Followers

Wednesday, June 30, 2010

MELUTUT DI KAKI ZIONIS DI WASHINGTON

Gempar! Penulis Zionis Sahkan Anwar Ke Washington Mohon Sokongan

Oleh Daniel Arief, AIDCclub

Hari ini Jackson Diehl, kolumnis terkenal berbangsa Yahudi dan pernah tinggal tinggal Israel mengesahkan yang Anwar Ibrahim ke Amerika Syarikat pada 23-26 Jun lalu untuk menerangkan kepada rakan-rakan lamanya termasuk Yahudi mengenai salah faham yang beliau dikatakan anti Yahudi dan anti semitik oleh pertubuhan B'nai B'rith.

Beliau di dalam kolumnya bertajuk "Flirting with zealotry in Malaysia" di akhbar online Washington Post menulis :

Anwar, who was in Washington for a couple of days last week, spent a lot of time offering explanations to old friends, not to mention House Foreign Affairs Committee Chairman Howard Berman and a Jewish leader or two. He said he regretted using terms such as "Zionist aggression," which are common coin for demagogues like Mahmoud Ahmadinejad. "Why do I need to use it if it causes so much misunderstanding?" he said. "I need to be more careful."

Yang dalam bahasa melayunya bermaksud :

Anwar, yang berada di Washington selama beberapa hari lalu, menghabiskan banyak masa menawarkan penjelasan untuk teman-teman lama, Tidak menamakan Pengerusi Jawatankuasa Luar Negeri, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi. Dia dikatakan menyesal menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis," yang umum dipakai pemimpin seperti Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika hal itu menyebabkan begitu banyak salah faham?" katanya. " Saya harus lebih berhati-hati."

Penulisan ini membuktikan beberapa artikel dari laman web AnwarIbrahimDotCom yang mengatakan Anwar Ibrahim pergi ke Amerika Syarikat untuk membersihkan nama beliau yang digelar sebagai anti Yahudi dan anti semitik. Klik sini dan sini.

Perkara ini ada asasnya apabila Anwar Ibrahim dikatakan berjumpa sendiri dengan Sir William Cohen, sahabat zionisnya yang banyak menaungi karier politik beliau di luar negara dan dalam negara. Sir Wiliam Cohen merupakan bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat semasa Presiden Bill Clinton merupakan harapan Anwar untuk membawa mesej ini kepada pentadbiran Amerika Syarikat kerana Cohen dianggap sebagai 'penasihat' kerajaan Demokrat pimpinan Obama.

Di samping itu juga Anwar mengakui telah melobi salah seorang ahli kongres kerajaan Obama iaitu Keith Maurice Ellison. Semasa Anwar menetap di Amerika Syarikat, beliau bekerjasama dengan Keith Ellison untuk melakukan 'reformasi ke dalam dunia Islam'.

Apa yang paling jelas beliau telah melobi Amerika Syarikat apabila beliau bertemu dengan Kurt Campbell, penolong Setiausaha Hubungan Asia Tenggara Amerika Syarikat untuk menyampaikan mesej beliau lebih pro Amerika daripada Perdana Menteri kepada Presiden Barak Obama perkara ini seperti disebut blogger Analisa Kumbang melalui laporan AFP menyebut Anwar Ibrahim secara terang-terang menyatakan kepada wartawan AFP bahawasanya Presiden Barak Obama perlu berhati-hati dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang beliau anggap buruk dalam segala serbi.Klik sini.

Menyoroti biografi Jackson Diehl yang menulis artikel mengesahkan Anwar Ibrahim memujuk Yahudi di Washington Post ini. Beliau merupakan penulis terkenal berbangsa Yahudi dan pro zionis di akhbar itu. Beliau dikatakan banyak menulis mengenai hal hubungan luar negara Amerika Syarikat.

Latar belakang beliau yang pro zionis dan Yahudi ini menimbulkan pertanyaan kenapa beliau mengesahkan Anwar Ibrahim pergi ke Amerika Syarikat untuk menerangkan salah-faham beliau sebagai anti semitik?

Adakah ini satu usaha untuk penulis dan bangsa Yahudi itu sendiri untuk memulihkan imej Anwar Ibrahim dan menjelaskan pada dunia beliau masih pro kepada zionis dan Israel?

Tidak menghairankan kerana akhbar Washington Post milik Donald Graham iaitu konglomerat Yahudi terkenal di Amerika dan merupakan rakan baik kepada Paul Wolfowitz dan George Soros yang juga rakan Yahudi Anwar.

Fakta menarik tentang Donald Graham ini adalah beliau juga sebenarnya bertindak dan tergolong di dalam kumpulan Yahudi yang mengawal media di dunia dan modus operandi beliau ini jelas sekali mempromosi Yahudi dan mereka yang pro Yahudi di makalah-makalah terbitan mereka. Klik sini.


No comments:

Popular Posts 30