Followers

Tuesday, June 22, 2010

TAKWA TERLETAK PADA PARTI DAN DOUBLE STANDARD

Persoalan yang ditimbulkan dalam Dewan Rakyat ialah, kalau hasil arak boleh diambil dan digunakan oleh Kerajaan Kelantan untuk pembangunan, mengapa hasil cukai judi tidak boleh diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk tujuan yang sama?

Dan persoalan kedua yang dibangkitkan, mengapa Pakatan Rakyat membantah pelesenan judi bola dan pengambilan hasilnya oleh Kerajaan Pusat sedangkan lesen arak dibenarkan dan hasil cukainya diambil dan digunakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat?

Persoalan-persoalan diatas menimbulkan persepsi bahawa Pakatan Rakyat mengamalkan sikap double standard. Untuk Pakatan Rakyat boleh, tapi orang lain tak boleh! Untuk mereka halal, untuk orang lain haram! [Zul4Kulim]

Alah Zul macamlah baru tahu Pakatan terutama PAS mengamalkan double standard. Bertambah teruk lagi bila Al Quran dan Sunnah boleh pusing-pusing ikut kemahuan dan kehendak nafsu pimpinan parti.

Bukan kah sudah lama fatwa PAS, bekerjasama dengan bukan Islam hukumnya kafir tapi kini kerjasama dengan DAP ikut syarak pula.

Bukankah Rohaizad beristeri dua bercanggah dengan Islam tapi Dr Rosli bawa lari anak dara orang (no2) dan langgar perintah mufarakah dipuji pula.

Bukankah ISA zalim sebab hukum tanpa bicara, tapi gugur kes (kes anwar) sebelum bicara tak zalim pula.

Sekarang ni gempar dengan takwa seorang Ulama terletak pada parti yang dipilih pula.

Harun berkata ulama yang menyertai Umno adalah golongan yang tidak bertakwa.

“Ulama yang bertakwa tidak akan menyokong sebuah parti yang membenarkan judi dan penjualan minuman keras secara terbuka. Ulama yang tidak bertakwa adalah golongan yang tidak beriman kepada Allah,” ujarnya. [Rujuk]

2 comments:

Jeffry said...

ADOYAIII..MAKIN PARAH MAKIN TEROK PARTAI PISS NI BRO..BAIK TUKAR NAMA JD PARTAI ROJAK PASEMBOR KAN BAGUSS! BANGANG PUNYE HARUN TAIB..DIA INGAT TAKWA2 NI BLEY BELI TIMBANG KATI KT KDAI RUNCIT KE PER?? KEHKEHKEH

faizal said...

salam ziarah

Popular Posts 30