman. Mereka tidak gentleman dan akan meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu walaupun kerusi tradisi MIC dan MCA. Firaun-firaun besar mereka tidak meniup semangat perkauman terang-terangan kerana jaga standard tetapi iblis-iblis kecil akan menjalankan operasi sulit meniup semangat perkauman untuk memenangkan mereka.

Jika PKR menang pun kerusi parlimen PKR tidak akan melebihi kerusi DAP dan tidak akan melayakkan anwar menjadi ketua pembangkang. Dia masih atas belas ihsan DAP jua. DAP tidak akan menghiraukan anwar dan akan meneruskan agenda menghapuskan hak istimewa bumiputra dan merobohkan Kg Melayu dan India (Kg Buah Pala) dan gerai-gerai Melayu.

PKR akan meletakkan calon dengan harapan paling tinggi untuk menang. Walaupun mungkin menang tetapi berapa lama calon ini akan bertahan 6 bulan? setahun? sebelum melompat menjadi wakil bebas. Adalah lebih baik calon UMNO BN daripada calon bebas untuk berkhidmat kepada rakyat dan mengelakkan tuntutan pilihan raya kecil (PRK) dan kemelut seperti di Perak yang berlarutan sampai hari ini. PRK akan menelan belanja yang besar, syaitan suka akan pembaziran, anwar suka PRK.

Jangan pentingkan diri sendiri.

2 comments:

YANG GAMBI said...

Junah, kawan setuju sangat dengan pandangan tuan, adalah wajar ahli-ahli dalam BN tidak banyak memikirakan dari parti mana untuk dijadikan calon, yang penting BN memenangi kerusi P.94.......

ikan emas said...

Junah,

patut gitulah !!

Popular Posts 30